Perkongsian daripada Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi kenyataan yang dimuat naik di facebook rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, mohon didoakan mendapat respon yang sangat baik daripada warganet.
Syukur dan tahniah diucapkan!
Babak Pertama, Episod Baharu
Sejurus selepas pengumuman pelantikan sebagai YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), seperti biasa, saya terus menuju ke Masjid Slim River, Perak untuk menyampaikan Kuliah Maghrib bulanan di sana.
Saya dengan rendah hati memohon jasa baik sahabat semua untuk berterusan mendoakan saya agar saya dikurniakan Allah SWT kekuatan untuk memikul amanah dan kepercayaan ini sepenuh keupayaan saya.
Teringat saya kepada sebuah hadith daripada ‘Abdullah bin Salam, beliau berkata:
لَمَّا قَدِمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ ، اِنْجَفَلَ النَّاسُ إِلَيْهِ ، وَقِيْلَ : قَدِمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَجِئْتُ فِي النَّاسِ لِأَنْظُرَ إِلَيْهِ ، فَلَمَّا اسْتَبَنْتُ وَجْهَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَرَفْتُ أَنَّ وَجْهَهُ لَيْسَ بِوَجْهٍ كَذَّابٍ ، فَكَانَ أَوَّلَ شَيْءٍ تَكَلَّمَ بِهِ أَنْ قَالَ: (( يَا أَيُّهَا النَّاسُ ، أَفْشُوْا السَّلَامَ ، وَأَطْعِمُوْا الطَّعَامَ ، وَصِلُوْا الْأَرْحَامَ ، وَصَلُّوْا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ ، تَدْخُلُوْا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ )).
“Ketika Rasulullah SAW datang ke Madinah, orang-orang segera pergi menuju kepada Baginda. Ada yang mengatakan: Rasulullah SAW telah datang. Lalu aku mendatanginya ditengah kerumunan banyak orang untuk melihatnya. Ketika aku melihat wajah Rasulullah SAW, aku mengetahui bahwa wajahnya bukanlah wajah pembohong. Dan yang pertama kali beliau ucapkan adalah, ‘Wahai sekalian manusia,
1) Sebarkanlah salam
2) Berikan makan
3) Sambunglah silaturrahim
4) Solat di waktu malam ketika orang-orang tidur,
Nescaya kalian akan masuk Syurga dengan selamat.”
Doakan saya, bantu saya dan berilah pandangan kepada saya. Kita teruskan legasi pemimpin terdahulu, membina negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama, dalam keredhaan-Nya.
Kepada Allah SWT kami berserah dan kami bertawakkal.
sumber : Mufti Wilayah Persekutuan
Jangan Buang Roti Dah Nak Expired, Buat Roti Cheese & 4 Menu Lain Untuk Berbuka Memang Sedap!
Kadangkala kepingan roti putih kita terbiar begitu sahaja hingga habis tarikh luputnya. Daripada dibiarkan membazir dan buang begitu sahaja ada baiknya kita cuba cipta resipi kreatif untuk anak-anak.
Lima resipi ringkas yang dikongsikan oleh Nisak Abu Hassan ini pasti sedap dan buat anak-anak teruja nak menjamahnya. Suami pun pasti suka. Jom cuba.
1. Karipap Roti Sedap dan Sempoi
Bahan-Bahan :
Roti gardenia (berapa keping korang nak)
Inti (resepi ni guna inti karipap)
Tepung jagung (kalo tak ada guna tepung gandum pun boleh)
Air
Caranya:
1. Untuk kulitnya, gelek roti sekeping demi sekeping untuk nipiskan. Trim bahagian tepinya.
2. Lepas tu sapukan bancuhan tepung jagung dengan air di sekeliling roti (tengok pic), untuk tujuan gam.
2. Letak inti kat tengah roti. Kemudian cantumkan hujung ke hujung roti membentuk segitiga.
3. Tekan disekeliling guna garfu. Tujuannya nak tutup rapat.
4. Panaskan minyak dan goreng.
5. Daaaa. Inilah dia karipap roti anda yang dah siap.
Sumber: Canteq.blogspot
2. Roti Telur Cheese
Bahan-bahan :
Roti
Telur
Keju
Caranya:
1. Letakkan 2 keping keju diatas roti.
2. Kemudian letakkan sekeping lagi roti di atas keju tersebut seperti sandwich.
3. Salutkan roti tersebut dengan telur yang telah dipukul.
4. Panaskan minyak dan gorengkan.
3. Muffin Roti Butterscotch
Bahan-bahan:
12 – 16 keping roti gardenia butterscotch
3 biji telur
2 cawan susu segar
1 cawan tepung
1 sudu teh baking powder
1sudu teh esen vanilla
3 batang sosej
Cheese mozarella
Caranya:
1.Gelek roti hingga nipis dan tekap menggunakan tumbler plastik/cawan plastik untuk membentuk bulat.
2. Didihkan air dan rebus sosej dalam 5 minit dan potong berbentuk mancis.
3. Sapu acuan dengan marjerin/butter. Bentukkan roti macam kulit tart.
4. Masukkan sosej dan cheese.
5. Masukkan telur, tepung, baking powder, susu segar dan esen vanilla ke dalam mangkuk. Pukul menggunakan wisker hingga sebati. Tuang bancuhan telur ke dalam
roti.
6. Bakar pada suhu 180’C selama 15 – 20 minit.
Sumber: resepicikguani.blogspot.my
4. Garlic Bread
Bahan-bahan:
1 sudu butter
2 keping roti
Daun parsli kering (flakes)
1 biji bawang putih atau beli serbuk garlic
Caranya:
1. Ambil satu sudu butter, campurkan dengan pasliey dan serbuk bawang putih.
2. Bagi yang guna bawang putih, tumbuk sampai hancur dan gaulkan sekali.
3. Sapu pada roti dekat roti tu.
4. Bakar dalam periuk ajaib selama lima minit.
5. Jejari Roti
Bahan-bahan:
24 keping tepi roti (dari 6 keping roti)
1 biji telur
2 sudu besar susu segar
Sedikit garam
Gula halus secukupnya
Mentega / margerin untuk menggoreng
Caranya:
1. Masukkan telur, garam dan susu ke dalam mangkuk. Pukul telur biar sebati.
2. Panaskan 2 sudu besar mentega.
3. Celup roti ke dalam campuran telur tadi dan goreng sehingga perang.
4. Buat sampai habis. Kalau mentega kering, bolehlah ditambah untuk menggoreng roti yang seterusnya.
5. Bila dah siap, taburkan gula halus ke atas roti. Sedap dimakan semasa panas.
Sumber: ohgempak.com
Sumber: Nisak Abu Hasan
Adab Bertandang Ke Rumah Orang, Wanita Ini Luah Rasa Hati. Ramai Yang Setuju!
Lumrah dalam rumahtangga, apabila sudah mempunyai anak-anak terutama anak kecil, sudah pastinya rumah bersepah.
Bukan tidak mahu mengemas. Anak-anak aktif bermain di sana sini.
Kadang tak ada masa untuk mengemas setiap masa dek pelbagai urusan rumah lain yang perlu diutamakan.
Apabila rumah dalam keadan bersepah, agak sulit untuk menerima tetamu yang datang secara mengejut.
Kunjungi tetamu sebegini membuatkan tuam rumah tidak selesa. Begitu luahan rasa yang dikongsi oleh wanita ini. Bukan tidak menghargai tetamu datang tapi lebih manis, jika tetamu memberi tahu awal jika ingin bertandang.
Ikuti perkongsian beliau.
Sejujurnya rumah saya bukan lah rumah yang boleh dikunjungi secara mengejut dan tiba-tiba. Maksudnya,tanpa beritahu apa-apa tiba-tiba sampai depan rumah. Anak-anak saya sedang membesar dan mereka dalam fasa suka ‘mengemas’ rumah.
Saya bukanlah malas nak kemas rumah,tapi kadang-kadang tu rasa fed up.Kemas sekejap,5 minit kemudian bersepah semula. Baru sapu dan mop, 10 minit kemudian dah ada semula bread crumb,biscuit crumb dan segala jenis crumb lagi. Kemas kat depan, kat belakang pula berterabur. Jadi, saya kemas rumah ala kadar je la hari-hari. Menyapu pun setakat mana yang larat sahaja. Alhamdulillah suami saya bukan sejenis yang suka merungut dan mengarah-arah.
Jadi, semalam bila mak saudara suami bagitahu nak datang ke rumah hari ni. Sepantas kilat saya bangun kemas rumah. Yela, kalau tak kemas takut pulak depa sakit jantung tengok Dari belakang sampai ke depan bersepah. Kat mana-mana pun ada mainan anak. Saya ambil gambar untuk tatapan mata saya, dan mengingatkan diri bahawa rumah saya pernah kemas pada satu ketika. Walaupun hanya untuk satu hari.
Sedikit peringatan untuk kita semua,termasuk diri saya sendiri. Kalau nak bertandang ke rumah sesiapa pun, pastikan beritahu tuan rumah terlebih dahulu. Kasihan mereka kalau datang secara mengejut. Untuk menjaga aib tuan rumah pun ya juga.Yelah, kita sebagai manusia biasa mesti terdetik di hati walaupun sedikit kalau rumah mereka bersepah.
Bila bertandang ke rumah orang, butakan mata, diamkan suara. Kalau bersepah sekalipun, buat-buat aje tak nampak. Dah balik,jangan pula nak mencanang ke sana sini.
Bila dah kemas rumah macam ni, rasa nak hantar suami dan anak-anak balik kampung. Kahkahkah. Sekian.
Sumber: Sabiha Hana
Ini Cara Didik Anak Rajin Solat 5 Waktu Tanpa Dipaksa. Boleh Follow!
Anak merupakan anugerah Allah dan tanggungjawab yang berat yang diamanahkan atas bahu ibu bapa. Pentarbiahan anak-anak dengan didikan yang baik wajib ditunaikan oleh ibu bapa. Amanah yang wajib ini hendaklah dijaga dengan baik dan janganlah dikhianati.
Begitu juga dalam hal mengajar anak solat sejak kecil. Ianya adalah tugas yang sukar sebenarnya. Menyedari tuntutan agama, ramai di kalangan ibubapa yang berterusan mengali ilmu dan kaedah terbaik untuk mendidik anak bersolat supaya mereka tidak dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak kerana telah mengabaikan amanah-Nya.
Ikuti perkongsian ini yang menyediakan tip untuk membantu ibu bapa mendidik anak mencintai solat.
Didik Anak Bersolat tanpa di suruh atau paksa
A) PENDIDIKAN DARI DALAM RUMAH
1. Suasana utamakan solat
Ibu bapa adalah madrasah (sekolah) pertama bagi anak. Untuk mengajar anak solat sedari kecil, ibubapa perlu mewujudkan suasana dalam keluarga yang mengutamakan solat. Bila azan berkumandang, segera bersedia untuk solat. Tutup TV dan hentikan perkara-perkara yang melalaikan. Ini akan menjadi contoh disiplin yang baik untuk anak-anak.
2. Ibubapa tunjukkan contoh
Anak-anak adalah peniru paling baik bagi setiap tindak-tanduk ibubapa. Anak-anak bawah 4 tahun lebih seronok dan mudah untuk diajak menunaikan solat. Tetapi nanti dahulu, mereka tentunya mudah meniru hanya apabila selalu melihat ibubapa mereka solat sedari umur mereka masih bayi. Sekiranya anak-anak jarang melihat ibubapa solat, maka mereka juga tidak dapat membayangkan sesuatu yang tidak tercapai oleh akal mereka.
Anak-anak lebih mudah percaya apa yang mereka lihat sendiri daripada apa yang kita beritahu. Malah, 80% didikan adalah melalui tauladan yang bukannya melalui perkataan semata. Tauladan bermaksud apa yang mereka nampak dilakukan oleh ibubapa setiap hari.
3. Solat di tempat terbuka
Solatlah di ruang terbuka di dalam rumah. Biarkan anak-anak nampak dan faham ibubapa mereka selalu solat. Bagi anak-anak kecil yang berusia sekitar 1 hingga 3 tahun, memadailah mereka sekadar memerhatikan ibubapa sedang solat atau ikut sama solat sambil mereka bermain-main. Biarkan jika mereka suka menarik-narik telekung si ibu. Bertenanglah jika kita baru rukuk mereka sudah pun sujud. Kita belum habis lagi mereka sudah pun beri salam. Usah bertegas atau berkeras. Jangan sampai anak-anak merasakan solat itu satu yang susah dan menakutkan.
Ini sepertimana teladan yang telah ditonjolkan sendiri oleh Rasullullah SAW sebagaimana yang diceritakan bahawa Baginda Rasulullah solat berjemaah di masjid dan Baginda sendiri menjadi Imam. Tiba-tiba, cucunya yang bernama Hassan memaut leher Baginda ketika Baginda sedang sujud. Rasulullah sebagaimana yang diriwayatkan memanjangkan sujudnya ketika itu. Setelah selesai solat, seorang sahabat bertanya: “Engkau memanjangkan sujud?” Jawab Rasulullah SAW: “Cucuku sedang menunggangku maka aku tidak sampai hati tidak menyampaikan kehendaknya”.
4. Solat berjemaah
Didiklah anak-anak untuk cintai solat berjemaah. Tiap kali ibubapa mahu solat, jangan lupa ajak anak-anak untuk solat bersama-sama. Bagi ibubapa berkerjaya, jikalau tidak sempat berjemaah pada waktu Subuh, boleh berjemaah di waktu Maghrib. Apabila masuk waktu solat, ajaklah si manja untuk berwudhuk bersama-sama. Hamparkan sejadah di ruangan yang sesuai. Dorong anak lelaki untuk berani azan dan disusuli iqamat. Selepas solat, zikir dan doa. Boleh beri peluang untuk anak-anak bacakan doa-doa yang mereka telah pun pelajari di tadika. Tambah kemanisan solat berjemaah dengan memberi tazkirah pendek sesama ahli keluarga. Didiklah anak-anak untuk bersalaman dengan ibubapa dan memohon maaf sesama ahli keluarga. Lazimkan solat secara berjemaah dan anak-anak akan terbiasa bahkan tertunggu-tunggu dengan rutin keluarga yang ini.
5. Hadiahkan kelengkapan solat
Oh, sebelum terlupa. Belilah hadiah kelengkapan solat untuk anak-anak kita seperti telekung, kopiah dan sejadah yang khusus dan menarik untuk mereka. Ini boleh menaikkan semangat mereka untuk merasa seronok bersolat. Berikan juga pujian apabila mereka memakai pakaian solat dengan sempurna sebagai satu galakan dan dorongan.
6. Dorong anak untuk solat
Anak-anak kecil suka mendengar cerita-cerita. Belikan buku berkenaan solat yang mesra kanak-kanak. Bawakan kepada anak-anak kita kisah-kisah sirah Nabi Muhammad SAW dan para sahabat tentang solat. Sampaikan pada mereka bagaimana Nabi Muhammad SAW sangat suka solat malam hingga bengkak-bengkak kaki Baginda. Ceritakan juga kesan dan akibat yang akan menimpa mereka yang tidak solat baik balasan di dunia atau akhirat. Teruskan memberi dorongan melalui cerita ganjaran syurga dan seksa neraka.
Ibubapa bekerjasamalah untuk bisikkan di telinga mereka sewaktu anak-anak tidur. “Anak soleh ayah, rajin solat yer nak.” Ulangi setiap malam dengan yakin dan positif.
7. Beri ganjaran
Sentiasa mutaba’ah (membuat pantauan) kepada anak-anak kita sama ada mereka sudah menunaikan solat atau sebaliknya. Usah kedekut untuk memberi ganjaran dari sudut pujian dan hadiah fizikal pada anak-anak jika mereka menunjukan perkembangan yang baik dari hari ke hari.
B) PENDIDIKAN LUAR RUMAH
1. Solat di mana-mana
Jika dalam perjalanan balik kampung atau pun keluar berjalan-jalan, fahamkan pada anak-anak tentang keutamaan solat. Istiqomah untuk berhenti solat di surau atau masjid. Jangan serik bawa anak-anak untuk solat bersama-sama di tempat awam.
2. Solat di tadika
Sebaik-baiknya, pilihlah tadika atau pusat asuhan yang memberi pendedahan awal kepada anak-anak kita tentang ibadah solat. Jika anak-anak didedahkan dengan rutin amali solat jamaah bermula dari kecil, Insya Allah mereka lebih mudah solat tanpa disuruh-suruh. Tugas ibubapa untuk memperkemaskan dan memantapkan pemahaman tentang ibadah solat akan bertambah mudah dengan sokongan pihak tadika.
3. Solat di surau dan masjid
Biasakan anak-anak ke surau atau masjid ketika mereka masih kecil lagi. Anak-anak yang sudah dibiasakan dengan suasana beribadah tidak akan kekok melakukannya apabila sudah akil baligh. Bersabarlah dengan ragam anak-anak yang pelbagai pada awal-awal latihan sebelum mereka mula membiasakan diri dan kemudiannya menjadi satu tabiat. Tambahan pula, apabila anak-anak ke masjid, potensi berkawan dengan mereka yang kaki solat juga lebih tinggi.
4. Solat di kampung
Jika balik ke kampung halaman, beri ruang untuk anak-anak kita bersama sepupu-sepupu mereka untuk solat berjemaah. Dorong mereka untuk bergilir-gilir azan, iqomat, menjadi iman dan juga membacakan doa. Percayalah walaupun mereka masih kecil, mereka akan lebih cepat belajar memimpin dan berani ke hadapan jika amalan ini menjadi ‘makanan harian’ mereka. Secara tidak langsung, ia juga boleh mengukuhkan hubungan persaudaraan antara mereka bermula dari usia kecil lagi.
Kesimpulannya, dalam mendidik anak ada dua bahagian yang perlu ibubapa ambil perhatian. Pertamanya, ialah usaha ibubapa dan yang keduanya ialah doa kepada Allah SWT. Kita tidak boleh sombong dengan usaha kita semata-mata. Banyakkan berdoa kerana hati kita dan anak-anak kita adalah kepunyaan mutlak Allah SWT.
Senjata utama orang mukmin adalah doa. Doakan anak-anak setiap kali kita teringat akan mereka meskipun ketika itu kita sedang sibuk bekerja, memandu, memasak dan sebagainya. Bahkan doa ini juga perlu bermula ketika mengandungkan si manja lagi.
Boleh diamalkan surah Ibrahim ayat 40 yang bermaksud,
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”.
Buat semua ibubapa, suburkanlah kesabaran, ketabahan dan istiqomah dalam mendidik anak-anak untuk mencintai solat. Tidak boleh dinafikan kepayahan dan cabaran yang bakal dihadapi amatlah besar. Berikan masa bagi anak merasa seronok untuk solat tanpa dipaksa-paksa. Setiap anak-anak berbeza penerimaan mereka.
Yakinlah dan positif, Allah pasti makbulkan doa kita.
Sumber: www.excelqhalif.com