Kanser adalah penyakit yang tidak mengenal usia, sesiapa pun berisiko menghidapnya. Begitulah apa yang diterjadi ke atas adik Muhamad Afif Zulfiqar Bin Mohammad, 18 tahun ini. Dia disahkan mengidap penyakit kanser Leukimia pada tahun Februari 2013 dan sejak itu terus mendapatkan rawatan demi rawatan.
Untuk mengetahui kisahnya lebih lanjut, ini dikongsikan untuk inspirasi buat semua.
HASIL NURKILAN DARI HATI ANAK KANSER KIDS
Afif menulis dari hati, apa yang Afif telah jalani dan alami. Kami kongsikan untuk bacaan anda semua. Kami share story ini yang ditulis oleh Afif di FB beliau pada 2 April 2018. Alhamdulillah sekarang Afif berada di Tingkatan 6, SMK Astana, Kuantan, Pahang.
Ini adalah kisah kehidupan yang benar-benar berlaku kepada saya Muhamad Afif Zulfiqar Bin Mohammad berumur 18 tahun dari Kuantan,Pahang.
Ads
Saya ialah bekas seorang pelajar di SMK Astana di Kuantan pada tahun lepas dan juga telah menduduki peperiksaan SPM. Saya disahkan menghidapi penyakit kanser Leukimia pada tahun Februari 2013 dan tidak bersekolah selama 3 tahun kerana menjalani rawatan di Institut Pediatrik HKL.
Semasa di HKL , saya ditempatkan di wad KK3 . Wad untuk pesakit kanak kanak. Selepas itu, Doktor telah membuat CVL(Central Venous Line) untuk menjalani rawatan chemoteraphy. Selepas selesai membuat CVL , maka bermula rawatan saya seperti chemoteraphy dan sebagainya.
Hampir 6-7 bulan saya menjalani rawatan dan ada satu hari tu, Doktor mengatakan yang saya tidak boleh menjalani rawatan seperti yang dirancang pada awal dahulu , lalu doktor membuat perancangan yang baru supaya saya menjalani rawatan Bone Marrow Transplant
Ads
Hampir 2 bulan saya tidak boleh kemana-mana dan hanya duduk di dalam wad sahaja. Ini kerana badan saya tidak mempunyai antibodi. Pada 3 September 2013, saya telah membuat transplant. Saya mendapat unrealeted donor dari Malaysian Stem Cell Registery(MSCR) kerana tiada satu pun dari adik beradik saya yang sama 100% dengan kumpulan darah saya.
Saya bersyukur dan jutaan terima kasih kepada penderma yang saya tidak ketahui sampai sekarang. Banyak juga pengalaman yang saya telah lalui semasa saya menjalani rawatan dan pengalaman ini juga telah mengajar saya erti kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
Begitu juga pengalaman, kita tidak boleh mencipta pengalaman. Kita mesti menghadapinya. Hidup ini memang ibarat roda. Putarannya membawa kita ke atas dan ke bawah. Andai di atas, tidak semestinya selamanya di atas. Andai di bawah, kita tidak semestinya sengsara.
Kadangkala, manusia jarang menghargainya. Namun apabila musibah melanda, manusia akan lebih menghargai kehidupan. Begitu juga pengorbanan. Kadangkala kita rasakan pengorbanan kita ini bagai tidak dipedulikan.
Ads
Namun sekali kita diuji, barulah kita tahu betapa eratnya setiakawan, betapa diri ini dikenang dan dihargai. Ayah dan ibu saya adalah pembakar semangat saya untuk terus melawan kanser , begitu juga kakak dan abang saya. Jadi, kanser ibarat musuh utama saya.
Kanser adalah perkara yang paling saya tidak mahu ingati atau fikirkan. Ia bagai mimpi ngeri buat diri ini. Namun, mimpi ngeri saya selama ini bertukar menjadi realiti. Kisah kanser saya bermula pada Januari 2013, suatu tarikh yang tidak akan saya lupakan dalam hidup ini. Saya harap pesakit-pesakit kanser di luar sana mendapat iktibar dari kisah pengalaman ini.
Kami warga KIDS, mendoakan agar anakanda terus sihat dan kuat serta bebas dari kanser selama-lamanya. Aamiin, In shaa ALLAH..
Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Begitulah diibaratkan apabila empat beradik ini direzekikan menjadi tetamu Allah serentak.
Memetik laporan myMetro, empat beradik tersebut tidak menyangka dapat merealisasikan impian mereka sejak sekian lama menjadi tetamu Allah, apabila terpilih untuk menunaikan ibadah haji bersama-sama pada tahun ini.
Meluahkan kesyukuran, Siti Norsaliana Abu Khalid, 35, berkata ia adalah rezekinya bersama tiga adik-beradiknya iaitu Muhammad Saffuan, 34, Siti Norkhariah, 27, dan Muhammad Syahid, 18, selepas mula menabung sejak 2008 dan mendaftar haji pada tahun yang sama.
Malah suami Siti Norsaliana iaitu Mohd Zamzuri Ali, 36, dan adik iparnya Siti Analiza Mak Tapin, 34, turut sama menyertai mereka untuk mengerjakan ibadah haji itu.
“Saya ada seorang lagi adik yang juga menerima tawaran menunaikan haji pada tahun ini, tetapi dia baru melakukan pembedahan lutut dan terpaksa menolak tawaran tersebut.
“Ibu dan ayah juga dapat tawaran tunai haji, tetapi disebabkan mereka pernah menunaikannya sebelum ini mereka menolak dan ingin memberi peluang kepada orang lain,” kata anak sulung itu kepada Bernama di sini, hari ini.
Siti Norsaliana yang menetap di Taman Kobena, Senawang berkata dia bersama adik-beradiknya berasa terkejut dan gementar, selepas menerima surat untuk mengerjakan Rukun Islam kelima itu pada April lalu namun mengakui teruja dengan segala persiapan sudah dilakukan sejak Aidlfitri lalu.
Jelasnya, dia pernah menolak tawaran untuk mengerjakan ibadah haji kali pertama pada 2020 namun disebabkan berfikiran masih muda ditambah Covid-19 melanda dunia ketika itu, Siti Norsaliana terpaksa menangguhkannya.
“Saya berasa amat sedih ketika tahun tersebut, mungkin niat ketika itu tidak betul jadi saya pujuk hati dan pujuk suami… mungkin ini jalannya dan Alhamdulillah rezeki datang pada tahun ini,” katanya.
Siti Norsaliana berkata mereka dijadualkan berlepas ke Tanah Suci Mekah pada tengah hari esok dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sumber : myMetro
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Bukan sahaja peminat bahkan rakan selebriti turut memuji penampilan hos Nona ini yang tetap anggun dan manis walaupun baru sahaja melahirkan bayi sulungnya.
Kreatif dan berani, itu antara komen warganet kepada perkongsian seorang ayah mengenai kegigihan anak-anaknya menjual lukisan di depan rumah mereka.
Menurut Fadhil Zainuddin (Pekan), anak-anaknya meminta izin untuk berbuat demikian dan nampak begitu bersemangat mahu berniaga lukisan.
Apa yang menarik perhatian adalah, tapak gerai anak-anak ini hanyalah berbekalkan sebuah kanopi berwarna kuning, sebuah meja dan kerusi serta enam buah lukisan.
Layan anak sulung aku jual lukisan dia, punya beria dia nak bukak kedai, dia kata dekat aku “Depan rumah pun takpe” jadi aku pun layankan sahaja.
Malah, lukisan hasil Alya Aqeela, 7, dan adiknya, Alya Adeela, 3, yang dijual pada harga serendah RM1 sahaja setiap satu mendapat sambutan.
Aku tak nak patahkan semangat dia tu, jadi aku sediakan tempat dia dan aku tinggalkan dia dengan adik dia biar mereka cuba jual sendiri, tak sangka semua 6 lukisan dia habis dijual.
Sekarang mak dia pening sebab esok dia nak bukak kedai jual lagi, mak dia ingat tadi tak ada orang nak beli. 😅😂🤣
Tragedi pusingan U, bayi perempuan 2 bulan meninggal dunia. Seorang bayi perempuan berusia dua bulan dilaporkan meninggal dunia selepas kenderaan yang dinaikinya bersama kedua ibu bapanya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ), berhampiran Batu Gajah, pada petang Selasa.