Wanita sememangnya cukup bertuah. Mereka mempunyai banyak sumber pahala untuk membantu kaki melangkah masuk ke syurga.
Selain berkorban nyawa melahirkan zuriat demi penyambung warisan keluarga, ada juga yang terpaksa berpenat lelah bersengkang mata dalam membahagikan masa menjaga anak-anak dan dalam masa yang sama bekerja membantu suami demi kelangsungan hidup.
Justeru, wanita memerlukan penjagaan yang lebih baik bagi memastikan kesihatan tubuh dalam keadaan yang baik. Berikut beberapa pesanan daripada Dr Hamid Arshat kepada wanita di luar sana, satu pesanan yang amat berguna untuk dipraktikkan, seperti pesanan seorang ayah kepada anak.
Pesanan kepada wanita dan pesakit-pesakit saya
1. Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang boleh menebus kesihatan bila sudah dilanda penyakit kronik.
2. Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. Cari ubat dari doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan tradisional boleh dikabungkan kemudian.
3. Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan ditempat yang makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan panca indera. Jangan putus doa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.
4. Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti cara,gaya, budaya dan tabiat hidup kearah sihat walafiat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. Ubah minda dan ubah tabiat kepada ciri2 positif. Hapuskan kepercayaan dan amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu pengetahuan.
5. Maksud hadis – pada akhir zaman (sekarang) dua perkara menjadi punca utama bagi pelbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan rohani. Memang benar.
Lain-lain punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca saperti bahan-bahan kimia, radiasi dan pencemaran.
6. Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilihan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan karbohidrat. Juga makanan yang mungkin mengandungi toksin sebab diawet, diperoses, ditambah perisa serta disimpan dalam tin.
Jauhkan makanan tersebut dan juga makanan segera serta minuman manis dan bergas. Makan bahan-bahan yang mentah dan segar – banyakkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan.
70% dari makanan dari sumber tersebut. Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan ( over cooking khususnya sayuran)
Ads
7. Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Kunyah makanan perlahan-lahan dan berulang sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan. Tebaik kunyah antara 15 hingga 20 kali setiap suap makanan.
8. Mulakan makan dengan buah-buahan dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau boleh jangan tambah nasi; tambah lauk(protien) dan sayur-sayuran jika sajian pertama tidak mengenyangkan.
Waktu selingan (teh dan coffee break) makan kacang badam , gajus atau walnut berserta kismis, keroma atau berries yang dikeringkan. Biji-biji kuaci, labu, semangka, adalah makanan sihat. Disertai air kosong atau air teh hijau.
9. Kurangkan minuman kopi kepada satu atau dua kali sahaja dalam sehari. Biasakan minum jus buah yang segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah jus buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong. Mereka yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir faraj amalkan minum juz cranberry, lemon , limau nipis atau kasturi.
10. Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah baik untuk fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang. Juga satu sudu madu lebah setiap hari.
11. Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan dibuktikan sebagai antikanser. Begitu juga pelbagai pucuk daun yang mudah ditanam disekitar rumah – Sambung Nyawa, Misai Kucing, Kacang Botol, Tujuh Jarum dan sebagainya- mengandungi pelbagai khasiat kesihatan ; mengawal kencing manis, darah tinggi serta meningkatkan fungsi otak dan jantung.
12. Bila sudah capai umur 50 tahun iaitu umur bagi kebanyakan wanita capai menopaus atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk puaskan nafsu. Ketandusan hormon estrogen ketika menopaus boleh beri kesan negatif kepada kesihatan.
Banyak mengambil sayuran, bijiran dan kekacang saperti soya yang mengadungi phytoestrogen dan boleh dijadikan gantian. Jika mengalami gejala-gejala teruk akibat menopaus sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.
13. Stress yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari pelbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia boleh timbul dimana-mana saja. Tetapi kita boleh tangkis, atasi dan mengurus stress supaya ia tidak menimbulkan penyakit.
Ads
14. Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah – solat fardu dan sunat, baca quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah. Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan didalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca quran setiap hari.
15. Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri. Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai ‘ qada’ dan kadar Allah ‘
16. Senaman juga satu kaedah kurangkan stress. Pilih saja apa jenis senaman sesuai dengan gaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh – berjalan kaki, jogging, tunggang basikal, pergi gim, treadmill, taichi, silat atau yoga.
senaman hasilkan banyak khasiat kesihatan, menfaat dan kebaikan bagi kehidupan sesorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin ahmar.
17. Lakukan ‘deep breathing exercise’ di mana-mana saja, sambil duduk atau berdiri; di pejabat atau dirumah ; di pejabat khusus setelah berjam-jam buat kerja atau pandang komputer. Duduk di kerusi, pusingkan menghadap ke belakang atau ke sudut.
Sedut nafas melalui hidung sedalam-dalam dan hembuskan keluar perlahan-lahan melalui mulut sambil baca subhanallah dan lafaz istighfar. Ulang beberapa kali selama 5 – 7 minit.
Kaedah ini boleh meningkatkan bekalan oksigen sambil mengurangkan karbon dioksida dari otak menjadikan kita lebih segar dan lebih tenang.
18. Amalkan memeriksa buah dada sendiri waktu mandi untuk mengesan ketulan khususnya kanser payudara. Untuk periksa payudara kanan, angkat ke atas tangan kanan dan guna tangan kiri untuk periksa.
Ads
Ulang sebelah kiri. Juga rasa dan periksa celah ketiak untuk kesan ketulan. Picit puting jika ada keluaran lendir atau darah. Jika ada symptom-simptom tersebut terus jumpa doktor.
19. Buat ujian ‘pap smear’ khususnya wanita yang pernah melahirkan anak, yang mengalami lelehan keputihan , perdarahan selepas persetubuhan dan perdarahan lepas menopaus.
Ulang ujian setiap tahun. Ini bertujuan mengesan kanser pangkal rahim. Malah lebih baik dikesan sebelum jadi kanser.
20. Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohidrat. Lakukan senaman setiap hari.
21. Jadikan tabiat berjumpa doktor jika ada sesuatu kelainan dalam edaran haid . Buat scan peranakan khususnya jika anda mengalami senggugut, perdarahan banyak, berpanjangan dan tak tentu masa atau merasai benjolan atau tumbuhan pada perut.
22. Amalkan makan multivitamins (saperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian.
Makanan harian kita tidak dapat menampung keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisu dan organ penting dalam tubuh badan. Keperluan vitamin dan logan meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedan. Wanita juga kehilangan logam iron ketika haid.
23. Makanan tambahan yang mengandungi pelbagai unsur saperti antioxidants, fiber, kolegen, peptides dan amino asid banyak dijual di pasaran. Saya sendiri mengambil extra virgin olive oil, grape seeds(mengandungi resveraterol untuk jantung dan otak), royal jelly dan honey dan habbatus sauda.
24. Jangan tanya saya ‘Apa pantang selepas bedah atau lepas bersalin”. Tanya saya ‘Apa yang baik dimakan waktu pemulihan?’ Pertanyaan kedua lebih wajar dan positif serta proaktif.
Semoga Allah berkati hidup kita dengan keteguhan iman, kesihatan badan dan murah rezeki yang halal. Serta kejayaan dan kebahagian hidup didunia dan akhirat. Aamin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hari bahagia sepatutnya disambut dengan penuh kegembiraan, namun terselit kedukaan bila orang yang tersayang tiada di sisi untuk sama-sama meraikannya.
Demikian bagi personaliti televisyen, Ras Adiba Radzi, 51, yang baru sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohamed Azam Ali, 57.
Majlis akad nikah berlangsung pada hari sabtu yang lalu bertempat di Masjid Jamek Al Khadijah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur itu disempurnakan bapa Ras, Mohd Radzi Wahab, dengan disaksikan Imam Masjid terbabit, Yahya Mat Husin.
Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 bersama empat dulang hantaran berbalas lima. Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Namun hari yang sama, Ras telah kehilangan kawan baiknya, allahyarhamah Wafa Abdul Kadir akibat kanser yang ditanggungnya.
Sementara itu, menerusi akaun Instagramnya pagi semalam, Ras turut terkesan apabila tidak dapat hadir ke pengebumian rakan baiknya, Allahyarham Wafa Abdul Kadir.
“Ini cukup sukar buat saya kerana dalam gembira, terselit duka. Gembira kerana saya akan diijabkabulkan dengan seorang yang amat menyayangi seluruh jiwa dan raga. Namun hari ini juga saya kehilangan Kak Long saya.
“Saya ingin meraikan akad ini bersama dia, namun saya sedar rancangan Illahi tiada tolak tandingnya. Maafkan Deep kerana tidak dapat menghantar akak ‘pulang’, namun Deep tahu akak mahukan Deep gembira.
“Akan Deep cekalkan diri dan kawal airmata daripada mengalir di pipi. Itu janji Deep, Kak. Maaf sekali lagi, kerana adikmu ini tidak dapat bersama mengiringi dirimu untuk mengadap Illahi. Allahu,” tulisnya.
Ras Adiba dan suami berkenalan ketika sama-sama bertugas di TV3 pada 1986 dan mula rapat pada Disember tahun lalu.
“Sebenarnya, kami sudah lama saling mengenali, iaitu sejak masing-masing bertugas di TV3 yang ketika itu beroperasi di Jalan Liku, Bangsar.
“Bagaimanapun, ketika itu hubungan kami adalah atas paksi profesional. Malah, masing-masing tidak pernah terfikir akan bertemu jodoh.
“Disember lalu, kami berjumpa kembali pada majlis pertemuan semula (reunion) bekas kakitangan stesen televisyen berkenaan. Ketika itu, kami lebih banyak berkongsi cerita sesama sendiri,” katanya yang sudah lima tahun hidup solo selepas perkahwinan kedua berakhir.
Menurut Ras, sepatutnya pada hari ini mereka akan ditunangkan terlebih dahulu sebelum disatukan sebagai suami isteri. Bagaimanapun, selepas mendapat nasihat keluarga, ia diteruskan dengan majlis pernikahan.
“Kami pula hanya mengadakan majlis kecil-kecilan. Lagipun, ia bukan perkahwinan pertama buat saya dan suami,” katanya.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Ras dikurniakan dua cahaya mata, manakala suaminya pula mempunyai enam anak.
Sumber: Berita harian, FB Ras Adiba Radzi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa sangka, dalam sekelip mata insan yang paling disayangi pergi buat selama-lamanya. 26 hari demam on off, akhirnya berita paling ditakuti adalah apabila doktor memberi perkhabaran suami tersayang menghidap kanser.
Lebih memilukan, Allahyarham bukanlah seorang yang tidak merokok, malah arwah cukup aktif dan sering bersenam. Namun Julai lalu, Allahyarham telah disahkan menghidap kanser pankreas di mana ia telah merebak ke paru-paru, hati, tulang belakang dan rusuk dalam masa yang teramat singkat.
Kisah yang cukup menyentuh hati ini dikongsikan baru-baru ini oleh siterinya, Syarima Ghazaliselepas sebulan kembalinya suami ke Rahmatullah. Sebulan dah awak pergi, rasa macam baru semalam cakap dengan awk. pesan arwah kat kawan kawan dia or anyone yg sembang dengan dia, Cancer is really no joking. Buat la check up frequent jangan jadi macam dia tak dak simptom apa apa tertiba dah merebak terlampau pantas.
He was 34YO with healthy life and too young for it. 26 days from his first night fever and he left us peacefully. Doc kata case dia rare. 1-2 orang dalam setahun. 04.06.20 – 11 malam tengah tengok tv sambil makan durian tiba tiba dia menjerit sambil mengadu chest dia cramp and sakit sampai tak boleh gerak. Dia terbaring depan tv. Esok pagi nya g clinik doc cakap muscle pain sebab workout or angkat berat. Dapat MC sehari. Lepas tu dia kata sakit tu dah takdak
26.06.20 – kami dua ambik cuti sebab nak dating makan dan jalan jalan kat Ikea sebelum balik kampung. Malam tu dia start demam panas. Esok pagi nya elok sihat. Malam demam lagi dan siang nya sihat. Rasa tak sedap hati takut Kuman or TB. Tak sangka ni dating terakhir
28.06.20 – kami balik KL terus suruh p klinik buat GL nak refer pakar. Esok nya dia p MSU Med Center and doc kata ok admit lah buat CT scan.
30.06.20 – ambil test covid tunggu result and admitted. Lepas tu petang pukul 4 baru buat CT Scan and the journey started. 2-3 jam lepas tu doc p kat dia cakap “orang yg datang ni sihat, cergas, active tapi reading scan haywire teruk”. Doc cakap nak jumpa semua family memberS. Esok tu doc bagitau apa yang dia nampak tak berapa nak ok. Paru paru and Hati dah nampak teruk. Cuma dia tak nak jump into conclusion sebab dia tak dak data nak support. Ayat last doc tu memang boleh terduduk “ill advise you to get prepare mentally and physically for the worst” Allahu
2.7.20 – semua family datang and masuk bilik meeting discuss. Masa tu doc bagi tau find out dia. No 1 TB, No 2 kuman infection, No 3 kemungkinan cancer. So dia nak proceed dengan biopsy cepat. Kami semua setuju. Lepas Biopsy lah keadaan dia mula start merudum sikit sebab dah kacau “rumah rosak” tu. 24 jam lepas biopsy dia ok balik sihat macam biasa makan lalu buat keja semua. Cuma malam ja demam. Cold fever. Pegang biasa tapi suhu 39c above. 04.07.20 – doc masih push biopsy result tapi dia tetap tak rasa happy dia deal dengan kawan dia doc pakar jantung kt Hosp Serdang buat appointment untuk diagnose further sbb ada reading hati keep dropping. Bilirubin and Hemoglobin.
06.07.20 – harini patut discharge. Dia sihat macam biasa. Pukul 1pm lebih kurang doc dtg bagitau result biopsy. Its confirmed cancer but still tak tau cancer apa. Kami dua terdiam. Doc keluar ja terus kami dua nangis. Dia kata “kenapa dia, Macam mana nanti ayg dengan anak anak”. Terus la drama air mata jadi. Lepas tu kami dua diam Layan perasan and then i told him insyaAllah abg kuat nak lawan. For us. Then dia tetiba ok. Lepas zohor packing nak balik. Masa nak tunggu discharge, dia kata nak lawat doc say goodbye. Kat bilik doc dia jalan pusing pusing lepas tu dia baring atas katil dia cakap. “Doc hati sy macam start sakit”. Doc kata probably ubat tahan sakit dah habis. At last tak jadi discharge and Sambung admit balik sampai esok ambulan bawak p serdang. 07.07.20 – Dia gerak dengan Ambulans ke Hosp Serdang, sampai sana doc tak boleh nak proceed further sebab Biopsy result keluar summary ja tak dak IHC study which is more detail about his tissue sample tu. Masa di Serdang Dr Ummi datang approach kami tanya kalau nak proceed chemo and fully funding dekat Nilai Med Center. Kami terus je cakap ok boleh sbb reading hati dia day by day drop cepat. While waiting NMC call or next week apointment dengan Serdang dia balik rumah. Tp sebab ubat nya tak se kuat drip di hosp dia memang nampak sakit dan lemah. Nak bangun duduk pun struggle tapi MashaAllah dia tak penah complaint atau merungut sakit tu. Demam setiap hari lepas Asar sampai Tengah Malam.
09.07.20 kami p Nilai Med Center (NMC) nak sign contract sebab doc kata Lung Ca mula mula. Masa buat blood screening balik doc panggil kami dua masuk dia kata from the reading this is not lung ca. We need to wait IHC sebab takut salah Chemo. Doc kata probably Limforma Ca. So kami pun balik dan sambung ubat tahan sakit kt rumah ja. 12.07.20 – 9pm masa tengah tido kan anak2 dia cakap kat mama (my mom) boleh tak tengok kan bebudak. Lepas tu dia panggil. “Abg rasa macam short breath jom kita p MSU Med Cen. Ketaq rasa terus bawak p Hosp masuk emergency and admited balik.
13.07.20 – Doc buat Ultrasound kata nampak hati ada bleeding sikit dorang cuba contact any hosp yang boleh tolong sebab dorang takdak ubat. Tapi lewat petang doc datang balik cakap bleeding tu tak significant so dorang nak buat endoscopy find out primary or main house cancer dia apa. Esok tu habis procedure doc datang bagi tau dorang tak jumpa apa apa sign dari mana cancer dia datang. Then we decided move him to Sunway Med Center.
14.07.20 check in SMC. Terus kena masuk HDU sebab bacaan jantung tak cun. Esok nya lepas ultrasound doc cakap nothing serious boleh move ke ward. Doc pun terus buat tumor marker untuk other organ nak find out primary cancer dia. Tapi doc cakap Cancer hati pun include as one of his assumption sebab bacaan bilirubin terlampau tinggi.
16.07.20 doc run PET scan full body to still finding primary ca dia. Doc pun panggil bincang nak buat Chemo high dose 50 jam persession tp impact dia kalau dia tak free from infection and demam high risk sgt. Boleh bleeding otak, comma etc. Doc kata kalau tak buat chemo dia mungkin ada weeks ja. masa tu la terus rasa selfish nya aku nak push Sedangkan tau condition dia tak ok.
Masa tu keluar bilik doc duk lama termenung sorang sorang terus fikir. Tak pa la redha kan ja apa yg berlaku. Kalau memang takdak harapan biar la yang paling mudah. Doc pun bagitau dia akan get support from Doc Palliative untuk tolong dia recover and less pain. Dengar ja Palliative terus terduduk dan paham yang dia macam tak dak harapan. tapi he is really a fighter. He never give up. Luaran dia macam tak sakit langsung. 17.07.20 my birthday and it so different. He texted me he said he crying and sorry he cant remember my birthday . I told him i just want to see his smile at me. Masa nak keluar dari ward doc masuk dan doc kata Pet scan report dah keluar. It is Pancreas Cancer. Dah attack Lung, Hati, tulang belakang dan tulang rusuk. Allahu Another shock news to us. 19.20.20 tergerak hati nak bawak anak anak jumpa dia. Request kat nurse nak bawak turun dia kat bawah lobby sbb sorang ja boleh masuk tengok kalau kat bilik. Dia pun kata kawan sekolah dia nak mai. Dia nampak happy and macam tak sakit pun. Boleh layan semua orang macam biasa. 22.07.20 sepatutnya chemo harini tp demam dia still happened. hati dia start rasa pain doc start bagi morfin untuk less his pain. . Kalau tengok perut dia macam orang mengandung. Hati dia membesar dari size s ke xxxl. Dia start jadi mengantuk. Tapi dia tak tidor pun dia kata bila dia tidor nanti dia macam termimpi bini dia datang la. Anak anak dia datang la 24.07.20 akhirnya chemo start harini.
Semua infection berjaya kurang dan hilang. Hari ni tergerak Hati juga nak bawak satu family including bapak dia yang tak berapa sihat datang melawat dia sebelum chemo start. Alhamdulillah i managed to bring whole of his family member in a room. 1.30pm doc start chemo. He was really ok. 3 jam lepas tu tengah sembang dengan dia. Tetiba dia terbatuk. Pastu dia kata rasa nak buang kahak bagi la plastic cup kat dia dia ludah tengok seketol darah beku, terus panggil nurse. Lepas tu dia keep batuk keluar fresh blood 1/3 cup jugak. Doc datang rescue nak kurang kan batuk n bleeding, buat xray etc. Lepas tu doc kata kena transfer ke ccu sebab perlu monitor dia. Lepas tu doc panggil. Doc tunjuk lung dia seminggu lepas vs hari ni. Ca dah merebak terlampau cepat. Bleeding could probably datang dari situ. Masuk bilik dia kata doc cakap apa. Bagitau ja. Cakap la cancer kat lung dah merebak teruk. Terus minta maaf kat dia.
Dia kata napa nak minta maaf, dia yg patut minta maaf tak dapat jaga kami dah. Terus cakap kat dia. Ayg redha abg. Kalau kata umur abg tak panjang insyaAllah ayg akan kuat jaga anak anak. Malam tu move CCU doc bagi stay teman dia. Dia ngadu depa kata tak boleh makan sbb takut bleeding lagi plus dia kena fasting esok nak masuk camera check bleeding tu dari mana..
Lepas tu dia kata dahaga nak air sejuk. Boleh tak ambik kan. Dia minum bersungguh. 2 botol kecik jugak dia minum. Dalam hati terdetik macam tanda orang nak p ja. Terus google. Lepas tu tanya kat dia ada nampak apa apa ka dia kata takdak la. Rupanya instinct tu betoi. 25.07.20 pagi tu nak procedure. Boleh masuk masa melawat ja. Balik la rumah dulu mandi semua dan datang balik 1pm. Masa tu adik dia ada teman dia. Doc kata bleeding tu takdak ape ape yg serious. Nanti nak transfer ke wad biasa balik. Dia suruh adik dia urut dia segala. Lepas tu dia cakap kat adik dia p ambik air sejuk coway kat dia. Bila adik dia patah balik ke bilik dia tengok doc dah ramai. Rupanya BP dia tertiba drop . Masa tu la sampai terus p bilik tengok dia, dia cakap jangan sentuh dia sakit. Allahuuu. Lepas tu doc panggil keluar nak cakap. Doc kata BP dia dah naik balik tapi dia worry jatuh balik. Dia kata better panggil all families member datang. Kalau setuju dia boleh comma kan tuk buy time or make him sleep. Tarik nafas dalam dalam terus cakap kat doc takpe la doc kalau umur dia tak panjang i dah redha. Tak perlu nak koma kan i cant let him suffer in pain anymore. Then Doc was right, BP dia memang drop balik. Tapi dia still sedar. Doc cakap kita move ke ICU and allowed all ppls in to see him. Dalam 30 min doc and nurse prepare dia kat ICU and bagi kami masuk. Kami Minta maaf semua. Ajar dia mengucap banyak kali dia ikut. Sebak rasa sebab tak percaya akhirnya benda paling ditakuti 3 minggu lepas betol betol jadi. Dia kata dia nak jumpa mak dia. Semua nya smooth sangat.
Cakap kat dia “abg sabar sikit ye mak dah nak sampai”. Bila mak dan anak anak sampai cakap dengan dia semua. Terus semua orang minta maaf kat dia jugak serentak. Dia siap cakap “sorang sorang cakap” . Dia still sedar sampai la nafas dia dah dekat dada. Allahu bila kalih ja tengok rupanya ramai sangat families and friends yang dah sampai and nak ucap selamat tinggal kat dia. Ramai orang syg awak. Tengok la ramai orang datang tak putus putus sampai hari kebumi. 4.50pm he left us. Panggil nurse cakap dia macam dah takdak. Nurse kata can i call doc to check and declare. Sy mungkin bukan isteri yang sempurna tapi sy beruntung ada suami yang sempurna buat sy. Walaupun sekejap tapi puas dapat jaga 3 mggu awak sakit. Terngiang ngiang awk ckp “abg rasa kuat bila ayg overnight sini, kekuatan tu luar biasa ” semoga kasih sayang kita kekal ke syurga. PS : Mami buat coretan ni untuk Dahlia dan Lily baca satu hari nanti. Muhammad Ashraq Salahuddin 04.04.86 – 25.07.20 Advance Pancreatic Carcinoma (Cancer)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bilik terdedah cahaya matahari rasa panas, begini cara atasi, kos pun tak mahal. Bilik yang terdedah kepada cahaya matahari petang terutamanya akan membuatkan bilik jadi panas hingga ke malam.
Bilik Terdedah Cahaya Matahari Rasa Panas, Begini Cara Nak Atasi, Kos Pun Tak Mahal
Selalu dari pukul 2.00 petang hingga ke malam memang takkan selesa duduk berlama-lama di bilik ini kerana terasa bahangnya. Walaupun guna aircond tapi tidak terasa sejuk sepenuhnya.
Disebabkan itu ramai yang guna pelbagai cara untuk mengurangkan kepanasan ini. Ada yang guna aluminium foil, exhaust fan dan sebagainya menyejukkan ruang.
Jika apa yang dilakukan ini tidak juga berjaya, boleh gunakan idea yang diutarakan oleh Khair Itam ini pula. Caranya dengan ‘menampal’ dinding kedua di bahagian luar rumah yang terdedah pada cahaya matahari.
Menghadapi masalah bilik panas yang sama beliau berkongsi cara yang dilakukan baru-baru ini yang didapati berkesan untuk mengurangkan panas atau bahang. Caranya boleh ikuti penjelasan beliau ini.
Alternatif kurangkan panas bilik, pasang dinding kedua
Selain menggunakan aluminium foil, lubang disiling, kipas sedut disiling, rock wool dan wind turbine, saya juga gunakan papan ACP sebagai dinding kedua untuk dinding di bilik yang terdedah terus kepada cahaya matahari.
Bilik tidur anak saya ini terdedah terus kepada cahaya matahari di sebelah petang. Bilik itu panas sehingga ke malam, kerana bahang pada dinding yang “dibakar” oleh cahaya matahari. Air-cond dipasang untuk atasi kepanasan dalam bilik.
Bulan Jun lepas saya pasang dinding kedua berjarak 2 inci daripada dinding asal. Dinding dibuat daripada papan ACP. Ruang di antara dinding dibiarkan kosong.Experimen ini nampaknya berjaya, dinding asal tidak lagi membahang, serta bilik cool dan tidak lagi perlukan air-cond !
Cara buat dinding kedua ini mudah saja;
-Ikat frame c-channel (tebal 2″) atau batten (tebal 1″) pada dinding dengan skru.
-Pakai hollow pon boleh, tapi mahal.
-Saiz frame ikut sesuai saiz panel ACP.
-Kemudian ikat panel ke frame, pakai skru.
-Cat panel ikut cita rasa.
Papan ACP
Paling penting, JANGAN TUTUP BAHAGIAN BAWAH DAN ATAS KEPADA DINDING ACP. Tujuan ialah untuk benarkan kitaran udara yang dipanaskan matahari keluar dan digantikan dengan udara baru ke dalam ruang antara dinding itu.
Menjelang hari raya yang bakal disambut tidak berapa hari lagi, pasti ada diantara kita yang melapangkan masa untuk mencuba buat kuih raya bersama anak-anak di rumah.