Pengorbanan dan usaha gigihnya dalam membantu mereka yang memerlukan bukan sahaja dipuji masyuarakat, bahkan mendapat perhatian pihak berkuasa.
Terbaru dalam satu perkongsian, Pendakwah dan sukarelawan terkenal, Ebit Liew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Liew, 36 menerima Anugerah Khas Hari Belia Negara 2020.
Ustaz EbitLew berkongsi kisah diberi penghargaan dalam satu majlis anugerah semalam. Dalam majlis tersebut, Ebit Lew menerima M10,000, piala dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Liew menerima anugerah tersebut susulan usaha keras beliau yang bergerak ke seluruh pelusuk tanah air menghulurkan bantuan semasa #COVID19.
Terharu dengan penghargaan tersebut, akui Ebit lew sumbangannya kepada golongan belia adalah kecil namun sangat menghargai anugerah yang diterima. “Alhamdulillah saya bersyukur dan gembira dapat jumpa Perdana Menteri sendiri, sebelum ini asyik tengok di kaca televisyen sahaja. Saya sedar apa yang saya lakukan adalah sumbangan kecil.
Ads
“Saya sedar tidak layak kerana lebih ramai yang berkorban serta berjuang. Saya hanya usaha kecil dikalangan orang ramai tetapi saya sangat bersyukur dapat bersama dengan anak muda pada hari ini.
“Kita harus mewariskan anak muda dengan perkara baik, selalu bimbingan, mendoakan dan menggalakkan anak muda buat kebaikan puji mereka.
Ads
Ads
“Nasihat kepada golongan belia kena berjuang niat kerana Allah, dan tanamkan keikhlasan. Ia tidak akan berhenti bila diri dihargai, dipuji atau dikeji, disukai atau tidak kita akan terus buat baik sehingga kita bertemu dengan Allah supaya sentiasa mendapat keredaan,” katanya. Syukur Alhamdulillah terima kasih semua atas doa dan anugerah. Tiada apa saya lakukan berbanding ramai orang. Hari ini majlis bersama anak muda belia. Saya doakan semua anak muda terus menjadi pembimbing kepada Redha Allah. Bawa manusia kepada kasih sayang. Tiadalah yang lain hanya Redha Allah kita inginkan. Allah pemilik segalanya. Terima kasih Tan Sri Muhyiddin Yasin PM yang sangat baik hati. Tadi makan sekali. Segan lak saya. Saya ni biasa-biasa je. Terima kasih Menteri Belia dan sukan Dato Seri Rizal Merican yang memberi sokongan kepada usaha yang saya lakukan. Semoga Allah beri rahmat dan kebaikan buat pemimpin negara Malaysia tercinta ini.
Di mana ada kemahuan pastu di situ ada jalannya, pepatah ini begitu kena sekali dengan usaha yang dilakukan oleh seorang ayah ini untuk menghasilkan wardrobe di bilik anak perempuannya.
Walau tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pertukangan kayu, namun hasil usaha carian di internet dan semangat untuk lakukan DIY, siapa sangka terhasilnya wardrobe yang tidak kurang cantik rekaannya.
Ikuti perkongsian bapa ini, mana tahu ada yang teruja untuk mencuba membuat wardrobe sendiri.
Mini projek D.I.Y masa PKPP & PKPD, wardrobe untuk anak-anak dara simpan barang…Dua purnama baru selesai.
Projek amatur, bukan pro… tak mintak pujian tak mintak cacian, sekadar perkongsian. Semoga kita semua dijauhkan dari virus COV19.
Ramai tanya kos.. lebih kurang dalam RM1,500.
Ini cara membuatnya
1. Sedikan papan lapis 9mm (3hun), kayu ketam 1″x2″ dan 1″x1”.
Harga papan lapis RM55 gred A RM46 gred B, Better ambil gred A.
2. Setting tapak.
3. Alignment dan balancing
4. Buat kerangka laci
5. Testing pintu
6. Buat tambahan ruang bagasi tingkat atas rapat ke siling. Kemudian touchup bahagian skrew pakai woodfiller. Nanti dah kering sebelum cat kena kikis pakai kertas pasir dulu.
7. Cat dengan undercoat terlebih dahulu.
8. Pasang border hitam pakao gam dunlop
9. Done, alhamdulillah siap.
Sumber : Ayob Bin Che Nan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Antara emosi negatif yang ada dalam setiap diri kita adalah antaranya mempunyai perasaan marah. Atas sebab ini juga, tidak hairanlah dalam satu hari pasti ada sahaja perkara atau tingkah laku anak-anak yang boleh menyebabkan seorang ibu menjadi marah tiba-tiba. Ayat mudahnya, ada sahaja yang tidak kena.
Jika dimarahi sekali sekala itu lumrah, namun andai pantang anak buat silap habis ‘dilahar’, maka tindakan tersebut wajar diambil serius untuk segera berubah. Ini memandangkan perasaan marah itu jika tidak dikawal dengan sebaiknya bimbang akhirnya menyebabkan seseorang menjadi baran dan suka menengking.
Justeru, menyentuh tentang keinginan untuk berubah menjadi seorang yang lebih tenang, dan sekali gus membuang sifat baran dalam diri. Ada baiknya kita baca perkongsian seorang ibu ini yang mana berkongsi pengalaman dan proses yang dilaluinya untuk berubah daripada seorang yang bersikap baran menjadi seorang ibu yang lebih tenang jiwa, perasaan dan tingkah lakunya.
Nak tahu lanjut, jom baca perkongsian penuh daripadanya.
Orang tanya saya, macam mana saya control baran. Ya, dulu saya baran. Luar biasa juga. Tanyalah suami saya, tuan Akmal. Benda kecil pun saya mudah berang.
Awal perkahwinan dulu saya pernah tanya suami saya, angkat baju tak? Masa tu dah Maghrib. Suami saya jawab tak, sebab saya tak pesan.
Terus saya menengking, saya kata habis semua benda saya kena buat sendirilah? Serius keluar suara lelaki masa tu. Sambil angkat baju, saya mendengus kuat sambil muka menyinga. Campak kasar baju-baju ke katil.
Kemudian, apa yang jadi lepas tu saya akan mudah berang. Kalau anak buat perangai, memang kenalah dengan saya. Kalau memukul, boleh berbirat dibuatnya.
Marahnya bersambung-sambung. Kalau boleh nampak dosa, agaknya berbakul-bakul penuh.
Bila saya decide nak lawan balik #depression dan #anxiety, saya kena buang semua benda-benda negatif termasuklah sikap baran.
Tuan Akmal nampak progress saya cuba buang sikap marah. Dari memukul, saya mula berhenti memukul. Dari menengking, saya mula rendahkan tone suara. Dari marah-marah, saya mula senyap. Dari marah berjam-jam, saya mula marah dalam tempoh sekejap. Dari marah bersambung-sambung, saya mula marah masa tu saja.
Ya, tak mudah. Ianya proses yang lama. Bertahun-tahun. Jadi, apa rahsianya?
Tak ada rahsia.
1. Saya banyak membaca dan cari ilmu terutama sekali bab parenting. Sebab life saya surirumah, 24 jam dengan anak. Saya mesti tackle punca utama buat saya stress. Bila ada ilmu, baru saya faham kenapa anak tantrum, kenapa anak meragam, kenapa anak beremosi.
2. Saya jaga makan. Saya perasan, bila saya eat clean dan makan dalam portion yang sedikit, emosi saya semakin baik. Bila saya follow penulisan doktor-doktor di Facebook, fahamlah saya. Makanan memang berkait rapat dengan emosi, terutama sekali kalau pengambilan gula dan tepung yang berlebihan. Jadi saya mula kurang makan makanan manis. Percaya tak, dulu sentiasa standby stok kek SR dalam peti.
3. Setiap malam, saya selalu minta maaf pada suami dan anak-anak. Saya sedar, jadi ibu bukan tanda saya ada kuasa veto untuk control anak. Saya sedar, saya bukan isteri yang sempurna buat suami saya. Amalan meminta maaf buat saya turunkan ego, lama-lama ego akan lenyap.
4. Saya mula memeluk dan mencium anak. Dulu, Mawar sangat takut pada saya. Sekarang, kalau Mawar nak ke sekolah mesti dia dapatkan saya dulu. Peluk dan cium tangan. Pergi kedai pun nak salam.
5. Saya mula ambil insiatif “pejam mata” bila anak buat silap. Contoh macam dalam gambar ini, Muawwiz nak tutup botol mineral sendiri. Yalah, dah 2 tahun ni semua benda dia nak buat sendiri. Saya cakap “okaylah, Awiz tutup sendiri.”
Tak lama lepas tu Muawwiz datang cakap minta maaf. Saya tanya kenapa? Dia tunjuk air tumpah. Yeee memang menyirap juga dibuatnya. Saya tarik nafas, saya jawab pergilah ambil kain di dapur. Boleh lap. (tanpa marah-marah)
Berlari anak Muawwiz ke dapur, ambil kain lap tangan terus lap air atas lantai. Kain lap tangan? Ya Allahhhh… Saya senyum jeee. Dah selesai lap Muawwiz kata dah mami. Saya kata okay pergi letak kain di singki dengan nada lembut. Kemudian saya puji, saya cakap bersih lantai ni, macam baru lepas mop.
Tak lama lepas tu, saya pula tertumpahkan air. Terus Muawwiz bersuara “tak apa mami, air boleh lap. Nanti pergi ambil kain” bersahaja saja dia bersuara, sama macam saya tegur dia sebelum ini. Sayu pulak hati ni bila anak tegur kita. Anak memang copy paste apa kita buat.
Akak-akak, abang-abang, bersabarlah dengan diri sendiri kalau nak berubah. Ada masa kita boleh, ada masa kita tak boleh. Itu biasa.
Berdoalah pada Allah. Bawa berbincang dengan pasangan sebab bagi saya, kunci perkahwinan itu ialah komunikasi. Mintalah pasangan beri sokongan. Kemudian sama-samalah berusaha.
Selama ini mungkin ada yang anggap mudah untuk membersihkan botol minuman kerana botol tersebut hanya diisi air mineral saja. Namun, kekerapan menggunakan botol minuman boleh menimbulkan bau busuk.
Malah, bahagian dalamnya terutama di celah-celah mula kelihatan berselaput dengan daki dan kotoran. Justeru, ia perlu dibersihkan setiap hari atau dua hari sekali dengan cara yang betul.
Berikut adalah cara membersihkan botol minuman yang disarankan:
1. Gunakan Air Suam dan Sabun
Keluarkan cairan dari dalam botol, kemudian masukkan air hangat yang sudah dicampur dengan beberapa titis sabun.
Tutup botol, lalu goncang selama beberapa minit. Gunakan juga berus botol untuk membersihkan bahagian dalam, terutama jika botol memiliki leher yang sempit.
Selanjutnya, bilas sampai bersih lalu biarkan semalam hingga benar-benar kering
2. Gunakan Cuka
Cuka adalah pembersih semula jadi yang baik untuk membunuh beberapa jenis kuman dan bakteria. Caranya adalah dengan membersihkan botol terlebih dahulu dengan air panas dan sabun seperti tip yang pertama.
Setelahnya, masukkan cairan cuka putih dalam botol, campurkan dengan air sejuk. Biarkan selama satu malam, lalu bersihkan keesokan harinya.
3. Gunakan Serbuk Penaik
Jirus botol minuman dengan menggunakan air panas. Jika kotoran ataupun daki pada bekas minuman begitu sukar ditanggalkan, isikan penuh-penuh air panas di dalam bekas minuman dan letakkan sedikit pencuci pinggan mangkuk. Biarkan selama 20 minit.
Setelah itu, buang air di dalam bekas minuman dan isikan dengan 1/3 cawan beras dan 1/3 cawan baking soda.
Beras sangat efektif untuk menyingkirkan daki yang kering pada permukaan botol minuman manakala baking soda digunakan untuk membasmi bau botol yang kurang menyenangkan.
Kemudiannya isikan sedikit dengan pencuci pinggan mangkuk dan air panas separuh. Tutup botol minuman dengan penutupnya dan goncangkan.
Setelah menggoncang botol minuman beberapa kali, buka penutup botol dengan berhati-hati untuk mengelakkan ‘letupan’ gara-gara kesan baking soda. Tuang lebihan ke dalam sinki.
Bilas dengan air yang bersih. Keringkan sepenuhnya di atas rak pinggan secara terbalik. Akhir sekali, bilas sekali lagi sebelum ingin digunakan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di