Musim cuti sekolah, ibu-ibu suri rumah pasti bertambah kalut bila anak-anak ada di rumah. Yang tak tahannya, anak-anak asyik tanya apa mama masak hari ni, kita makan apa petang ni bla bla bla.. Naik pening kan dibuatnya.
Tapi tak perlu pening, sediakan jer menu ringkas tapi boleh buat selera anak terpikat. Salah satunya agar-agar milo. Cukup mudah disediakan, sedap pula tu.
Jom kita cuba resipi dari puan Ainafiqa Zamina
.
Menu wajib ada bila cuti sekolah..agar2 milo..sekejap je licin seloyang
Ads
Bahan-Bahan: 1 paket agar2 tali (20gram)
5 gelas air
1/2 tin susu pekat manis
1 senduk gula pasir
1 cawan milo
1/2 sudu teh garam (untuk melemakkan rasa)
Nak sediakan minum petang apa hari ini ye? Apa kata cuba buat Puding Karamel versi Pandan. Cara yang simple tapi pasti membuatkan anda sekeluarga sukakannya.
Cerita petang ni..cuti sekolah kan..so, projek ibu pun berjalan laaa..nk p bercoti dok leh..jadi..ibu pn godek2 kt dapur buat puding kegemaran husband dan anok2😊
Sis olah resepi puding caramel biasa aje. Buat rase pandan plok. Sis bagi resepi kt bawah
Bahan-Bahan:
Telur 5 biji
Susu pekat manis (separuh tin)
Susu cair (separuh tin)
Air (1 tin..sis guna tin susu tu jer😁)
Perasa pandan
Pewarna hijau(nak blend daun pndan pun boleh)
Tepung kastard (2 sudu makan mambung)
2 sudu besar gula(untuk karamel)
Cara membuat:
Cairkan gula dalam loyang..kacau2 sampai perang. Letak tepi dulu(jangan bagi hangit,nanti rase pahit🥴)
Pecahkan telur semua..kacau sebati..
Masukkan susu pekat, susu cair..sebatikan
Masukkan perasa pandan.
Lepas sebati semua..masukkan air, tepung kastard..kacau lagi..sis guna garfu jer kepuk2 manje😅
Last step baru masukkan pewarna hijau.
Lepas tu tapis. Baru nanti rasa dia lembut.
Dah habis semua step ni..masukkan dalam loyang gula yang kita cairkan tadi..gula memang akan keras bila sejuk..tapi boleh dah siap kukus..dia akan rata macam biasa..so,boleh la kukus sampai masak..
Selamat makan2 dan selamat mencoba😉
Ps:
Alamak..lupe..whipping cream just tuk buh atas puding tu aje..nk suh rse lagi best😅
nak lg sedap..buh dalam peti..nyaman aje lalu iku tekak😁
Bila singgah di kedai bakeri selain beli roti dan kek, tart telur juga menjadi antara pilihan wajib beli. Maklumlah anak-anak dan kita orang dewasa memang gemar rasanya. Lemak manis, terasa cruncy di luar dan lembut di dalam.
Boleh dikatakan kalau beli sebiji memang tidak puas makan. Namun untuk membeli dalam jumlah yang banyak, boleh tahan juga harganya.
Jadi apa kata alang-alang ahli keluarga memang gemar makan tart telur ini, apa kata anda buat sendiri lagi berbaloi.
Di sini Nor Al Fatihah ada berkongsi resipi tart telur yang mudah disediakan dan sedap rasanya.
Tart telur gebus..sedap..just nice je rasa dia..crunchy di luar..lembut di dalam
TART TELUR Shell Tart/Crust
150 gm butter
1/2 cawan gula aising
1 biji kuning telur A
1 sudu teh esen vanila -optional
2 cawan tepung gandum*
2 sudu besar tepung jagung*
(bahan2 bertanda * di ayak)
Filling Telur
6 biji telur A
1 cawan gula kastor
1 sudu teh esen vanila
1 tin susu cair
1 cawan air panas
Pewarna kuning -optional
Nak buat kek bukan susah pun, asalkan tahu asasnya. dan pilih yang tidak menggunakan bahan yang banyak. Dapat jimat kan. Kalau ibu-ibu nak cuba buat bisnes, mungkin resipi Kek Rainbow Butter Cream ni sesuai.
Selain rupanya yang menarik, bahan yang digunakan mudah dan cara buat simple. Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh Azlina Ina Fans ini.
.
Bismillah..tuk yg start niaga kecil kecilan kek ni sgt berpotensi laris.. ya Allah sgt sedap..ina xpenah jumpe lg resepi gune bahan secret ni untuk kek butter..tp ini bukan kek butter biasa…sgt2 sedap..kos yg murah hanya gune bhn2 asas shj
Kek rainbow butter creamy Bahan:
1/2 cwn butter atau majerin
3/4 cwn gule halus kalau xnak manis letak separuh cawan
Sedikit esen vanila
50g serbuk santan atau 1 peket(ni la bhn secret hehe)
3 bijik telur
Pewarna kesukaan
1 cawan setengah tepung gandum+1sk baking powder
Badam flake sebagai hiasan
(untuk niaga boleh gandakan sukatan ye) Cara membuat:
Satukan butter+gula+esen vanila
ok smpai cm ni kembang dah eh
Baru masuk satu persatu telur..mix sebati
Masukkn tepung sket2 yg dah diayak dgn baking powder eh..mix sebati
Bahangikan beberapa warne dan letak adunan kacau bg rata
Masuk dalam bekas beselang warne
Mcm ni
Tabur badam atau ceri
Panaskan oven 180 darjah 5 mnt. Baru masukkn adunan dan turunkan 170 bakar 25 hnnga 30 mnt bergantung oven masing2 Api atas bawah
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.