Resdung, juga dikenali sebagai sinusitis atau jangkitan sinus adalah keradangan pada sinus. Tanda dan gejala biasa termasuk lendir tebal dalam hidung, hidung tersumbat, dan sakit pada muka. Tanda dan gejala lain mungkin termasuk demam, sakit kepala, kurang deria bau, sakit tekak dan batuk.
Resdung (“Sinusitis”) boleh disebabkan oleh jangkitan, alahan, pencemaran udara, atau masalah struktur dalam hidung. Dalam kebanyakan kes, ia adalah disebabkan oleh jangkitan virus. Malah pembedahan akan dilakukan apabila seseorang itu mengalami penyakit resdung kronik.
Sebagaimana perkongsian wanita Nur Amalina Abd Rahim ini yang mengalami masalah resdung yang kronik sehingga perlu menjalani pembedahan.
Ads
Thanks for the doa everyone. Sorry x dpt nk reply semua
Untuk yang bertanya, sis selamat menjalani minor operation (Functional endoscopic sinus surgery);ataupun bahasa yang senang nak faham is pembedahan resdung. Masalah sis ni dah lama,bertahun-tahun,bukan tak p berubat tapi dh xlarat nk p brubat merata dah.So 3months back,jadi makin teruk,bila sis hilang deria BAU & RASA.
Lepas buat ct scan memang belah kiri muka sis dah blocked habis.
Pada sapa2 yang duk selalu bersin pagi2,pening2 kpala,duk slalu berhingus tu bawak2 la p check na sbb kuman sinusitis ni boleh merebak ke mata dan otak.
Ads
Ok dah habis beletiaq. Doakan sis cepat sembuh na
Thanks untuk suami,mak,abang dan adik yang tak jemu melawat dan tolong urus anak-anak
Ads
SELEPAS PEMBEDAHAN RONGGA HIDUNG
4/7/2019 Ni gambaq lepas operate,bru sedaq dr bius. Doc kata mmg akn bleeding sbb kt dalam rongga2 hidung n muka byk urat darah.Seram gak la sebab sis is penakut. Tapi jangan risau depa akn bg ubat stop darah n lain-lain. So lepas Operate doc akan masuk kan kapas dlm rongga hidung so nk bernafas kena guna mulut.
5/7/2019
Ni gambaq lepas doc cuci.
Semoga perkongsian ini menjadi pengajaran agar mementingkan kesihatan diri supaya mengelak daripada berlaku masalah yang lebih kronik.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Azura Karim kongsi majlis bertunang anak lelaki, “Ramai kata rupa bakal menantu iras Azura.” Azura Abdul Karim, meskipun tidak lagi bergelar pengacara dan pembaca berita namun bakat Azura tetap dikagumi ramai. Apatah lagi peminat masih boleh mengenal suara penyampai otai ini yang unik dan tersendiri.
Baru-baru ini Azura sempat berkongsi foto majlis pertunangan anak lelaki sulungnya, Syadhamier yang berlangsung 4 Mei lalu. Wajah keibuan jelas terpancar pada wajahnya saat majlis berlangsung.
Hantaran Azura tentang pertunangan anaknya itu dibanjiri dengan ucapan tahniha daripada warga maya. Ramai yang mengatakan bakal menantu seiras wajahnya.
Bekas pengacara Majalah Tiga dan Wanita Hari Ini, kini sedang meniti usia 50 tahun. Azura aktif mengusahakan bisnes miliknya iaitu Deco Patch by Azura Karim. Antara produk yang dihasilkan termasuklah beg, kole dan tiffin.
Pernah mencipta sejarah dalam dunia penyiaran Malaysia apabila muncul sebagai penyampai berita pertama berhijab penuh di kaca televisyen, perkembangan Azura sering diikuti oleh para peminatnya.
Untuk info, Azura memiliki lima orang cahaya mata hasil perkahwinannya dengan juru terbang.
Tiada kata-kata yang mampu diucapkan sebagai tanda gembira dan syukurnya seorang ayah dan ibu apabila melihat anak yang dahulunya berlajar di bangku sekolah kini sudah dewasa dan layak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi hasil usaha penat lelah selama ini.
Nyata, hasrat dan impian untuk melihat anak berjaya menggenggam segulung ijazah sudah berada di depan mata.
Apatah lagi soal kewangan bukanlah menjadi batu penghalang untuk menggapai impian. Ini bila mana semua antara kita maklum dengan adanya Perbadanan Tabungan Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN dapat memastikan tidak ada anak-anak kita yang tercicir untuk meneruskan pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Usaha kerajaan ini cukup disyukuri dan sekali gus membuatkan ibu ayah mampu berlapang dada dalam memenuhi hasrat anak-anaknya untuk menyambung pelajaran hingga ke menara gading tanpa sebarang masalah yang menghalang.
PTPTN Mudahkan Pelajar Melangkah ke Universiti
Semenjak penubuhan PTPTN pada tahun 1997 sehingga 30 November 2021, pinjaman pendidikan yang disediakan oleh PTPTN telah memberikan manfaat kepada lebih 3.62 juta peminjam melibatkan pengeluaran pinjaman sebanyak RM65.42 bilion.
Secara umumnya, pinjaman pendidikan yang dikeluarkan kepada setiap peminjam PTPTN adalah bertujuan untuk membantu pelajar membayar yuran pengajian serta sebahagian daripada kos sara hidup pelajar.
Namun begitu, PTPTN tidak mahu dilihat sebagai pemberi pinjaman dan pengutip hutang semata-mata tetapi sebaliknya dilihat sebagai TABUNG PENDIDIKAN untuk rakyat Malaysia melalui pembudayaan penabungan dalam Simpan SSPN.
Sebagaimana Lembaga Tabung Haji dilihat sebagai tempat menyimpan untuk persediaan mengerjakan haji dan KWSP dilihat untuk simpanan bagi tujuan persediaan apabila telah bersara, maka PTPTN pula akan dikenali sebagai institusi TABUNG PENDIDIKAN sebagai tempat untuk memulakan simpanan bagi persediaan untuk membiayai pendidikan tinggi anak-anak.
Tidak Membebankan Peminjam
Baru-baru ini peminjam PTPTN diberi perkhabaran gembira melalui Pembentangan Belanjawan 2022 apabila adanya insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN itu diberikan bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022 melibatkan tiga kategori :
i) Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
ii) Diskaun 12% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran
Cara untuk dapatkan insentif ini di mana peminjam perlulah mendapatkan pengesahan baki hutang melalui portal rasmi PTPTN atau menghubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN terlebih dahulu.
Setelah mendapat pengesahan baki, barulah anda boleh melihat sama ada anda ingin merebut diskaun 15% atau 12% .
Untuk lebih jelas, di sini dikongsikan contoh pengiraan diskaun 12% berasaskan kepada jumlah bayaran balik sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dengan sekali bayaran.
iii) Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus (direct debit) mengikut jadual.
Di bawah ini merupakan contoh pengiraan diskaun 10% dan perlu difahamkan bahawa diskaun yang diberikan ini tidak akan mengurangkan ansuran bulanan tetapi ia mengurangkan baki keseluruhan hutang peminjam.
Kesemua insentif diskaun akan dikemaskini dalam akaun peminjam pada akhir setiap bulan dan peminjam boleh membuat semakan penyata masing-masing mulai 7 haribulan pada bulan berikutnya.
Bank Islam Malaysia Berhad dengan kerjasama PTPTN turut menganjurkan Kempen Pay & Win with DD (DirectDebit). Kempen ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 untuk 41 orang pemenang. Kempen Pay & Win with DD ini terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang membuat bayaran balik pinjaman melalui saluran DirectDebit. Tempoh kempen adalah selama tiga (3) bulan mulai 1 Disember 2021 sehingga 28 Februari 2022.
Perlu Tahu
Selain itu peminjam yang membuat penyelesaian hutang melalui pelbagai saluran bayaran yang disediakan oleh PTPTN seperti KWSP dan bank juga layak untuk menikmati insentif diskaun 15% dan 12% tersebut sekiranya bayaran penyelesaian hutang pinjaman diterima oleh PTPTN dalam bulan yang sama. Peminjam dinasihatkan untuk membuat bayaran selewat-lewatnya 27 hari bulan setiap bulan.
Manakala peminjam yang hanya mempunyai hutang Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) juga layak mendapatkan diskaun 12% sekiranya membuat bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan baki hutang WPP dalam bulan yang sama sahaja dan layak mendapatkan diskaun 15% sekiranya menyelesaikan keseluruhan hutang WPP tersebut dalam bulan yang sama.
Bagi peminjam yang mempunyai lebih daripada satu pinjaman seperti pinjaman Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dan hanya ingin membuat penyelesaian hutang salah satu daripada peringkat pengajian tersebut sahaja, insentif ini tidak terpakai bagi situasi demikian.
Pemberian diskaun kepada peminjam hanya yang menyelesaikan keseluruhan baki hutang pinjaman iaitu pinjaman Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. Ini bermaksud, pengiraan diskaun 15% adalah berasaskan keseluruhan baki hutang pinjaman.
Oleh itu, rebutlah diskaun yang diberikan dalam tempoh tersebut untuk anda lunaskan baki pinjaman. Jika tidak pada masa ini, bila lagi?
Tindakan anda hari ini akan dapat memastikan dana yang ada dimanfaatkan kepada generasi akan datang dan sekali gus memberi peluang dan ruang untuk mereka melanjutkan pelajaran tanpa terhalang atas faktor kewangan.
Pastinya banyak lagi yang anda ingin ketahui berkenaan tabungan dan pendidikan anak-anak. Ini penting agar kita sebagai ibu bapa dapat memberikan yang terbaik untuk mereka menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tanpa ada halangan terutamanya hal berkaitan kewangan.
Jadi jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dengan mendaftar di dalam program webinar KeluargaTalk yang akan datang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pejam celik pejam celik, rupanya berbaki 5 bulan lagi kita akan menuju ke tahun baharu 2023. Terasa cepat betul masa berlalu, begitu juga buat anak-anak kita yang bersekolah tadika atau prasekolah akan melangkah ke sekolah pula.
Menyentuh tentang persekolahan anak-anak ini, tentu ibu ayah sebelum ini telah pun membuat permohonan kemasukan Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2023/2024 pada bulan Mac yang lalu menerusi Sistem Pengurusan Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh itu jangan lupa pula untuk membuat semakan permohonan tersebut!
Ini sebagaimana dimaklumkan semakan permohonan kemasukan anak-anak ke Tahun 1 bagi sesi persekolahan tahun 2023 dan 2024 boleh dibuat mulai 1 hingga 30 Ogos ini.
Sekiranya anak-anak yang tidak berjaya mendapat sekolah pilihan, rayuan penempatan boleh dibuat dari tarikh 1 hingga 30 Ogos ini. Manakala permohonan yang telah diluluskan perlu lakukan pengesahan penempatan. Kedua-dua ini boleh dilakukan secara dalam talian di pautan https://public.moe.gov.my/
Perakuan penempatan
1) Ibu/bapa/penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online
2) Surat penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar secra fizikal ke sekolah
3) Namun salinan tersebut perlu dicetak dan disimpan dengan selamat oleh ibu bapa/ penjaga untuk kegunaan semasa pendaftaran ke sekolah bila diperlukan
4) Ibu bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu menghubungi sekolah yang ditempatkan untuk bantuan proses pengesahan tersebut.
Rayuan Penempatan
1) Permohonan rayuan hanya dibuat secara online dalam sistem dan tiada proses rayuan manual
2) Sekiranya ingin membuat rayuan, perakuan online perlu dibuat kerana Butang rayuan hanya akan diaktifkan selepas proses perakuan ibu bapa/ penjaga dilaksanakan
3) Keputusan rayuan adalah muktamad dan perlu disemak sendiri ibu bapa/penjaga dalam sistem yang sama
4) Keputusan rayuan perlu dicetak dan disimpan oleh ibu bapa/penjaga dengan selamat untuk kegunaan semasa pendaftaran ke sekolah bila diperlukan
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.