Penantian seorang ibu dengan segunung harapan agar anak ditemui selamat akhirnya berakhir dengan berita menyedihkan. Sejak semalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan selepas anak dramatis terkenal, Fauziah Nawi yang juga seorang pengarah filem dikhuatiri lemas. Namun pencarian berakhir apabila mayat Pitt hanif ditemui sebentar tadi.
Mangsa, Firdaus Haniff, 43, atau lebih dikenali Pitt Hanif yang berasal Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur hilang selepas bot fiber dinaiki di Sungai Jelai dekat Jambatan Gemunchur Mela dilaporkan terbalik kira-kira jam 1 tengah hari semalam.
Sebelum ini, mangsa dilaporkan sedang memancing bersama rakannya di lokasi tersebut dibawa arus Sungai Jelai selepas bot fiber dinaiki terbalik, namun rakannya berjaya menyelamatkan diri. Berita kematian Pitt Hanif dikongsikan oleh Fauziah Nawi menerusi laman facebooknya tadi.
Ads
Berkongsi berita sedih itu, Fauziah berkata, beliau baru sahaja dimaklumkan mengenai penemuan itu oleh adiknya yang berada di lokasi.
Ads
“Saya ingin mengumumkan jenazah anak saya Pitt Hanif telah pun ditemui dalam keadaan sangat elok. Ini diberitahu oleh adik saya yang berada di lokasi. terima kasih kepada semua yang mendoakan dan berusaha mencari anak saya.
“Saya minta maaf kerana tidak boleh menjawab telefon. Pihak bomba yang menjumpai anak saya mengatakan jenazah sebegitu walaupun sudah dua hari dalam air. Allahuakbar Pitt,mama minta maaf tak dapat jaga Pitt sepertimana yang mama janjikan kepada arwah babah.
Ads
“Anak saya akan dibawa ke hospital Kuala Lipis. Tak tahu di mana dia akan di bawa pulang ke rumah saya atau rumah besan saya. Berakhir sudah hidup anak saya di usia 43 tahun. Alhamdulillah kerana jenazahnya ditemui elok. Terima kasih semua.
Itu antara perkongsian dari Fauziah Nawi. Al-Fatihah buat arwah Pitt Hanif, semoga keluarga tabah dengan dugaan ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Datuk Seri Vida (DSV) berkongsi momen meraikan anak sulung Shuib Sepahtu dan Allahyarham Siti Sarah yang baru menyambut hari lahir baru-baru ini.
Uwais Al Qarni yang kini berumur 10 tahun dilihat hadir bersama dua lagi adiknya di dalam dalam majlis yang diadakan khas oleh pemilik nama sebenar usahawan produk kesihatan dan kosmetik ini.
Menurutnya lagi, majlis tersebut diadakan kerana dia tidak berkesempatan hadir ketika sambutan hari lahir Uwais baru-baru ini.
”
Dalam perkongsian tersebut DSV meminta semua orang menitipkan bacaan Al-Fatihah khas buat Allahyarham Siti Sarah sebelum bermulanya acara memotong kek.
HAPPY BIRTHDAY UWAIS 🌟 Maaf Mama Vida tak dapat datang Masa Uwais celebrate haritu. So Mama Vida Celebrate sekali lagi . Semoga Uwais & Adik adik jadi anak yang soleh kepada Daddy @shuibsepahtu , Jadi anak Daddy yang HEBAT . Ramai Ramai kita sedekahkan Al – Fatihah kepada Bidadari Syuga @sitisarahraissuddin
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri dan pengikat kasih sayang dalam rumah tangga. Lazimnya tidak sampai setahun usia perkahwinan, si isteri sudah mengandung. Alhamdulillah, syukur begitu mudah untuk pasangan tersebut mendapat zuriat.
Pun begitu tidak kurang juga ada yang bertahun-tahun terpaksa menunggu dan berusaha pelbagai cara untuk mendapatkan anak, namun masih belum direzekikan cahaya mata. Walaupun berat menerima ketentuan itu, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah dan perlulah bersangka baik dengan ketentuanNya.
Begitulah buat pelakon Arash Mohd reda dengan takdir yang sudah tertulis buat dirinya apabila belum dikurniakan cahaya mata selepas 13 tahun berkahwin dengan isteri tercinta, Noor Afidahwati Mohammad, 41.
Menurut laporan di dalam H.Metro, Arash bersama isteri sentiasa berfikiran positif selain menganggap belum ada rezeki untuk menimang zuriat walaupun pelbagai usaha sudah dibuat.
“Saya sudah 13 tahun berkahwin, tapi belum ada rezeki cahaya mata. Tapi alhamdulillah, kami pun sudah berusaha. Masing-masing okay, cuma tiada rezeki lagi.
“Kami macam biasa menjalani kehidupan sama seperti orang lain. Setiap hari adalah bulan madu bagi kami berdua sebab tiada anak. Kami lalui normal saja.
“Kami rapat dengan semua anak saudara dan mereka pun rapat dengan kami. Tak pernah rasa kecil hati apabila ada yang tanya sudah berapa anak, sebaliknya kami selesa berterus terang. Tiada masalah pun.
“Alhamdulillah, saya dan isteri terima apa berlaku dan lalui sekarang. Kami selalu anggap belum ada rezeki. Mungkin ada sebab Allah tak nak bagi lagi. Mungkin juga ada sebab yang kita tak nampak sekarang. Insya-Allah pada masa depan baharu tahu. Saya percaya pada qada dan qadar Allah. Saya dan isteri reda dengan apa yang berlaku. Usaha tetap usaha, cuma hasilnya belum ada rezeki lagi,” katanya.
Arash yang menjadi sohor kini ekoran lakonannya dalam drama Scammer berkata, dia dan isteri juga sering menerima pandangan dan cadangan daripada rakan untuk mengambil anak angkat.
“Kami sudah biasa dengan soalan sebegini. Sebab kami jenis terbuka, jadi okay saja. Tiada apa yang perlu dikesali. Kadang-kadang ada juga yang cakap tak nak ambil anak angkatkah.
“Niat hati memang nak, tapi ada sebab belum masanya ambil anak angkat. Tak tahu sekarang, mungkin esok lusa dan akan datang baharu tahu kenapa,” katanya.
Menurut Arash, sepanjang tempoh perkahwinan itu juga, dia dan isteri sudah mendapatkan khidmat nasihat doktor dalam usaha mendapatkan cahaya mata.
“Usaha kami lebih kepada perubatan moden di mana mendapatkan khidmat nasihat doktor di hospital. Macam sebelum ini iaitu dalam lima ke enam tahun lalu, isteri pernah menjalani pembedahan sebab ada masalah membabitkan kesihatan wanita.
“Selepas itu, doktor pun ada berikan ubat. Semua sudah okay. Cuma belum ada rezeki. Kami tak ada masalah dan tetap gembira,” katanya.
11 Ekor Kucing Anggap Macam Anak
Bagaimanapun, kehidupan seharian Arash dan isteri terubat apabila ditemani dengan 11 kucing yang dianggap sebahagian daripada keluarganya.
“Kucing daripada seekor asalnya yang mana sudah 10 tahun bersama kami. Kemudian saya ada bagi pada kawan empat ekor. Jadi, yang tinggal sekarang dengan kami ada 11 ekor. Semua kucing memang tak kurung dalam sangkar.
“Kami menjaga semua macam anak. Kami dalam rumah. Makan, minum, tidur kami jaga sebaiknya. Alhamdulillah, ada saja rezeki menjaga mereka.
“Kucing saya ini bukan saja binatang peliharaan, tapi sudah menjadi sebahagian daripada keluarga saya. Saya memang pencinta haiwan. Kalau boleh nak buat macam zoo di rumah,” katanya.
Namun, dalam masa sama, Arash berkata, masih ramai belum mengetahui kisah peribadinya disebabkan kurang gemar berkongsi perkara itu terutama di media sosial.
“Saya lebih gemar kongsi mengenai kerjaya. Dari segi status, sebenarnya ramai tahu saya berkahwin iaitu sudah 13 tahun mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, sampai sekarang. Tapi, memang jarang kongsi di Instagram atau Facebook mengenai kehidupan peribadi dengan keluarga. Kadang-kadang ada boleh kongsi, ada kena simpan sendiri. Kalau nak kongsi semua dengan peminat, tidak ada pula nak simpan nanti.
“Tapi, kalau nak tahu dan bagi sesiapa yang mengikuti saya di media sosial, tentu pernah nampak saya bergambar dengan isteri, sambut raya dan sambutan hari jadi saya. Sambutan pun biasa-biasa saja, kami berdua saja. Saya pula jenis yang tidak suka terlalu ‘havoc’.
“Alhamdulillah, saya seronok dengan kehidupan sekarang. Memang kalau tengok di Instagram dan Facebook saya, lebih banyak berkongsi soal kerjaya dan kucing saya. Lagipun, peminat sekarang pun sudah berbeza dengan dulu. Sekarang pun sudah ramai nak tahu perkembangan kerjaya artis yang mereka minat. Namun, ada segelintir nak juga tahu kisah peribadi,” katanya.
Selain berkongsi mengenai kucing kesayangan, ada ketika Arash berkongsi hobi seperti aktiviti berbasikal, mendaki dan joging.
Sebut sahaja Solok Lada mesti terbayang lada hijau muda yang disumbat dengan inti di dalamnya. Menu ini sememangnya cukup terkenal di Pantai Timur dan dimakan bersama dengan nasi kerabu.
Ibu-ibu nak cuba buat sendiri. jom admin kongsikan resipinya.
Suami saya kata. Solok lada saya tersedap di dunia. Kita apa lagi kembang kempis hidung .😂 Sape nak resipi, mai saya bagi Resipi solok lada kelate cara saya Aishah Toke Kek
Bahan-Bahan: 20 biji lada solok Ikan selayang 12 ekor 5 ulas bawang merah 1inci halia, garam & gula Kelapa parut putih rm3 150ml Santan untuk merebus solok lada.
Cara Membuat: 1. Ambil isi ikan mentah yang di buang tulang 2. Belah memanjang lada dan buang biji.
3. Tumbuk bawang dan halia, bila dah lumat masakan isi ikan mentah tumbuk lagi, masukkan kelapa parut. Tumbuk sehingga lumat.
5.perasakan dengan garam dan gula.
6. Sumbat bahan inti ke dalam lada.
7. Rebus solok lada dengan sedikit santan. Bahagian dasar periuk jangan lupa alas dengan kubis/kacang panjang(nak elakkan solok hangit)
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.