Satu perkongsian yang cukup menyentuh hati. Lelaki yang dikenali dengan nama Joe Bundle memuat naik kisah hidupnya yang berubah selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya. Akibat insiden tersebut, dia mengalami masalah lutut tidak dapat dibengkokkan sehingga menyukarkan dia untuk solat.Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
Kali terakhir saya dapat merasa sujud seperti orang ramai adalah pada 10th Feb 2017 di Masjid Dato Haji Kamaruddin Seksyen 51A Petaling Jaya. Tiga jam selepas itu saya kemalangan dilanggar kereta dan saya sudah cacat kekal dan tak boleh bengkok kan lutut kanan buat selamanya. Sejak dari itu saya hanya sembahyang sambil baring, mengiring dan akhirnya duduk di atas kerusi. Pernah bila tak ada kerusi di satu-satu tempat saya duduk jugak lah kat atas apa pun. Saya pernah duduk atas tangga, atas pasu bunga dan pernah duduk atas tingkap (Masjid Tokyo Camii di Jepun). Pernah jugak lansung tak ada benda nak duduk saya hanya bersandar sambil mencangkung macam leg day punya training tu. Bukan saya nak mengeluh, tapi saya cuma nak berkongsi kepada anda bagaimana susahnya nak solat bila Tuhan dah tarik nikmat kesihatan.
Yang lebih menyedihkan, bila dah tak boleh nak sujud ni, kita teringin rasa nak sujud. Teringin nak sembah Allah, nak letak kepala kita di lantai. Nak bagitahu Dia kita sayang kat Dia, kita takut kat Dia. Menyesal dulu tak sembahyang banyak-banyak. Saya harap kawan-kawan tak jadi macam saya. Solat lah sementara ada peluang. Sujud lah sementara boleh ni. Saya dah merasa hidup dalam wad lama, dan bila saya sembahyang, orang yang tengok saya sembahyang dia pun teringin nak sembahyang jugak. Bila kita baca Quran dia cakap sedap. Padahal saya baca tak sedap pun. Saya tahu mereka rindu nak baca Quran tapi tak reti. Nak sembahyang tapi dah terlambat. Kalau dah sakit baru nak start sembahyang memang susah. Dah terlambat sangat. Kami semua yang dah merasai kesakitan ini sekarang dah tahu erti penyesalan. Tapi kami masih belum terlambat kerana Tuhan dah bagi kami peluang kedua walaupun bukan semua yang dapat. Harapan kami agar anda tidak perlu lah menunggu hari tua baru nak mula sembahyang.
Ads
Ads
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Upih pinang atau juga dikenali dengan pelepah pinang, lazimnya bila sudah tua akan gugur ke tanah.
Jika zaman dahulu, upih ini digunakan untuk bermain tarik upih oleh sekumpulan kanak-kanak.
Namun kini upih pinang yang jatuh ke tanah tidak lagi diambil malah terus dibiarkan begitu sahaja hingga mereput.
Jadi apa kata memberi sedikit nafas baharu pada penggunaan upih pinang, kita lakukan diy seperti yang dikongsikan oleh Norpadilah Afandi ini.
Nyata, bekas bunga yang dihasilkan dari pelepah pinang itu nampak begitu klasik dan ada daya tarikannya yang tersendiri.
Menurutnya tentang idea menghasilkan diy tersebut adalah kerana dirinya suka melazimi untuk buat sesuatu benda atau perkara baru setiap hari untuk menyantuni diri sendiri….juga sebagai satu terapi.
Bila pagi tadi usai menghantar anak ke sekolah, jumpa pelepah pinang yang baru gugur dari pokok…. Rezeki datang dalam bermacam cara, syukur apa adanya.
Bercuti bersama keluarga adalah satu pengalaman dan momen yang indah untuk dikenang, apatah lagi jika dapat bercuti ke luar negara. Tentu sahaja berbeza keseronokkan yang dirasai. Maklumlah melancong ke negara orang, serba serbi terasa unik dan sekali gus menjadi suatu pengalaman baharu yang berharga buat kita sekeluarga.
Pun begitu, bila bercuti perlulah kita ikut kemampuan agar poket tak bocor dan hati kita seronok dan tenang. Ini sepertimana perkongsian seorang wanita ini di media sosial, walaupun dengan bajet yang ekonomi namun percutian tiga hari dua malam di Krabi bersama suami dan anak tetap kelihatan sangat romantis.
Jadi buat anda yang ingin melancong ke Krabi bersama pasangan dan anak-anak bolehlah jadikan perkongsian Nurul Hidayah ini rujukan.
Percutian Romantis 3 Hari 2 Malam Ke Krabi, Bajet Bawah RM1000 Sahaja!
Pergi sendiri dengan kereta dan tak ambil tour guide. BAJET BELOW 1K all in (hotel, makan, minyak kereta, insurans)
Tidak termasuk private longtail boat
Document diperlukan
Perjalanan
Kaunter Kastam Thailand
Semua dokumen perlu diserahkan dekat kaunter kastam. Lepas selesai diperiksa, akan ada satu borang pengisytiharan yang perlu kita tandatangan. Satu salinan diaorang simpan satu lagi kita sendiri simpan. Salinan yang kita simpan tu kena bagi dekat kaunter kastam bila nak keluar dari Thailand nanti.
Bukit Kayu Hitam-Krabi
Day 1
Sampai-sampai Krabi, terus check in hotel Dusitd2 Aonang Beach. Hotel ni bukan setakat reasonable, bilik dia bersih, fast service dan berdekatan dengan Ao Nang Beach. Kedai souvenir pun banyak. Nak cari kedai makanan halal kat Aonang Beach ni susah sikit. Kena survey sendiri. Nak kenal pasti halal dekat kedai-kedai makanan tu akan ada tulisan HALAL. Dekat depan hotel kitaorang duduk tu ada 2,3 kedai Halal. Makanan murah-murah. Lokching dia satu cucuk 5baht je(lebih kurang 50sen duit kita). Wajib try banana pancake nutella, ais krim kelapa.
Day 2
Lepas breakfast dekat cafe hotel, driver datang ambil untuk ke Ao Nang Beach. Kitaorang ambil Pakej Island Trip dengan Boat and Beyond untuk pusing 4 Islands dari pukul 8.00pagi-12.30tengah hari. Boat ni nama dia Longtail Boat. Yang ni private punya so agak mahal. 4pax(800+). Lebih dari 4 orang kena bayar extra charge per person. Nak booking boleh book dekat klook ataupun website dia terus dekat Instagram: Boat and Beyond.
Untuk yang mabuk laut tak digalakkan naik ni. Masa naik ni, memang melompat-melompat jugak boat ni sebab tour guide tu cakap sekarang musim ombak kuat. So snorkeling pun tak boleh. Jadi kitaorang naik ni singgah-singgah dekat Island sahaja. Service pakej Boat and Beyond ni mmg A+.
Balik dari Island Trip, singgah hotel rehat dulu. Lepas tu petang pergi Aonang Beach untuk makan petang. Tak ingat nama kedai makan tu tapi sedap smua makanan dia. Tomyam semua lah. Owner dia cakap Melayu. Lepastu terus gerak pergi Krabi Night Market. Sini macam-macam ada. Makanan Thai, baju-baju, souvenir.
Day 3
Lepas breakfast dekat hotel, check out dan jalan-jalan cari souvenir dekat Ao Nang beach.
Lepastu singgah sekejap Hat Yai untuk lunch. Nama restaurant ni Kai Tod Decha. Tomyam Kelapa dia . Ramai orang Melayu datang makan sini. Plan nak naik gajah dekat Hat Yai ni tapi tal sempat. Jadi terus balik lepas makan tu.
Dah sampai dekat sempadan tu, kena turun dekat Imigresen Thailand untuk cop passport+ penyerahan salinan yang kita simpan tadi tu. Dekat Imigresen Malaysia nanti pegawai tu akan check bonet kereta sekejap. Itu sahaja.
Kunci kejayaan dalam industri ini adalah ‘kena smart’ dan buat keputusan yang bijak. Duit bukan segalanya.
Itu antara yang dikongsikan oleh Alif Satar dalam perbualan bersama penulis ketika ditemui dalam majlis sidang media Senang Jer Menang! RM1,000000 anjuran Power Root semalam.
“Saya mahu bertahan dan berada lama dalam bidang ini. Jadi, apa-apa tawaran menjadi suta produk misalnya akan dikaji terlebih dahulu untuk lihat kesesuaian dengan diri dan persekitaran. Saya takkan promosi jenama yang tak sesuai dengan diri dan keluarga saya. Jika selebriti lain tidak kisah janji ada tawaran dan sebagainya, itu terpulang pada pandangan masing-masing. Tetapi bukan saya.
“Begitu juga dengan soal privasi. Saya tidak limitkan hal famili di media sosial. Ada benda yang saya boleh kongsi dan ada yang tidak. Lagipun, saya ada kongsikan ‘personal life’ dan juga kerja di media sosial. Bab-bab kongsi ini memang saya tak nafikan, selalu kongsi pasal anak. Lagi pula saya sibuk dan masa terhad. Tapi yang penting kena bijak bahagikan masa.
“Jika kerja 6 bulan kemudian berhenti sekejap untuk rehat. Tetapi dalam masa yang sama ada limit dalam kerja. Jangan keluar shooting pukul 7 balik pukul 5 itu bukan life namanya. Itu bukan cara kerja yang bijak. Sebab itu, saya cakap pada pengurus, saya mahu kerja begini-begini. Kalau dah kerja 5-6 jam, saya mahu rehat. Tak dapat sehari pun, kalau separuh hari atau pagi pun boleh. Sebab kita kerah badan kita sebab itu kena rehat,”ulas Alif yang dilantik menjadi duta untuk produk Power Root.
Beri ‘me time’ untuk isteri
Bila berkaitan dengan anak-anak dan keluarga, jujur mengakui dirinya jenis ‘family man’. Baik pada isteri dan anak-anak, begitu juga dengan ahli keluarga dan adik-beradik lain. Jadi, kalau tak dapat sehari, sekurang-kurangnya berkumpul semeja untuk makan bersama sudah memadai.
“Sibuk bagaimana pun, memang ada masa untuk anak-anak dan isteri serta keluarga lain. Biasanya saya keluar bersenam dan pukul 7 anak-anak baru bangun, jadi masa itu saya bersama mereka baik makan dan mandikan mereka. Saya tak faham bila orang cakap tiada masa bersama.
“Yang penting pengurusan masa. Saya jadi sedih bila isteri cakap anak-anak asyik tanya bila saya tiada terutama kalau ada shooting lama di luar. Tetapi untung sekarang ini ada teknolgi seperti face time so bila-bila masa boleh lepaskan rindu.
Sambut kelahiran anak
Jujur mengakui sangat bersyukur kerana mendapat isteri yang memahami dan memudahkannya untuk membahagikan masa antara kerjaya dan rumah tangga. Justeru, sebagai suami, dia tahu isteri juga perlukan ‘break’ dari melakukan kerja rumah dan anak-anak.
“Boleh jadi gila jika tak keluar rumah. Sedangkan kita bekerja pun rasa bila la dapat bercuti. Begitulah juga dengan isteri dan ibu-ibu yang bergelar suri rumah. Sebab itu, suami patut beri ‘me time’ untuk isteri. Waktu inilah mereka boleh buat apa yang mereka suka.
“Memang saya sendiri selalu bagi isteri keluar sama ada buat rambut, buat manicure atau pedicure atau keluar makan dengan kawan-kawan, saya tiada masalah. Malah, saya suka bila isteri serahkan tugas jaga anak-anak di rumah jika dia nak keluar.
“Bahkan, waktu dalam pantang saya memang ambil cuti dan masakkan untuk isteri. Malah, anak saya lahir disambut sendiri oleh saya. Doktor pun pelik dan hairan tengok keterujaan saya. Siap pandai tengok mesin CTG yang turun naik draf dan minta isteri push. Macam saya pula doktor,”seloroh Alif.
Banyak cara hargai isteri
Mengulas mengenai perkongsian selebriti akan video privasi waktu isteri bersalin, Alif secara tegas mengakui ada limit dalam berkongsi gambar.
“Biasanya saya akan kongsikan gambar yang dalam kondisi sudah tersedia elok. Anak dah siap berbalut dan dibawa pada isteri. Itu limit saya dan tidak lebih dari itu. Isteri dalam keadaan sakit, kita sibuk rekod gambar.
“Banyak cara lain untuk hargai isteri. Mungkin isteri kita sendiri tak suka dibuat begitu, jadi kena ‘smart’ dan kena pandang dari sudut sensitiviti yang berbeza dalam melakukan sesuatu. Tetapi pada saya bergantung pada seseorang, jangan marah bila orang mengata dan sebagainya kerana itu adalah atas perbuatan sendiri.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di