Pindah masuk ke rumah baru adalah suatu perasaan yang cukup mengujakan, rasa lebih menggembirakan dan  tidak  sabar untuk segera menghuni kediaman bila mendapat kunci di tangan.

Sewajarnya bila sudah mendapat kunci, jangan terburu-buru untuk segera berpindah ke rumah tersebut. Melainkan lakukan terlebih dahulu perkara penting ini. Lain tidak bukan adalah buat pemeriksaan check defect! Agar rumah yang bakal anda sekeluarga diami adalah selamat, selesa dan sempurna untuk dihuni. Oleh itu ketahui apa perkara perlu disemak dan diberi tumpuan selepas mendapat kunci.


 SEDIAKAN PERALATAN 

Masking tape – Kalau ada retak atau crack terus lekatkan dan tanda.

Marker Pen – Warna merah pun ok. Senang nampak tulis nombor dan problem atas masking tape.

Kertas A4 – Tulis kan senarai kecacatan atau defect itu dengan nombor dan lokasi sekali supaya senang nak cari.

 

 PERKARA PENTING YANG PERLU DIPERIKSA  

AIR

  1. Pastikan meter air ada dan berfungsi.
  2. Buka paip air pada meter dan biarkan air masuk ke dalam tangki sampai penuh. Kalau rajin boleh pergi panjat tengok tangki dulu.

3. Bila air dah penuh dalam tangki pastikan bacaan pada meter air itu mesti berhenti, kalau tidak kemungkinan paip bocor sebelum sampai ke tangki.

4. Check air di semua bilik air. Test satu persatu.

5. Drain pipe untuk aircond. Kena test masukkan air, takut tersumbat atau mungkin di tipu.

6. Mangkuk tandas kena test juga. Kalau air tak lancar, kemungkinan terdapat lebihan simen yang dibuang ke dalamnya oleh kontraktor.


 

ELEKTRIK

IKLAN
  1. On main suis dan kemudian onkan suis fius itu satu persatu.
  2. Test Soket 3-pin satu persatu. Disarankan guna tester atau lampu tidur kecik tu pun boleh. Cara ini anda boleh tahu mana satu yang bermasalah.
  3. Test semua suis di rumah tersebut, pastikan tiada yang ketat atau tak boleh nak tekan.

4. Ketuk kat tepi semua soket/suis.. pastikan dah simen tepi tu.. takut ada ruang kosong, next time akan mudah pecah.


 

JUBIN

  1. Check satu persatu tile dalam rumah. Kena ketuk, kalau bunyi kosong, pecahkan saja, minta pemaju tukar.
  2. Kalau ada yang pecah sikit atau retak, minta tukar.
  3. Kena check di semua tempat, bawah sink/wash basin dan tempat tersorok.

 

IKLAN

PINTU / KUNCI

  1. Tukar semua kunci depan dan belakang atas sebab keselamatan, bimbang diduplicate.
  2. Kalau tidak tukar pintu gate utama, pastikan pagar tidak boleh diangkat/cabut pada ensel.
  3. Gunakan padlock yang berkualiti padlock yang baik seperti ABUS, ABLOY, YALE, SOLEX dan sebagainya.

 

BUMBUNG / ATAP

  1. Kalau boleh naik ke atas dan cuba tengok apa yang ada, mana tahu ada benda asing atau defect.
  2. Time hujan lebat cuba tunggu dalam rumah tersebut untuk check kebocoran pada bahagian syiling rumah. Biasanya time hujan lebat saja kebocoran atap itu dapat dilihat.
  3. Pastikan tiada atap yang retak atau pecah atau sumbing. Minta pemaju replace segera.
  4. Kalau boleh masuk atas siling, sambil tengok tangki air. Tengok sekali joint kayu yang support bumbung tu.
  5. Pastikan kayu itu elok keadaannya dan sambungan betul. Bukan kayu terpakai/rosak atau yang disambung-sambung.

 

TANGKI AIR

  1. Kena naik atas siling, baru boleh check tangki air. Yang penting tengok kekuatan support/penyokong kedudukan tangki tersebut.
  2. Tengok ke dalam tangki tersebut,  takut ada benda asing. Bersihkan tangki air tersebut daripada kekotoran, batu, pasir dan sebagainya.
  3. Kalau ada plan nak install outdoor filter, biasanya mereka akan servis bersihkan tangki air sekali. Oleh itu, minta pakar yang settelkan.

Sumber : decohouze