Berkongsi satu rakaman video di Instagram, Dayah Bakar yang mengikut suami, Kapten Muhammad Hanif bertugas Di Canberra, Australia kini pulang ke tanah air.
Ibu kepada anak lelaki, Achbar Muhammad Fahri, mengakui berasa sedih untuk meninggalkan bumi Canberra yang menjadi saksi pertemuannya dengan suami selepas berpisah disebabkan tuntutan kerja.
“Pertemuan dan perpisahan bukanlah sesuatu yang mudah . Lagi-lagi, bila semakin rapat dan menjadi seperti keluarga. Banyak waktu yang diluangkan bersama, banyak memori juga yang tercipta di bumi kangaroo.
Ads
“Sejujurnya, saya sedih untuk pergi, tetapi pada masa yang sama, saya tidak sabar untuk bertemu keluarga saya di rumah. Saya juga tahu sudah tiba masanya untuk kembali aktif menjadi hos.
“Saya berdoa agar kita semua akan bertemu semula suatu hari nanti, saya percaya kita akan. Alhamdulillah, selamat sampai semuanya. Kembali ke tanah tumpahnya darahku, Malaysia,” tulis Dayah lagi.
Ads
Sementara itu, suasana sedih menyelubungi ruang balai pelepasan bila.mana Dayah dan rakan-rakan tidak mampu menahan Rasa sebak dan sedih kerana terpaksa berpisah.
Ads
Masing-masing berpelukan dan mengucapkan selamat tinggal buat pasangan ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika ditanya tentang alasan seseorang memelihara kucing tentu ada kisah dan ceritanya. Begitu juga dengan wanita ini yang pada mulanya tidak terfikir untuk memelihara kucing tapi selepas berkahwin, minat dan cintanya pada haiwan berbulu ini terdorong kuat oleh suaminya.
Kini minat dan cintanya turut terarah pada Si Bulus ini. Bukan sahaja sekadar suka-suka malah sanggup peruntukkan wang gajinya untuk pastikan haiwan peliharaannya serba serbi mencukupi.
Ikuti perkongsiannya.
Gambar 5 minit pertama
Bawak 6 ekor balik kg, ibarat bawak baby 6 orang, macam-macam ragam. Sampai lia terbaring kat seat belakang sebab semua nak duduk atas riba.
Setelah 5 minit berlalu
Semua dah kelam kabut nak duduk kat driver. @unclenaim drive sambil riba anak-anaknya. Hehe.. Hakikatnya lia bukan peminat kucing, tetapi semuanya berubah setelah mendirikan rumah tangga, disebabkan pasangan yang terlampau sukakan kucing.
Kalau dulu, pantang bau tahi kucing abis sekampung kecoh, sekarang hari-hari kutip tahi kucing. Hari-hari juga borak dengan kucing sebab tak ada sesiapa kat rumah, kucing sebagai peneman borak.
Selain pengalaman manis yang dilalui oleh Nor Filianie bersama kucing-kucing kesayangannya itu. Turut dikongsikan juga diakun fbnya tentang kos yang ditanggung untuk memelihara kucing bila ada yang sakit.
Ini perkongsiannya.
Sebabkan semua tak sihat dan kemurungan, terpaksalah bawa pergi vet.
Baby = demam + sakit telinga
Boboy = demam + sakit telinga + sakit mata
Bean= demam + kemurungan (jelly meninggal)
Terkejar-kejar sampai vet pukul 8:50 pm, pintu dah tutup. Dengan muka kesian minta juga buat rawatan. Sepatutnya klinik tutup pukul 9:00 pm. Tapi dia bagi masuk juga (doc sangkakan seekor, tapi turunkan 3 ekor).
Dalam hati, malam ini RM300 melayang kat vet ni, sebab biasanya vet mahal, selalu pergi kerajaan punya.Tapi bila tengok bil nak bayar RM150 lega serta merta, berpatutan sebab macam-macam ubat dia kasi.
Demi kucing kesayangan, terpaksa berhabis, Insyallah ada rezeki buat kucing-kucing ini. Dan pernah berkata, salah satu sebab nak kerja sebab maintenance kucing yang tinggi. Terpaksa cari duit untuk kebajikkan mereka terjamin.
Pengalaman setahun jagung bela kucing:
1. Makanan 16kg/ bulan (kucing dalam rumah RM300)
2. Makanan 16kg/ bulan (kucing luar rumah RM100)
3. Pasir 6pack/ bulan (RM100)
4. Suplimen (Shampoo, vitamin, ubat cacing RM60)
5. Ikan + ayam (RM100)
Itu anggaran kasar, belum masuk lagi sangkar dan kos perubatan. Pokai lah mak..Hampir RM700 sebulan? Biar betul. Baru hari ini kira-kira. Sebelum ini main beli saja. Patot laju poket kosong .
Bak kata suami, tuan kucing punya berjimat nak beli barang sendiri, kadang makan sendiri pon tak boleh lebih-lebih sebab nak beli makanan kucing. Cumanya saya percaya rezeki mereka sentiasa ada.
Saya baru belajar semua ini, kalau sebelum ini saya bukan penggemar kucing, setelah saya menyanyangi kucing, rezeki tidak pernah putus.
Ini semua perkongsiannya setahun yang lalu, dan hingga kini Nor Filianie masih terus memelihara kucing iaitu sebanyak 10 ekor kesemuanya dan empat daripadanya sedang bunting.
Ini bermakna akan bertambah lagi jumlah kucing peliharaannya. Diakui walaupun memerlukan banyak kos untuk menjaga kucing namun kepuasan dan keseronokkan membela kucing mengatasi segalanya.
Menurutnya lagi, “bela kucing memang murah rezeki, seronok, kadang boleh borak macam sembang dengan keluarga sendiri, bahasakan diri macam ibu dengan kucing.”– Nor Fillianie
sumber : Nor Filianie Aziz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak bukan sahaja pengikat kasih sayang, malah mereka jualah penawar segala duka. Hilang segala penat tatkala dapat menyentuh dan memeluk anak sendiri.
Lebih-lebih lagi jika dikurniakan anak yang cukup memahami seperti Nadi Anaqi yang merupakan anak kepada pelakon Zahiril Adzim dan Shera Aiyob.
Dalam satu perkongsian di instagramnya, Shera memberitahu anaknya itu meminta dia berehat jika penat membuat kerja rumah.
“Mommy tengah masak tadi tiba-tiba Anaqi tanya, “Mommy tak tired ke?” Terkedu kejap kenapa dia tanya macam tu.
“Kenapa Anaqi tanya mommy macam tu?” Saja aku nak tahu apa yang ada dalam kepada dia,” tulis Shera di kapsyennya.
Rupa-rupanya, anak lelakinya memerhati segala perbuatannya selama ini yang asyik buat kerja tanpa henti.
“Terdiam aku sambil tersenyum sendiri. Memang aku penat ya amat. Tuhan je yang tahu. Sambil masak dalam kepala fikir kerja lain yang menanti untuk diselesaikan.
“Tapi bila Anaqi cakap macam tu, aku terus lupa sekejap penat. Menambah semangat aku untuk teruskan kerja.
“Betul lah anak ni penguat segalanya. Mommy doakan Anaqi sentiasa dikurniakan kebaikan dan menjadi insan hebat dunia dan akhirat. I love you so much Anaqi!,” ujar Shera lagi.
Nak buat kebaikan bukan benda yang mudah. Ada sahaja yang menghalang. Pasangan ini juga tidak melalui dugaan ini terutama apabila mengambil keputusan membela anak angkat. Lebih penting lagi menjadi anak susuan mereka.
Si isteri, sedari awal menghalang kerana beliau merasakan diri tidak yakin mampu berbuat demikian. Namun nasihat dan kata-kata suami mengubah segalanya.
Catatan Datin Sri Shahida menerusi laman instagramnya baru-baru ini mendedahkan beliau sebelum ini tidak setuju mengambil anak susuan.
Kadang2 bukan semua benda yg saya suka dia buat…tapi bukan semua buruk…banyak benda baik yg saya dah terikut perangai dia…..dr seorang yg lembab saya dah jadi cepat…dr seorang yg x yakin saya dah ada keyakinan….dari seorang yg x pandai niaga,x kreatif….saya dah bertambah baik…
Dan yg paling penting ramai x tahu yg sebenarnya dari awal saya x bersetuju nak ambik anak susuan….saya x nak dan x bersedia(sebab saya ni bukan baik mana pun)tapi @aliffsyukriterlajaklaris selalu cakap nak buat benda baik mmg susah….kita jaga dorang Insya Allah esok lusa ada benda baik datang pada kita……jaga mereka biar kita x cukup baik x cukup kita sempurna tapi dah banyak kesenangan kita boleh bagi pada mereka…. . Mudahan jadi anak2 yg baik je meena qayyum dan anak2 yg lain… mama abah x minta duit pun cukup jadi anak yg baik berjaya dunia dan akhirat,” tulis Datin Sri Shahida.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.