Apabila kita nak tinggalkan rumah dalam jangka waktu yang lama contohnya balik kampung atau bercuti, bab keselamatan memang kena take note kan.
Sebelum keluar kena pastikan sudah tutup semua lampu dan plug untuk keselamatan selain mengelak pembaziran.
Tetapi kita tidak akan menutup suis peti sejuk dan dibiarkan terpasang kerana mahu memastikan makanan yang ada dalam peti sejuk tidak rosak. Namun apa yang akan terjadi jika dalam masa 5 hari kita tinggalkan rumah rupa-rupanya 3 hari pertama itu rumah kita ‘blackout’ tapi masa kita dah balik rumah suis dah ok.
Gambar hiasan
Apa yang terjadi pada peti ais kita sepanjang takde elektrik tu? Jom kita baca dan hayati perkongsian dari Rizzal Abdullah ini:
Bro,
Harini Uncle Chan pesan kat aku, kalau nak tinggalkan rumah lama-lama, jangan lupa simpan syiling dalam freezer.
Ape kena orang tua ni kasi pesanan pelik camni. Boleh kasi syiling tu beranak ke? Simpan lah duit syiling dalam tabung, tu pesan yang selalu aku dengar..
Benda ni mudah tapi sangat penting. Ramai orang tak buat sebab tak tau.
Kalau U tinggal rumah lama-lama, U tak tau kan kalau ada gangguan bekalan elektrik kat rumah? Kalau ada, U tak tau kan berapa lama sebelum elektrik sambung balik?.
Saya tak kisah sangat pun Uncle, takde siapa dalam rumah tu pun. TV, kipas lampu semua tu memang dah OFF.
Young man (terasa muda kejap), ayam, ikan, daging dalam u punya freezer tu macam mana? Nuggets, sosej dan daging burger untuk anak U macam mana?
Kalau terputus 2 – 3 jam OK lg. Kalau TNB rasa nak biar 2 – 3 hari? Kalau seminggu?
Kalau semua tu dah defrost dan dibiarkan terlalu lama, ia akan mula rosak. Lepas elektrik sambung semula, freezer U akan bekukan balik semua tu. Mungkin ada yang sudah rosak dan U tak perasan.
Betul jugak. Kalau tak perasan rasa macam ok je lagi (beku lagi kot), masak buat kari lepas tu makan. Memang ke hospital la lepas tu. Silap-silap boleh mati.
Ads
Lepas tu masak sosej yang dah rosak tu kasi anak makan. Aduhh..
Tapi apa kaitan syiling tu?
Ini tip untuk agak berapa lama freezer tu OFF. U perlu;
Syiling
Gelas plastik yang lut sinar
Air
APA NAK KENA BUAT:
Ads
*Mula-mula u isi air dalam gelas plastik tu 3/4 penuh dan letak dalam freezer. Biar jadi ais.
*Lepas tu letak syiling atas ais tu.
*Setiap kali balik rumah lepas cuti panjang, check syiling dalam gelas tu.
Kalau syiling tu masih di atas, bermakna mungkin tiada gangguan elektrik. Bagus!
*Tapi kalau syiling tu di lantai gelas, bermakna ais tu dah pernah cair sepenuhnya. Mungkin terdapat gangguan elektrik yang lama.
Gambar hiasan
*Buang je lah semua bahan makanan atau minuman yang kemungkinan besar sudah rosak. Good indicator to check all your food supply inside your freezer. Jangan ambil mudah, pilih jalan yang paling selamat.
Jagung manis memang mendapat sambutan yang ramai. Jika di perhatikan penjual jagung manis ini masih menjual makanan ini di pasar malam.
Selain itu, boleh buat masak jagung manis bersama susu. Rasanya lebih enak dan berkrim.
Nak tahu resipinya ikuti perkongsian ini.
Jagung manis berkrim
Saya beli jagung rebus semalam, masih berbaki hingga ke hari ini. Begitulah bila terlebih beli. Nak buat apa ye? Saya cari resepi jagung, nampak ramai juga orang share jagung rebus susu. Guna susu pekat manis, susu cair, mentega/marjerin, cheese, gula Melaka, dan pelbagai lagi. Saya terus buat, tetapi saya adjust sikit resepi. Supaya lebih ringkas dan guna apa yang ada di dapur saja. Hehehe. Guna susu cair, susu pekat manis dan saya letak sikit susu segar. Hasilnya sedap juga. Alhamdulillah.
Jagung sudah direbus.
Susu cair dan susu pekat manis, saya panaskan guna api kecil.
Kemudian saya tambahkan susu segar. Kacau sebati guna api kecil saja.
Masukkan jagung rebus.
Reneh hingga mendidih. Golek-golekkan jagung supaya kena susu secara keseluruhan rata. Agak 10 minit juga.
Dah siap. Saya hidang bersekali dengan susunya juga.
Sedap dimakan panas-panas. Alhamdulillah.
Keluarga: Wow, memang sedap, Anak-anak mesti suka.
Setiap manusia diuji dengan pelbagai jenis ujian dalam hidup. Sakit juga antara ujian yang boleh menghapus dosa.
Baru-baru ini, penyanyi otai Ifa Raziah memuat naik hantaran di laman Instagram mengenai keadaan suaminya yang telah menjalankan pembedahan di sebuah hospital.
Menerusi perkongsiannya itu, pasangan ini terpaksa menyambut ulang tahun perkahwinan mereka di hospital sebelum suaminya melakukan pembedahan.
“Semalam sambut anniversary kat hospital harini akan buat operation. Doakan suamiku Mohd Yani semoga cepat sembuh Aamin Ya Rabbal Alamin,” tulisnya.
Memetik laporan mStar, suami kepada penyanyi dangdut ini sudah lama menghidap masalah jantung dan menjadi teruk apabila kurang dapat rehat yang cukup.
“Dia dah lama dah ada masalah jantung, cuma kali ini teruk sikit mungkin sebab tak dapat rehat yang cukup disebabkan karnival Starvendor yang berlangsung selama 100 jam tempoh hari.
“Dia baru dapat rehat pada hari raya terus jatuh sakit,” katanya.
Lapor mStar lagi, Ifa juga tidak menerima terlalu ramai kedatangan tetamu untuk melawat demi memberi ruang rehat kepada suaminya itu.
“Kali ini nampaknya beraya dekat hospital dengan anak-anak sahaja, tetamu pun saya tak terima sangat sebab keadaan suami yang masih lemah.
“Lagipun kes Covid-19 pun sedang meningkat jadi saya bimbang sikit untuk terima tetamu,” tambahnya.
Walaupun setelah berjaya menjalankan pembedahan, Ifa turut memberitahu keadaan suaminya yang masih belum sedarkan diri dan memohon doa orang ramai.
Betapa pantasnya masa berlalu, diam tak diam, anak sulung penyanyi nombor satu negara, Dato’Sri Siti Nurhaliza, Aafiyah kini sudah pun berusia enam tahun.
Melalui Instagramnya, Dato’ Siti memuat naik sekeping gambar Aafiyah yang cukup manis dan ayu.
Kata Dato’ Siti, penantian 11 tahunnya berakhir dengan kelahiran Aafiyah enam tahun yang lalu malah kelahiran yang begitu dinantikan olehnya.
Bahkan kata Siti lagi, Aafiyah jugalah yang mengajarnya erti kesabaran untuk bergelar seorang ibu.
“Alhamdullillah, 6 Tahun yang lalu, lahirlah puteri ibu Siti Aafiyah Khalid.
“Anak yang mengajar ibu tentang kekuatan dan kesabaran yang tinggi untuk menjadi ibu. Sebelah tahun menantimu, masya Allah, Tabarakallah,” tulisnya.
Ibu kepada dua cahaya mata ini juga turut membingkiskan ucapan sempena hari lahir Aafiyah. Doa sentiasa mengiringi agar Aafiyah membesar menjadi anak yang sentiasa disayangi malah dapat berbakti kepada agama dan masyarakat bila besar nanti.
“Doa ibu Aafiyah menjadi anak soleha yang sentiasa dijaga Allah Swt. Anak yang cepat matang, terang hatinya, tegas dalam lembut, caring dan terus lah berbakti kepada agama dan masyarakat bila besar nanti ye.
“Semoga Aafiyah anak ibu disayangi seluruh makhluk Allah swt di langit dan di bumi, menjaga Adab dan Agamamu. Permata hati ayah ibu, Siti Aafiyah .. aamin ya rabb,” katanya lagi.
Terdahulu, si comel kesayangan ramai, Siti Aafiyah dilahirkan pada 19 Mac 2018 selepas hampir 11 tahun menanti. Siti mendirikan rumahtangga bersama Datuk K pada 21 Ogos 2006. Pasangan ini turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata, Muhammad Afwa.