Tak sedap lah kalau tak masin! Bak kata orang, kurang kick. Betul tak?

Tapi… Itu yang sepatutnya kita sedar. Tak semestinya makanan yang kita makan perlu masin kesemuanya. Tak elok tau untuk diri kita!

JIKA korang nak tahu, garam merupakan sebatian bukan organik yang mengandungi mineral penting yang diperlukan oleh tubuh kita tetapi dalam jumlah yang kecil sahaja.

Walaupun garam adalah penting untuk metabolisma tubuh, pengambilan garam yang berlebihan boleh meningkatkan risiko seperti tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular.

Selain itu, garam berlebihan dalam badan boleh menyebabkan cecair dalam badan terkumpul dan membebankan buah pinggang.

Oleh itu, kita perlu mengambil kurang daripada 1 sudu teh garam sehari untuk mengelakkan penyakit.

Nak tahu makanan yang tinggi garam? Jom semak senarai yang telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di Facebook miliknya.

1. Bahan Perisa

Kicap
Sos tomato
Sos tiram
Taucu
MSG
Kiub perisa
Perencah makanan segera
Mayonis
Salad dressing

2. Makanan terproses

Makanan dalam tin ( Sardin, tuna , sub cendawan)
Sosej
Keju
Kacang
Piza
Bebola ikan
Nugget
Burger

IKLAN

3. Makanan diawet

Ikan bilis
Udang kering
Ikan pekasam
Daging salai
Telur masin
Jeruk sayur
Jeruk buah
Acar buah
Belacan
Cencaluk
Budu

IKLAN

4. Makanan ringan

Keropok udang/ikan
Mi segera
Kerepek uji
Papadom
Kacang masin
Kerepek kentang
Miskut masin

Dalam senarai yang disenaraikan ini pasti ada kategori makanan yang biasa kita ambil bukan? Setelah dah tahu ini kalau boleh cuba elakkan makanan yang tinggi kandungan garam demi kesihatan. Sedap tak semestinya kena masin! Semoga bermanfaat!

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia , Sinarplus