Dua pelakon popular, Erra Fazira dan Datin Lisa Surihani kelihatan begitu mesra ketika bertemu dalam satu majlis ilmu baru-baru ini.
Gambar selebriti Sama cantik dan manis ini ternyata meraih perhatian. Taj kurang yang memuji kedua-duanya kelihatan tidak kekok antara satu sama lain.
Menerusi perkongsian video di laman Instagramnya, pemilik nama sebenar Fazira Wan Chek meluahkan rasa syukur kerana berpeluang berkumpul dengan rakan selebriti lain dalam majlis anjuran pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar itu.
Erra juga turut berharap ilmu yang diperoleh tersebut dapat membantu dirinya terus istiqamah selain berkongsi manfaat kepada orang ramai.
Ads
“Alhamdulillah malam yang indah bila dapat berkumpul dengan sahabat dan insan yang baik dan dihormati.. Moga ini menjadi asbab utk kita terus istiqomah mencari syurga.
“Moga dengan izinNya pertemuan pertama ini memberi perspektif baru dalam kita menyebarkan perkongsian kepada semua.. insyaAllah.. amiiinnnn,” tulisnya menerusi kapsyen.
Rakaman video tersebut juga memperlihatkan memaparkan suasana majlis tersebut. Turut kelihatan Lisa seolah-olah berkongsi rasa gembira sambil berbual dengan Erra serta beberapa pelakon wanita lain.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, Lisa yang juga isteri kepada Datuk Yusry Abdul Halim turut meninggalkan komen pada posting berkenaan memaklumkan dia gembira dapat berjumpa dengan ibu kepada Aleesya di majlis tersebut.
“Selagi ada kudrat, saya ikhtiar meneruskan kelangsungan hidup.” Demikian ungkapan dari wanita dan juga penyanyi terkenal era 80-an, Zaiton Sameon.
Pelantun lagu Menaruh Harapan ini mengakui, nasib dunia seninya tidak seaktif dan rezeki tak sekencang dulu termasuk ketidaktentuan ujian pandemik COVID-19.
Begitu pun, dia tidak mahu mengalah. Seperti mana orang lain yang bergelut mencari rezeki, Zaiton Sameon juga rancak mempromosikan jualan rendang air tangannya sendiri.
Bisnes rendang tersebut sudah diusahakan sekitar tiga tahun lalu. Namun ia terbantut seketika sebelum ini kerana beberapa situasi terduga termasuk keadaan terbatas di era pandemik.
Ulasnya lagi, apabila sektor ekonomi kembali beroperasi dan dibuka oleh kerajaan, dia enggan berlengah dan kembali meneruskan bisnes menjual Rendang Nasib Zaiton Sameon.
“Alhamdulillah, saya pun tak boleh terus berpeluk tubuh. Duit simpanan yang ada pun bukan semakin menggunung.
“Selagi ada kudrat, saya ikhtiar meneruskan kelangsungan hidup. Syukur juga permintaan rendang pun meningkat sebab ramai sudah keluar meneruskan rutin kerja atau harian sekalipun akur tetap kena patuh dengan prosedur operasi standard,” katanya yang tinggal bersama anak angkat bernama Ika.
Katanya lagi, rendang itu sudah menjadi air tangannya sejak sekian lama.
“Kalau ada yang tanya bagaimana rasanya, saya akan beri jaminan ia sedap seperti lagu Menaruh Harapan yang melonjakkan nama ini suatu ketika dulu.
“Nak buatnya bukan mudah. Proses nak kacau rendang pun makan masa lebih enam jam.
“Proses pembuatan dan menyediakannya dilakukan di rumah adik angkat saya di Kapar, Klang,” katanya.
Kata Zaiton lagi, perkataan nasib yang digunakan pada rendang jualannya bukanlah bermaksud yang seolah olah meratap hiba.
“Perkataan nasib itu sangat subjektif. Macam hidup dan nasib saya ketika ini, mungkin ia suratan dan kitaran yang harus dilalui.
“Tak mewah macam dulu, tapi tetap rasa bahagia apa adanya,” katanya.
Dalam masa sama, Zaiton juga tidak berkecil hati apabila ada cakap-cakap belakang mengatakan dia sudah tiada tawaran nyanyian.
“Ada yang mengata saya sudah tidak laku lagi selepas berniaga rendang di media sosial.
“Namun, saya langsung tak berkecil hati atau marah kerana setiap orang mempunyai pandangan masing-masing.
“Berkaitan tawaran nyanyian, semua pun tahu sejak Perintah Kawalan Pergerakan hinggalah ke fasa Pelan Pemulihan Negara, majlis atau acara berkaitan nyanyian tak dibenarkan. Jadi, secara tak langsung memang tiada tawaran.
“Apa-apa pun saya bersyukur, bisnes rendang saya tetap mendapat permintaan. Walaupun hasilnya tidaklah semewah bayaran undangan nyanyian, namun saya bersyukur masih dikurniakan rezeki dalam bidang lain,” jelasnya lagi.
Boleh layari laman Instagram @real_zaiton_sameon untuk pembelian.
Merasakan berat beban dan ujian hidup yang sedang kita tanggung hingga ada yang patah semangat dan berbolak balik hatinya dalam mensyukuri nikmat Allah.
Namun ingatlah ada orang lain lagi besar ujiannya. Pun begitu, tetap sabar malah semakin tinggi taqwanya kepada Allah.
Dan kisah seperti ini telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Hurairah Asifa semoga turut menjentik hati dan mendidik diri kita menjadi insan yang lebih baik.
Jom baca perkongsian ini.
Wanita Istimewa Bernama Fatimah
Ini kisah benar seorang wanita bernama Fatimah. Dia tinggal di Sungai petani. Kedah sana.
Satu hari, dia call satu pusat tahfiz. Katanya dia nak jumpa sangat pengetua dia. Bunyi suara macam tegas!
“Saya nak jumpa ustaz!”
“Ya puan. Silakan”
“Tapi, boleh ustaz tunjukkan jalan kesana?”
“Kalau puan susah nak ke sini, saya boleh ambil dimana sahaja lokasi puan”
“Takpa! Saya yang nak datang. Ustaz tunjuk jalan saja” Dan, akhirnya dari sungai petani sampai alor star, jalan kaki ke seberang jalan, Alhamdulilah.
Sampai di pusat tahfiz ni. Dia di sambut oleh ustaz tadi. Ustaz ni terkejut! Sebab apa? Sebab Puan Fatimah ni buta! Kalian, buta! Mata tak nampak!
“Puan, kenapa tak cakap pada saya yang puan buta?”
“Saya tak mahu buta ni sebab ustaz akan kesian, sebab buta ni Allah yang bagi pada saya”
Dan lagi menambahkan rasa terkilan, suami dia juga buta!
“Apa hajat puan nak sangat jumpa saya?”
Wanita itu keluarkan duit RM4,000 dan diberikan pada ustaz.
“Ustaz, RM4000 ni saya nak beri wakaf wakil untuk mak, ayah dan suami saya”
“Suami saya buta ustaz, tapi inilah jodoh saya. Mak ayah saya pun juga buta. Tapi, merekalah takdir saya.
Saya beri ni sebab saya tak nak hati saya lari dari ingat pada Allah. Saya takde anak ustaz. Moga inilah pembuka segala pintu rezeki kami”
Akak, Puan Fatimah ni buta. Mak ayah dia buta. Dapat suami pun buta. Sakit melalui ujian ni takkan mampu kita rasai.
Cinta pada suami, tapi tak dapat lihat wajah suami. Cinta pada mak ayah, tapi tak tahu bagaimana rupa orang yang dia cinta.
Tapi, di uji begitu pun dia takut kalau hatinya di bolak balikkan oleh Allah. Maka, di berikan hartanya supaya hatinya kekal dengan Allah.
Kita? Apa yang kita buat untuk kekalkan hati ini supaya terus dengan Allah?
Sejak 4 hari lalu wajah figura ini sinonim dengan bendera putih dengan #benderaputih memenuhi ruang media sosial.
Manakala di Twitter sahaja, lebih 40,000 kemaskini ditemui dengan’hashtag’ #benderaputih.
Lebih manis kejayaan mesej ini capat matlamat apabila beberapa buah keluarga telah menerima bantuan.
Menerusi carian, mendapati kempen ini dimulakan oleh pengguna facebook bernama ‘Jah’ atau Nik Faizah Nik Othman, Timbalan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negeri Kelantan yang juga seorang aktivis masyarakat dalam misi bantuan kemanusiaan.
Bukan calang-calang rupanya individu ini yang mencetuskan idea ini yang membuatkan seluruh masyarakat mula menghulurkan bantuan.
Idea yang dilontarkan secara bersahaja ini telah mendapat lebih 20K share sehingga ia menjadi tular dan kempen ini menjadi!
Menerusi perbualan daripada Astro Awani, Nik Faizah Nik Othman mendedahkan bahawa idea itu adalah secara spontan setelah melihat masalah kewangan menjadi punya ramai yang menderita termasuk bertindak diluar batasan dengan membunuh diri dan masalah keluarga yang meruncing.
Katanya hatinya lulur melihat situasi ini sehingga merasakan kempen bendera putih dapat membantu mereka yang mengalami kesukaran hidup.
“Saya tulis dari ikhlas dari hati saya. Bila lihat banyak kesusahan sekitar kita. Asalnya saya nak sampaikan mesej untuk masyarakat sekitar. Tapi tak sangka jadi viral, ayat yang simple.
“Sebagai wanita dan aktivis masyarakat, hati tersentuh banyak kes bunuh diri, suami kurung anak. Ia seolah wake up call, kena buat drastik untuk bantu segera.
Katanya lagi, pilihan warna bendera putih adalah atas faktor mudah didapati di rumah seperti boleh menggunakan lampin anak dan baju sekolah sebagai bendera. Ia sebagai tanda ‘signal’ untuk bantuan.
Beliau melahirkan rasa syukur kempen ini menyaksikan ramai yang datang menghulukan bantuan.
“Saya bersyukur dengan posting yang ringkas dapat membantu. Ini usaha kecil saya tapi kita patut memberi pujian kepada yang lain sudi membantu.”
Harap semua pihak bersatu tanpa peduli siapa yang mulakan dulu.
Dalam pada itu menerusi perkongsian facebook miliknya, beliau berharap kempen ini berjaya tanpa mempedulikan siapa yang mulakan dulu. Baginya apa yang penting membantu lebih ramai mereka yang memerlukan bantuan.
Sikap rendah dirinya terserlah apabila tidak berbangga menjadi orang pertama memulakan kempen itu sebaliknya berharap mesej yang disampaikan itu capai matlamat.
Tak kisah lah siapa orang pertama yang memulakan kempen bendera putih itu. Apa warna yg anda suka itu bukan isunya. Siapa pun nak kempen amatlah di alu-alukan. Isunya sekarang adakah ia mencapai matlamat kita semua untuk membantu? Jika berhasil teruskan. Jika ada yang rasa tidak sesuai guna kain putih, pakailah nak pakai kain hijau ke, merah ke asal mencapai matlamat untuk tarik perhatian penderma. Kepada anda yang dalam kesusahan, ambil kesempatan ini untuk meminta bantuan, sementara kempen masih berjalan. Jangan sia-siakan usaha mereka yang uar-uarkan kempen ini. Kami semua nak bantu anda. Abaikan kata-kata negatif. Cuba kumpul kekuatan untuk membela nasib keluarga dengan hanya mengangkat bendera.
Gambar koleksi 2019, aktif membantu masyarakat setempat
Berikut adalah koleksi lama gambar beliau yang aktif membantu golongan yang memerlukan sekitar tahun 2019 sebelum negara mengalami serangan gelombang Covid-19
Telah bantu selamatkan keluarga dan nyawa! Siapa sangka, usaha murni beliau ini rupanya telah mendapat sokongan padu seluruh masyarakat.
Apa yang pasti, bersama kita hulurkan bantuan, ringankan beban buat keluarga yang memerlukan. Teruskan membantu kepada yang terkesan tanpa mengharap balasan!
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.