Kita juga tahu bukan mudah untuk anak-anak kita menyesuaikan diri dengan pembelajaran secara online di rumah. Proses pembelajaran yang nyata berbeza dari tahun-tahun terdahulu pasti ada cabarannya.
Pun begitu, kita sebagai ibu ayah juga perlu bersedia dan mempersiapkan diri menjadi ‘guru’ buat anak-anak. Apatah lagi bila ramai menjangkakan sekolah akan ditutup lebih lama lagi.
Jadi apa perlu dibuat?
Ikuti perkongsian ini semoga ianya dapat memberi kesedaran dan inspirasi buat kita bertindak dalam membantu anak-anak menjayakan pembelajaran di rumah.
Sekolah di jangka tutup lebih lama lagi
Mak ayah semua bersedia la.
1 – Jangan mengharapkan cikgu semata-mata untuk mengajar anak kita, cikgu pun ada anak sendiri yang nak di uruskan.
Ads
2 – Kena ingat, kita hantar anak sekolah bukan untuk dia buat latihan atau kerja sekolah tapi kita nak dia belajar, timba ilmu.
3 – Pastikan anak belajar “something” sepanjang duduk di rumah. Ulangkaji dan buat “homework” sendiri untuk lihat perkembangan anak.
4 – Jika tahu anak lemah dalam apa-apa pun subjek, buat sesuatu segera. Tak ada siapa yang boleh bantu anak masa ni melainkan mak ayah sendiri.
Ads
5 – Anak 7 tahun patut dah pandai membaca, patut dah mahir matematik mudah tambah, tolak, darab dan bahagi. Jika masih lemah buat sesuatu segera.
6 – Tak mungkin PdPR ni boleh beri kesan besar pada tahap akademik anak sekarang. Jangan berharap sangat!
7 – Usaha sendiri cari bahan belajar tambahan untuk anak. Buku latihan, video pembelajaran dan kelas online berbayar jika di rasa perlu.
8 – Walau anak sekolah tadika sekalipun jangan acuh tak acuh. Sekolah memang boleh extend tapi perkembangan otak anak tetap sama.
9 – 90 peratus otak anak terbentuk dari umur 1-6 tahun. Jika sepanjang masa ni tidak di isi dengan ilmu, sangat la rugi. Setahun berlalu tanpa penambahan sel otak baru.
10 – Nasib anak kita 100 peratus berada di tangan kita bukan cikgu, bukan menteri, juga bukan kerajaan.
Sesi sekolah memang tutup, tapi sesi pembelajaran di rumah tak pernah di tutup.
Sumber : Mohd Fhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tatkala anak-anak lain seusianya cukup kasih sayang dan ada tempat tinggal yang sempurna, dia pula tak ubah seperti gelandangan.
Dalam usia baru 12 tahun, dia terpaksa tinggal sendirian dalam rumah usang tanpa kehadiran ibu dan ayah di sisi. Biarpun masih punya ibu dan ayah juga saudara mara, namun dia tidak mahu menyusahkan hidup sesiapa dengan masalahnya.
Begitupun, sepanjang tinggal di rumah sendiri, bapa saudaranya kerap membantu dengan menghantar makanan setiap hari.
“Saya tak nak menyusahkan orang, mereka pun bukan orang senang. Tipulah kalau saya tak sedih…tak takut duduk seorang-seorang, tapi nak buat macam mana, reda sajalah,” kata Mohd Firdaus Abdullah.
Adakalanya dia terpaksa tebalkan muka menumpang tidur di rumah kawan dan membantu penduduk kampung melakukan kerja rumah bagi mendapatkan upah.
Kehidupan itu terpaksa dilalui Mohd Firdaus sejak dua minggu lalu selepas tinggal seorang diri di rumah sewanya di Jalan Intan, Kampung Dato’ Ahmad Said, Manjoi.
Dia yang sudah tidak lagi bersekolah sejak Oktober tahun lalu, tinggal sendirian selepas ibunya ditahan dalam satu operasi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), awal bulan ini.
Ketika ditemui, dia berkata, ibu dan ayahnya telah lama berpisah dan selepas berkahwin baharu, ayah tirinya juga meninggalkan mereka kira-kira lima tahun lalu.
“Saya anak tunggal, jadi selama ni memang duduk berdua saja dengan mak, tapi dua minggu lalu ada kawan beritahu yang mak dah kena tangkap sebab dadah.
“Saya tak sempat pun jumpa mak, tahu-tahu balik rumah dah kosong, tak ada orang pun,” katanya.
Menurutnya, kerana takut tinggal sendiri, dia menumpang tidur di rumah kawan baik yang juga rakan sekelasnya dahulu, dikenali sebagai Syafik.
“Keluarga Syafik baik, kebetulan mak dia dan mak saya kawan, bila mereka kena balik kampung, saya pun balik la semula ke rumah,” katanya.
Apa yang menyedihkan, rumah bersambung tiga pintu jenis papan yang turut didiami dua penyewa lain itu telah terputus bekalan elektrik dan air sejak dua tahun lalu.
Mohd Firdaus berkata, sepanjang tempoh itu, rumahnya hanya diterangi cahaya lilin dan mereka terpaksa mandi di tandas stesen minyak berdekatan.
“Memang macam ni lah kehidupan kami, lepas berhenti sekolah, saya tolong sapu daun kering dan bakar sampah di rumah orang, dapatlah upah RM3 ke RM5, mak pula kerja cuci-cuci, orang kampung pun banyak tolong, ada yang bagi duit belanja untuk kami makan,” katanya.
Bekas murid Sekolah Kebangsaan (SK) Jati ini juga menyatakan keinginannya untuk kembali ke sekolah.
“Memang saya nak ke sekolah, boleh jumpa balik kawan-kawan, dulu saya terpaksa berhenti sebab banyak sangat masalah,” katanya.
Ibu Mohd Firdaus berusia 42 tahun difahamkan kini berada di Penjara Tapah manakala kali terakhir dia mendapat perkhabaran ayah kandungnya berada di Negeri Sembilan.
Kisah kanak-kanak ini tular di media sosial menerusi perkongsian Presiden Persatuan Budak Bas Stand Ipoh, Amiruddin Mohd Daud di Facebook.
Amiruddin, 58, yang lebih dikenali sebagai Tok Anjang berkata, dia menerima panggilan daripada bapa saudara kanak-kanak itu yang meminta bantuan penjagaan sementara.
Menurutnya, tindakan itu kerana bimbang dengan keselamatan diri Mohd Firdaus selepas rumah berkenaan dipecah masuk penjenayah beberapa hari lalu.
“Mujurlah yang hilang hanya dapur dan tong gas, tetapi keadaan rumah dan kanak-kanak ini sangat tidak terurus.
“Kebetulan persatuan kami ada rumah wakaf yang digunakan sebagai rumah transit, jadi untuk sementara kami tempatkan dia di situ, adalah juga orang tengok-tengokkan makan minum dan pakaiannya.
“Rumah yang kami beri nama Rumah Bigbro itu baru enam bulan beroperasi khusus untuk ahli persatuan, orang bermusafir atau yang yang kurang mampu jadikan penempatan sementara,” katanya.
Beliau berkata, keadaan Mohd Firdaus telah dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak dan mereka mengesyorkan agar kanak-kanak itu ditempatkan di mana-mana asrama rumah perlindungan.
“Semua maklumat telah diambil JKM dan kita tunggulah nanti apa tindakan seterusnya.
“Kita nak dia duduk di tempat yang selamat yang membolehkan kebajikannya terbela termasuklah keperluan pendidikan,” katanya.
Terbaru, adik Mohd Firdaus bakal tinggal di rumah anak yatim atas bantuan Tok Anjang. Berita itu dikongsikan oleh beliau menerusi laman facebooknya.
Membina kekuatan dan motivasi di dalam diri apabila diuji dengan kesempitan kewangan tentunya bukan perkara mudah untuk dilalui. Kepayahan itu perlu ditangani dengan pelbagai cara dan usaha tanpa perlu mengenal erti putus asa.
Selain itu, jangan pernah lupa untuk berdoa dan amalkan bacaan-bacaan tertentu untuk ‘membebaskan’ diri daripada masalah kewangan dan sekali gus dimurahkan rezeki.
Ini sebagaimana cara yang dikongsikan oleh Saira Yusoff, menurutnya dengan mengamalkan surah taubah ayat 128-129 setiap hari, peruahan besar dapat dirasai pada rezeki yang diterimanya.
Jadi buat anda boleh amalkan cara ini dan untuk lebih detail boleh baca perkongsian di bawah ini.
“POWER OF SURAH AT TAUBAH AYAT 128-129”
Assalammualaikum semua Saira Nak share Testimoni Peribadi Tentang
Surah At Taubah 128-129 yang saira dan suami amalkan sejak kejatuhan bisnes beberapa tahun lepas..
Bila kata tentang kejatuhan bisnes pastinya ramai di sini yang pernah kejatuhan bisnes , buat marketing business keluar modal puluh2 ribu malah ada yg ratusan ribu, pernah ditipu dan sebagainya.
Pada masa kebuntuan pastinya kita pon rasa letih mencari-cari , bertanya-bertanya pelbagai jenis bantuan . Dengan family, kawan-kawan semua kita tanyakan untuk meminjam dan mengadu kesah hal kita ni.
Ada Suatu hari dalam kebuntuan , terdengar tazkirah dari Ustaz Ebit Lew tentang ilmu yang disampaikan iaitu bacalah Surah At Taubah 128-129 sekurang2nya 7x sehari.. Allahuakbar
Kata Ustaz , :-
1. Jika dia seorang yang lemah ,maka akan menjadi kuat
2. Jika Dia seorang yang hina, maka akan menjadi mulia
3. Jika Dia seorang kalah , akan segera mendapat pertolongan
4. Jika Dia Seorang yang berkesempitan , maka akan segera mendapat kelapangan
5.Jika Dia Seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar
6.Jika Dia dalam kesusahan ,maka akan diberikan kesenangan
Subhanallah Subhanallah Subhanallah, Waktu itu memang saira teruskan amalan ini tanpa henti .
Setelah Amalan ini berterusan hinggalah perasan yang satu persatu urusan dipermudahkan, pelbagai jalan keluar untuk setiap persoalan (masalah) serta segala amanah2 mula dapat diselesaikan. Rezeki masuk mencurah-mencurah tanpa putus .. subhanallah Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar !
Syukur Kehadrat Ilahi atas semua anugerah, pertolongan dan kenikmatan yang diberi olehNYA.
Ini Antara Sebab kenapa saira masukkan amalan ini ke dalam Buku Checklist Amalan by Puan Saira.
Usai 8 hari melahirkan, selebriti yang juga usahawan terkenal, Neelofa hari ini berkongsi pengalaman bersalin anak sulungnya, Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi lnsta storynya. Akui isteri kesayangan PU Riz ini, dia seolah-olah tidak percaya sakit yang dialami sebagai kontraksi proses melahirkan permata hatinya itu ketika itu.
“Masa ni macam tak percaya and tak boleh digest, betul ke sakit nak beranak ni sebab macam leblih kurang period pain je… (segugutku sangat ekstrem ya setiap bulan).
“Haris balik kerja malam tu, terus dia cakap jom kita pergi hospital and i was like… yeke sayang? Kot-kot false alarm. So i started to record setiap kali sakit,” jelasnya.
Jelas Neelofa lagi, dia mengalami tempoh kontraksi selama beberapa jam sebelum proses bersalin dipermudahkan.
“Teman suami makan breakfast, masa ni dah lebih lapan jam layan contraction dan enam jam kemudian, jam 3.44 petang Allah mudahkan segalanya. Bilal dilahirkan dengan selamat,” tulisnya.
Dia dalam pada itu turut menitipkan ucapan syukur Dan berterima kasih kepada suaminya yang setia berada di sampingnya sepanjang proses tersebut.
“Sentiasa ada di sisi, terima kasih suamiku. Walaupun mencabar the first five days di hospital, tapi tu antara hari/momen terindah bersama suami sepanjang berkahwin,” tulisnya lagi.
Menurut Neelofa, sekitar jam 1 pagi 29 Januari dia ditolak masuk ke dalam bilik bersalin.
“So by 1 am i dah terbaring di labour room… masih clueless ‘betulke dah nak beranak ni’. Pak Ustad (Haris) buat solat sikit sambil tunggu doktor. Masa ni sampai-sampai dah 2cm,” kongsi Neelofa lagi.
Untuk rekod, Neelofa dan Haris selamat bernikah di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac tahun lalu.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.