Sentiasa kasihkan ibu ayah dan sebagai anak, kita mahu dan ingin membahagiakan orang tua kita yang telah banyak berkorban sepanjang hayatnya untuk membesarkan kita. Tidak terbalas jasa mereka terhadap kita.
Mengambil satu kisah inspirasi seorang anak menerusi perkongsian Juzailah Shariff, menghadiahkan ibu tercinta yang berpuluh-puluh tahun tinggal di flat dengan sebuah rumah banglo, nyata memberi reaksi positif dan ada yang mengalirkan air mata tanda hiba.
Menurut Juzailah, kejutan yang diberikan adalah sebagai salah satu bentuk penghargaan buat ibunya. Pun begitu, saat ibu menerima pemberian hadiah yang cukup istimewa ini, tiba-tiba ibu hampir rebah.
Nak tahu lanjut kisahnya, ikuti perkongsian penuhnya di sini.
Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah penat lelah selama hampir 4 tahun membina empayar Seri Lady terbalas, apabila dapat belikan rumah yang lebih selesa buat ummi dari rumah sekarang..
Minggu lepas saya dan adik, Jeaa (juga rakan kongsi Seri Lady) sempat membuat kejutan secara sederhana untuk ummi. Nak bawa ummi duduk rumah baru sebelum Ramadhan, InsyaAllah.
Kami ambil ummi di rumahnya di Bandar Baru Sentul flat Sri Perak di mana rumah berkeluasan 400 kaki itulah tempat kami empat beradik dibesarkan oleh seorang itu tunggal yang sangat cekal.
Ads
Berkat ketabahan, kesabaran redha dan doa Ummi lah pendorong kejayaan kami hari ini.
Terima kasih ummi.
Cuma apa yang buatkan saya sebak sampai sekarang tiap kali teringat kejutan tempoh hari, kejutan yang sepatutnya menjadi sesuatu yang menyeronokkan bertukar menjadi panik!
Mula-mula Ummi happy, tiba-tiba masuk rumah dia nak rebah lemah..
Ummi pula ada sakit jantung, jantung pakai bateri dan darah tinggi Ya Allah bayangkan macam mana berderau dada saya!
Tak tentu arah Jea lari amik air. Tak pernah tengok Jeaa sepanik tu!
Ads
Bila ummi dah stabil sikit petang tu, saya tanya kenapa ummi sampai nak rebah lemah tadi?
Ummi jawab “Bersyukur sangat pada Allah macam tak percaya Allah SWT bagi rezeki dekat anak-anak ummi, dapat menumpang hidup duduk rumah selesa”
Ummi cakap lagi, kalau tak belikan rumah baru ni untuk dia pun tak apa dia bahagia duduk dekat flat sebab ramai kawan-kawan, senang nak gi terawih dan mengaji.
Yelah saya faham, rumah ummi memang dekat dengan semua benda. Surau dekat pasar dekat! Lagipun rumah tu terlalu banyak memori dan kenangan.
Cuma sekarang ummi dah berusia dan kesihatan tak seberapa.. jadi saya dan adik beradik nak ummi ada depan mata kami dekat dengan kami dan kami boleh menjalani kehidupan bersama-sama selepas ini..
Ads
Moga Allah bagi kesempatan untuk kami jaga ummi pula. Walaupun apa yang kami buat ini sebenarnya belum cukup untuk balas jasa dan pengorbanan ummi
Ju harap ummi bangga dengan pencapaian anak-anak ummi sekarang dan in shaa Allah kami akan terus berusaha lagi.. Kita dulu orang susah. Susah sangat! Ju masih ingat semua tu…
Terima kasih ummi selalu mendoakan kami dan tak pernah kenal erti penat cari rezeki untuk kami.
Ju harap ummi suka rumah baru kita ni..iya hadiah buat ummi
Kami anak4 ummi sayang ummi dunia akhirat
Semoga yang lihat video dan baca akan dapat manfaat dan akan buat yang sama untuk ubah kehidupan mereka dan ibubapa serta family mereka.
“Cantik Tuanku Sultanah Kelantan.” “Pertama kali tengok Sultanah Kelantan.”
Pada 13 September lalu, DYMM Sultanah Nur Diana Petra Abdullah membuat kemunculan pertama di Istana Negeri Kubang Kerian di Kota Bharu apabila berkenan menerima menghadap rombongan Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan (PKDK).
Perkongsian daripada facebook rasmi Unit Media Pejabat Sultan Kelantan membuatkan rakyat Kelantan teruja dan gembira selepas dapat menatap wajah Sultanah Kelantan buat pertama kali selepas DYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Kelima berkenan mengisytiharkan isteri baginda sebagai Sultanah Kelantan pada 2 Ogos lalu.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Unit Media Pejabat Sultan Kelantan dalam kenyataan berkata, rombongan diketuai Presiden PKDK, Tengku Ramizan Tengku Abdul Aziz dan disertai beberapa ahli pertubuhan yang lain.
Turut hadir, Tengku Sri Kelantan D’ Raja Kelantan Datuk Seri Raja Rezza Shah, Tengku Kaya Perkasa, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dan pegawai Istana Kelantan.
Sultanah Nur Diana turut berkenan mengurniakan cendera kenangan kepada semua ahli rombongan.
Untuk rekod, Pada 2 Ogos lalu, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda, Sultanah Kelantan dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.
Pengisytiharan itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang berkuat kuasa tarikh berkenaan.
Dalam pada itu meninjau di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa kagum dan teruja dengan kemunculan pertama Sultanah Kelantan. Antara komen seperti berikut.
Kalau dah tertulis rezeki tu untuk kita, jadi lah apa pun insyaAllah akan kembali pada kita. Itulah yang terjadi oleh puan Rohaya apabila berdepan dengan detik cemas apabila dia terbuang beg kecil yang mengandungi sejumlah emas miliknya yang dibeli dan disimpan sejak berusia 18 tahun.
“Pada awalnya saya reda bila barang kemas tersilap buang itu tidak ditemui, namun siapa sangka Wira Oren (pekerja am Majlis Bandaraya Seberang Perai) sanggup berkorban masa dan tenaga mereka membantu menggeledah timbunan sampah untuk mencari sehingga ditemui semula,” kata Rohaya Ismail.
Rohaya yang berusia 31 tahun dan juga anggota polis di Balai Polis Telok Ayer Tawar, di sini, berkongsi mengenai perkara itu melalui Facebook (FB) miliknya sehingga tular dan mendapat perhatian warganet yang memuji tindakan mulia sekumpulan pekerja MBSP itu.
Menurutnya, kejadian bermula apabila dia yang membuang lampin pakai buang anaknya tidak menyedari turut terbuang sekali satu beg kecil tersebut.
“Barang kemas itu sangat bermakna kerana saya bukan berasal dari keluarga senang. Ayah meninggal dunia masa usia saya 14 tahun dan saya cuba mengumpul emas itu sedikit demi sedikit semasa bekerja kilang untuk kegunaan masa terdesak.
“Saya tidak tahu macam mana boleh terbuang, sebaliknya sedar beg kecil itu hilang pada 7.45 pagi semalam dan masa itu memang rasa hendak menangis sebab emas itu begitu berharga.
“Kebetulan abang saya ingin pergi buang sampah pada 9 pagi hari sama dan saya minta dia tolong cari, tetapi tidak jumpa. Abang pergi berjumpa lori MBSP tidak jauh dari kuarters yang saya didiami yang mereka (pekerja) minta pergi ke depo pembersihan di Tasek Gelugor,” katanya.
Menurutnya, dia tidak menaruh harapan tinggi sama ada barang kemas miliknya itu ditemui semula, tambahan pula bukan mudah untuk mencarinya disamping tidak boleh sewenang-wenangnya kerana perlu mengikut prosedur.
Katanya, dia reda jika tiada rezeki serta serahkan semua urusan kepada Allah.
“Saya tidak sangka MPSP dari pihak atasan sehingga bawah sanggup berkorban masa dan tenaga untuk turun mencari dalam timbunan sampah yang begitu banyak.
“Tidak lama kemudian (1.30 tengah hari) abang saya menghubungi menerusi panggilan video menunjukkan barang kemas saya ditemui semula dalam satu beg plastik hitam. Syukur dan terima kasih tidak terhingga buat sekumpulan Wira Oren dan perasaan ini tidak terungkap dengan kata-kata.
“Walaupun pekerjaan mereka (Wira Oren) ada yang pandang serong, tetapi bagi saya mereka adalah wira negara yang ikhlas serta jujur apabila sanggup berkorban mencari barang kemas saya sehingga jumpa,” katanya yang merahsiakan nilai keseluruhan barang kemas miliknya itu.
Terdahulu, hantaran wanita itu tular di media sosial dengan mendapat ribuan tanda suka dan dikongsi ratusan pengguna FB.
Menurut posting itu, wanita terbabit turut memberikan sedikit sagu hati kepada pekerja MBSP berkenaan sebagai tanda penghargaan selepas bertungkus lumus menggeledah, mengorek dan mencari emas miliknya dalam timbunan sampah sehingga ditemui.
Pelayar aplikasi TikTok pasti terkejut apabila melihat live seorang gadis Hindu bersama dengan seorang wanita Melayu fasih membaca Iqra dan surah dalam al Quran.
Dalam temubual tersebut, gadis yang bernama Divya Darshini ini telah berbual-bual dengan seorang wanita Melayu. Dalam perbualan tersebut, Divya telah membaca Iqra dan surah An-Naas.
Apa yang mengejutkan, Divya dapat membaca surah tersebut dengan baik. Ramai yang terkejut dan terpegun mendengarnya termasuk wanita yang menemubualnya itu.
Apabila ditanya apakah surah paling panjang yang dia hafal, Divya menyatakan surah Yassin.
Lantas Divya telah membaca surah tersebut dan mengatakan bahawa dia menghafal surah itu sehingga habis.
Cerita Divya lagi, dulu masa kecil kalau dia nampak hantu, dalam hati automatik keluar ayat Kursi.
Apabila diminta membaca ayat tersebut, Divya hanya mengingatinya separuh. Mungkin kerana sudah lama tidak mengamalkannya.
Di ruangan komen video tersebut juga turut meriah dengan komen yang positif dari netizen. Rata-rata mereka memuji Divya kerana hafal dan pandai membaca surah-surah di dalam Al-Quran.
Guru wanita trauma disamun tiga lelaki bersenjata parang di sebuah taska. Seorang guru wanita berdepan detik mencemaskan apabila menjadi mangsa rompakan oleh tiga lelaki bersenjatakan parang di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Tali Air 11, Pasir Panjang pada pagi Isnin.