Selepas Tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Jehan Miskin dan isteri, Julie Camelia Rhee akhirnya menerima kehadiran cahaya mata pertama mereka pada jam 12.15 pagi Sabtu lalu.
Jehan menerusi laporan Harian Metro memberitahu, isterinya selamat melahirkan bayi lelaki mereka seberat tiga kilogram di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara.
“Bayi kami lahir awal. Isteri saya sepatutnya dijangka bersalin sekitar minggu pertama Mac. Jadi, doktor buat pembedahan kecemasan.
“Berat badan pun dikira cukup baik meski dia dilahirkan dua atau tiga minggu lebih awal dari tarikh jangkaan,” ujarnya.
Menurut Jehan, bayinya dinamakan Axel Nova Rhee lahir dengan diiringi letupan di sekeliling hospital sempena perayaaan Tahun Baru Cina Hokkien.
Ads
“Boleh dikatakan kelahiran bayi Axel meriah disambut letupan mercun di sana sini,” katanya bergurau.
Pelakon filem 10 Tips Tipu Bini ini amat teruja bergelar bapa. Dia memaklumkan isteri dan bayi mereka dalam keadaan baik.
Ads
“Buat masa ini, mereka berdua masih berehat lagi di hospital. Sebaik keluar hospital nanti, isteri akan menjalani tempoh berpantang di rumah bersama keluarga,” katanya.
Sementara itu, perkongsian Jehan dan isterinya berkenaan kelahiran Axel Nova Rhee menerusi Facebooknya mendapat maklum balas positif daripada rakan artis, kenalan dan peminat.
Memiliki peha yang besar merupakan antara ‘masalah’ utama bagi kebanyakan wanita. Mungkin atas faktor pemakanan yang tidak seimbang, rutin bekerja yang lebih banyak duduk, pengaruh hormon dan sebagainya.
Menerusi perkongsian oleh Norliza Mohd Salleh yang juga merupakan seorang perunding jamu, beliau berkongsi petua tradisional yang boleh diamalkan bagi menangani masalah peha besar ini hanya dengan jintan manis.
Bahan-bahan:
2 sudu besar Jintan Manis
1 liter Air
Cara membuat:
Rebus jintan manis bersama 1 liter air selama 30 minit dengan api sederhana kecil.
Info Ekstra!
1.Minum secawan pagi dan secawan malam, selepas makan setiap hari, selama sebulan.
2.Ulang langkah rebusan sehingga memenuhi keperluan.
3.Amalan petua lebih berkesan jika disusuli senaman squat dan minum air 3 liter sehari.
4.Jangan lupa catat ukuran peha anda tu sebelum dan ambil juga ukuran selepas sebulan mengamalkan.
Bukan itu sahaja, air rebusan jintan manisia juga boleh membantu:
Buang angin dalam badan
Masalah mulut berbau
Kurangkan selera makan
Tingkatkan metobolisma badan
Cuci usus
Sakit-sakit sendi
Kurangkan Kolestrol
Tambah darah
Masalah Gemuk air
Banyakkan susu badan
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi yang suka makan kerabu, pasti membayangkan hanya ulam-ulaman sahaja. Apa kat cuba resipi yang disediakan oleh Rozi Abdul Razak yang merupakan Pengurus Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Resipi yang dikongsikan viral sebelum ini. Jadi, buat ibu-ibu yang ketandusan idea nak masak apa petang ini, bolehlah cuba resipi mudah ini.
Hari ini saya sediakan kerabu ikan bilis buat keluarga. Sedap!!! ??.
RESIPI KERABU IKAN BILIS ALA SANGDEWI
Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
Hiris atau mayang halus bunga kantan, serai, bawang merah/besar dan cili api.
Potong dadu kecil tomato dan juga sediakan limau nipis/limau kasturi untuk diperah.
Satukan semua bahan-bahan ini di dalam bekas dan gaulkan dengan garam, gula dan sedikit kiub ayam.
Masukkan air perahan limau nipis dan limau kasturi (saya campurkan kedua-dua limau ini untuk lebih sedap) dan gaul rata.
Kemudian masukkan pula ikan bilis, saya ramas-ramas dulu supaya senang nak makan nanti tetapi janganlah hancur sangat. Gaul rata sekali lagi.
Untuk kerabu, anda sesuaikan rasa, ada masam dan manisnya, garam tak perlu banyak sebab ikan bilis dah masin.Nota: Ada orang guna sos ikan, boleh juga tetapi saya memang tak guna sos ikan. Nak masukkan hirisan daun limau purut pun boleh juga. Sesuaikan saja dengan selera anda.
Aturan Allah tak siapa mampu menduga. kematian itu rahsia dan ketentuan taqdirnya di sisi Allah. Dialah yang menetapkan dan maha mengetahuinya. Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal).
Semalam, dalam keceriaan dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pastinya ada yang gembira dengan keputusan cemerlang yang diperolehi. Namun, tiada siapa yang menduga, setiap aturan yang telah ditentukan.
Seorang pelajar menemuai ajal setelah mengambil keputusan SPM semalam sungguh meruntun jiwa. Malah arwah merupakan salah seorang penerima Anugerah Cemerlang SPM 2018 Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu dengan memperoleh keputusan 6A dalam SPM.
Melalui perkongsian Aji Yusop menjelaskan arwah merupakan penerima anugerah pelajar cemerlang.
Muhamad Hakimie Ifwat Sabaruddin, 18, Penerima Anugerah Cemerlang SPM 2018 Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya petang tadi selepas ambil result”
Dalam pada itu, menurut laporan harian metro, dalam kejadian 6.30 petang haria ini, mangsa yang menunggang motosikal bersama rakannya, Amzar Amran, 18, dikatakan terjatuh selepas terlanggar motosikal ditunggang warga emas dari arah sama berhampiran susur keluar Bandar Darulaman, Jitra.
“Kami berempat sempat menghabiskan masa makan dan main game (permainan komputer) di Aman Central, Alor Setar hampir setengah hari selepas mengambil keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pagi tadi.
“Tetapi apabila pulang, tak sangka hanya kami bertiga yang selamat manakala rakan baik, Muhamad Hakimie Ifwat Sabaruddin, 18, meninggal dunia dalam kemalangan di depan mata kami,” kata Qumail Saini Suhaimi, 18.
Menurut Qumail, ketika itu dia menunggang motosikal bersama seorang lagi rakan, Aqil Amzar Mas’ad, 18, di bahagian depan manakala mangsa yang menunggang motosikal lain berada di belakang.
“Ketika itu, saya cuba mengelak motosikal ditunggang pak cik itu dan mungkin arwah tak perasan serta tak sempat mengelak menyebabkan berlaku kemalangan.
“Ketika itu saya nampak Muhammad Hakimie terpelanting dan tidak sedarkan diri manakala Amzar yang membonceng motosikalnya pula menjerit meminta tolong kerana kaki kirinya dipercayai patah,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Jitra, malam ini.
Amzar dimasukkan ke Hospital Jitra kerana parah parah dan masih menerima rawatan di hospital berkenaan.
Qumail berkata, mereka hanya mampu melihat keadaan mayat rakan mereka kerana tidak berani mendekatinya sebelum pasukan paramedik dari hospital mengesahkan dia sudah meninggal dunia.
Katanya, hubungan mereka berempat sangat rapat sejak di tingkatan satu dan mereka tinggal di asrama Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu.
“Arwah Muhamad Hakimie memperoleh keputusan 6A dalam SPM manakala saya pula mendapat 4A dan Aqil Amzar serta Amzar pula masing-masing memperoleh keputusan 9A dalam SPM diumumkan pagi tadi.
“Arwah sangat baik dan berhasrat untuk meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi dan meminati bidang fotografi,” katanya.
Jenazah Muhammad Hakimie dibawa ke hospital untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dibawa pulang ke kampungnya di Kampung Sukamari, Pendang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.