Kalau tak kenal ragam oven sendiri itu ruginya, sebab  bila membakar kek atau biskut tidak sempurna masaknya.

Rungutan seperti  masak kek atau biskut mesti hangus, tak pun ada juga terjadi kadang-kadang tak berapa masaklah, kek tak mahu naiklah dan macam-macam lagi. Walhal, ikut resipi bulat-bulat, tetapi tetap juga tidak menjadi.

Kenapa ye?

Masalah-masalah sebegini memang biasa dihadapi terutama buat kita yang kurang pakar dalam memasak kek atau biskut. Hinggakan ada yang mengatakan menyediakan hidangan kek atau pastri ini sangat leceh dan tidak semua boleh menyediakannya. Skil memasaknya tidak sama dan perlu dipelajari.

Untuk itu, Shahidan Shuib yang berpengalaman memasak kek telah kongsikan beberapa tip. Semoga ia bermanfaat dan sedikit sebanyak menjadikan kita lebih berilmu dalam penyediaan hidangan pastri ini. Jom cuba!

  1. Beli penanda suhu termometer (klip)

‘Mood’ Ketuhar Berbeza-beza, Kenal & Fahamkan Barulah Dapat Membakar Elok!

Walaupun setiap ketuhar/oven kita telah disertakan dengan alat penunjuk suhu ketuhar di luarnya, sebenarnya kita tidak boleh percayakan sangat penunjuk aras ketuhar tersebut. Mungkin, kita sudah membetulkan suhu kepada 170 darjah Celsius tetapi dalam ketuhar tersebut belum lagi sampai kepada 170 darjah tersebut. Atau, yang lebih teruk suhu di dalam sebenarnya melebihi 180 darjah Celsius, terlebih panas.

IKLAN

‘Mood’ Ketuhar Berbeza-beza, Kenal & Fahamkan Barulah Dapat Membakar Elok!

Oleh itu, letakkan penanda suhu di dalam dan pastikan berada di tengah-tengah. Cara ini  mungkin menyelamatkan kek dan pastri anda daripada menjadi terlalu kering ( satu atau dua darjah Celsius memang mempengaruhi tekstur kek sama ada terlebih garing atau kurang masak (underdone).

  1. Kenali ‘hotspots’ oven

Apakah itu? Tempat atau lokasi dalam oven yang mempunyai kepanasan yang tidak setara. Untuk menguji di manakah hotspots dalam ketuhar kita, kita uji dengan membakar roti kita. Susunkan kepingan roti. Dalam suhu kepanasan 180 – 190 darjah Celsius, bakar roti kita sekitar 7 minit. Atau, lihat dengan kerap kegaringannya.

Kemudian keluarkan dan lihat kepingan roti yang mana satukah yang terlebih hangit, garing dan yang mana menerima haba yang sekata?

IKLAN

‘Mood’ Ketuhar Berbeza-beza, Kenal & Fahamkan Barulah Dapat Membakar Elok!

Saya buatkan ujian ini pada oven ‘built in’ saya, bahagian hadapan sebelah kiri nampaknya menerima kepanasan yang lebih daripada tempat lain. Jadi, akan datang saya akan pastikan adunan kek saya diletakkan lebih jauh ke belakang sedikit. Cara ini membantu saya untuk meletakkan loyang kek besar atau kecil berdasarkan pengetahuan saya yang tahu ‘hotspot’ dalam oven saya.

 

IKLAN

Ekstra tip lagi tentang ketuhar

  1. Sentiasa panaskan oven sebelum membakar kek dan pastri. Ini adalah peraturan paling asas. Jika kita siapkan adunan kek kemudian baharu masukkan ke dalam oven kemudian baru mahu panaskan oven, ini akan menyebabkan tekstur luar lebih keras dan dalamnya mungkin kurang masak.
  2. Sentiasa letakkan kek betul – betul di tengah rak dalam ketuhar. Kepanasan suhu lebih setara dan seimbang.
  3. Sentiasa menggunakan api atas dan bawah, kecuali jika resipi meminta hanya menggunakan api atas sahaja, atau api bawah sahaja. Contoh, ada beberapa resipi cheesecake yang meminta menggunakan api bawah sahaja untuk mengelakkan permukaan kek merekah. Mengapa menggunakan api dan atas bersekali? Supaya kepanasannya seimbang.
  4. Loyang hitam lebih panas berbanding loyang yang berwarna cerah. Ingat itu. Penyerapan haba lebih pantas. Jadi, mahu buat biskut/cookies selalu gunakan talam/tray hitam atau perak? Ingat tentang ini.
  5. Bawah 160 darjah ia menunjukkan suhu yang kurang panas. Sesuai untuk bakar kek yang memerlukan suhu rendah seperti kek keju, atau kek yang tekniknya ‘slow baking’. Selalunya, resipi kek kebanyakannya dibakar menggunakan suhu 170 darjah Celsius ke atas sehingga 180 darjah selsius. 200 darjah ke atas selalunya digunakan untuk membakar muffin atau kek chiffon. Suhu ini amat panas.

‘Mood’ Ketuhar Berbeza-beza, Kenal & Fahamkan Barulah Dapat Membakar Elok!

Sumber : Shahidan Shuib

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI