Sana sini orang memperkatakan usaha yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew  sepanjang musim Covid-19 ini. Ada yang terharu, bersyukur dan melihat secara positif namun tidak kurang pula ada segelintirnya memandang serong atas apa yang dilakukannya.

Tidak tahu hujung pangkalnya atas setiap tindakan  Ustaz Ebit Lew  upload dan viralkan apa sahaja bantuan yang disalurkan kepada yang memerlukan.

Lantas seorang doktor yang juga cukup aktif dalam persatuan NGO bagi membantu kem pelarian syria,  telah berkongsi sebab kenapa orang NGO terpaksa buat sedemikian.

Diharapkan penjelasan ini dapat menghentikan kecaman yang tidak berasas itu.

Ini perkongsiannya.


” Kau ni tak ikhlas lah. Buat sedekah tu duduk diam diam je lah. Buat apa nak upload gambar ”

Sedih saya bila Ustaz Ebit Lew kena kecam sebegitu rupa. Saya tahu sangat perasaan tu sebab saya pun pernah mengalami hal yang serupa.

IKLAN

Masuk kem pelarian Syria ke masuk ke Arakan itu semua dah umpama ‘booking’ tiket untuk syahid dah sebab di sana nyawa kita ibarat telur di hujung tanduk dah.

Tak ada masa pun untuk riya’ sebab kita tahu bila bila masa je nyawa kita boleh ditarik tapi saya terpaksa juga untuk upload dan viralkan gambar gambar masa bagi bantuan.

Kenapa? Ok sini saya kongsikan sikit kenapa orang NGO ni terpaksa buat semua tu.

Ustaz Ebit tu ada NGO dia sendiri. Ustaz ‘terpaksa’ upload gambar dia bagi bantuan tu atas 3 sebab.

IKLAN

Pertama, supaya para penderma tahu ke mana duit mereka pergi. Semua NGO terpaksa buat benda yang sama untuk menjamin ketelusan bantuan yang sampai. Kalau kita bagi duit lepastu NGO tu buat diam je, kita pun akan turut sama rasa sangsi kan dengan ketelusan NGO tersebut.

Kedua, supaya lebih ramai lagi menyumbang. Perasan tak di post Ustaz Ebit Lew yang viral tu kebanyakannya dia letakkan nombor akaun NGO dia? Itu tujuannya supaya lebih ramai menyumbang. Bila lebih ramai menyumbang, lebih ramai orang susah boleh dibantu. Itu tujuan utamanya.

Ketiga, supaya lebih ramai terinspirasi. Inilah namanya Dakwah Bilhal, iaitu dakwah dengan perbuatan. Dakwah bilhal ni lebih hebat daripada dakwah dengan kata kata semata. Cuba tengok berapa ramai orang mula terikut ikut untuk lebih banyak bersedekah asbab daripada posting viral Ebit Lew tu. Boleh tengok di bahagian komen mungkin ada berpuluh ribu yang dah mula bersedekah disebabkan posting viral Ustaz Ebit Lew tu.

IKLAN

Saya sendiri pernah jumpa seorang mak kepada 2 orang anak. Mak tu jumpa saya dan ucap terima kasih sangat sangat dekat saya.

“Sedih Bila Ustaz Ebit Lew Kena Kecam”- Dr Ni Jelaskan Agar Semua Faham & Hentikannya!

” Terima kasih banyak doktor. Anak anak saya suka sangat baca cerita doktor ke Syria dan Arakan tu. Anak anak saya kata lepasni mereka nak jadi kaya raya dan Jutawan untuk tolong orang susah juga lah ”

Habis je si ibu tu bagitahu benda ni. Terus bergenang air mata saya. Kita tak tahu, dalam posting kita yang dikatakan ‘riyak dan menunjuk nunjuk’ itu rupanya menjadi sebab perubahan yang sangat besar pada diri orang lain yang melihatnya.

Kepada Ustaz Ebit Lew, teruskan usaha Ustaz. Semoga lebih ramai anak anak yang melihat gambar gambar ustaz terinspirasi untuk menjadi pemurah dan rendah hati seperti Ustaz.

Sumber : Taufiq Razif  

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI