Kalau pergi ke Pasar Malam tak sah rasanya kalau tak membeli kudapan untuk di bawa pulang. Ayam Gunting Pedas merupakan salah satu resipi wajib buat anak-anak kita. Kita pun tak ketinggalan juga menggemari isi ayam rangup yang satu ni.
Tak perlu ke Pasar Malam lagi semata-mata untuk membeli Ayam Gunting Pedas ini kerana di rumah pun anda boleh sediakan sendiri, sama seperti resipinya.
Perkongsian Puan Salimah Olie di facebooknya buat kita yakin untuk mencuba. Nampak mudah dan ringkas cara pembuatannya. Jom cuba petang ni. Anak-anak yang bercuti sekolah pasti teruja bila ibu sediakan satu resipi baru. Best pulak tu!
Ayam gunting, rangup diluar, lembut dan juicy didalamnya. Langkah dan bahan ada kat gambar. Saya buat cara paling mudah dan senang. Guna tepung goreng serbaguna Bestari je…hihi. Dah takyah pergi pasar malam petang ni ya!
Resipi Ayam Gunting Pedas
Ads
Bahan-bahan:
Isi dada ayam -yang telah dileperkan
Tepung serbaguna bestari
1 sudu kecil soda bikarbonat
Telur
Sedikit garam -pukul perlahan
Sedikit paprika
Caranya:
1. Masukkan isi ayam dalam plastik dan ketuk jadi sedikit leper.
Ads
2. Sudahkan kesemua isi ayam.
3. Golek isi ayam pada tepung.
4. Celup dalam telur kemudian golekkan semula pada tepung.
Ads
5. Goreng dalam minyak yang panas (tenggelam).
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asyik buat biskut je kan, apa kata kali ini kita tukar buat kek pula. Kali ini admin kongsikan kek buah-buahan. Tapi bagi ibu-ibu yang nakkan kek buah biasa tapi moist dan sedap, boleh cuba resipi dari Azlina Ina Fans ini.
Asalamualaikum anak2 mak.xsudi buat pn xpe.tp sudi like kan.Tuk sama2 kite sebar kan ilmu percuma hari ini.. Rindu dgn mak ayah yg jauh kite zahir kan dgn buat kek atau cookies kesukaan dieorg je la ya.ni salah satu faveret arwah mak.kalau tgh buat kek ni die pesan siap2,jgn tambah susu jgn tambah apa2 yg bukan2 haha sbb die tau mak suke tambah pandai2 jd mcm2 hihi
Kek Marjerin Buah-Buahan
Cara Membuat:
2 cawan buahan campuran. kalau mak rendam kejap dgn air suam.tos dan kering kan betul2 kat tisu xpon korg masuk je jap dalam oven smpai xbasah. kot2 la masa dieorg jemur tu ade burung betenggek ke kan mana tau kannn ahaha habuk2 dalam tu kdg kalau basuh sket ha bersih nyaman rasaambik 1-2 senduk tepung gandum gaul kat buahan kering td tu ya. teknik ni bagus xnak bg buah2 die mendap semua ke dasar kek korg nnt
Tip
sebelum mula resepi ni guna cawan.so tak kisah apa jenis cawan pun selagi dr awal smpai habis korg guna cawan sama. Jangan mula guna cawan tetiba tepung guna juga no3 tak jadi. so 1 cawan untuk semua sukatan.
2 cawan majerin xkisah jenama pelangi ke hujan ke guruh janji die majerin rasa die tetap majerin jrg beli jenis majerin lain2 rasa die jd bandung ke soya xde rasa sama je 1 cawan gula castor kalau korg jenis kurg manis ni ok la tp kalau jenis suke manis tambah la lg gula.tp rasa xyah la tambah sbb korg je dah manis cewah hahaha mix sampai kembang gebu.dimana colour majerin dr warna kuning betukar putih creammasuk sket2 telur semua 5 biji gred A kalau gred b 5 ya.jgn plak tanya gred c korg selagi ade gred sampai z di tanya nye(hp ni xde plak emoji mata keatas adehai) masuk telur tu selang beberapa minit tau satu2 sampai habis ya.ok dah habis tu mix sebati xyah lama sgt done damatikan mixer masuk tepung gandum 3 cawan 1/2 yg dah siap di ayak dgn 1sb baking powder kalau nak kukus baru tambah 1 sk soda bikarbonat ok.masuk tepung tu sket2 ya masa ni gaul rata.add on juga 2 sb sunquick kedalam tp kalau korg nak rasa asli letak la serbuk buah pala atau kayu manis.mak xsuke hahaha suke bau citrus dan rasa masam2 sket tu ubah jd sunquick kedalam.ikut korg eklast masuk buah kering yg dah di gaul dgn tepung td ok.masuk sket2 kaup balik je xyah beria kacau mcm mrh kan laki smpai tebalik bowl hahhaa slow2 n steady kite wanita ayu kan keje kene slow motion gituh.ok.setel dahbegini la rupe nye ok boleh isi dalam loyang xpon bekas aluminium foil mcm gambar mak kat atas ok setel dah hentak2 sket.panas kan oven dan bakar bekas aluminium suhu 170-180 masa 25-30 mnt manakala loyang bakar suhu yg sama tp masa 50-55 mnt kalau kukus bekas aluminium 1 jam atau loyang 3 jam hngga 4 jam okok siap dah ha.boleh dah hidang pd tetamu kalau ade tetamu la kalau xde makan la sendiri kah3.selamat mencuba sayang.ya Allah dapat rasa ni pg raya kan xdpt kapet baru pn xpe kan.Dapat plak minum air cincau sejuk pg2 raya.Eh lupe stok cincau habis dah kat kedai hahaahmoist kan korg.mcm ni punye kek mmg syahdu sgt makan pg raya.paling syahdu bile ko abiskan sorg xtgl org belakang ahahaha
Memasak di rumah untuk hidangan seisi keluarga pastinya suatu yang menyeronokkan. Maklumlah rasa puas hati, apabila melihat ahli keluarga terutama suami memuji masakan.
Isteri yang rajin masak tentu buat suami sayang. Jadi tentu tercari-cari resipi viral yang sedap.
Jadi sempena cuti-cuti esok hujung minggu, apa kata cuba resipi Ikan Siakap Stim Terlajak Sedap!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
BAHAN: * Ikan siakap * Bawang putih (dicincang/ potong dadu) * Halia (dihiris) * 1 batang Serai (dihiris) & 2 batang untuk letak dalam ikan. * Cili padi merah & hijau * Asam Limau * Daun ketumbar – akarnya direbus sekali dengan ikan * Garam @ sos ikan untuk perasa.
CARA PENYEDIAAN
1. Bersihkan ikan siakap, kalau taknak bau hanyir cuci dengan asam limau @ lemon.
2. Kemudian letak 1 kiub pati ayam di seluruh ikan & serai di celah-celah ikan.
3. Rebus pakai kuali je, letak akar daun ketumbar dan daun ketumbar sekali.
4. Letak sekali bahan-bahan yang disediakan tadi sehingga masak.
5. Untuk perasa saya letak sos ikan, nak letak garam pon boleh.
6. Rebus dalam 10 minit
7. Cili padi saya letak last skali takut pedas sangat
Siapa yang tak kenal dan tak pernah makan kuih lopes kan. Kuih yang diperbuat daripada beras pulut dan di lumuri dengan kelapa parut. Cukup enak dimakan bersama gula melaka yang sudah dicairkan
Memandangkn sekarang ni PKP, jadi pasti susah nak dapat kuih ini kan. Jadi apa kata anda cuba menyediakannya sendiri di rumah untuk hidangan keluarga untuk berbuka nanti. Lebih jimat dan anda boleh makan sebanyak mana yang anda mahukan.
Jom cuba resipi Kuih Lopes yang dikongsikan oleh puan Sally Aqua
Kuih Lopes cara k.sally.
Bahan-bahan
2 cawan beras pulut (Dapat 15-20 biji kuih lopes)
2.5 cawan air
Pewarna hijau Daun pandan
Satu sudu minyak masak
Sedikit garam (hujung sudu shj)
Kelapa parut untuk menggaul pulut
6 sudu gula merah
2 sudu gula putih
Cara buat di gambar step by step. Moga bermanfaat buat puan2 😊
Malas nak buat air pandan, letak pewarna ajaGuna beras pulut susu pun bolehMasuk daun padan bg wangiMasukkan minyak sikit.Tanak bagi lembik sikit. Kalau pulut 2 cawan, air 2.5 cawanTanak bagi lembik sikit. Kalau pulut 2 cawan, air 2.5 cawanPrepare air gulaMasak sampai pekatPrepare kelapa parutMasa pulut tgh suam2 tu, tekan dlm tupperware