
Menyediakan bawang putih ranggup bukanlah suatu perkara yang mudah. Tambahan pula bila silap mengawal api, boleh menyebabkan hangus atau bawang tidak masak sekata.
Umumnya bawang putih ini sangat baik untuk diambil sebagai alternatif untuk menghilangkan angin di dalam badan.
Maka tidak hairanlah, mengamalkan makan bawang putih yang digoreng ranggup menjadi antara menu kegemaran ibu-ibu yang berpantang.
Bukan sahaja rasanya yang enak, dan apa yang lebih penting baik untuk kesihatan.
Untuk itu, ikuti perkongsian Tuan Adriana untuk menghasilkan Crunch Garlic.
Siapkan stok untuk berpantang nanti. Orang tak pantang yang ada angin pon bagus makan bawang putih goreng ni.
Crunchy Garlic
Bahan-bahan:
1kg bawang putih (rendam air untuk mudahkan kupas kulit)
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
Cara penyediaan :

1. Kupas bwg putih, hiris nipis2 dan gaulkan dengan sedikit garam.

2. Tak nak gaul garam pon tak apa. Goreng kosong macam tu saja.
3. Goreng sampai garing. Jangan hangit sudah.

4. Toskan minyak. Sejukkan dan simpan dlm bks kedap udara.
5. Bolehla mkn dgn nasi.
***org ada angin pon elok makan bwg putih ni. Tak semestinya org berpantang saja.
sumber :Tuan Adriana Arissa Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kukus Nasi Lemak, Kena Rendam Periuk Dalam Air Panas. Baru Cepat Masak & Jimat Gas!

Rupanya Kukus Nasi Lemak, Kena Rendam Periuk Dalam Air Panas. Baru Cepat Masak & Jimat Gas!
Tidak dinafikan di Hari Raya ini tak henti-henti kita memasak untuk menyediakan menu istimewa bagi melayan selera adik beradik dan seisi keluarga yang berkumpul di kampung.
Apatah lagi bila sanak saudara berkunjung, tentu macam-macam hidangan akan disediakan. Antaranya mungkin ada yang merancang untuk sediakan hidangan nasi lemak yang istimewa. Maklumlah terasa lama juga kita semua tidak menjamah nasi lemak!
Jadi tahukah anda sebenarnya untuk memasak nasi lemak ada teknik untuk pastikan nasi dimasak sempurna malah ada juga cara untuk nasi dimasak dengan lebih cepat dan sekali gus boleh menjimatkan penggunaan gas. Ini seperti apa yang dikongsikan oleh Rossita Omar.
“Hari ini tokma nak share cara tokma masak nasi lemak. Nasi lemak versi kukus tapi tokma rebus periuk nasi itu. Cara ini lebih mudah dan lebih cepat. Lebih cepat masak dari guna periuk nasi letrik.
“In Shaa Allah nasi lemak yg terhasil tidak berjelantah & tahan lebih lama,” ujarnya berkongsi tips dan cara di salah satu group masakan di FB.
Sukatan air
Cara Pengiraan/penggunaan, santan/air untuk nasi lemak atau nasi putih. Ini cara sukatan tokma. Boleh jer guna cara sukat sendiri.Jika nak masak nasi putih santan tu tukar dengan air pula.
Tokma sukat guna cawan rice cooker.
2 cawan beras + 2 = 4 cawan santan
3 cawan beras + 2 = 5 cawan santan
4 cawan beras + 2 = 6 cawan santan
5 cawan beras + 2 = 7 cawan santan
Jika guna beras lebih dari 5 cawan kena tambah 3
contoh ..
6 cawan santan + 3 = 9 cawan santan
7 cawan beras + 3 = 10 cawan santan

Bahan-bahan : Daun pandan, hirisan halia, serai yang dititik, santan dan beras.

Langkah 1: Basuh beras. Isi dalam periuk yang sesuai, bubuh daun pandan, hirisan halia, dan serai yang dititik.

Langkah 2 : Tuang santan secukupnya. Tuang minyak masak 1/2 senduk. Garam 1/2 sudu besar. Kacau rata.

Langkah 3: Masukkan periuk dalam periuk kukusan. Rebus periuk itu. Guna api sederhana.Air dalam periuk kukusan jangan banyak sangat nanti berkocok dan mercik-mercik pula.

Langkah 4 : Tutup periuk kukusan itu. Biarkan nasi terus mendidih. Bila sudah mula menggelegak boleh kecilkan api dapur. Biarkan nasi terus mendidih hingga kering.

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
- “Jangan Namakan Air Katira Kalau Tak Letak Katira”- Dr Kamarul Kongsikan Resipi Originalnya!
- Kuih Ketayap, Ni Resipi Nak Dapatkan Adunan Kulit Yang Cantik Dan Inti Yang Sedap!
- Inti Sedap & Kulit Karipap Rangup, Begini Cara Buat Karipap Daging Kurma!
Langkah 5 : Biarkan nasi mendidih hingga kering santannya. Sesekali boleh kacau untuk ratakan santan pekat yang terapung di atasnya.

Langkah 6 : Bila nasi dah masak dan kering santannya. Boleh tutup api dapur. Biarkan periuk nasi terendam dalam air panas dalam periuk kukusan itu.

Langkah 7 : Gemburkan nasi. Nasi dah masak dah. Bila digembur nasi semakin muai yang banyak. Tak ada yang jelantah. Alhamdulillah…
Ekstra info : Bekas periuk yang digunakan .Alhamdulillah tiada sedikit pun terdapat kerak nasi lemak.

Malahan nasi lemak ni boleh bertahan lebih lama. Insya Allah hingga 24 jam tahan tak basi jika betul cara masaknya.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ini Sebab Mentega Lebih Baik Dari Margarine. Ilmu Masakan Yang Kena Tahu.

Kita sering diberitahu melalui iklan bahawa margarine adalah pengganti yang lebih sihat dan murah kepada mentega. Pada hakikatnya mentega lebih baik dari margarine.
Mentega diperbuat dari bahan yang asli iaitu kream (dari susu) dan sedikit garam. Itu pun jika kita memilih keju masin (salted butter). Jika tidak, mentega tanpa garam hanya diperbuat oleh susu sahaja.
Margarine pula diperbuat dari proses yang diperbuat oleh industri pemakanan dari minyak (yang bersifat cecair dalam susu bilik) kepada bahan transfat (yang menjadikan cecair minyak sebagai pepejal). Jadi ia bukanlah sesuatu yang natural tetapi sesuatu bahan tidak lagi natural dan berbahaya pada kesihatan.
Margarine dicipta sebagai alternatif mentega kerana ia lebih murah dan lebih mudah dihasilkan dengan banyak bermula semenjak tahun akhir 1800an lagi.
Pada masa itu (awal 1900an) permintaan terhadap mentega terlalu banyak berbanding dengan pengeluaran susu (bahan utama membuat mentega) yang semakin mahal. Jadi margarine dihasilkan secara besar-besaran agar ia boleh dinikmati oleh golongan yang berpendapatan rendah.
Margarine dihasilkan dengan menambahkan hydrogen pada minyak sayuran agar ia lebih stabil, menjadi beku, dan mudah disapu pada roti.
Oleh kerana margarine lebih murah jadi ia menjadi popular dan boleh dibeli oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Lemak sihat seperti omega 3 adalah sangat penting untuk perkembangan dan fungsi otak. Kita juga memerlukan vitamin A, D dan E (vitamin serap lemak). Jadi lemak sihat ini penting dan terdapat hanya pada susu dan mentega. Tidak ada pada margarine.
Transfats dalam margarine bertindak tidak seperti minyak sihat yang ada pada susu dan mentega kerana struktur sebatian transfat berbeza. Ia boleh menyebabkan masalah kesihatan.
Dalam kajian terbaru (Dalainas & Ioannou, 2008) menunjukkan pengambilan transfat dalam makanan boleh menyebabkan masalah penyumbatan saluran darah pada jantung sebanyak 23%.
Dalam kajian lain pula menunjukkan pengambilan transfat boleh meningkatkan risiko mendapat dementia di kalangan warga tua.
Mentega

Sementara mentega pula penuh dengan vitamin yang meningkatkan sistem daya tahan. Ia juga mempunyai sebatian Lauric Acid (juga terdapat pada susu ibu dan minyak kelapa) dalam kuantiti yang sederhana tetapi sangat penting.
Mentega juga mengandungi lemak tepu yang membekalkan banyak tenaga terutama atlet dan mereka yang bekerja menggunakan banyak tenaga.
Bagi mereka yang bekerja di ofis (tidak menggunakan banyak tenaga) atau pesakit kronik seperti diabetes, pesakit tekanan darah tinggi atau pesakit yang mempunyai kolestrol yang tinggi, boleh mengambil mentega dalam kuantiti yang sederhana setelah mendapat pandangan doktor yang faham tentang nutrisi.
Kesimpulannya mengambil mentega lebih baik dan bermanfaat dari mengambil margarine dalam kuantiti yang sederhana.
Semoga bermanfaat.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Resipi Siakap Kengsom Dari Thailand Ni Memang Sedap Hingga Menjilat Jari. Patutlah Mak Mentua Pun Suka, Siap Minta Resepi Lagi

Biasanya ikan siakap dibuat amsak tiga rasa, stim dan juga digoreng begitu saja. Mungkin anda dah bosan dengan resipi ini, cuba pula resipi ini pula. Katanya datang dari Thailand, rasanya yang masam, manis dan pedas pasti membuka selera anda.
Bagi yang nakkan kelainan, tetapi resepi enak dan berkhasiat, jom cuba resipi Ikan Siakap Masak Kengsom ni. Bagi yangbaru nak mencubanya, pasti akan menggemarinya. Malah resipi ini sangat bagus dan patut dicuba terutamanya kepada mereka yang mahu berdiet.
Resipi ini dikongsikan oleh Emila Nadia menerusi Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Yang nak mencuba bolehlah salin resipi ni.
Ni menu minggu lps sebenarnya. Mak mertua ckp sedap, siap mintak resepi lagi. Meh la kita kongsi yer..
IKAN SIAKAP MASAK KENGSOM
Bahan bahan:
1 ekor ikan siakap
1/2 biji nenas
Kangkung
2 batang serai – ketuk
1 biji limau nipis
Garam
Gula
Bahan kisar:
2 tangkai cili merah
8 tangkai cili padi
1 biji bawang besar – sederhana besar
6 ulas bawang putih
Sedikit belacan
1 inci kunyit hidup

Cara cara:
1. Masukkan bahan kisar dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2.Masukkan nenas dan serai. Masak hingga mendidih seketika, sebelum dimasukkan ikan.
3.Setelah ikan masak, masukkan garam dan gula.
4.Tutup api dan masukkan kangkung kerana mahu kangkung yang masih rangup.
5.Masukkan perahan jus limau. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.

Nota:
Masakan Thailand, mesti ada masam, manis dan pedas.
*** resepi asal dari blog azie kitchen. TQ
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

