Bawang putih bukan sahaja merupakan ramuan yang sering digunakan di dalam masakan, malah bawang putih ini sudah lama digunakan dalam pelbagai amalan petua orang dulu-dulu. Sama ada  digunakan  untuk penjagaan kesihatan bahkan bukan sesuatu yang pelik menggamalkan makan bawang yang dimasak bersama nasi, dapat menjadikan seseorang awet muda.

Ini sebagaimana amalan dari Nurul Diyana Kamaludin yang dikongsikan oleh Roshidah Abu Bakar Shidah di group fb Kongsi resepi + petua + hiasan + taman kebun. Di dalam perkongsian tersebut di tulis, “Mungkin ada yang kurang percaya dengan keberkesanan bawang putih.

“Petua Awet Muda, turunkan kolesterol, merawat selsema / demam dan lain-lain. Amalan saya bila memasak nasi”

Manfaat Tak Terduga Bawang Putih, Salah Satunya Boleh Kekal Awet Muda. Rugi Tak Amal!

Tulisnya lagi, “Kadang saya bakar dengan kulit sampai lembut. Bila malas, saya masak bersama nasi. Makan macam tu je. Dua tiga hari sekali.

“Caranya, bila nasi dah didih dan hampir kering, benamkan bawang putih. Nanti akan lembut dan sedap. Tak affect pun rasa nasi putih tu.”

Kenapa saya suka amalkan petua makan bawang putih?

Di antara kebaikan bawang putih :

1,Membantu menghilangkan kolestrol
2.Bagi pesakit diabetes dapat mengurangkan kandungan gula yang tinggi dalam badan.
3.Melancarkan aliran darah
4.Meningkatkan nafsu suami isteri
5.Menurunkan tekanan darah bagi yang darah tinggi
6.Antibakteria mengurangkan risiko mendapat kanser
7.Awet muda. Antioksidan yang tinggi dan bagus untuk kecantikan luaran juga dalaman
8.Menyahkan/membuang toksin dalam badan
9.Sesuai digunakan rawat selsema / demam
10.Merawat tulang rapuh dan memberi nutrisi bagi mendapatkan tulang yang kuat
11Membantu mengurangkan dan mengawal berat badan dan banyak lagi khasiatnya

IKLAN

Tidak dengan itu melihat daripada fakta sains, Dr Suri Roowi  turut berkongsi berkenaan bawang putih apabila dicampurkan dengan kunyit boleh membantu mencairkan darah. Walaubagaimanapun, pesakit yang akan menjalani pembedahan perlu elakkan mengambil kunyit sebagai makanan tambahan kerana kunyit boleh meningkatkan risiko pendarahan.

Manfaat Tak Terduga Bawang Putih, Salah Satunya Boleh Kekal Awet Muda. Rugi Tak Amal!

Fenomena ini dikenali sebagai blood thinning iaitu darah menjadi cair dan susah berhenti. Keadaan mungkin menjadi bertambah buruk jika kunyit diambil bersama ubat-ubatan moden seperti aspirin, warfarin, dadah antiplatelet dan ibuprofen.

Insiden pendarahan juga boleh berlaku jika kunyit diambil bersama herba seperti mengkudu, cengkih,bawang putih, halia, Ginkgo biloba dan Panax ginseng.

Manfaat Tak Terduga Bawang Putih, Salah Satunya Boleh Kekal Awet Muda. Rugi Tak Amal!

Serbuk kunyit juga mengandungi bahan kurkuminoid dan berkesan untuk membantu masalah buasir. Caranya adalah dengan memanaskan serbuk kunyit bersama minyak kelapa dara, dibiarkan sejuk dan diaplikasikan pada bahagian yang sakit.

IKLAN

Bawang putih kaya dengan organosulfur, sejenis bahan yang mempunyai manfaat kesihatan. Bahan ini boleh membantu menurunkan kolesterol, menghalang pembekuan darah, mencegah penyakit jantung dan boleh bertindak sebagai antikanser.

Manfaat Tak Terduga Bawang Putih, Salah Satunya Boleh Kekal Awet Muda. Rugi Tak Amal!

Dalam bawang putih, tindakbalas enzim diperlukan bagi membentuk bahan berkhasiat organosulfur. Walau bagaimanapun, enzim ini boleh rosak jika bawang putih dimasak pada suhu tinggi. Untuk mendapatkan khasiat yang banyak, bawang putih perlu dihancurkan atau dipotong-potong, seterusnya dibiarkan selama 10 minit agar enzim dapat bertindak balas dan menghasilkan bahan berkhasiat. Selepas itu barulah ditambah air panas dan diminum

Sumber : Dr. Suri Roowi& Roshidah Abu Bakar Shidah 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI