Zaman persekolah adalah zaman manis untuk dikenang! Tidak kiralah berada di asrama sekolah, kolej atau universiti, sudah pastinya momen itu manis! Bak kata sesetengah orang, dunia belajar ni momen sangat manis.
Perkongsian gambar Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memeluk sahabat lamanya benar-benar menyentuh hati ramai. Dalam kesibukan tugas sebagai pemimpin, beliau masih seperti insan biasa menghargai persahabatan dan mengenang jasa seorang guru.
Jika sebelum ini beliau sering berkongsian di laman facebook peribadinya mengenai tugas rasmi beliau tapi kali ini emosi bertukar kepada sebak apabila berkongsi pertemuan dengan sahabat lama ketika menuntut di pusat pengajian tinggi awam.
Momen penuh emosi ini mengingatkan kita pada sahabat-sahabat yang pernah mengisi hari-hari belajar kita dulu.
Beliau berkongsi kisahnya sewaktu belajar bersama sahabatnya. Malah katanya kala belajar dan berkongsi nota dengan teman sekuliah menjadi salah satu momen untuk dikenang.
Bukan itu sahaja, beliau juga berkongsi tiga keping gambar dengan sahabatnya. Riak wajah gembira penuh makna pastinya menggamit kenangan manis.
Ads
RIAK WAJAH PERTEMUAN SAHABAT LAMA
Teacher Atiyah yang dirindui! Teacher Atiyah adalah rakan baik saya semasa di UIA. Beliau adalah rakan seguruan saya dalam jurusan undang-undang dan merupakan pelajar yang sangat pintar! Memilih menjadi guru kerana saya yakin jiwanya adalah jiwa mendidik sebagaimana beliau membantu saya dan rakan-rakan semasa di UIA dengan nota dan “tutorialnya” ketika kami tidak memahami subjek pasca kulliyyah.
Penguasaan Bahasa Inggeris beliau sangat “superb” ketika di UIA lagi. Pernah saya bertanya kepada beliau, “ Mu makey gapo panda ( pandai) lajjok gini?” Maka Teacher Atiyah menjawab dengan nada “ gura” ( gurau”), “ Makey budu jah!”.
PELUKAN RINDU PENUH MAKNA, HANYA MEREKA SAHAJA YANG TAHU. SEBAK!
Ads
Pertemuan kami di bumi Tumpat, Kelantan sepertinya pertemuan sahabat lama yang saling merindui. Tubuhnya saya peluk erat sambil kami menangis kerana masing-masing tahu dan faham makna yang kami cari dalam persahabatan ini. Saing sobat yang sentiasa ada dalam kehidupan kita.
PANDANGAN IKHAS BUAT SAHABAT LAMA
Semoga Teacher Atiyah terus cemerlang dan berjaya mendidik anak-anak bangsa! Doa saya buat semua guru jua, setiap hari, dalam setiap waktu solat, mudah-mudahan kita diberikan kesabaran sebagai seorang pendidik. Mudah-mudahan. Allahumma Ameen!
“MashaAllah YB.. Kita pun ternangis gak..”- Netizen
Menjengah diruangan komen, rata-rata melihat perkongsian itu berasa sebak. Pastinya gambar yang dikongsi relate dengan kehidupana kita yang semakin meningkat usia yang pastinya akan mengimbau zaman persekolahan. Antara komen adalah
Ads
“Terharunya… sy sampai menitis air mata membacanya.. sy dapat merasai legembiraannya di sebalik pertemuan ini.”
“MashaAllah YB.. Kita pun ternangis gak..”
“Sahabat jangan dilupa. Betapa susah dan senang sekarang ada sahabat yang tetap membantu ketika dahulu.”
“Sebak pula saya baca hantaran YB hari ni… cerita persahabatan yg dipupuk di Tmn Ilmu & Budi.”
Nora Danish bimbang penampilan berhijab dihakimi, dilabel munafik – “Tidaklah sempurna tapi lebih baik.” Pelakon Nora Danish seperti yang kita ketahui sudah berhijab. Wanita ini tampil berhijab dengan penampilan yang sopan setiap kali menghadiri pelbagai majlis.
Penampilan sopan dan manis Nora mendapat maklum balas positif dalam kalangan peminatnya. Bagaimanapun, Nora, atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, mengakui timbul rasa bimbang jika penampilannya itu dihakimi hingga dilabel sebagai munafik.
“Dalam proses penghijrahan ini, saya tidak mahu orang melihat saya sebagai seorang yang suci atau terlalu alim. Itu yang paling saya takutkan, kerana apabila saya melakukan kesilapan, orang akan menilai saya sebagai munafik dan sebagainya.
“Tidaklah Sempurna Tapi Lebih Baik”
“Saya juga sedang berusaha untuk menjadi seorang yang lebih baik. Tidaklah sempurna, tetapi sekurang-kurangnya lebih baik. Itulah yang sangat saya inginkan,” katanya.
Wanita berusia 43 tahun itu kerap dilihat menghadiri majlis-majlis ilmu agama, mengakui dirinya sedang berusaha untuk memperbaiki diri menjadi seorang muslimah yang lebih baik.
Pelakon Bukan Cinta Malaikat itu mula berhijab sekitar Jun tahun lalu. Menurutnya, niat untuk berhijrah sudah lama disimpan, dan dia memohon doa orang ramai agar dirinya kekal istiqamah.
“Saya membuat keputusan ini tanpa desakan atau paksaan sesiapa. Saya sendiri yang memilih untuk berhijab kerana saya sedar usia saya juga sudah tidak muda lagi.
“Saya percaya setiap wanita yang belum berhijab pasti ada keinginan yang sama. Apapun, terima kasih kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan saya,” katanya.
Bagi meringankan beban rakyat untuk pulang ke kampung halaman pada Aidil Fitri ini, kerajaan mengumumkan potongan tol sebanyak 50 peratus daripada kadar tol biasa.
Biarpun terpaksa menanggung kerugian namun kerajaan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat terutama di bulan Syawal yang menuntut perbelanjaan lebih buat rakyat.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata implikasi kewangan yang ditanggung kerajaan bagi membayar balik pampasan kepada syarikat konsesi tol yang terlibat dianggarkan berjumlah RM19.69 juta.
“Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju memberikan potongan tol 50 peratus bermula 12.01 tengah malam 28 Mac (Jumaat), dan berakhir pada 11.59 malam 29 Mac (Sabtu) ini.
“Kita beri dua hari (diskaun) supaya pengguna tidak tergesa-gesa dan boleh merancang sebaiknya perjalanan mereka,” katanya.
Nanta berkata potongan tol 50 peratus itu khusus bagi kenderaan persendirian (Kelas 1) di semua plaza tol kecuali plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).
Beliau berkata pemberian diskaun tol itu adalah kesinambungan kepada bantuan tol musim perayaan yang diberikan Kerajaan MADANI bagi keempat-empat musim perayaan utama di Semenanjung sejak tahun 2023.
“Ia adalah selaras dengan teras utama Kerajaan MADANI iaitu Kesejahteraan dan Ihsan dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat.
“Justeru semua pengguna lebuh raya diharapkan dapat memanfaatkan diskaun tol ini dengan sebaiknya dan merancang perjalanan dengan sewajarnya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas semasa cuti panjang ini,” katanya.
Sumber: BERNAMA
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apa nak jadi dengan dunia sekarang, Perbuatan sumbang mahram makin menjadij-jadi sekarang. Terbaru, kejadian zina sumbang mahram berlaku di negeri Kelantan yang mana melibatkan dua remaja hamil selepas masing-masing melakukan perbuatan sumbang mahram dengan sepupu dan bapa saudara di lokasi berbeza.
Perbuatan jijik itu didedahkan oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, siasatan mendapati, kedua-dua kejadian itu berlaku selepas remaja perempuan meminta untuk melakukan perhubungan dengan saudara mereka sendiri.
Memetik laporan Kosmo, kes pertama dilaporkan berlaku melibatkan remaja berusia 15 tahun yang mengandung selepas melakukan perbuatan sumbang mahram dengan sepupunya yang berusia 11 tahun.
Mohd. Yusoff (tengah) bercakap pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat IPK Kelantan di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini. – FOTO Kosmo
“Kita terkejut apabila menerima laporan daripada ibu bapa remaja itu yang mengatakan anak mereka hamil hasil hubungan dengan sepupunya. Lebih mengejutkan, remaja tersebut yang meminta untuk melakukan hubungan itu.
“Satu lagi kes melibatkan remaja berusia 13 tahun yang hamil hasil perhubungan dengan bapa saudaranya yang berusia dalam lingkungan 20-an. Kedua-dua kes sumbang mahram ini sama iaitu remaja perempuan mengajak saudara mereka untuk tidur bersama,” katanya katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di IPK Kelantan di sini hari ini.
PUNCA
Menurutnya lagi, siasatan mendapati, kes rogol melibatkan remaja dan sumbang mahram berlaku berpunca daripada konflik keluarga, kesibukan ibu bapa bekerja dan percintaan bawah umur.
Tambahnya selain itu, pengabaian daripada aspek agama dan kehidupan yang jahil tentang agama turut menyumbang kepada perbuatan sumbang mahram.
“Siasatan turut mendapati, 30 peratus daripada jumlah keseluruhan kes rogol di Kelantan berlaku disebabkan dadah. Apabila kita membuat ujian air kencing, ramai dalam kalangan mangsa atau suspek yang terlibat positif dadah,” katanya.
Sumber: Kosmo
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di