Kuih peneram atau denderam ini sangat terkenal sebagai salah satu kuih tradisional dalam masyarakat India. Namun, kuih ini juga sangat digemari oleh seluruh masyarakat Malaysia tidak kira bangsa atau agama.
Selain bentuknya yang kecil dan comel, kuih ini juga mempunyai rasa yang manis berlemak kerana menggunakan gula merah dan santan sebagai salah satu bahan utama. Lebih menggiurkan apabila dimakan ketika panas untuk mendapatkan tekstur rangup di luar dan lembut di dalam.
Jadi, jika anda seorang penggemar kuih peneram, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Khairunnisa Mohammad ini. Selamat mencuba.
Kuih Peneram
Bahan-Bahan:
250g tepung beras cap gajah 3
190g gula merah
80ml air
80ml santan pekat
Cara-Cara:
Ads
– Masak gula, santan dan air sehingga mendidih dan berbuih. Tutup api.
– Tuang air gula ke dalam tepung beras semasa masih panas dan kacau dengan senduk kayu. Tuang sikit-sikit ye. Mula-mula adunan memang ada nampak cair sikit. Teruskan kacau dalam 7 ke 10 minit hingga adunan jadi bertali. Bila kita angkat sudu tu, adunan lambat nak turun.
Ads
– Perap adunan minimum 5/6 jam. I perap semalaman. Lepas perap, memang doh jadi keras sikit. Uli sekejap jadi lembut sampai boleh dicanai atau dibentuk.
– Cara bentukkan: boleh canai dan tekap atau bulat-bulatkan sebesar guli, penyek di tapak tangan dan buat bulatkan di tengah dengan lidi (I buat cara ni. Tekap dengan acuan tak jadi).
Ads
– Goreng dalam minyak yang betul-betul panas. Tapi api jangan kuat sangat. Nanti rentung. Cuma minyak tu kena betul-betul panas. Bila kita letak doh dalam minyak, doh tu timbul terus dalam 5 saat gitu. Kalau tenggelam je, lambat naik, maksudnya minyak belum betul-betul panas.
– Kalau bentukkan doh dengan cara penyekkan di tangan, kena goreng terus ye. Penyek, buat bulatan di tengah, terus masukkan dalam minyak. Kena cepat sikitlah. Tapi kalau slow pun takpa. Sekali goreng dapat 2/3 biji je macam I.
– Rajin balik-balikkan kuih supaya masak sekata. Agak-agak dah perang sikit, boleh angkat. Jangan biar sampai hitam legam. Nanti bila dah sejuk, keras macam batu.
– Santan kalau tak nak letak pun takpa. Kebanyakan resepi tak letak pun. Ada jugak yang kata kuih tak tahan lama kalau letak santan. So ikutlah masing2 ye. Tu la sedikit sebanyak tips yang I baca semalam. I pun first time buat kuih ni. Bagi yang guna gula apong, boleh tambahkan gula jadi 200g. Sebab kalau 190g, dia jadi kuih peneram versi kurang manis. I suka.
– Bab suhu minyak tu memang cerewet sikit. I sendiri berapa kali buka dan tutup api. Nak cari kepanasan yang paling sesuai. Tak cukup panas, kuih tak jadi. Terlalu panas, kuih hangus. Tapi kalau kena suhunya, gerenti akan dapat kuih yang rangup di luar, lembut di dalam.
Rasa segar, dingin dan nyaman pasti dirasai tatkala menikmati minuman Soda Herbs istimewa ini. Gandingan rasa yang sempurna ini sangat sesuai sebagai hidangan ketika cuaca panas tengah hari.
Boleh juga disediakan sebagai hidangan istimewa ketika majlis harijadi, kenduri kesyukuran, ulangtahun perkahwinan dan sebagainya.Pasti menarik! Jom kita cuba.
Bahan-bahan:
1.5 liter air aiskrim soda
1 tin laici/ longan (ambil buah sahaja)
2 batang serai (dititik)
1 biji lemon (dihiris nipis)
5 biji asam boi putih
Ketulan ais secukupnya
Daun pudina (ikut cita rasa)
Cara membuat:
Bersihkan semua bahan-bahan.
Hiriskan lemon nipis-nipis.
Sediakan bekas yang bersesuaian.
Letakkan daun pudina secukupnya.
Kemudian masukkan lemon yang telah dihiris nipis dan diikuti asam boi putih.
Seterusnya masukkan buah laici atau longan.
Tuangkan air aiskrim soda secukupnya.
Letakkan ketulan ais jika suka.
Akhir sekali masukkan serai yang telah dititik perdunya. Sedia dinikmati!
Info Ekstra:
Jika rasa terlalu manis, boleh juga tambahkan sedikit air mengikut cita rasa masing-masing.
Sumber: Azlita Masam Manis
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak-anak kita sememangnya cukup gemarkan bubur kacang hijau. Bukan sahaja sedap malah kalau tidak habis di makan, bubur yang satu ini boleh dijadikan aiskrim buat anak-anak.
Bubur kacang hijau antara bubur yang paling mudah disediakan. Cuma rebus dan tambah santan bersama gula dan biarkan mendidih. Pun begitu, proses memasak bubur kacang hijau ini memakan masa yang agak lama. Maklumlah nak kena empukkan kacang hijau juga mengambil masa yang agak lama.
Tapi bubur sedap ini pasti lebih cepat dimasak dengan menggunakan petua ini. Dalam tempoh masa 2 minit sahaja kacang sudah empuk dan bolehlah dimasukkan
gula merah dan santan. Menarik kan?
Jom cuba petua yang dikongsikan ini.
Caranya:
1. Kacang hijau dicuci bersih.
2. Kemudian masukkan kacang hijau ke dalam bekas dan isikan air. Jangan terlalu banyak cukup sekadar air tersebut menutupi permukaan kacang hijau.
3. Bekukan kacang hijau di dalam peti sejuk.
4. Keesokkan harinya, rebus air di dalam periuk dan biarkan sehingga mendidih.
5. Kemudian masukkan kacang hijau yang telah dibekukan tadi.
6. 2 minit kemudian lihat hasilnya, kacang hijau telah empuk dan bolehlah dimasukkan santan dan gula melaka untuk dijadikan bubur kacang.
Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selalunya bila masak sotong, masalah kerap terjadi ialah sotong jadi liat dan keras. Makan pun rasa tak best sebab lenguh mulut mengunyah.
Ini ada satu petua untuk menjadikan sotong kekal lembut dan tidak keras bila dimasak. Mudah sahaja caranya.
Rebus Sotong Supaya Lembut, Tak Liat, Tak Keras
TIP SUPAYA SOTONG LEMBUT & TIDAK LIAT
Gaul sotong bersama garam dan biarkan selama 10-15 minit. Bila nak masak, basuh semula sotong untuk buang lebihan garam. Toskan dan sotong sedia dimasak.
Petua sudah dapat. Jadi bolehlah cuba resipi kerabu sotong ala Thai ini. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Sedap Buat Kerabu
CARA BUAT KERABU SOTONG ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
1 kg sotong
Serai – dimayang
Tomato
Mangga muda
Bawang holland
Jus limau nipis secukupnya
BAHAN SOS:
5 biji cili padi
2 biji cili merah
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Kicap sotong/sos ikan nampla secukupnya
Daun ketumbar
2 sudu makan gula thai
Sedikit cuka
2 sudu makan gula
2 sudu teh garam
Sedikit air
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan sotong dan kukus bersama serai yang telah dimayang. Ketepikan.
2. Satukan bahan-bahan sis. Kisar halus. Sukatan bahan boleh diubah mengikut cita rasa masing-masing. Lebihkan cili padi jika mahu lebih pedas.
3. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali. Masak seketika untuk mengeringkan sedikit airnya. Padam api.
4. Hiris tomato, mangga mudah dan bawang holland secukupnya.
5. Gaulkan dengan sotong yang telah dikukus dengan serai tadi. Masukkan juga sos.
6. Perah jus limau nipis dan gaul rata.
7. Sotong kukus limau ala Thai sedia untuk dinikmati.
Boleh ke polis periksa telefon kita? Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, menjelaskan bahawa polis berhak memeriksa telefon bimbit orang awam sekiranya ada maklumat yang menunjukkan seseorang disyaki terlibat dengan kesalahan jenayah.