Pastinya ramai antara keluarga kita suka akan rasa enaknya Japanese Cheese Cake yang lembut dan gebu ini.
Jadi apa salahnya, kita sediakan menu ini untuk dinikmati bersama-sama. Resipi ini dikongsikan oleh Qalisya Lisya Illa .
Rezeki hari jumaat.. Jiran mintak tolong buatkan..
Ads
Bahan-bahan
70gram butter
70gram gula
70gram tepung gandum (diayak dahulu)
200ml susu segar
4biji telur (asingkan telur putih dan kuning)
5 keping slice cheese
Beberapa titis esen vanila
Ads
Cara membuat
1) carikkan slice cheese kecil-kecil dan kemudian campurkan bersama susu segar
2) kemudian masukkan slice cheese bersama susu segar kedalam periuk, gunakan api perlahan dan kacau sehingga slice cheese tersebut cair.
3) kemudian masukkan batter dan kacau lagi sehingga betul-betul larut.
4) tutup api dan biarkan sebentar
5) pukul putih telur bersama gula sehingga menjadi meringue (bertanduk)
6) masuk kuning telur kedalam bekas lain dan pukul kuning telur tersebut sehingga kembang
7) kemudian masukkan kuning telur tersebut kedalam adunan cheese tadi, kacau sehingga betul-betul larut. Kemudian msukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau..pastikan adunan tidak berketul,
9) setelah semua betul-betul larut dan tak berketul baru masukkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi.
10) Akhir sekali baru letak esen vanila
Ads
Cara bakar
1) sapukan keliling loyang dengan mentega, bawahnya letak kertas minyak.. Gunting ikut bentuk bekas tersebut
2) panaskan air untuk letakkan di bawah loyang tersebut
3) bakar dalam suhu 170darjah selama 20minit kemudian turunkan suhu kepada 140 selama 40minit.. (ikut oven masing-masing)
credit : Qalisya Lisya Illa via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ada orang kalau sudah namanya penggemar ulam-ulaman seperti petai umpamanya, memang tidak dinafikan akan makan lebih berselera bila ada petai pelengkap hidangan.
Jadi elok sangatlah jika petai ini dijerukkan untuk pastikan ianya lebih tahan lama dan mudahlah untuk yang siapa ‘hantu petai’ ini buat stok. Bila tiba-tiba mengidam nak makan petai, ada sahaja di dapur untuk dimakan.
Bahkan jika anda terbeli banyak petai, boleh juga buat begini. Tidaklah membazir jika tidak habis dimakan.
Menariknya menjeruk petai ini, keranggupan isi petai dapat dikekalkan dan rasanya juga sangat sedap. Jadi buat anda yang pertama kali baru ingin mencuba menghasilkan jeruk petai, bolehlah ikut langkah demi langkah yang dikongsikan oleh chef ini di mana dia menjeruk petai dengan kulit-kulitnya sekali.
Semoga bermanfaat.
Langkah pertama
Siang Petai…Saya lebih gemar kalau dijerukkan bersama kulit…tapi….kene buang tulang Kiri dan Kanan dia….Mata petai pulak…Potong la 1….2….dan 3 untuk setiap keping…
Langkah kedua
Bilas petai… Kemudian lakukan proses celuhan….celuh dan rebus dua proses berbeza…
Langkah Ketiga
Guna senduk yang berlubang…pindahkan petai ke dalam bekas yang bersih….
Saya percaya….semua Rumah Ada mesin penapis air…Masukkan air sejuk ke dalam bekas petai yang telah diceluh tadi…sebab Nak reduce Kan suhu dia…
Langkah Keempat
Cari bekas untuk anda jerukkan petai Anda tadi…
Bancuh Gula dan garam serta air dari filter water..Rasa air tu….kalau ngam….Kita terus ke langkah yang kelima…
Langkah Kelima
Guna senduk berlubang tadi….dan Bila yakin petai tak panas….pindahkan petai tadi ke dalam bekas bancuhan gula dan garam tadi….
Kalau Nak masukkan ciliapi…pastikan ciliapi juga dicuci menggunakan air filter water…it’s all about quality gais…. Pastikan petai Anda ditenggelami oleh air….
Simpan dalam Peti Ais selama Dua belas Hari.. ya….12 Hari, jangan diusik atau dibuka.
Tahan nafsu…lepas 12 Hari….Baru try satu….Letak luar (suhu bilik) pun ok.
Pernah tak lalu kat bahagian herba, rambang mata tengok jenis rempah yang ada kat rak kat pasaraya? Bukan rambang sebab apa, rambang tak tahu nak pilih sebab tak tahu apa fungsinya. Haha! Betul tak?
Nak-nak lagi fungsi untuk letak kat makanan western, kadang sampai tak tahu nak beli yang mana, time tu mula la main borong je semua, lepas tu terbiar je tak terguna. Membazirnya!!!
Haa nak tahu apa perbezaan herba-herba tu? Meh tengok perkongsian dari Syida Dea Lurve’ A ni. Barulah lepas ni tak ragu-ragu nak pilih rempah yang ada kat kedai. Kan?
Oregano nie sedap letak dalam aglio olio. Tp mama byk tibai je letak dalam egg muffin, carbonara, murtabak telur, fritters, daging perap. Semua sedap tp jgn byk ya sbb kalau lebih boleh jadi pahit.
Kalau nak bakar ayam ke, kentang ke nak kasi warna merah2 lawa mcm alala ayam goreng mamak, korg gaul la parika nie. Rasa x pedas langsung. Sedap pon sedap. Kalau anak dah pass capsicum baru boleh guna yg nie ya.
Paling byk jasa so far. Korg kalau nak buat sauce bolognese yg bau and raaa sebijik mcm sos prego tu, wajib tabur mix herbs nie ok. Rasa and bau dia sgt sedap. Mama campak je dalam sup, dalam pasta, dalam baked potato, masak lemak pon sedap wangi je. Kalau opa x poopoo dua hari, letak nie je confirm lepas tu smooth je.
Sedap and ada sikit rasa2 masin. Kalau tgk ing mmg xde salt. Tp rasa dia tu dah boleh menambah flavour. Kalau nak goreng2 kunyit je mama gaul lauk dgn ini lah + kunyit. Sedap bau pon bes. Selain tu mama campak je dalam apa2 yg kena guna garlic kalau malas sgt. Bagus nie superfood.
Tabur lepas pasta dah siap as garnish. Mama tabur je atas telur, atas kentang putar, atas kuah2 pasta. Sedap and wangi. Kalau jumpa yg fresh lg sedap. tp kalau xde yg nie pon ok.
Mama suka letak dalam perapan or apa2 makanan mcm sup, goreng2 sayur..rasa dia sedap and berangin.
Immume booster nie. mama guna blackpepper yg powder. Blend kering halus biji2 nie. Setiap kali nak, amik hujung sudu masukkan. Letak dalam masak blackpepper, sup, marinate, goreng gorengan pon sedap. Letak sikit je jgn byk. kang pedas anak x suka pulak.
Korg mesti selalu je jumpa apa2 pastry yg guna cinnamon kan. Sedap cinnamon nie..dia bg rasa naturally sweet tp x la manis mcm gula. Gaul dgn apple then baked, buat pie, tabur cinnamon and tambah madu pon sedap. mama masukkan dalam pancake, muffin, tabur atas french toast, or pastry. Sedap. Sweet & savoury gittew.
Kalau buat sayur goreng tgk sayur warna pucat x menarik tu, korg boleh la titis kan sikit sesame oil nie. Bau dia alala2 chinese food. Masuk dalam bubur pon bau ala ala bubur mcd. Mama guna utk marinate jugak. Nnt bau semerbak. Try!
Fungsi mcm cinnamon powder.
Lebih tertumpu pd masakan italy mcm pasta or pizza. Lebih kurang mix herbs je tp herbs lain ya. Sedap and wangi!
Nie jintan je. Kalau x rasa nak cari, blend ajo biji jintan tu sekali masa blend bebawamg utk spice. Sedap!
p/s : Nak beli barang dapur yang cantik-cantik? Meh tengok kat sini!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menginjak ke usia 10 tahun, kanak-kanak perempuan mula menampakkan perubahan dari alam kanak-kanak ke alam remaja dan sekali gus menuju ke arah akil baligh. Ia merupakan kejadian fisiologi yang biasa terjadi sehingga memasuki alam dewasa, kebiasaannya proses ini mula berlaku antara usia sembilan hingga 15 tahun.
Pada waktu usia sebeginilah, darah haid yang menandakan seseorang itu telah baligh akan mula keluar. Justeru, kanak-kanak seusia begini harus diberi penjelasan yang sebenarnya. Walaupun perkara ini mungkin disentuh melalui pendidikan kesihatan di sekolah, namun penerangan dari ibu terutamanya lebih menjadikan pengalaman pertama kali datang haid ini lebih selesa untuk dilalui oleh si anak.
Begitu pun peranan bapa tak kurang pentingnya dalam hal ini. Berikut perkongsian dari saudara Firdaus Mokhtar kepada kaum bapa di luar sana tentang isu ini.
Anak yang sulong, Isymah datang haid untuk kali pertama. Ummi dia lah uruskan hal tentang pengurusan diri. Cuma lepas selesai, saya sebagai ayah panggil Isymah untuk bercakap sikit. Kita berpesan ke dia.
Ini yang perlu kita pesan ke anak-anak perempuan saat dia akil baligh;
1. Kewajiban atas syariat dah terletak terus atas diri dia.
Sejak umur baligh, segala syariat dah tertakluk atas diri sendiri. Dia wajib sembahyang, jaga aurat, berpuasa dan segala yang disyariatkan atas manusia.
Kalau buat dah ada pahala dan kalau tinggal dan ada dosa sendiri.
2. Maka, dosa dan pahala itu ditanggung sendiri.
Cuma istimewa sebagai anak perempuan, dosanya terkait dengan ayah. Anak buat dosa, ayah biarkan, ayah juga berdosa.
Saya pesan selalu perkara ini. Contohnya kalau dia tak jaga aurat, dia dan Walid sama berdosa kalau sama-sama biarkan.
3. Jaga pergaulan, terutama dengan kawan-kawan di sekolah.
Sebab apa? Sebab di sekolah kita tak ada nak perhatikan. Jadi dia kena pandai jaga diri. Baik dengan kawan lelaki dan kawan perempuan.
Dengan sepupu lelaki yang dah dewasa dah tak boleh bersalaman. Pakcik yang bukan mahram pun sama. Bukan semua boleh salam dan bersentuhan bertepuk tampar.
4. Batas aurat sangat penting.
Tudung, stokin tangan dan stokin kaki semua dia tahu. Sebab ummi dia memang pakai semua tu. Semuanya ada peranan. Jadi dia biasa tengok dan tahu kegunaan.
Saya pesan juga, makin besar nanti tubuh badan akan berubah ke badan dewasa, ini lagi kena jaga. Tentang pilihan baju, seluar atau kain. Dah kena belajar daripada hari ini.
5. Sifat malu, ini ada dalam Islam.
Lelaki atau perempuan kena ada sifat malu. Malu untuk lakukan dosa. Malu untuk berlebih-lebihan mengada atau menggedik depan orang lain.
Iyalah, perempuan kan. Memang ada sifat manja dan berlembut tu. Jadi kena jaga, ikut suasana dan tempat.
Sebab itu pada Islam, malu itu sebahagian daripada iman.
6. Menjaga kebersihan.
Pengurusan diri berkait dengan haid ini sangat perlu kepada ilmu kebersihan. Jadi yang ini saya pesan ke dia, belajar dengan Ummi dia.
Sebab mudah nak tunjuk praktikal dan cara yang betul.
Soal bersihkan diri, bersihkan tuala wanita yang dah digunakan dan kebersihan pakaian. Hal darah ni jangan buat main, tak bersih betul-betul sakit boleh datang nanti.
7. Teliti tentang kiraan tarikh.
Bab ini lah buatkan saya sedar, kenapa perempuan sangat teliti soal tarikh. Huhu.
Sebabnya mereka kena jaga hal yang berkait penting dengan diri mereka. Setiap kali datang bulan, kiraan hari sangat penting.
Sama ada kiraan untuk pastikan tempoh kesuburan atau soal ibadah, dua dua penting. Kalau bab kiraan ini tak jaga, boleh jadi terlanggar hari dah wajib sembahyang dan beribadah. Berdosa terus.
Sebab itu perempuan sangat mudah ingat tarikh berbanding lelaki. Haa kan?
8. Tentang mandi wajib.
Ini pun saya cuma pesan. Cuma ilmunya saya ulangkan ke dia. Saya cerita juga ada ramai pelajar saya jumpa dulu masa saya mengajar dah baligh tapi mandi wajib tak tahu.
Tak tahu kena mandi wajib pun ada. Saya pesan ke dia, ada sahaja perkara tak tahu, tanya terus ke saya atau Ummi dia.
Tekun Isymah dengar saya pesan setiap poin.
Kawan-kawan, kita sebagai mak ayah kadang bukan nak tunjuk pandai berpesan itu ini. Memang mereka dah belajar dekat sekolah tentang semua ini.
Cuma kita nak letakkan diri kita sebagai ibu bapa yang mereka boleh percaya untuk bercerita dan bertanya. Tentang semuanya termasuklah hal sistem reproduksi diri ini.
Kalian tahu berapa ramai dekat luar sana yang malu nak bercakap soal ini dengan anak-anak, maka anak-anak bertanya dan jadikan siapa sebagai rujukan?
Paling dekat dengan mereka adalah kawan-kawan. Atau entah siapa orang luar yang dia percaya berbanding kita di rumah. Moga dijauhkan.
Begitulah pesan ke Isymah. Harap ada manfaat ke kawan-kawan yang lain. Guna untuk pesan ke anak kalian juga. InsyaAllah.
Firdaus Mokhtar,
Walid.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...