Selalunya kalau anda lihat di feed Instagram, ataupun Facebook mesti pernah terlihat video seorang chef yang murah dengan senyuman di mana setiap video yang dimuat naik olehnya pasti tidak akan lekang dengan senyuman di bibir.
Berikutan kejadian gempa bumi di Bumi Turkiye baru-baru ini, Chef selebriti, CZN Burak yang juga berasal dari Turkiye dilihat menangis teresak-esak susulan tragedi gempa bumi melanda bahagian tenggara negaranya dan sempadan Syria.
Menerusi satu ciapan IlmFeed di laman Twitter, difahamkan chef berusia 29 tahun itu menggesa pengikutnya di serata dunia bagi menghulurkan sumbangan supaya dapat meringankan beban mangsa yang terjejas.
“Chef Turki, CZN Burak yang popular dengan video masakan cerianya dilihat menangis apabila merayu orang ramai untuk tampil membantu dalam apa cara sekalipun,” tulis ciapan tersebut.
Ads
Turkish chef CZN Burak who is known for his cheerful cooking videos was seen in tears as he asked for people to help in any way they could. “If anyone is able to help, should help” pic.twitter.com/qPEJuIJcpi
Meninjau di ruangan komen, ramai dalam kalangan warganet turut sebak melihat kesedihan Chef Burak apatah lagi tidak pernah melihatnya menangis meskipun dilaporkan menghidap sakit tumor otak sebelum ini.
Malah, segelintir individu turut mendoakan semua mangsa terlibat diberikan kekuatan dan pasukan yang membantu juga dipermudahkan urusan di sana.
Sementara itu, menerusi sebuah video dimuat naik di aplikasi TikTok, dia turut melakukan misi bantuan dengan membawa bekalan makanan dan barangan keperluan ke Hatay selain beberapa wilayah lain bersama pasukannya.
Ads
@cznburakYolculuk Hatay’a ve sırayla diğer illerimize Tırlarımızı çıkartıyoruz😔🤲
Siapa je tak tak impikan untuk memiliki keluarga yang harmoni dan bahagia tanpa sebarang sengketa kan?
Demi untuk mencapai tahap itu, setiap dari ahli keluarga haruslah memainkan peranan masing-masing untuk menerapkan rasa kasih sayang dan cinta antara satu sama lain, terutamanya watak utama dalam keluarga iaitu ibu dan ayah.
Misalnya seperti perkongsian dari Taufiq Razif ini, nak bahagiakan keluarga, beliau lebih memilih untuk bahagiakan isteri. Barulah rasa itu disalurkan pada anak-anak dan membentuk keluarga bahagia. Jom ikuti perkongsiannya.
Ada yang pelik kena saya selalu duk bahagiakan isteri.
Saya tak manjakan isteri tetapi nak taknak saya kena cari juga cara macam mana untuk bahagiakan dia.
Ada masa saya akan biarkan isteri saya berehat dan bersantai santai.
Saya akan jaga anak
Saya akan mop lantai
Saya akan cuci tandas
Saya akan buat semuanya
Asalkan isteri saya boleh melepaskan kepenatannya.
Kenapa? Kerana saya nak dia merasa bahagia.
Kenapa saya nak isteri saya merasa bahagia? Kerana isteri adalah jantung dalam rumah saya.
Bila isteri saya tak bahagia
Anak anak akan ikut tak bahagia
‘Emotional state’ seorang isteri dan ibu boleh berjangkit dan mempengaruhi ’emotional state’ anak anaknya sekali
Emak serabut, anak anak pun jadi serabut
Emak pemarah, anak anak pun jadi mudah marah
Emak gelisah, anak anak pun jadi mudah gelisah
Untuk saya jadi bahagia, saya perlukan anak yang bahagia
Untuk saya bahagia, saya perlukan rumah yang bahagia
Untuk ada anak anak dan rumah yang bahagia tak lain tak bukan saya perlukan seorang isteri yang bahagia
Kenapa?
kerana hanya isteri yang bahagia boleh melahirkan dan membentuk anak anak yang tenang dan bahagia
Itulah kenapa di dalam Islam menjaga ketenangan hati isteri adalah sejenis nafkah juga kerana ianya adalah keperluan sebuah keluarga bahagia
Taufiq Razif
Happy Wife, Happy Life
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak kecil kuat memukul. Bukan isu biasa! Kalau nak tahu usia mereka ni memang banyak keganasan berlaku sebab tu mereka di gelar “The Teribble Two”
1-3 tahun memang fasa anak kuat, – memukul – mengamuk – menjerit – menendang – membaling
Tu semua cara mereka melontarkan emosi mereka pada kita. Cuma sebagai ibu ayah kita kena ikhtiar untuk kekang tabiat suka memukul ni dari berleluasa sampai ke besar.
Dari kecil kena pupuk cara melontar emosi yang sihat dan tidak bahaya. Apa kena buat? – bila anak mula memukul cepat cepat tahan tangan dia, dan tegas kata “tidak boleh”. Terus instant remove – anak memukul sebab ada letusan emosi, hanya kata-kata sahaja tak memadai. – boleh urut tangan anak yang memukul tadi di bahagian lengan sampai ke bahu. Supaya dapat kurangkan rasa tegang ( intense ). – urut dada depan dan belakang anak boleh beri efek tenang pada dia. – bagi “calm hug” supaya dia boleh tenangkan emosi yang kecamuk dalam diri – ajar alternatif, dia memukul sebab dia tak tahu cara lain untuk sampaikan apa yang dia rasa, jadi tanggungjawab kita untuk ajar dia alternatif lain. – pentingn kenalkan anak dengan “big emotion” seperti marah, sedih, takut, malu & gembira.
Tabiat memukul bukan isu biasa, jangan anggap ia biasa walau nampak comel pada mulanya. Mula dia memukul sebab rasa tak puas hati tapi bila dah jadi habit nanti dia akan memukul sebab nak rasa puas pukul orang.
Aduhai, masa tu bukan kita je, adik adik, kawan kawan, siapa saja dia marah akan jadi mangsa kena pukul. Kekang sebelum terlambat ye! Wallahu A’lam,
Hidup ini akan lebih bahagia dan sempurna andai kita tahu menghargai dan berlemah lembut dengan pasangan. Belajar untuk ikhlas dan dalam masa yang sama sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik.
Perkongsian daripada ustaz Ebit Lew ini umpamanya, sedikit sebanyak dapat menyedarkan kita hendaknya. Jom semak perkongsian penuh daripadanya.
Seorang lelaki jumpa saya dan kata sifat semulajadinya kasar dan suka marah sehingga isterinya lari bersama anak-anaknya. Dia sayang mereka. Tolong saya ustaz…
Jawab saya Allah sayang abang. Saya nampak abang lembut sebenarnya. Kerana abang bercakap dengan saya ni dengan wajah yang sayu dan air mata yang bergenang..
Jujur & Lemah lembut
Sebenarnya inilah yang isteri dan anak abang nantikan. Tak lebih cuma kejujuran dan lemah lembut. Kalau abang luahkan seperti abang luah pada saya insyaAllah mereka akan maafkan abang..
Siapa gembirakan saudaranya, Allah akan gembirakan hatinya. Abang orang baik.
Indahnya jika dengan sepatah perkataan abang boleh membuat keletihan isteri sepanjang hari boleh hilang dan anak-anak yang menjadi anak yang terbentuk dengan sifat seperti Nabi saw dan sahabah. Cukup bila sampai rumah kata, YaAllah syukur rindunya nak balik tengok isteri abang yang berkorban jaga anak-anak dan uruskan rumah. Bila isteri minta tolong, jawab baik sayang. Abang tolong sayang. Sebaiknya belum habis cakap kita dah terus berlari membantunya.
Puji anak-anak, syukur Allah beri ayah, anak yang cantik dan baik.Terima kasih Allah..Bila mereka buat baik beri penghargaan. Jika perkara salah peluk mereka atau jika anak besar ajak mereka minum dan beri nasihat seperti cakap dengan kekasih. Pasti mereka akan menjadi orang yang hebat…
Tiada siapa suka disakiti
Ada orang dengan satu patah perkataan boleh buat orang darah tinggi, sakit jantung, dan musnah hidup orang lain.sedihkan…kita tak suka disakiti. Tiada siapa suka. Tapi tulah faktor iman dan tidak kenal Nabi saw….dalam hadis menyakiti hati muslim yang lain dosanya seperti meruntuhkan kaabah. Inikan pula anak isteri kita sendiri. Mak ayah sendiri. Suami dan sambil lalu jer ucap sepatah perkataan orang sakit hati.
Saya pernah jumpa ramai orang jadi trauma dan gila hanya kerana pasangannya bergurau dengan menyakitkan hatinya.. Saya juga pernah jumpa seorang jadi gila kerana gurauan kawan-kawan. Nabi saw pernah menegur jangan membuat gurauan yang menyakitkan hati seorang Islam lain. Walaupun memanggil seseorang dengan panggilan yang tidak baik kecuali dia suka. Walaupun dia hitam. Kita panggil si hitam. Bila nak dapat anak? soalan itu ada menyebabkan seseorang tidak tenteram dan bergaduh dengan pasangan…sayangilah semua orang.
Seorang pernah tanya Nabi jalan untuk masuk syurga. Jawab Nabi saw jaga lidah dan jaga kemaluan.
Saya lihat ramai orang yang bila dekat dengan Allah bicaranya menjadi lembut..
Dalam Islam antara perkara utama yang perlu diajar pada anak-anak semenjak lahir ialah lemah lembut. Pelajarannya utama melalui contoh. Dengan kelembutan manusia akan tertarik pada agama. Itulah manusia termulia selamanya Nabi saw.
Tanda seorang semakin dekat dengan Allah semakin dia tawaduk dalam solat dan doa. Dan semakin dia lemah lembut pada manusia..
Lemah lambut akan lahir bila kita rasa sayang pada umat manusia seperti Nabi saw.
Umar ra lemah lembut dan tegas.Menangis lihat seorang yahudi mati tanpa Islam. Menangis lihat orang syria masih tidak mengenal Allah. Sanggup buat apa sahaja untuk memujuk seorang yang murtad yang melampau permintaannya. Menangis setiap malam sehingga solat dan saat mendengar perkataan Nabi saw.. Bersedia mendengar isterinya membebel/ meluahkan perasaan tanpa membalas. Minta maaf jika salah. Sanggup tengah malam tolong orang susah. Dan orang itu menyebut perkataan yang merendahkan khalifah sedang dia adalah khalifah. Dia tetap sabar dan melayani wanita itu dengan baik dan bercakap baik dengannya.
Anak-anak umur 0-7 tahun perkara utama yang diajar ialah mencintai Allah dan Nabi saw. Diajar akhlak yang mulia. Lemah lembut, suka senyum, beri salam, pakaian yang sopan, kebersihan.
Allah sayang abang.
Sifat ini perlu dipelajari. Berkawan dengan orang baik. Doa pada Allah. Berfikir sebelum bercakap.
Terima kasih ustaz….insyaAllah saya pun selalu dengar ceramah ustaz..benar-benar masuk dalam hati saya…doakan saya yer ustaz. Betapa saya sayang mereka ustaz. Tiada siapa lagi dalam dunia ini melainkan isteri dan anak-anak saya..
Lidah ialah cermin hati. Ada orang lidah baik tapi hati jahat. Tapi sebenarnya tiada orang hati baik tapi lidah jahat. Kerana ia bertentangan dengan kata-kata Nabi saw. Ya Allah ampunkanlah kami semua. Jadikanlah akhlak dan lidah zahir kami seperti Rasulullah saw
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...