“Sedapnya Nama. Cute, Hitam Manis Macam Papa Dia.” Mira Filzah & Suami Kongsi Wajah, Nama Anak

Share

Pelakon dan pengacara, Mira Filzah, 29, berkongsi   wajah putera sulungnya itu buat tatapan peminat.

Bintang Paling Popular di  Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu turut mendedahkan nama anak sulungnya iaitu, Wan Khair Amir.

Jelas Mira Filzah lagi, ‘Khair’ bermakna baik dan elok sementara ‘Amir’ pula memberi maksud ‘orang yang memegang perintah dan pemimpin’.

“Hari ini hari ke-7 bersama putera tersayang kami. Dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran, kami menamakan putera kami, Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar

“‘Khair’ membawa makna ‘baik, elok’, juga diambil daripada nama arwah Papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar).

 

“‘Amir’ pula bermaksud ‘orang yang memegang perintah, pemimpin’, juga diambil sebagai variasi daripada nama kami berdua Emir dan Amirah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Pemilik nama sebenar, Nur Amirah Filzah Badioezaman turut memaklumkan majlis taknik anaknya itu juga sudah selesai diadakan.

“Alhamdulillah, ibadah tahnik dan bercukur juga selamat dilaksanakan, jazakkallahu khairan

“Buat Ustaz @ddaniyaldbiyajid kerana meluangkan masa untuk bersama kami dalam majlis keluarga ini.

“Moga sunnah Rasulullah SAW terus hidup dan mekar dalam setiap langkah kehidupanmu wahai putera kami.

“Ya Rabb, kami akan usaha, mengharap dan bertawakkal kepada-Mu, agar dipimpin setiap langkah Wan Khair Amir dalam menempuh kehidupan di bumi-Mu ini, membesar sebagai anak yang baik dan soleh, dan menjadi insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air, aamin YRA,” tulisnya lagi.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2 September 2020 dan turut diraikan dalam empat majlis berasingan.

Wan Emir turut memuat naik posting sama yang sekali gus mendapat pelbagai titipan tahniah serta doa yang baik-baik dari rakan artis dan peminat.

Sumber: mfmirafilzah


ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai

ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya

BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

IKLAN