Siapa sangka benjolan kecil pada payudara kanan selepas melahirkan anak sulung tiga tahun lalu rupa-rupanya kanser yang menyebabkan wanita ini koma. Benjolan tersebut dikatakan hilang setelah berubat secara tradisional.
Walau bagaimanapun selepas hamil anak kedua,ia timbul semula yang disangka ‘bengkak susu’ namun semakin membesar sebelum disahkan kanser.
Dalam kegembiraan pasangan ini menerima orang baru dalam rumah tangga, mereka diduga dengan ujian yang cukup berat. Saya gembira menerima cahaya mata baru, namun pada masa sama, hati sayu melihat keadaan isteri yang terlantar koma,” kata Muhammad Hairi Ramli, 27.
Muhammad Hairi berkata, isterinya, Noor Athirah Mohd Ariff, 24, disahkan menghidap kanser payudara ketika sarat mengandung pada bulan lalu, malah difahamkan sel barah itu telah merebak ke bahagian tulang belakang.
Katanya, keadaan isteri menyebabkan doktor mengambil keputusan untuk bayi dalam kandungan yang berusia lapan bulan ketika itu, dilahirkan melalui pembedahan bagi menyelamatkan kedua-dua nyawa.
“Selepas isteri selamat melahirkan bayi kami pada 23 Mei lalu, beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan berada dalam keadaan separuh koma, sekali gus bergantung sepenuhnya pada mesin bantuan pernafasan.
“Lebih menyedihkan, anak bongsu kami yang kini berusia 10 hari dan akan diberikan nama Muhammad Aidilfitri, belum dapat merasa setitik pun susu daripada ibunya dan hanya bergantung pada susu formula khas untuk bayi pramatang.
Ads
“Hati saya sebak setiap kali melihat wajah anak bongsu yang baru dilahirkan, masih belum dapat menikmati belaian seorang ibu.
“Jauh di sudut hati, saya berharap keajaiban akan berlaku dan isteri boleh menyusukan bayi kami apabila sedar nanti,” katanya ketika ditemui di rumah sewa mereka di Kampung Kubang Siput. Menceritakan lanjut, bapa kepada dua cahaya mata itu berkata, selepas melahirkan anak sulung pada 2017, isteri mendapati ada benjolan kecil pada payudara kanan tetapi lama-kelamaan ia hilang susulan berubat secara tradisional.
“Namun ketika mengandungkan anak kedua kami, benjolan pada payudara sebelah kanan timbul semula. Benjolan itu kemudian semakin membesar dan menyakitkan tetapi pada awalnya, disangkakan ia hanya ‘bengkak susu’
“Pada awal kehamilan, isteri sangat cergas. Bagaimanapun apabila kandungan berusia lapan bulan, saya melihat isteri cepat penat dan lesu yang dianggap mungkin kerana beliau sedang sarat.
“Namun, saya melihat keadaan isteri semakin teruk lalu cuba memujuknya untuk mendapatkan rawatan di hospital dan beliau akur. Selepas beberapa siri ujian dilakukan, doktor yang merawat mengesahkan benjolan itu adalah kanser.
Ads
“Ketika itu, luluh hati saya dan hanya mampu berdoa kepada Allah SWT supaya nyawa kedua-dua mereka yang amat disayangi itu dapat diselamatkan,” katanya.
Muhammad Hairi berkata, berikutan beliau terpaksa berulang-alik ke hospital untuk menjenguk keadaan isteri, anak sulung berusia dua tahun, Muhammad Hairil Hafsya kini dijaga ibu mentuanya yang tinggal di Kampung Kok Keli, Tumpat.
“Bagi memudahkan urusan menjaga anak bongsu yang baru dilahirkan pula, ibu saya, Hazimah Harun, 50, kini tinggal bersama-sama untuk menguruskan keperluannya.
Ads
“Pada masa sama, saya buntu memikirkan keadaan kewangan kami sekeluarga kerana sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya hilang punca pendapatan dan kini hanya mengharapkan simpati adik-beradik serta saudara-mara lain. “Namun, sampai bila saya perlu bergantung harap pada mereka untuk meneruskan hidup? Oleh itu, saya akan berusaha memohon bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) agar sekurang-kurang boleh meringankan beban ditanggung,” katanya.
Kisah Noor Athirah turut dikongsikan oleh sepupunya menerusi laman facebooknya .
Kepada sesiapa sahaja yang sudi memberi Bantuan Kewangan bolehlah menyalurkan Bantuan tersebut melalui Akaun Bank pesakit. Bank Islam Malaysia (03120020182482) NOOR ATHIRAH BINTI MOHD ARIF seperti di Gambar tsb @ boleh menghubungi suami beliau *ERY* di talian (011-64845596).
Semoga ALLAH S.W.T terus merahmati dan memberkati seluruh hamba2nya di Dunia juga di Akhirat. In Shaa Allah. Aamiin
Selepas tiga minggu menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka, pasangan selebriti Uqasha Senrose dan suaminya, Kamal Adli berkongsi nama penuh puteri kesayangan mereka.
Kamal dan Uqasha mendedahkan nama penuh puteri comel itu menerusi program Oh Baby Kamal & Uqasha pada Sabtu.
Keduanya sepakat memilih nama Hawra Uqaira yang membawa maksud putih, cantik dan bersih.
“Nama Hawra itu saya pilih. Uqasha ambil Uqaira. Kita ambil sorang satu. Adil la, tak payah berebut.
“Hawra maksudnya putih, bersih dan cantik. Kan nampak putih, cantik dan bersih,” kata Kamal lagi.
Manakala nama Uqaira pula membawa maksud kebahagiaan, rezeki tanpa kepayahan selain harum dan wangi.
Kata Kamal lagi, dia tidak mahu memilih nama yang terlalu panjang bimbang nama itu menyusahkan anaknya kelak bila bersekolah.
“Nanti di sekolah, panjang sangat nak tulis nama dia,” tambah Kamal lagi.
Program yang bersiaran di Astro itu berkongsi kisah kelahiran buah hati pasangan ini. Paling menyentuh hati pastinya ketika momen Kamal mengazan dan qamatkan di telinga kanan anaknya sebelum diserahkan pada Uqasha.
Terdahulu, Uqasha selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada 27 April lalu.
Mengurat suami? Biasanya kita mendengar lelaki yang mengurat perempuan. Kali ini giliran si isteri pula untuk memikat hati suami. Jika artikel sebelum ini saya pernah menyentuh tentang suami mengurat isteri, kali ini saya berkongsi ilmu bagaimana isteri mengurat suami.
Keluarga ialah asas dalam kekuatan ummah. Keluarga bahagia akan menjadikan ummah kita kuat. Faktor utama kebahagian sesebuah keluarga ialah kasih sayang. Maka, salah satu kaedah dalam mewujudkan kasih sayang ialah dengan mengurat.
Cuba kita renung kembali zaman sebelum berkahwin. Bagaimana suami berusaha dengan teknik dan gaya masing-masing dalam mengurat bakal isteri. Alangkah manisnya hubungan bila isteri membalas pula dengan mengurat suami.
Jangan asyik ingin dibelai dan dimanja suami, sehingga terlupa untuk membalasnya. Suami juga walaupun nampak macho dan ego yang tinggi.. kononnya, mempunyai perasaan yang sama dengan isteri. Perasaan ingin dihargai. Perasaan ingin disayangi dan dimanja.
Kita semuanya dikurniakan seketul daging yang sama, iaitu hati. Dari hati itu la kita berkongsi rasa yang sama, kita berkongsi keinginan yang sama, dan kita berkongsi jiwa yang sama. Moga perkongsian tips ini dapat memberi manfaat dalam perhubungan kita. Insyaallah.
#1. SENTIASA MANJA DENGAN SUAMI
Suami juga memerlukan layanan ingin di manja. Itu lumrah kejadian manusia. Bagaimana untuk bermanja?
Ada banyak cara. Dengan lirikan mata pun boleh mewujudkan manja. Dengan belaian tangan seorang isteri pun dapat melahirkan perasaan manja.
#2. SENYUM SELALU
Hanya dengan menghadiahkan senyuman, sudah cukup untuk menenangkan hati suami. Senyum dapat menyalurkan aura yang sungguh hebat.
Kepenatan dan keletihan suami dapat diubat hanya dengan senyuman.
Senyum itu satu sedekah. Dari sedekah lah rahmat itu turun.
#3. SENTIASA ROMANTIK
Sifat romantik perlu sentiasa ada dalam perhubungan. Romantik itu boleh wujud dalam pelbagai cara. Layanan seorang isteri juga dapat menimbulkan suasana romantik.
Sekali sekala isteri boleh menyediakan kejutan kepada suami dengan candle light dinner. Air tangan dari masakan seorang isteri adalah makanan terbaik untuk seorang suami.
Layanlah suami umpama raja. Insyaallah..isteri akan dapat layanan bak permaisuri dari suami.
#4. MEMAKAI WANGI-WANGIAN
Wangi-wangian boleh menimbulkan satu aura yang sangat hebat dalam perhubungan. Pelbagai jenis minyak wangi boleh didapati dipasaran. Cuma sahaja tinggal memilih mengikut kegemaran dan kemampuan. Dan pastikan penggunaannya mengikut kesuaian tempat dan masa.
#5. SENTIASA MEMBERIKAN KEJUTAN BERUPA HADIAH
Isteri boleh mewujudkan elemen kejutan dengan memberikan hadiah kepada suami. Tidak perlu menunggu ulang tahun perkahwinan atau harijadi.
Hadiah yang simple sahaja sudah cukup bagi suami. Dan pastikan juga hadiah itu disukai oleh suami.
Apa yang penting ialah keilkhlasan isteri dalam memberikan hadiah. Kenanglah ketika suami mengurat dahulu. Pelbagai jenis hadiah diberi dalam usaha untuk memikat hati.
KESIMPULAN
Dalam apa juga perhubungan, kesetiaan dan kepercayaan adalah kunci utama. Dengan mewujudkan elemen ‘mengurat suami’ dalam hubungan, isteri haruslah bijak mengatur strategi.
Sekiranya ingin menambah ummp dalam mengurat, isteri rajin-rajinlah memakai pakaian yang seksi dihadapan suami. Kompom boleh bikin cair hati dan hidung suami. Jangan asyik memakai pakaian yang sama saja.
Variasikan kaedah moga perhubungan terus bertambah erat tanpa dimakan usia. Dan dalam asyik kita mengurat, jangan terlupa untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT memohon keberkatan dalam perhubungan suami isteri. Mohon agar ikatan yang dipegang kekal erat hingga ke hujung nyawa.
Nak makan Cheese kek tapi agak leceh kerana kek sebegini agak rumit dan banyak pula caranya. Lagi lagi yang kena guna oven dan mixer. Ada pula yang akan tanya, boleh ke bakar kek tanpa oven? Takder oven macam mana nak bakar kek? Jawapannya boleh!
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Zulkifli Hashim ni. Mudah dan cukup menjimatkan dengan kos hanya RM35 jer.
Blueberry Cheese Kek tanpa bakar dan tanpa mesin pengadun. Resipi ada pada gambar. Kos Bahan +/- RM 35.00 ???
Guna 13 keping aje.Bahan2 yang lainnyaPotong Buttercup lebih kurang 1 inci.Adun kan dgn kepingan biskut yg telah dihancur hancur halus.Tekap pada acuan kek dan simpan dlm freezer sementara membuat cheesenya.Pukul atau kacau dgn alat pemukul 200ml Whipping Cream lebih kurang 5 – 7 minitCampurkan 250g Beqa Tatura Cream Cheese dan pukul hingga halus.campurkan 1 sudu makan Essen VanillaCampurkan 120g Gula Ising. (kurang manis) kalau inginkan sedikit manis bolehlah tambah lagi 40gCampurkan 1/2 biji perahan LemonPanas dan campurkan 4 sudu makan Geletin sayuranKeluarkan base biskut dari freezer dan tuangkan bancuhan cream cheese dan simpan semula dlm freezer utk 30minit atau lebih sehingga kerasSetelah keras letakkan Topping Blueberry dan masukkan dlm freezer utk beberapa minit.