Mendidik anak memang mencabar malah boleh membangkit kemarahan jika hilang sabar apabil anak-anak buat ragam.
Namun sebagai ibu bapa, mengasuh anak-anak yang sedang membesar ni perlukan kesabaran dan trik supaya mereka dapat menjadi anak yang baik dan mendengar cakap.
Menerusi facebook, Ahmad Zulqurnain Ghazalli berkongsi tip keibubapaan dan boleh juga dipraktikskan sepanjang PKP.
Baru aku sedar ada benda yang aku terlepas pandang sebagai seorang ayah kepada 3 orang anak.
Aku sedar setelah khatam membaca buku “The Muslim Parent’s Guide To The Early Years” by Umm Safiyyah. Seorang ibu yang membesarkan 2 orang anak di United Kingdom juga sedang menyiapkan degree in psychology pada tahun 2013.
Aku kongsikan beberapa point yang menarik untuk kita sebagai ibu bapa patut ambil perhatian
MASA EXCLUSIVE UNTUK SETIAP ANAK
Seriously ini memang sangat menyedarkan aku. Masa anak sorang dulu. Seluruh masa untuk anak fokus kepada seorang.
Apabila 3 orang ni aku spend masa main sama2 dengan semua sekali. Tapi something not right! Julat umur beza 2 tahun. Kemahiran berbeza!
Jadi kat buku tu tulis. Spend masa sekitar 30minit exclusive untuk setiap sorang. Aktiviti HANYA dengan dia sorang je. Masa tu kita sendiri boleh tengok perkembangan setiap seorang. Kunci dia MASA EXCLUSIVE setiap sorang.
Ads
So aku try lah semalam. Main dengan yang bongsu je. Memang lain macam gembira dia.
Padahal aku main bagi duit syiling pusing. Dia pijak. Ulang dan ulang. Sampai aku bosan. Tapi dia tetap gembira aktiviti dia pijak duit syiling yang sedang berpusing!
SALING MELAFAZKAN KASIH DAN SAYANG.
Gambar hiasan
Sebagai seorang lelaki. Menjadi normal kita hanya tunjuk je kasih sayang kita. Sesekali je kita lafazkan sayang kepada anak.
Rupanya Peluk anak dan lafazkan “Ayah saaaayang xxxxx” akan memberi impak yang sangat berbeza dengan hanya kita tunjukkan sayang kita dengan melindungi anak2 dari bahaya dan menyediakan segala keperluan.
Begitu juga anak kepada kita. Cuba kita suruh anak tiba2 peluk ibu dia dari belakang dan cakap
“Harraz saaayang Ummi” dan kiss pipi ummi dia
Ads
Lain kan suasana dia?
PUJI ANAK. JANGAN ASYIK FOKUS BAD BEHAVIOR DIA SAHAJA
Ini memang sangat betul!
Setiap hari confirm ada je benda yang anak2 buat yang bikin hati panas kan?
Kita ni pula terlalu fokus kepada kesalahan diorang sampai banyak benda baik yang diorang buat kita abaikan. Tak puji pun diorang. Ini lah yang akan buatkan self esteem diorang jatuh.
Masa Harraz dulu aku memang sering puji dia atas any good things yang dia buat. Boleh lihat hasil dia.
Ads
Semakin pudar bila dah 3 orang anak ni. Stress kadang2. And i notice that lagi kita tengking kesalahan diorang lagi makin menjadi2 bad behavior diorang.
Sometimes kena main “Good cop and Bad cop” dengan anak2 ni. Aku marah at the same time aku bagi hint kat Aida suruh peluk anak.
Ok. Cukuplah 3 point dulu hasil dapatan baca buku ni. Ada point lain yang dah biasa orang tulis. Cuma reminder semula seperti :
1. Jadi Role Model
2. Buat aktiviti bersama
3. Bina undang2 dalam rumah
4. Jangan sampai kita je yang ikut cakap anak
5. Memahami apa yang anak nak dan impikan
Lagi satu aku sangat sarankan dalam fasa PKP ni kita spend lah masa sebanyaknya untuk bermain dengan anak2. Selama ni kita sibuk bekerja sampai jarang bermain dengan diorang.
Juga inilah masanya kita ada ruang untuk tambah parenting knowledge. Boleh baca buku dan penulisan yang berlambak2 orang tulis.
Semoga bermanfaat!
Gambar :
Setelah berhempas pulas beperang pistol air dan bom air dengan anak2 petang tadi dikala umminya sibuk memasak. Yang cawan tu bom tau. Yang kotak tu kubu masing2. Hahaha.
Terkini, wanita hamil dan ibu mertuanya yang dilaporkan hilang semalam akibat banjir kilat semalam di Kampung Iboi ditemukan dalam keadaan berpelukan kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka runtuh.
Mayat Nurul Anis Abu Hassan, 28, yang hamil empat bulan itu ditemukan bersama ibu mentuanya, Salmah Mat Akib, 53, pada jam 9.30 pagi di bawah timbunan batang pokok yang turut dihanyutkan arus deras.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon berkata, kedua-dua jasad mangsa ditemukan dalam keadaan baik dan tiada kesan kecederaan.
Beliau berkata, pihaknya percaya bongkah kayu dilanggar arus deras dan menghempap rumah mangsa.
“Mangsa dipercayai hanyut sebelum tersangkut pada kayu dan batu menyebabkan mangsa terperangkap di bawah timbunan kayu.
“Pasukan penyelamat ternampak kaki mangsa dan berjaya mengeluarkan mangsa pertama dan diikuti mayat kedua,” katanya ketika ditemui di lokasi mencari dan menyelamat (Sar) hari ini.
Sayani berkata, tumpuan kita seterusnya adalah melakukan pencarian remaja lelaki berusia 14 tahun, Khairul Ikhwan Nor Azman yang masih hilang.
Beliau berkata, operasi masih dilakukan di kawasan pencarian dan akan diperluaskan sekiranya masih belum ditemui.
“Kita turut menggunakan khidmat anjing pengesan (K9) JBPM untuk melakukan operasi pencarian hari ini,” katanya.
Terdahulu, suami kepada mangsa Salmah Mat Akib, Abd Rahman Said, 71, menerima panggilan dari menantunya memberitahu keadaan air yang semakin naik di kawasan rumah mereka kira-kira jam 4 petang.
“Bila sampai saya lihat jambatan tidak ada sebab sudah dihanyut arus, saya terus parkir kereta dan berlari ke rumah tapi saya tengok rumah saya pun sudah tidak ada,” katanya.
Beliau berkata isterinya yang terlantar kerana strok ditemani menantunya yang sedang mengandung anak sulung serta anak tirinya di rumah itu tidak sempat menyelamatkan diri kerana kejadian berlaku begitu pantas.
Kredit foto BERNAMA
Sementara itu, suami Nurul Hanis, Khairul Ashraf Nor Azman, 24, berkata ketika kejadian dia sedang bekerja di Pulau Pinang dan sepatutnya pulang hari ini bagi membawa isteri melakukan pemeriksaan kandungan.
Katanya, dia menerima panggilan daripada kakaknya mengenai kejadian banjir itu dan terus bergegas pulang, namun apabila sampai rumah yang didiami isterinya itu hilang dibawa arus deras.
“Saya dan isteri tinggal di Pulau Pinang, namun isteri minta balik ke kampung dan tinggal dengan emak saya untuk jaga dia sebab emak kena strok,” katanya yang mendirikan rumah tangga pada Februari lalu.
Khairul Ashraf berkata kali terakhir dia bertemu dengan isterinya pada minggu lepas dan isterinya sempat meninggalkan pesan supaya menjaga dirinya baik-baik.
“Sebelum kejadian kami juga sempat berbalas mesej dan dia meminta saya membelikan dia makanan dan macam-macam benda lain, tapi bila kejadian ini berlaku tak sempat saya nak tunaikan permintaan dia,” katanya.
Antara bentuk derhaka anak anak di hari raya adalah, kita biarkan mak kita yang dah tua nak mati itu bersusah payah masak didapur, kita laki bini membungkang tidor tak ingat dunia. Bangun bangun, terus cari makan isi tembolok kita macam tuan besar.
Itu menunjukan kita tidak berperibadi islam. Tidak beradab. Dan tidak berakhlak islam. Kalau tak malu pada ibu ayah, malulah pada Allah.
JANGAN ‘HAMBA’KAN MAK AYAH DI HARI RAYA
Orang dulu dulu, anak anak perempuan dan lelaki amat menjaga adab dan rasa malu bila berkunjung dan berziarah kerumah orang tua.
Awal pagi dah bangun, kemas tempat tidur, mandikan anak anak dan memasak serta membantu ibu ayah di dapur. Terkadang melarang ibu mereka memasak dan malah merekalah yang memasakan untuk ibu mereka kerana itulah masanya mereka berbakti untuk ibu ayah.
Kebanyakan anak anak sekarang sudah tak macam dulu. Mereka hilang malu. Dan malu sudah tiada dalam akhlak mereka. Mereka hanya malu buka aurat saja tapi tidak malu membuka pekung akhlak buruk mereka dihadapan orang tua.
Malah ada yang bangun lambat dan tak semayang subuh pun. Tempat tidur berselerak. Anak anak mereka yang bangun pagi dibiar macam anak anak ayam kelaparan. Ibu ayah merekalah yang kelam kabut nak uruskan makan minum kencing berak anak anak mereka. Zalimkan?
Jangan dihairankan! Di mana mana pun kita pergi, kita akan jumpa situasi ini dan species anak anak yang begini. Malah terkadang berlaku dalam keluarga kita sendiri. Itulah akhir zaman.
Mak ayah bukan tak nak tegur, tapi takut nak menegur kepada anak anak. Takut ditengking anak anak. Maklum lah anak anak dah bagi duit raya pada mak ayah. Kalau ditegur nanti, mencukalah muka anak anak menantu dan tak nak balik lagi. Mak ayah pun takut kena gossip oleh anak anak menantu mereka bila anak anak menantu berkumpul sesama mereka.
Sebab itu mak ayah ni kalau nak pilih menantu, pilihlah yang berakhlak dan dari keturunan yang baik baik. Jangan nampak pakai tudung dan pakai lebai serta cium tangan saja, dah rasa bakal menantu ni ahli syurga. Jangan sekali kali.
Zaman sekarang ni ramai ‘scammer’. Bakal menantu pun boleh jadi scammer. Berpura pura bagus sebelum kahwin.
Mana yang dah dapat menantu scammer tu, nasihat nasihatlah mereka. Jangan biar mereka berakhlak begitu nanti keturunan kita pun akan ikut apa yang mak ayah nya buat.
Kalau mak ayah nya tak semayang subuh, keturunan pun akan jadi begitu. Kalau mak ayah nya menghambakan mak atu mertua mereka, anak anak mereka pun akan perlakukan kepada mereka juga. Ingat perpatah orang putih, “What you give, you get back.”
Jangan sedap hati dapat menghambakan mak ayah dan mertua walau dalam sedar atau tak sedar. Ia tetap dosa. Bukan dosa kecil tapi dosa besar.
Bagi yang lelaki, wajib mereka menasihati anak bini supaya menghormati mak ayah dan mertua serta bertimbang rasa dengan mereka. Jangan fikir keluarga kamu nak mudah dan senang lenang saja. Rumah mak ayah atau mertua bukan hotel atau homestay atau untuk ‘me time’ anak bini kamu tapi adalah tempat kamu berbakti kepada ibu ayah.
Ingat! Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
Moga manfaat untuk renungan
Maaf andai terkasar bahasa.
Kehidupan berumah tangga adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Peluang meletakkan diri dalam kehidupan ini adalah perkongsian paling bermakna untuk kedua-duanya apa lagi bagi seorang wanita. Di sayangi dan dicintai seorang yang bergelar suami pastinya memberikan seribu makna dalam kehidupan hakiki. Apa lagi jika memperolehi kehidupan rumah tangga yang sakinah?
Bagaimana memperoleh kehidupan sakinah yang dimaksudkan ini? Kaut ilmu sebanyak mungkin dan lengkapkan ilmu di dada agar mengukuhkan lagi kehidupan berumah tangga anda.
Kehidupan rumah tangga yang bahagia, sejahtera, tenteram, aman dan tenang inilah yang dinamakan rumah tangga sakinah. Kebahagiaan yang dikecap ini dibangunkan atas rasa cinta dan kasih sayang daripada keduanya yang saling memberi dan menerima. Tanpa ‘rasa’ ini, hakikatnya hubungan suami isteri pasti terasa hambar. Tips di bawah perlu anda ketahui bagi mencari erti sakinah yang sebenar.
Sentiasa Dalam Redha Allah
Perkara paling asas adalah mencari redha Allah S.W.T. Mencari keredhaan Allah ini haruslah berlandaskan ke jalan Allah. Set kan minda anda agar hubungan suami isteri anda diulit dengan penerapan nilai-nilai agama dan meninggalkan apa jua larangan yang sudah termaktub. Mengingatkan sesama pasangan akan sesuatu yang dilakukan kepada jalan Allah atau misalnya mengingatkan solat lima waktu menjadi keutamaan dalam perhubungan walaupun hanya sekadar pesanan mesej ringkas daripada anda untuk suami. Ingatkan bahawa apa yang anda lakukan, pastinya kerana Allah. Sentiasa jadikan Allah sebagai permulaan hari anda berdua.
Pupuk Rasa Cinta
Kehidupan yang sakinah adalah suatu kehidupan yang dilandasi ‘mawaddah warohmah’ iaitu rasa cinta dan kasih sayang daripada Allah. Sentiasalah memupuk rasa kasih dan cinta ini pada pasangan anda. Bagaimana? Ungkapan bermakna seperti ‘saya cinta awak’, ‘saya sayang awak’ dan ‘rindu’ adalah perkataan keramat yang sentiasa anda perlu zahirkan. Jangan malu untuk mengungkapnya. Mesej-mesej cinta perlu anda lakukan saban hari supaya hati sentiasa berbunga. Panggilan manja seperti ‘sayang’ juga membantu buat anda rasa lebih disayangi.
Tenang Dengan Zikir
Tidak hanya berusaha memupuk rasa cinta dan sayang, anda sendiri harus mencari ketenangan kendiri dahulu. Berzikir dan menimba ilmu agama adalah kunci ketenangan diri. Ajak suami untuk berzikir bersama anda kala sedang memandu atau dalam apa jua yang anda lakukan. Sesekali ajakan ke masjid mendengar tazkirah bersama suami nyata buat hubungan lebih akrab daripada biasa. Anda juga punya lebih masa bersama.
Usaha Mencari Kegembiraan
Kegembiraan tidak datang sendiri jika bukan anda yang mencoraknya. Berusaha untuk bercuti bersama sahaja tanpa ditemani si kecil. Lokasi bulan madu anda selepas berkahwin adalah tempat paling disyorkan untuk mengimbau detik bersama. Cari ketenangan anda di sini dan ulit kisah cinta anda berdua. Tenang dan gembira, itulah kunci kebahagiaan.
Elakkan Pergaduhan
Rumah tangga yang aman damai adalah kehidupan sakinah yang anda cari. Bukan rumah tangga namanya jika bukan dilanda badai. Pun begitu usah biarkan ombak dan badai berpanjangan. Beri masa beberapa detik untuk anda mencari jalan kemudian berbaiklah semula dengan pasangan. Cuba fikirkan masa gembira anda bersamanya. Manis bukan? Redakan kemarahan dengan membeli belah atau menjamah beberapa biji kuih-muih untuk hormon anda berjalan dengan baik. Kemudian hantarlah mesej pesanan ringkas tanda kemaafan anda. Biar ringkas ia sudah memadai.
Saling Bantu Membantu
Ikatan yang dibina tidak hanya kukuh jika daripada sebelah pihak sahaja. Elakkan timbulnya perkara berbangkit dan sikap lepas tangan dalam hubungan. Saling bantu membantu dalam apa jua perkara antara elemen paling penting membentuk kesejahteraan rumah tangga. Ambil masa untuk membantu isteri menguruskan anak-anak atau mempersiapkan urusan rumah tangga. Begitu juga dengan isteri yang membantu jika suami dilanda masalah tempat kerja. Manis bukan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di