Semalam kita dikejutkan dengan berita kemalangan yang mengakibatkan berlakunya kebakaran pada kenderaan dan sekaligus meragut nyawa orang.
Menerusi rakaman tular, Muhamad Redzuan kedengaran sedang meraung ketika isterinya, Nurul Nazihah Kamalul Arifin berada dalam sebuah kenderaan terbakar.
“Allah, Allahuakbar. Yang, saya tak tinggal awak yang…Allah. Sumpah saya tak tinggal awak yang.
“Allahuakbar Itu bini saya bang. Allah Allah Allah,” jerit Muhamad Redzuan tidak jauh dari kenderaan berkenaan.
Dalam pada itu, sahabat kepada Allahyarham Nurul Nazihah turut berkongsi coretan sayu menerusi Facebook sejurus kejadian berkenaan tular dan menggemparkan seluruh rakyat Malaysia.
Menurut pemilik Facebook Syafiq Shariff, mangsa yang senang disapa Azie baru sahaja pulang mengerjakan umrah, baru-baru ini.
“Mohon sedekahkan al-Fatihah buat sahabat saya Nurul Nazihah Kamalul Arifin yang baru sahaja kembali ke rahmatulah akibat kemalangan di Highway Sedenak malam tadi.
“Arwah baru sahaja balik daripada umrah seminggu yang lepas. Sebelum arwah pergi ke umrah, arwah ada WhatsApp kami semua minta doa dipermudahkan urusan disana dan sekiranya ada nak sampaikan doa kat sana” ujarnya.
Ads
Dalam pada itu, Syafiq Shariff berkata mangsa juga sempat memuat naik petikan, memohon perlindungan menerusi status WhatsApp sebelum kejadian berkenaan.
“Sebelum dapat tahu arwah meninggal, baru je beberapa jam sebelum tu tengok status arwah di WhatsApp.
“Arwah ada update status kat story minta dipermudahkan urusan teman suaminya pergi appoinment dengan client untuk urusan medical card dan hibah, dan arwah juga ada selitkan ayat cukuplah Allah sebagai tempat diri bagi kami, sebaik-baik pelindung dan sebaikbaiknya penolong kami.
“Terlalu sebak melihat video suami arwah meraung. Allah. Salam takziah untuk keluarga Azie dan semoga keluarga Azie dan suami Azie tabah dan dipermudahkan segala urusan. Tenanglah di sana wahai sabahatku Azie, tulisnya lagi.
Melalui semakan di laman Instagram mendapati Allahyarham kali terakhir memuat naik foto pada 28 September lalu, namun ada berkongsi Instagram Story pada hari kejadian.
Ads
Dalam posting terakhir pada feed Instagram pada 28 September, mangsa berkongsi foto dia dan suami di lapangan terbang, dipercayai sebelum mereka berangkat ke Makkah.
“Saya, Nurul Nazihah dan suami, Muhamad Redzuan serta ayah, Kamalul Arifin dan ibu, Saliah.. dengan rasa penuh kesyukuran di atas kebesaran Sang Pencipta yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani yang mengizinkan kami untuk menjadi Duyufurahman (tetamu Allah) bagi menunaikan lbadah Umrah.
“Ini adalah Anugerah Allah yang Maha Agung buat kami sekeluarga. Saya dengan penuh rasa kerdil dan rendah diri ingin memohon seribu kemaafan kepada semua yang mengenali saya. Segala salah dan silap, terkasar bahasa yang saya sedari mahupun tanpa sengaja dan terlepas pandang selama ini.
Ads
Segala yang saya hajatkan, semua yang saya impikan, apa yang saya impikan, tidak akan terlawan dengan anugerah dariNya ini, yang tidak akan mungkin saya dustakan sehingga akhir hayat,” tulisnya dalam posting itu.
Netizen juga dilihat membanjiri posting foto itu dengan ucapan takziah selepas kisah kematian mangsa tular sejak semalam.
Anggota bomba memadam kebakaran dalam kemalangan maut di KM45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan pada Sabtu.
Terdahulu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Mohd Fauzi Md Nor berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan pada 7.47 malam, Sabtu membabitkan empat kenderaan dengan dua mangsa maut rentung di lokasi kejadian.
Kemalangan membabitkan lori jenis Isuzu yang terbakar 70 peratus, Proton Wira dan Toyota Vios masing-masing 90 peratus, dan Proton Preve.
Mohd Fauzi berkata, mangsa yang maut ialah penumpang Proton Wira iaitu Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28.
Katanya, seorang lagi mangsa yang maklumatnya tidak diketahui berada dalam Toyota Vios yang turut terbabit.
Sumber : Mstar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ikan terubuk memang sedap dimakan tetapi perlu berhati-hati kerana tulangkan berbentuk Y yang boleh buat kita tercekik tanpa dijangka.
Tak hanya ikan terubuk, ikan-ikan lain juga jika silap gaya boleh buat kita tercekik. Cemas? Jangan cemas kerana ada banyak makanan yang boleh membantu. Tapi perlu ada caranya. Jom cuba.
Akan tetapi perlulah diingatkan, jika makanan ini tidak dapat membantu menghilangkan tulang ikan yang tersangkut, ada baiknya anda segera ke klinik berjumpa doktor. Serahkan pada yang benar-benar pakar.
Jika tulang masih terlekat juga, jangan panik. Lakukan segera 6 langkah ini.
1. Nasi
Kepalkan nasi menjadi sebesar bola ping pong dan terus telan dengan diiringi bacaan bismillah dan selawat.
2. Madu
Celupkan jari ke dalam madu, selawat 3 kali dan hisap jari tersebut.
3. Air basuhan tangan kita
Caranya cuci tangan bersih dan ambil air masak dan basuh tangan anda menggunakan air tersebut dan minum semula air yang basuh tangan tersebut.
4. Pisang
Ambil sepotong pisang yang telah masak, kemudian telan. Lakukan beberapa kali.
5. Garam
Masukkan sedikit garam ke dalam secawan air suam dan minum air tersebut. Ketika minum, berikan tekanan semasa menelan air agar tulang tidak lagi melekat pada tekak.
6. Roti
Gumpalkan roti membulat dan telan roti tersebut agar tulang dapat ditanggalkan.
Info tambahan:-
Namun jika masalah tidak dapat juga di atasi, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memperoleh rezeki melimpah ruah namun tidak berkat, tidak ada maknanya. Walaupun kita memiliki harta yang yang banyak, kehidupan yang mewah namun hati tidak tenang dan bahagia, ini menunjukkan kepada kehidupan yang tidak diberkati. Ibarat istana kosong tanpa berpenghuni.
Berikut petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal. Mari fikir-fikirkan.
“Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tidak masuk ke dalam perut. Ada lagi sumber yang lain kita perlu elak dicampurkan dengan darah daging.
Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu pun ragu statusnya. Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri. Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.
Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara. Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong membeli belah sebelum pulang ke ofis.
Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim overtime. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri. Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa, bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.
Fikir dalam-dalam. Apabila musibah; tidak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri”.
*KEBERKATAN YANG DICARI*
*5 cara untuk mendapat pahala setelah mati:*
1. Beli Al – Quran kepada seseorang, setiap kali dia membacanya kamu akan menerima pahala.
2. Sedekah kerusi roda kepada hospital, setiap kali orang sakit menggunakannya nescaya kamu akan mendapat pahala.
3. Turut serta dalam pembinaan masjid.
4. Meletak watercooler di tempat awam.
5. Menanam pokok. Kamu menerima pahala sekiranya ada manusia ataupun binatang berteduh di bawahnya atau makan darinya.
Sumber: Mohd Zamri (facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Candy detergent, kini kian menjadi pilihan sebagai bahan pencuci pakaian yang wangi beraroma sekali gus membuatkan ramai yang teruja untuk membelinya. Meski pun bersaiz kecil namun harumannya cukup hebat.
Tidak dinafikan juga jika sekali pandang, candy detergent ini persis gula-gula. Cantik dan menarik.
Namun siapa sangka ia mampu membawa kesan yang tidak dingini kepada seorang kanak-kanak.
Kisah tersebut dikongsikan oleh seorang pegawai perubatan di twitter untuk dijadikan peringatan agar ibu bapa lebih waspada dengan penggunaan sabun tersebut.
Bau Sabun Kuat Dari Dalam Mulut
Masa maknya di dapur, tiba-tiba terdengar anak menangis kuat. Bila dijengah, dalam mulut penuh dengan sabun. Meleleh-leleh ke baju dan seluar. Bila datang dekat, bau sabun kuat datang dari dalam mulut anak. Paniknya tak payah cakap. Tak tahu nak buat apa.
Cepat-cepat sabun semua dicuci dari muka dan mulut anak. Kebetulan seorang diri di rumah, semuanya kena dihadap sendirian. Berlari terus mak ni buat panggilan telefon pada suami. Syukur suami memang nak dekat sampai ke rumah.
Bila kami buat panggilan ke Pusat Racun Negara, kandungan sabun Candy Viral ni ialah bahan pencuci dan sabun (kategori bahan kimia ionic and non ionic).
Maksudnya, kalau anak dah termakan sabun ni, kita tak tahu sabun tu akan kekal berapa lama dalam badan anak.
Selain tu, sabun ni boleh menyebabkan:
-Hakisan pada lapisan mukosa mulut dan laluan pernafasan. Kalau sangat serius, hingga perlukan bantuan pernafasan.
-Kecederaan pada lapisan usus hingga menyebabkan muntah yang teruk.
Selama saya jadi doktor kanak-kanak, berkali-kali saya lihat anak terminum sabun pencuci tapi kali ni saya memang risau dengan bentuk dan warna sabun ni.
Nasihat saya, simpanlah sabun ni di tempat yang selamat dan jauh dari jangkauan anak. Kalau anak tertelan bahan pencuci, jangan paksa dia muntah.
Kalau paksa dia muntahkan sabun tu, anak boleh tersedak. Bila tersedak, sabun tu boleh masuk ke paru-paru pula. Lagi bahaya. basuh mulut anak dengan air berkali-kali. Tukar baju dan seluar anak yang dah terkena bahan pencuci tu. Bawa segera ke hospital.
Bantu saya sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain. Kadang-kadang kita terlepas pandang isu macam ni tapi anak kita yang menjadi mangsa.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.