Anak-anak kalau bab main, tak perlu di suruh! Bab nak buat kerja sekolah ke, nak solat ke selagi mak ayah tak bising nanti ada la buat-buat lupa.
Bab nak kena suruh tu satu hal, belum lagi kalau tak tengok diorang solat tu, nanti main-main!
Seperti yang dikongsikan oleh seorang ibu di laman Tiktok ini, disebabkan anaknya selalu main-main dan solat dengan laju, dia meletakkan amaran bagi sesiapa yang solat laju umminya akan suruh solat semula.
Takut dengan teguran umminya, seorang anak lelakinya yang ada di dalam video solat dengan sangat perlahan seperti slow motion. Gelagat anaknya itu membuatkan dia dan suami masing-masing tahan tawa.
Ads
@jajaafifbergegor babat ummi ngn abi tahan gelak tengok die punye slow 🤣🤣 adehhlaa.
Bukan sahaja mereka, malah orang ramai yang menonton video tersebut juga terhibur dengan gelagat anak ini dan menyamai dengan binatang sloth yang tidak begitu aktif pada waktu siang sekaligus memberi komen yang juga mengundang tawa ketika membacanya. Bukan itu sahaja, ada juga yang menganggap ibu ini membuat video slow motion tapi disebabkan gegaran tahan tawa terbukti bukan edit video tersebut.
Hidung berdarah atau pendarahan hidung biasanya berlaku secara tiba-tiba dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Malah masalah hidung berdarah bukanlah perkara yang ganjil lagi, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Tetapi ramai ibu bapa yang tidak sedar bagaimana nak hentikan pendarahan ini dengan segera. Ikuti sebab dan rawatan segera mengikut panduan Doktor ENT ini, Doktor Dr Ezairy M.Sallih moga menjadi panduan bersama
Ini 4 Tip berguna untuk ibu bapa dan guru-guru yang ada masalah anak dan murid yang kerap alami hidung berdarah…
1. Cuba kenal pasti apa punca masalah berlaku. Hidung akan mengalami pendarahan mesti ada punca. Di usia kanak-kanak ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Paling biasa ditemui jika alahan hidung yang tidak terkawal. Dah tahu punca, mudah untuk merawat.
2. Sejarah keluarga. Ini pun penting. Biasanya, apabila ibu ayah dan keluarga ada masalah sesuatu penyakit, anak-anak juga berisiko untuk alami masalah sama. Ia termasuk masalah berkaitan sistem darah atau juga masalah resdung.
3. Perlu tahu langkah kecemasan apabila pendarahan berlaku. Saya Selalu pesan amalkan langkah ini.
– posisi dalam keadaan duduk. – tundukkan kepala sedikit ke bawah. Jangan dongak ke atas. – compress bahagian luar hidung. Lakukan berterusan kira-kira 20 minit. – letak ais di bahagian dahi. – ulang langkah di atas jika masih belum berhenti sepenuhnya. – bawa ke hospital sekiranya masih mengalir tanpa ada tanda-tanda berhenti
4. Tahu langkah pencegahan. Elakkan sebarang suplemen atau produk yang tidak tahu isi kandungannya. Lebih bahaya jika tiada kelulusan KKM. Produk dan ubatan ini ada yang boleh menyebabkan masalah pendarahan. Hati-hati.
Sila kongsi tulisan ini jika anda rasa ia bermanfaat buat orang anda sayangi. Moga lebih ramai beroleh manfaat.
Dr Ezairy M.Sallih Doktor telinga, hidung & tekak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Wabak Coronavirus atau COVID-19 ini membawa seribu satu makna buat semua. Bukan hanya kita bahkan satu dunia terkena tempiasnya. Beribu-ribu kematian dicatatkan dan yang sedang dirawat tidak terkira jumlahnya. Semuanya dek kerana ‘virus’ kecil dan tidak mampu dilihat dengan mata kasar.
Negara dalam saat getir dan susah. Kita perlu bekerjasama dan berganding bahu MELAWAN virus COVID-19 dengan bersungguh-sungguh. Malah, dalam situasi sekarang, ramai terkesan sehingga menjejaskan dari segi emosi dan psikologi seperti gangguan tidur, bimbang dan sebagainya. Tak kurang juga timbul isu menyalahkan golongan tabligh yang menyebarkan wabak ini memandangkan golongan ini paling ramai dijangkiti.
Hakikatnya bukan salah mereka dijangkiti. Ada yang dijangkiti tanpa disedari. Membaca luahan ahli keluarga go
Kisah ini dimuat naik oleh saudara Fedtri Yahya menerusi laman facebooknya baru-baru ini.
LUAHAN HATI ISTERI JEMAAH TABLIGH
“Covid19 adalah asbab dakwah terhenti seketika. Masjid sepi. Majlis ilmu tiada. Tanah Haram lengang. Dan para pendakwah juga tak dapat bergerak. Dakwah ‘terhalang’ oleh ‘tentera Allah’ yang tak dapat dilihat dengan mata kasar. “
Saya, isteri kepada ahli jemaah tabligh.
Untuk pengetahuan semua, tiada siapa dalam kalangan jemaah yang mahukan penyakit,menyebarkan penyakit dan mengakibatkan kemudhorotan. Mereka menyertai ijtima’ dengan tujuan belajar menghidupkan Sunnah Nabi. Tiada biaya daripada mana-mana. Kerelaan sendiri. Pergi dengan niat belajar melakukan amal kebaikan. Bukan pergi berjimba,berpoya. Ujian untuk mereka, diuji dengan pendemik covid-19.
Cukup-cukuplah mencela dan menghina. Kami juga punya keluarga. Anak2 hanya melihat bapa, tapi tidak boleh didekati. “Ayah kuarantin lagi. Adik main jauh-jauh. Allah izin,kita dekat-dekat semula.” Jatuh air mata seorang ibu, melihat anak kecil merengek mahukan ayah.
Kami faham letih dan sedih para frontliners. Mereka letih, takut dan tertekan. Tapi ketahuilah,kami tak minta ini semua terjadi.
Dalam kalangan jemaah,ada juga doktor, ada suami kepada jururawat,ada polis pence,askar pencen. Mereka juga tak ingin semua hal ini berlaku. Tetapi kagumnya saya pada jemaah,mereka tak salahkan orang lain atas apa yang terjadi. Mereka akan salahkan diri sendiri. Mungkin mereka kurang amal,kurang dakwah,kurang doa untuk ummat.
Ada yang kecam jemaah dan keluarga menyembunyikan fakta. Ya,memang salah BESAR. Tapi Kita tidak berada dalam kasut mereka. Kita tak merasa apa yang mereka rasa.
Mungkin takut,malu,serba salah dan sebagainya.
Contoh seperti seseorang yang dirogol,tidak melaporkan kepada Polis. Mungkin rasa takut,malu,trauma. Kita yang tidak tahu apa-apa, boleh saja melabel mangsa sebagai bodoh,melepaskan penjenayah,menggalakan penjenayah ulangi perbuatannya. Tidak semudah itu. Hanya yang terkena akan faham perasaan itu.
Memang ada segelintir yang degil dengan arahan pihak syura untuk melakukan saringan.Tapi pandang juga kepada yang tidak degil. Ada antaranya yang disaring dua kali. Mereka tetap mengikut arahan. Pergi semula selepas dihubungi pihak klinik. Yang degil,nak buat macam mana. Sikap manusia, undang-undang Allah pun masih ada yang ingkar. Inikan pula arahan sesama makhluk. Bukan semua boleh wala’ pada ketua.
Saya juga berharap para netizen menjaga bicara dalam penulisan. Bimbang ‘terkutuk’, ‘ter-menghina’ jemaah, tak daya nak merangkak mencari di mahsyar nanti.
Sepatutnya,sama2 kita doa untuk semua staf KKM dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menangani pendemik ini.
Lebihkan berdoa. Kurangkan dosa.
#isteriahlijemaahtabligh
#maafkankami
#kamitakmintasemuainiterjadi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pilu hati seorang ayah sukar diungkapkan dengan kata-kata bila mana tiga anak pergi buat selama-lamanya . Namun, sebagai umatNya, Mohd Ismail 64, , bapa kepada tiga beradik yang lemas di Sungai Terengganu, dekat Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu, semalam reda dengan apa yang berlaku.
Dalam perkongsiannya menerusi Harian Metro, Mohd Ismail yang bekerja membawa kenderaan jenazah berkata, sudah menghantar hampir 40 jenazah ke tanah perkuburan tetapi kali ini dia tidak ada daya untuk berbuat demikian.
“Semangat saya menjadi lemah.Saya berasa sebak apabila melihat tiga keranda di ruang tamu rumah dan tidak berupaya untuk membawa sendiri jenazah anak ke tanah perkuburan,”ujarnya. Dia bagaimanapun tetap reda dengan pemergian mengejut ketiga-tiga anak dan bersyukur kerana usaha pasukan keselamatan mencari mayat ketiga-tiga mereka selesai dalam masa yang singkat.
“Saya reda kerana orang kata mati lemas jadi syahid dan hadiah untuk mak ayah. Sebalik yang buruk ada baiknya,” katanya. Mayat Umar Iskandar, 21, Khairil Firdaus, 17, dan Khalif Naim, 16, ditemui antara jam 9.50 pagi hingga 12.40 tengah hari. Mohd yang juga pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kuala Berang berkata, tiga anak terbabit menjadi harapan keluarga dan anak yang baik serta bertanggungjawab.
Menurutnya, Allahyarham Umar yang menuntut di Universiti Malaya (UM) bercita-cita menjadi pakar matematik, Allahyarham Khalif Naim pula belajar di Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang mahu menjadi kadi, bagaimanapun Allahyarham Khairil Firdaus tidak berkongsi cita-citanya. “Saya nampak kesungguhan mereka belajar dan saya selalu mengingatkan mereka supaya belajar bersungguh-sungguh kerana kita orang susah,” katanya yang menjadi pemandu kereta jenazah dan pengurusan masjid sejak menamatkan perkhidmatan dengan TNB kira-kira empat tahun lalu. Dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sudi memberi bantuan kewangan dan semangat serta pasukan keselamatan yang bertungkus-lumus sepanjang operasi. Sementara itu, pemergian Khalif Naim Mohd, 16, dianggap suatu kehilangan besar buat warga Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang, memandangkan Allahyarham adalah pelajar yang pintar dan berbudi pekerti.
Guru tasmik halaqah al-Quran sekolah tersebut Mohd Sidik Hassan berkata, Allahyarham adalah seorang pelajar yang sangat menghormati guru, disenangi rakan, dan mempunyai ingatan cerdas dalam hafazan al- Quran.
“Allahyarham baru sahaja tamat menghafaz 30 juzuk al-Quran pada 10 Mac lepas. Allahyarham memang pelajar yang bagus, dan senang dibawa berbincang…. bersama-samalah kita semua doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Khalif Naim bersama dua abangnya, iaitu Umar Iskandar, 21 dan Khairil Firdaus, 17, dikatakan ke sungai itu yang terletak hanya 200 meter dari rumah mereka, kira-kira 6 petang semalam.
Mayat ketiga-tiga beradik itu ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di dasar sungai degan mayat pertama, Umar Iskandar ditemukan 100 meter dari lokasi kejadian pada pukul 9.50 pagi.
Ia disusuli mayat kedua, Khairil Firdaus, pada jarak 150 meter pada pukul 11.36 pagi dan mayat terakhir, Khalif Naim, pula ditemukan pada pukul 12 tengah hari tadi, dengan jarak 170 meter.
Khairil Firdaus ialah pelajar tingkatan lima Sekolah Agama Mahmudiah, Kuala Berang, manakala Umar Iskandar adalah penuntut Universiti Malaya.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu Md Hilman Abd Rashid berkata, kes lemas tiga beradik itu adalah kes ke-13 yang berlaku di Terengganu sejak 1 Jan lepas.
“Kebanyakan kes lemas berlaku disebabkan mangsa tidak biasa dengan keadaan persekitaran di lokasi kejadian, sama seperti tiga beradik ini mereka tidak biasa mandi di sini dan banyak kemungkinan yang berlaku (punca lemas), seperti pasir jerlus, lumpur dan sebagainya.
“Saya nasihatkan rakyat Terengganu agar sentiasa berhati-hati apabila pergi ke tempat peranginan seperti sungai dan pantai, peka dengan bahaya yang ada ,kerana kemalangan dan kecederaan boleh berlaku tanpa dijangka,” katanya.
Sumber: BERNAMA
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.