Secara amnya penyakit tekanan darah tinggi ini tidak mempunyai penyebab khusus tetapi faktor seperti sejarah ahli keluarga yang mempunyai penyakit darah tinggi, obesiti, tekanan (stress) dan diabetes sering dikaitkan kepada punca penyakit ini. Bila mana seseorang itu telah disahkan mengidap tekanan darah tinggi sewajarnya perlu mendapatkan nasihat dan rawatan doktor di hospital.
Pun begitu, di dalam masyarakat Melayu juga terdapat pelbagai kaedah rawatan tradisional yang dikatakan dapat membantu untuk mengawal tekanan darah tinggi tersebut. Sama ada berkesan atau sebaliknya, hanya yang telah mengamalkannya sahaja yang tahu.
Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Puan Rodziah Helmi iaitu dengan memberikan suaminya yang mengidap penyakit darah tinggi dengan minum air rebusan herba. Dikatakan setelah mengamalkan minuman tersebut, kesihatan suaminya semakin baik. Untuk itu, ikuti perkongsian daripadanya untuk info bersama.
“Sambil brekfast, sambil rebus air herba untuk En.Suami. Ini ialah daun serai kayu atau orang putih panggil Bay Leaf..dekat kelantan orang makan buat ulam dan guna dalam nasi kerabu dan laksam(kalo xsilap sy la). Tapi, suami saya rebus dan minum airnya. Bagus untuk turunkan darah tinggi”-Rodziah Hilmi
Ads
“Rasa airnya kelat-kelat dan pahit sedikit, Alhamdulillah, suami saya amal minum ni sekarang, bila pergi cek hospital, tekanan darah dia cantik je. Sebelum ni kerap kena gout,tapi alhamdulillah sekarang dah makin bertambah baik. Daun yang saya tunjuk di bawah ni kami ambil dari kampung 3 minggu lepas, so kami terpaksa keringkan sebab di KL ni susah nak jumpa dan bolehlah direbus dan diminum.”
Daun yang telah dikeringkan.
Bay leaf, daun salam atau juga dikenali dengan daun serai kayu.
Cara rebus :
1. Untuk sekali rebusan,ambil dlm 11@10 helai.
Ads
2. Masukkan dalam periuk dan penuhkan air, Tunggu air kering sikit baru tutup apinya.
Ads
INFO :
1 periuk itu boleh tahan dalam 1 minggu kalau minum hari-hari. En. suami saya amal 2 hari 1x minum.
Selamat mencuba!
sumber : Rodziah Helmi via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Walau kali ini bukanlah kandungan pertama, tentunya mengandung di bulan puasa suatu pengalaman yang berbeza.
Untuk lebih memberi kefahaman, doktor ini memberi info bermanfaat.
“Bertuahnya puan saat ini,” kata seorang doktor kepada pesakit wanita yang sedang diperiksanya.
“Kenapa doktor?” balasnya menyoal dengan penuh rasa ingin tahu.
“Sekarang Ramadhan. Puan pula hamil pada bulan yang banyak kelebihannya ini. Ia kesempatan yang amat baik mendidik anak puan dari dalam kandungan untuk mengenal penciptaNya. Puan sangat lah bertuah!,” jelas doktor.
Maka, tidak hairanlah, meskipun sedang hamil atau menyusukan bayi, dalam masa yang sama ibu-ibu tetap ingin melaksanakan kewajipan berpuasa.
Mereka ingin meraih keistimewaan Ramadhan untuk membanyakkan ibadah seperti membaca al-Quran, solat tarawih, iktikaf dan memburu malam Lailatulqadar yang lebih baik daripada seribu bulan.
Justeru, pelbagai alasan diberikan sekalipun mereka diberikan rukhsah (keringanan), diperboleh meninggalkan puasa sekiranya keadaan tidak mengizinkan. Menurut mazhab Syafie, wanita hamil dan menyusui bayi apabila khuatir mengalami bahaya maka mereka wajib berbuka, tidak perlu berpuasa. Dan dalam keadaan ini mereka hendaklah menggantikan (Qada’) puasanya kelak.
Rata-rata alasan yang diberikan ibu-ibu, mereka berupaya untuk melaksanakan tuntutan berpuasa . Ada juga yang menyatakan, mereka enggan menggantikan puasa pada waktu lain, kerana tiada teman untuk berpuasa sama. Pendek kata, mereka ingin mengambil peluang berpuasa penuh tanpa adanya halangan haid jika di luar kehamilan.
Namun, ada juga ibu-ibu yang berdegil untuk tetap berpuasa dan nekad untuk tidak berbuka sekalipun sudah menunjukkan gejala hipoglisemia/kekurangan gula dalam darah seperti pening, loya, gementar dan pitam atau pengsan.
Mereka menangguhkan masa untuk berbuka “Tunggulah setengah jam lagi.” Betapa besarnya berpuasa sebulan penuh bagi mereka.
Hal yang demikian sepatutnya tidak berlaku kerana ibu perlu mengambil kira keadaan bayi ketika ini, apabila gejala-gejala kekurangan gula berlaku, akan menimbulkan mudarat pada bayi anda.
Ibu-ibu yang terus memaksa diri untuk berpuasa tanpa menimbangkan keadaan kehamilan itu sebenarnya sedang membahayakan janin sendiri.
Malah, janin juga boleh terkena hipoglisemia, kekurangan zat gula, kalori dan zat makanan/nutrisi yang berguna untuk pertumbuhannya. Kasihanilah anak-anak yang di dalam kandungan. Segala keberkatan tidak bermakna apabila zuriat kita tidak sihat.
Di sini ingin saya berkongsi tips-tips mudah bagi ibu-ibu hamil mengekalkan kesihatan unggul semasa hamil dan berpuasa.
Jika anda berpuasa, tentu sekali anda tidak boleh makan sekerap biasa, tetapi anda masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur.
Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelit, sakit kepala, ketakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil.
Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa?
Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka.
Mulakan dengan: tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);
-susu atau yogurt rendah lemak;
-sup jernih.
Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi: sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera;
-protein daripada ayam, daging atau ikan, kacang pis atau kekacang;
-karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh;
dan, banyak sayur-sayuran.
-Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketidakcernaan (indigestion)
Apakah saya perlu makan sahur jika saya berpuasa semasa hamil?
Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.
Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi: nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari
1. bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak;
dan, buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
2.Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda mengalami dehidrasi.
Saya suka minum kopi dan/atau teh selepas berbuka. Bagaimana saya boleh menggantikannya?
-Minumlah jus buah-buahan segar dan bukannya minuman bergas, kopi atau teh.
-Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan harian anda. Sup sayur-sayuran pula membolehkan anda makan sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet anda.
Apakah yang perlu saya masukkan dan elakkan dalam diet saya semasa berpuasa?
Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.
Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan dehidrasi
Kepada ibu mengandung yang difikirkan sihat dan boleh berpuasa oleh doktor, selamat berpuasa. Yang tak boleh tu, atau dalam erti kata lain berpuasa boleh memudaratkan, jgn degil gak tuk berpuasa.
Ahlan wasahlan ya Ramadhan.
Sumber : Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Obstetrik & Ginekologi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berbanding imbasan atau scan biasa, detailed scan antara yang disarankan oleh doktor untuk mengesan sebarang kecacatan sturktural yang dialami bayi terutama bagi ibu hamil berusia 35 tahun ke atas.
Malah menurut perkongsian Dr Maiza Tusimin, Pakar Obstetrik & Ginekologi dari Prince Court Medical Centre, ‘detailed scan’ membolehkan pemeriksaan menyeluruh dilakukan termasuklah pemeriksaan organ dalaman seperti otak, muka, jantung, paru-paru, perut, buah pinggang, usus, tulang belakang, pundi kencing dan sebagainya.
Menerusi Instagram, Dr Maiza berkongsi mengenai apa yang perlu mama ketahui mengenai ‘detailed scan’ ini.
▶️ Detailed Scan juga dikenali sebagai Anomaly Scan @ Anatomy Scan. Ini adalah Scan 2D yang bertujuan untuk memastikan bayi terbentuk sempurna & mengesan kecacatan struktural bayi.
▶️ Scan mengambil masa sekitar 30-45 minit (mungkin lebih jika kehamilan kembar) & disertakan dengan laporan lengkap.
▶️ Hanya sonographer / Doktor Pakar O&G atau Pakar MFM yang terlatih & bertauliah sahaja boleh melakukan Detailed scan dengan lengkap.
▶️ Scan terperinci ini melibatkan:
#1 Ukuran pertumbuhan janin, air ketuban, keadaan uri, rahim & jantina
#2 Pemeriksaan organ dalaman seperti otak, muka, jantung, paru-paru, perut, buah pinggang, usus, tulang belakang, pundi kencing
▶️ Masa yang sesuai : apabila kandungan berusia antara 18-28 minggu.
Antara indikasi untuk menjalani Detailed Scan:
✅ Berumur 35 tahun ke atas
✅ Sejarah keluarga melahirkan bayi abnormal
✅ Pernah melahirkan bayi abnormal atau sindromik
✅ Ibu mempunyai Type 1 / 2 Diabetes Mellitus, penyakit jantung kongenital atau penyakit kronik lain
✅ Air ketuban yang terlalu sedikit / terlalu banyak
✅ Janin yang mengalami pertumbuhan yang terbantut (IUGR) sebelum 28 minggu
▶️ Anggaran kos bergantung kepada klinik/hospital/doktor/sonographer yang melakukan scan : antara RM250-500.
▶️ Ada ketika detailed scan tidak dapat mengesan keabnormalan janin yang sangat kecil. Ketepatan juga bergantung kepada BMI ibu, kedudukan janin, jenis mesin skan & individu yang melakukannya.
Jika ibu memilih untuk melakukan satu scan khas saat hamil, disyorkan untuk melakukan Detailed scan. Walaupun kos sedikit tinggi berbanding scan biasa, ia adalah ujian yang paling penting untuk mengetahui tentang keabnormalan janin.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu ayah mana yang tidak risaukan keadaan anak bila diuji dengan penyakit, apatah lagi jika anak masih kecil. Pasti akan cuba diberikan tumpuan khusus dalam merawat penyakit yang dialami untuk pastikan anak yang disayangi kembali pulih sedia kala.
Begitulah yang dilakukan oleh pelakon Aman Graseka yang terpaksa menangguhkan hasrat untuk melakukan acara ‘jejak tanah’ untuk anak lelakinya, Aishyraf Mikail Shah, kini berusia setahun dua bulan yang kurang sihat.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Ini sebagaimana memetik berita Harian Metro, memaklumkan bahawa anaknya tidak berapa sihat dan turut dimasukkan ke hospital akibat demam yang menyebabkan sawan.
“Sekarang matanya pula ada jangkitan virus, baru jadi sejak lima hari lepas. Kami terpaksa tangguhkan acara ‘jejak tanah’ ini dan mungkin dibuat pada awal Disember nanti.
“Anak saya perlu berpantang tidak boleh kena pasir selagi majlis ini tidak diadakan. Dalam acara itu, dia akan diletakkan di atas pasir dan berjalan atas bunga.
“Keadaan matanya sekarang masuk hari keenam, air pecah dan nampak darah,” katanya.
Pelakon yang berusia 54 tahun dan kini menetap di kampung Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah berkata, Aishyraf Mikail perlu dibawa berjumpa pakar kanak-kanak untuk dikenal pasti keadaan sebenar virus di matanya.
“Saya perlukan bantuan nasihat pakar mata untuk anak saya. Malah, saya amat menghargainya jika ada. Sewaktu demam Aishyraf Mikail dimasukkan ke sebuah hospital dan menerima rawatan selama tujuh hari sebelum dibenarkan keluar.
“Saya cuma tak bawa jumpa pakar mata lagi. Lepas kami sambut ulang tahun kelahirannya, dia masuk hospital sebab demam. Selepas itu kena sakit mata pula dan kerap gosok mata.
“Saya sekarang baru lagi bekerja hantar parcel. Mana tahu kalau-kalau jangkitan kuman bermula dari situ pun boleh jadi juga,” katanya.
Mengulas berkenaan kariernya, Aman sekarang menetapkan syarat enggan bersentuhan dengan muhrim dalam lakonan.
“Begitu juga dalam bab bekerja dengan jurusolek artis perempuan dan kru perempuan. Itu yang agak susah orang nak panggil berlakon.
“Kali terakhir saya berlakon pula pada Julai lalu filem Hantu Kum Kum untuk Astro First dan penggambaran di Perlis,” katanya.
Aman mengakui menetapkan syarat untuk tidak bersentuhan bukan muhrim membawa kesan terhadap kariernya.
“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi saya dah tetapkan syarat ini. Saya tahu kesannya tapi saya percaya rezeki datang dari Allah.
“Tawaran itu ada, tapi syarat saya buat produksi berat nak terima walaupun untuk beri watak bapa
“Apapun jangan kita mengeluh dan salahkan sesiapa. Rezeki Tuhan dah tetapkan. Kita usaha sahaja,” katanya.
Menerusi perkahwinan kedua dengan Nurul Amrina Zamri, 33, dia turut mempunyai anak lelaki, Aishymir Mateen, kini berusia tiga tahun.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.