Semua ibu bapa di dunia ini mahu setiap anak yang dilahirkan, dididik dan diasuh menjadi orang berguna serta berjaya dalam hidup.

Mengasuh dan mendidik tidak pernah mudah, sebaliknya kian mencabar dari hari ke hari. Setiap pilihan dan keputusan dibuat berpaksikan kepada rasa tanggungjawab dan kasih sayang.

Sebagaimana kisah yang dipaparkan ini, membayangkan sikap tidak puas hati anak anak terhadap ibu bapa. Dengan tidak rasa bersalah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang tuanya.

Saudara Khairul Anuar Basri berpesan agar ibu bapa tidak culas untuk sekali sekala check whatsapp anak-anak untuk mengelak santun diri anak-anak menjadi lebih teruk.

Selanjutnya ikuti perkongsian ini.

________________________________________

IKLAN

Ibu bapa… tolong sekali-sekala check group whatsapp anak-anak kita.
Semalam seorang kawan saya tunjuk screen shot perbualan salah seorang anaknya dengan best friend-best friendnya di group whatsapp. 
Sambil mengadu, sambil minta pendapat. Apa dia nak buat? Apa salah dia sampai anak pun boleh cakap macam tu belakang dia?

“Ayah aku marah aku doe”.
“Apsal pulak?”
“Aku pun tak faham. Dia suruh aku siapkan adik aku nak ke sekolah. Adik aku taknak, dia nak buat sendiri. Last-last ayah aku marah aku pulak. BANGSAT!”.
“Laaa… ye ke? Boleh tak aku nak carut?”.
“Silakan. Hahaha.. aku pun tengah sedih ni”.
“PUKIMAK! CIBAI! BABI! SIAL!.. ok dah”.
“Thanks sebab faham aku. Aku pun nak bahagia jugak. Tapi mak ayah aku tak faham aku macam ko faham aku”.

“Sekali Sekala Check Group Whatsapp Anak-Anak Kita.” Angkara Tak Puas Hati, Anak Guna Bahasa Kesat Kepada Ibu Bapa.

IKLAN

Berderau darah saya baca semua screen shot tu. Ada banyak lagi. Tapi tak sanggup nak letak gambar dan petikan kat sini.
Menangis kawan saya tu sepanjang kami berborak.
“Aku tak pernah bagi anak aku lapar. Pakaian semua aku bagi. Tak pernah dia telanjang bulat.
Dari kecil sampai besar, macam-macam yang dia nak aku ikut. Kadang-kadang sambil marah pun aku bagi.
Marah pun sekejap je. Tak simpan langsung dalam hati.
Macam tu dia panggil aku dengan kawan-kawan dia?”.
Aduhh… kalau saya pun akan kecil hati. Sampai hati anak cakap macam tu kat ayah dia.
Itulah realiti mendidik anak zaman sekarang. Semuanya berpunca dari gajet dan handphone.
Taknak bagi, benda tu dah jadi keperluan. Bila di bagi, macam ni pulak jadinya.
Masa mintak nak pakai handphone dulu, nak bagi warning dah. Ada benda yang baik dengan handphone. Tapi yang tak baik lagi banyak.
Tak diberi, memberontak. Bila dah bagi, macam-macam benda buruk dah mula pandai.
Semuanya sebab berkawan. Semuanya sebab handphone.

“Sekali Sekala Check Group Whatsapp Anak-Anak Kita.” Angkara Tak Puas Hati, Anak Guna Bahasa Kesat Kepada Ibu Bapa.

“Anak aku ni baru umur 15 tahun. Ada 1 malam aku terjaga jam 2 pagi, aku masuk bilik anak aku tu.
MasyaAllah.. Astaghfirullah… tengah duk bermesej dengan budak lelaki.
Aku call budak lelaki tu. Aku bagi warning. Esok aku curi baca mesej anak aku dengan budak lelaki tu, siap kutuk-kutuk aku lagi.
Menitik air mata aku”.
Allah… cabaran apakah ini? Kat mana salah ibu bapa mendidik anak-anak zaman ini? Kat mana yang tak kena? Apa yang patut ibu bapa buat?
Anak lelaki cara lelaki. Anak perempuan cara perempuan. Siap ambil gambar yang entahaperhaper. Entah dengan siapa la dia kongsi semua gambar-gambar tu.
Whatsapp cara Whatsapp. Instagram cara Instagram. Facebook cara Facebook. Tik Tok cara Tik Tok.

IKLAN

RISAU ANAK-ANAK TERJEBAK
Bila kawan saya cerita tu, terus saya pun jadi takut. Saya pun ada anak-anak yang sebaya dengan anak dia. Lelaki ada, perempuan pun ada.
Anak-anak ni, tak tahulah dia tahu ke tak semua benda yang dia buat dan cakap tu salah. Atau memang tak kesah. Apa nak jadi, jadilah?
Kadang-kadang diorang rasa rumah ni macam neraka. Semua benda rasa macam tak boleh. Setiap masa rasa mak ayah ni mengongkong.
Last-last bercerita dengan kawan-kawan. Mengadu dengan konon-kononnya best friend forever. Rasa happy la sangat kalau ada yang sudi dengar.
Padahal kalau sakit, lapar, demam, susah dan macam-macam lagi, bukan kawan-kawan tu pun yang akan tengok dan tolong.
Last-last mak ayah yang dikatakan busy body dan mengongkong ni jugak la yang akan dicari. Sungguh!

CHECK HANDPHONE ANAK

So.. ibu bapa kena check sekali-sekala handphone anak-anak. Check group whatsapp diorang. Check bahasa diorang. Check gambar-gambar diorang.
Kena bagitahu kat anak-anak. Syurga dan kebahagiaan sebenar anak-anak bukannnya dengan kawan-kawan. Bukan dengan orang-orang di luar keluarga.
Walau macamana tak suka pun anak-anak dengan mak ayah dia, walau benci macamana pun anak-anak dengan perangai mak ayah dia…
Syurga dan kebahagiaan sebenar anak-anak ialah apabila mak dan ayah rasa gembira dengan perangai, akhlak dan tutur kata anak-anak.
Walaupun anak-anak belajar tak tinggi. Walaupun duit anak-anak tak banyak. Walaupun muka anak-anak tak lawa.
Bukan kawan-kawan. Bukan best friend. Bukan boyfriend girlfriend.
Sebab akhirnya hanya mak dan ayah kita saja yang akan sayang kita betul-betul, walaupun seisi dunia membenci dan membuang kita.
Takde orang lain yang boleh sayang kita macam mak dan ayah kita sayang kita. Dengan roh, dengan darah.. anak-anak adalah segala-galanya buat mak dan ayah.
Jagalah hati dan perasaan mak dan ayah. Kerana apabila hati mereka telah terluka, hidup kita akan sengsara.
Bukan saja di dunia. Tapi juga di akhirat sana.

Sumber: Khairul Anuar Basri

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI