Tanam bendi tidaklah sesusah yang disangkakan. Asalkan sesuai cara penjagaan dan baja, pasti pokok hidup subur. Ada juga bendi yang ditanam guna polybag tetap subur dan menjadi.
Selain penggunaan baja, air serta pencahayaan juga harus dititikberatkan. Nak dapat lebih info berkenaan tanaman bendi, baca perkongsian daripada Liyana Mohd Poad ini.
Yang suka tanam bendi saya bg tips supaya bendi berbuah dengan banyak di setiap celah.Rujuk gambar utk tips tips tersebut.Bendi perlu dua perkara yg sangat sangat utama iaitu air yang banyak dan cahaya yang banyak untuk buah yang banyak.
Bendi perlu dipetik kurang drpd tempoh seminggu ianya mngeluarkn buah.Jika lebih drpd tempoh ini, bendi akn jadi keras.Baja khusus utk bendi hanyalah baja tinja haiwan. Tak perlu baja mahal mahal krn bendi senang berbuah dan senang dijaga.
Ads
Ni namanya bendi renek.Blh beli biji benih brand BABA.Di luar paketnya ada tulis bendi hijau.Klau bendi putih dan pnjang, itu bendi susu.Di setiap celah ada buah walaupun tingginya hanya lbih kurang 2 kaki.Ketika menyemai, apabila daun sudah ada 3 helai, pindahkn terus ke tempat penuh cahaya.Pokok bendi suka cahaya yg byk utk tumbesaran.Apabila petik buah,buang sekali daunnya.Ini paling penting. Selepas petik bendi,buang sekali daunnya, jgn tinggalkn di pokok supaya kesemua zat akn sampai ke buah yg berikutnya.Akan dipetik.
Anak sulung besar cabarannya. lebih-lebih lelaki kerana harus menjadi pembantu kepada ibu bapa terutama dalam menjaga adik-adik yang lain.
Namun jangan tak tahu, anak sulung sebenarnya cukup istimewa berbanding anak-anak lain. Walaupun dengan hadirnya anak-anak lain, anak sulung tetap dianggap istimewa jauh di sudut hati ibu itu sendiri. Benarkah begitu?
Menurut Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, anak sulung mempunyai karektor yang tenang, bertolak ansur dan mudah diajak berbincang. Malah anak sulung juga biasanya agak cemerlang berbanding adik beradik lain, baik di sekolah mahupun di rumah.
Mereka dikatakan lebih cenderung menjadi contoh kepada adik-beradik yang lain. Pun begitu, menurutnya lagi, anak sulung berkebolehan memujuk orang lain sehingga mampu mengawal orang lain dan situasi yang menyulitkan.
Namun adakalanya anak sulung terlihat sedikit sensitif dan meminta perhatian yang lebih jika diabaikan oleh orang lain, terutama ibu bapa serta adik beradik yang lain. Ego adalah istilah paling tepat untuk mereka.
1. Ego
Walaupun mampu bertolak ansur, namun anak sulung dilihat lebih degil dan sedikit ego dalam segala hal. Mungkin istilahnya mereka tidak mahu dipandang rendah dalam segala hal apa lagi diperkecilkan kebolehan mereka. Malah anak sulung juga tidak suka diarahkan segala tindak tanduk yang bakal mereka lakukan.
2. Bertolak Ansur & Rasional
Pun begitu, dalam ketegasan, anak sulung juga dikatakan mampu bertolak ansur dalam segala hal. Hal ini mungkin disebabkan anak sulung cuba bersikap rasional dalam segala hal terutama sekali kepada adik beradik yang berada di bawahnya.
3. Lebih Tegas
Ya anak sulung biasanya lebih tegas berbanding anak lain. Mungkin sebagai ketua kepada adik-adiknya, karektor ini lebih terserlah. Mungkin kerana cuba mempamerkan sikap dan rasa tanggungjawab mereka kepada ibu ayah serta kesemua adik beradik lain.
4. Mengawal Orang Lain
Hal ini sering dikaitkan dengan keupayaan anak sulung yang pandai bermain dengan kata-kata. Keramahan serta pergaulannya yang lebih luas membolehkan dia mengawal situasi dan mengawal orang lain di sekeliling. Hal ini mungkin juga dikaitkan dengan rasa hormat adik beradik lain kepada anak sulung yang lebih banyak ilmunya.
5. Lebih Bijak
Sebagai orang yang terawal, anak sulung dilihat lebih bijak dalam segala hal. Ini termasuklah berjaya di dalam pelajaran dan kerjaya. Kegigihan ini didorong oleh rasa ingin dicontohi oleh orang lain terutamanya adik beradik yang berada di bawahnya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Diuji dengan penyakit kronik seperti kanser, hakikatnya itu suatu dugaan yang cukup besar. Ketika itu semangat juang dan ketabahan diri amat-amat diperlukan dalam melawan penyakit merbahaya ini.
Selain sepanjang tempoh jalani rawatan untuk kembali sihat, bab pemakanan perlu juga diberi perhatian agar kanser tidak menjadi aktif.
Hal ini telah dikongsikan oleh Dr Hamid Arshat untuk info bersama.
Bagi mereka yang telah dilanda penyakit kanser payudara atau pun lain2 jenis kanser dan telah menjalani rawatan, ada beberapa jenis makanan yang dikatakan bolih mengawal pertumbuhan semula dan cegah dari merebak.
1.Marshroom/jamur/cendawan, ia mengandungi sesuatu yg blok enjim aromatase yg diperlukan untuk membentuk hormon estrogen, cendawan jenis shitake.
2. Delima, sekarang ini banyak produk juice delima dipasaran.
3 Blueberries, sukar didapati kerana bukan buah tempatan, lain2 jenis berry pun berkhasiat.
4.Cinnamon/kayu manis, mudah didapati dan memang sering digunakan dalam masakan dan kueh2.
5. Biji anggur extract yg mengandungi resveraterol yg memang banyak khasiat kesihatan. Klinik kita ada NuRev yg bahan utamanya ialah resveraterol. Disamping makanan2 tersebut penting juga amalkan caragaya hidup sihat saperti exercise, relaks, banyakkan baca quran dan zikir
Kisah ‘bidadari’ kecil mula diperkatakan usai bapanya memuat naik perkongsian mengenai penyakit yang dideritainya. Rata-rata warganet menghukurkan rasa simpati dan membantu dengan memberi sumbangan sehinggalah berjaya melakukan pembedahan di London.
Saban hari, perkembangan anak kecil bernama Ainul Mardhiah ini dikongsikan oleh ibu bapanya menerusi laman facebook. Malah, semua menitipkan doa semoga adik Ainul akan sembuh dengan segera dan pulang ke tanah air.
Ternyata doa semua dimakbulkan. Adik Ainul Mardhiah dikhabarkan menunjukkan perkembangan yang baik di mana berat badannya meningkat dari sehari ke sehari.
Perkhabaran ini menjadi satu berita gembira kepada ahli keluarga Ainul yang terdekat dan sudah pastinya bagi rakyat Malaysia yang rata-ratanya mengambil berat terhadap bayi kecil ini.
Berita gembira ini telah disampaikan oleh bapanya sendiri, Ahmad Safiuddin melalui laman Facebook miliknya.
Menerusi kiriman tersebut, Safiuddin memaklumkan bahawa Ainul akan dibenarkan pulang sekiranya menunjukkan perkembangan yang positif pada setiap hari.
Assalamualaikum semua.
Setiap hari berat badan ainul naik. And doktor cakap kalau setiap hari ainul menunjukkan perkembangan yang positif, ainul boleh balik ?, tulis bapanya.
Selain itu, ibu Ainul turut berkongsi rasa yang sama mengenai perkembangan terbaru anaknya itu. Katanya, Ainul semakin sihat, berat badannya semakin bertambah setiap hari.
“Pejam celik sebulan lebih juga berada di luar negara. Satu pengalaman yang tidak mungkin akan dilupakan.
“Seronok dapat belajar sesuatu yang baru, kenal orang baru dan tengok pemandangan yang cantik di sini.
“Insya-Allah, tunggu Ainul dah besar nanti kami pula akan bawa dia ke sini,” katanya.
Pada 10 Jun lalu, Ainul Mardhiah yang menghidap ‘Germ Cell tumor’ selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan tumor seberat 200 gram selepas bertarung nyawa selama lima jam.
Pembedahan itu dijalankan sepasukan pakar diketuai Prof David Dunaway di sebuah hospital di London.
Tahap kesihatannya dilihat semakin positif apabila Ainul Mardhiah dipindahkan ke wad biasa selepas empat hari menjalani pembedahan iaitu pada 14 Jun lalu dan kini tidak lagi memerlukan bantuan oksigen.
Rata-rata warganet mengucapkan syukur atas berita gembira tersebut dan tidak melepaskan peluang untuk memanjatkan doa kepada adik Ainul supaya kesihatannya terus berkekalan.
“Alhamdulillah..terus kuat dan sihat ye Ainul”
“Comelnya… Cantik sangat Ainul. Semoga sihat selalu sayang”