Macam sebaya hingga ada yang menyangka pasangan kekasih. Semuanya gara-gara seorang bapa yang berwajah awet muda hingga disangka ‘kekasih’ anaknya walaupun hakikatnya sudah mempunyai enam orang anak.

Balqis yang merupakan anak sulung daripada enam orang adik-beradik, berkata, sejak dari bangku sekolah menengah lagi, ramai yang salah anggap bapanya sebagai kekasihnya.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

Malah, setiap kali itu juga Balqis yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Syariah) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu menjelaskan status mereka.

“Sebenarnya Ini Ayah I”-Bapa Awet Muda Disangka Pasangan Kekasih, Ciapan Gadis Ni Tarik Perhatian Warganet!

“Masa saya sekolah menengah, waktu itu ayah berumur 30-an, dia selalu jemput saya dan bawa saya ke gerai makan. Bila kawan-kawan ternampak, jadi bualan hangat antara mereka bahawa saya keluar makan dengan kekasih.

“Sampaikan sudah masuk universiti, ayah hantar balik hostel, pernah kawan-kawan tersalah anggap yang ayah itu adalah pakcik lah, adik lah, abang saya lah, sebab mukanya kelihatan muda,” ceritanya ringkas.

 

ARTIKEL MENARIK:

Badan Terasa Ringan & Wajah Awet Muda, Memang Untung. Jadi Amal Petua Ni Untuk Dapatkannya!

“51 Ingat 41”- Sheila Rusly Sambut Ulang Tahun Ke 51, Ramai Puji Kekal Awet Muda!

Manfaat Tak Terduga Bawang Putih, Salah Satunya Boleh Kekal Awet Muda. Rugi Tak Amal!

Terbaharu, ciapan Balqis di Twitter mengenai dia dan bapanya turut mendapat perhatian warganet

Mohd. Rizan Haron, 48, yang bekerja sebagai penghulu mukim, kelihatan muda dan tampan bergaya berbaju melayu hitam di dalam satu gambar yang dimuat naik di akaun Twitter anaknya, Balqis Najwa Mohd. Rizan, 23.

“Ini bukan insiden pertama bapa dianggap kekasih saya. Mungkin sebab kawan bapa atau kawan saya jarang melihat kami berdua.

“Jadi, apabila mereka sesekali terserempak dengan kami akan berfikir sedemikian. Ada juga yang masih tak percaya, sebab bapa nampak muda sampai saya habiskan pengajian di UKM.

“Seperkara lagi yang mungkin orang anggap bapa saya adalah kekasih sebab dia seorang yang bergaya dari segi penampilan. Sejak dulu lagi bapa memang suka ikut trend semasa. Gaya rambut baru kerinting itu pun baru beberapa minggu lepas bapa buat,” katanya.

“Sebenarnya Ini Ayah I”-Bapa Awet Muda Disangka Pasangan Kekasih, Ciapan Gadis Ni Tarik Perhatian Warganet!

Mencungkil  tentang rahsia awet muda bapanya, Balqis berkata sejak muda ayahnya memang gemar bersukan, tidak pernah tinggal makan sayur-sayuran dan kurang makan makanan segera menyebabkan dirinya terlihat awet muda.

“Selain gemar bersukan, ayah memang dari muda suka makan sayur dan tidak boleh kalau tiada sayur dalam satu hidangan makanan, mesti wajib ada.

“Makanan segera pun sangat-sangat kurang dia ambil, kalau sebulan itu hanya sekali sahaja, sebab itu juga dia nampak lebih muda berbanding umur sekarang,” kata Balqis lagi yang turut berkongsi antara aktiviti sukan yang dilakukan ayahnya adalah badminton, berbasikal dan bola keranjang, disamping sering pergi ke gim untuk bersenam.

Sumber : Twitter @Kiselwitxh_ , Harian Metro & Kosmo

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

“Sebenarnya Ini Ayah I”-Bapa Awet Muda Disangka Pasangan Kekasih, Ciapan Gadis Ni Tarik Perhatian Warganet!

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI