Sebelum ini tular isteri kepada pelakon, Harris Annuar yang juga pelakon, Asha Merican sepanjang kehamilannya mengidam macam-macam termasuklah gemar dengan bau simen di dinding.
Hari ini, Harris memuat naik bahawa isterinya telah selamat melahirkan anak sulung mereka pada malam semalam di laman Instagram miliknya. Cahaya mata perempuannya itu dilahirkan pada 11.51 malam tadi di sebuah pusat perubatan swasta di Perlis.
Pada hantaran tersebut, Harris turut berkongsi nama puterinya itu kepada umum iaitu Aura Medina binti Mohd Harris.
Malah, Harris sempat bergurau dengan menyatakan anaknya itu merupakan baby lato-lato Asha kerana sebelum ini mengidam bermain lato-lato ketika sedang hamil.
Ads
“11.51PM, 26/3/23, 5 Ramadan. Alhamdulillah Ya Allah, Assalamualaikum wahai anakku Aura Medina binti Mohd Harris. 2.76KG Baby lato lato @ashamerican,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Malah, Harris dan Asha juga telah membuka akaun Instagram untuk puteri sulungnya itu dengan nama @aura.medina.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikutnya di Instagram menzahirkan rasa syukur dan gembira atas kelahiran puteri sulung mereka.
Ads
Sumber : Instagram @harrisannuar
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tular kisah remaja yang mencuri tabung masjid dan dimandikan ala jenazah, rupanya tindakan itu mendapat sokongan daripada datuk remaja berkenaan iaitu Rosli Sidek, 65.
Sebagaiama laporan daripada malaysiagazette.com, dia tidak menyalahkan pihak masjid dan berharap memberi pengajaran kepada cucunya, Daniel Iskandar Mohd Nasir, 19, supaya menjadi orang berguna pada masa depan.
“Daniel Iskandar merupakan remaja yang bermasalah dan saya tidak sanggup menjaganya kerana tindakan yang tidak boleh dikawal lagi dan agresif.
“Kemungkinan besar dan dikhuatiri dia ada ambil benda terlarang dan baru terjebak jadi penagih kerana sering melakukan tindakan luar dugaan.
“Contohnya dia pernah mencuri wang dan motosikal saya, wang simpanan umrah arwah neneknya, telefon bimbit saudaranya, pernah hendak ugut mencederakan arwah neneknya dan sering pulang lewat malam,” katanya ketika ditemubual MalaysiaGazette di sini hari ini.
Mohon jalan salahkan pihak masjid
Terdahulu, menerusi video yang viral, netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pihak masjid.
Namun, sebaliknya Rosli memohon kepada netizen di media sosial agar tidak menyalahkan AJK masjid yang membawa kes curi cucunya itu kepada pihak berkuasa.
Malah dia juga mendedahkan yang menyarankan kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Al Islahiah Kuang supaya membuat laporan polis ke atas cucunya itu.
Tidak ambil hati
Lebih mengejutkan datuk kepada remaja berkenaan, tidak ambil hati cucunya menjadi viral kerana dimandikan seperti jenazah.
“Saya tidak ambil hati pun malah bersyukur dia diberi pendidikan kerana mencuri.
“Nasib baik hanya dijirus air biasa kalau air panas macam mana,” katanya yang tidak menyesal tidak mempertahankan cucunya itu agar kes curi itu diselesai cara baik.
Masa depan cucu
Sambil mengalirkan air mata, dia yang sayangi cucunya inginkan masa depan cerah buat cucunya.
Katanya, apabila cucunya dapat dibebaskan, beliau mahu ada pihak dapat memasukkannya ke rumah perlindungan atau pusat kemahiran.
Selain itu beliau juga mahu jaminan polis agar dirinya tidak lagi diganggu oleh menantunya yang juga bapa Daniel Iskandar.
“Pada masa sama, saya tidak pernah suruh dia beli ubat sehingga mencuri. Saya pun ada terima bantuan Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM400 sebulan.
“Malah pihak AJK masjid selalu bertanya khabar dan memberi barang keperluan asas seperti beras setiap bulan,” katanya yang tidak berniat mendedah aib cucunya namun perlu bersikap jujur.
Semalam, , Daniel Iskandar dikenakan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis kerana cuba mencuri tabung masjid lima hari lalu.
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Pejam celik pejam celik, rupanya begitu cepat masa berlalu. Seakan terasa baru semalam kisah pasangan suami isteri ini viral di media sosial kerana lelaki ini berkahwin dengan pasangan yang mempunyai saiz badan yang kerdil seperti kanak-kanak.
Alih-alih bila meninjau di akaun TikTok Yaya mekcekk telah ada beberapa video yang dikongsikan yang memperlihatkan betapa gembiranya pasangan ini dalam menanti kelahiran anak sulung mereka yang bakal lahir 2 bulan lagi.
Dalam video yang dikongsikan Yaya yang membahasakan dirinya ‘ibu’ mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang membawanya keluar untuk membeli belah.
Dapat dilihat dalam video yang ditonton hingga lebih 12 juta view ini, walaupun Yaya sarat mengandung dengan keadaan fizikalnya yang kecil namun tetap lincah dan bertenaga berjalan-jalan untuk membeli belah.
Aksinya berjalan sambil mengusung perutnya yang membulat sempat mencuri perhatian orang ramai.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan Yaya yang dilihat masih bertenaga untuk ke sana dan ke sini dalam keadaan kandungannya yang semakin sarat.
Malah tidak kurang juga yang mengusik mengatakan betapa comelnya ibu genit ini. Tidak dengan itu ada juga yang melahirkan rasa risau dan mendoakan agar dipermudahkan untuk melalui proses bersalin kelak dengan selamat.
Pasangan sama cantik sama padan ini sememangnya sangat sempoi orangnya. Setiap kali memuat naik video atau gambar menerusi instagram, pasti menjadi perhatian netizen.
Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa, 33, dan Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli, 31, bergelar suami isteri pada 20 Mac 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata Ungku Arsalan 10 bulan.
Menurut Ungku Hariz, fasa menjadi ketua keluarga dan bergelar bapa banyak mematangkannya. Malah akuinya, pelbagai perubahan berlaku pada dirinya sendiri lebih-lebih lagi selepas menimang cahaya mata sulung.
“Kebanyakan kerja rumah dilakukan sendiri tanpa bergantung pada isteri. Kalau dulu, saya tak pernah tahu pun harga sayur di pasaran. Sekarang ni, sebut sahaja sayur apa berapa harga semua sudah dalam kepala. Pasar tani saya pergi, rumah pun saya sendiri kemas, malah baju pun saya sendiri lipat.
“Tambah-tambah bila ada OCD (Obsessive Compulsive Disorder), saya memang suka buat semua kerja sendiri,” katanya yang kini lebih cenderung untuk meluangkan masa bersama keluarga di rumah berbanding rakan-rakannya.
“Semua yang saya buat sekarang hanya untuk keluarga terutama anak, sudah jarang fikir untuk diri sendiri.
“Sekarang pun sudah kurang melepak luar, kalau ada masa habis sahaja shooting terus balik rumah nak jumpa anak,” tambahnya yang kini muncul dengan filem televisyen terbaharu Berani Jadi Papa bergandingan dengan Rykarl dan Datuk Awie.
Dalam pada itu, Ungku juga mengakui sejak berumah tangga banyak perubahan pada isterinya Jihan Muse.
Malah, sifat keibuan Jihan semakin menyerlah sejak mereka menimang cahaya mata sulung bernama Ungku Arsalan Haq yang kini berusia 10 bulan.
“Sifat keibuan itu semakin menyerlah pada diri Jihan, contohnya, sekarang ni kalau memasak tak perlu suruh atau tak perlu tanya, dia akan buat.
“Keduanya waktu tidur, kalau anak dah bangun pagi-pagi, dia akan bangun sama, uruskan hal anak dan siapkan sarapan untuk kami.
“Saya dan Jihan agak sibuk, jadual kami tak sama, jadi kalau ada masa memang kita akan luangkan masa berkualiti bersama.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.