Teruja bila tengok laman rumah orang ada je tanaman herba, sayur dan sebagainya menghiasi laman rumahnya. Bukan sahaja nampak subur malah cantik menghiasi laman.
Terus kita pun terasa teringin juga untuk mencuba menanamnya.
Jadi sebelum itu, ketahui dulu teknik nan satu ini dalam menyemai tanaman yang mudah dilakukan. Sesuai sangatlah untuk yang baru berjinak-jinak nak bercucuk tanam.
TANAM POKOK DARI KERATAN PUCUK
Ramai Follower kami duk tanya pasal nak tanam kesum yang kami post. Jadi kami share untuk pengetahuan bersama. Adaptasi – Recycle Self Watering.
Pelbagai jenis pokok boleh di tanam menggunakan Teknik Keratan Pucuk antaranya seperti Kesum, Pudina dan Selom.
Ads
Langkah 1
– Sediakan Botol Minyak dan buat seperti Pix dibawah
– Medium Sabut Kelapa Hancur
Ads
Langkah 2
– Ambilkan Keratan Pucuk – Potong lebih kurang 3/4 Inci dari pucuk atas…buang sikit daun bawah supaya mudah nak cucuk nanti.
Langkah 3
Cucuk Keratan Pucuk ke Medium Botol tadi lebih kurang 1/2 Inci.
Langkah 4
Letak di tempat separa Matahari. Lebih kurang 1 Minggu akar mulai tumbuh. Selepas 1Bulan, inilah hasilnya. Tadaaaa…
Teknik amat mudah dan murah. Kualiti hasilnya amat bersih dan tidak perlu siram selalu. Boleh letak dalam rumah tetapi pastikan ada sedikit matahari. Monitor level air dan Top Up bila perlu kurang.
Kata orang, yang pahit itu ubat. Begitu juga kalau hendak dibandingkan pahitnya daun betik.
Memang sangat pahit dan hanya mereka yang pernah merasainya sahaja tahu betapa pahit rasanya.
Pun begitu, tidak dinafikan ada sahaja yang gemar makan ulam daun betik ini. Begitu menyelarakan bagi sesetengahnya.
Namun apa yang lebih istimewa bila bercakap mengenai daun betik ini, dikatakan jika dimunim jus daun betik mampu membantu meninggikan platelet darah bagi pesakit denggi.
Bagaimana cara amalannya, jom baca perkongsian info ini.
2 helai daun betik setiap hari mampu meningkatkan platlet pesakit denggi
Kajian klinikal terhadap jus daun betik di dalam pesakit denggi (denggi tidak berdarah dan denggi berdarah kelas satu) menunjukkan bahawa pengambilan sebanyak 30ml (dua sudu besar) jus daripada dua (2) daun betik matang setiap hari, selama tiga hari menaikkan jumlah platelet.
Kenaikan platelet ini hanyalah salah satu dari pelbagai proses yang berlaku di dalam pesakit yang menghidapi demam denggi.
Kajian masih lagi berjalan berkaitan kegunaan jus daun betik bagi demam denggi. Pihak KKM tidak menyediakan jus daun betik di hospital-hospital kerajaan.
Daun betik dan keracunan Cyanogenic
Cyanogenic glycosides adalah bahan kimia yang digunakan oleh tumbuhan-tumbuhan tersebut sebagai pertahanan dalam menghadapi serangan serangga perosak atau haiwan pemangsa.
Dos cyanide yang paling rendah untuk memudaratkan manusia adalah sebanyak 1 mg bagi setiap kg berat badan.
Oleh itu bagi seseorang yang mempunyai berat badan sebanyak 60 kg, 12,000 helai daun betik perlu diambil pada satu masa untuk mengakibatkan keracunan akut.
Kajian keselamatan pengambilan daun betik mendapati ia selamat diambil dalam dos yang disarankan.
Tak dinafikan, pasaraya Mydin dilihat lebih popular dan mempunyai pengaruh yang tinggi berbanding lain. Mungkin kerana harga barangannya jauh lebih murah berbanding lain serta banyak cawangan yang boleh didapati di seluruh Malaysia membuatkan masyarakat selesa berbelanja di situ.
Terpalit dengan isu bersama seorang penyanyi rap baru-baru ini, mungkin membuatkan seorang doktor berkongsi kisah pesakitnya dengan Mydin.
Menurut doktor tersebut yang merupakan doktor perubatan rehabilitasi,
Ketika saya masih berkhidmat di hospital dulu, saya selalu tulis surat. Hampir setiap minggu saya tulis surat permohonan kerja bagi pihak pesakit saya. Itu memang antara skop kerja saya.
Saya ingat lagi ada satu surat yang saya tulis kepada salah satu cawangan MYDIN Malaysia, memohon mereka pertimbangkan mengambil seorang pesakit serebral palsi sebagai pekerja mereka.
Pesakit saya tu ada kekurangan upaya fizikal dan kognitif. Pergerakannya memang jelas nampak bermasalah. Berjalan tidak sempurna. Kawalan jari jemari pun tak baik.
Mydin balas surat saya, dan kami berjumpa untuk penerangan lanjut. Beriya-iya saya buat jelaskan kenapa pesakit saya perlu bekerja.
Bekerja adalah punca pendapatan. Bekerja adalah satu bentuk terapi. Bekerja adalah ibadah. Ia memberi sebab dan matlamat kepada kehidupan.
Tak lama selepas itu, pesakit saya dipanggil untuk sesi temuduga. Saya punyalah bimbang, macam saya punya yang akan ditemuduga.
Dipendekkan cerita, pesakit saya telah menerima tawaran bekerja dengan Mydin.
Pada orang lain, mungkin ia berita yang biasa sahaja. Namun untuk pesakit saya dan emaknya ia berita yang membanggakan. Bukan mudah untuk warga kurang upaya untuk mendapat pekerjaan.
Minggu pertama pesakit saya tu bekerja, saya pergi ke Mydin tempat dia bekerja. Saya cari-cari dia tak jumpa. Akhirnya saya bertanya kepada petugas Mydin dan saya ditunjukkan di mana pesakit saya ditugaskan.
Dia ditugaskan di lorong peralatan berkaitan ibadah, seperti kopiah, telekung, sejadah dan sebagainya. Dari jauh saya nampak pesakit saya sedang melipat sejadah. Terketar-ketar tangan dia. Lambat kerjanya.
Risau saya masih belum hilang. Saya risau bila dia kerja dalam keadaan begitu, adakah majikan dan rakan sekerja akan memandang rendah padanya. Berapa lama dia boleh bertahan di sini.
Saya mahu dia bekerja. Pekerjaan adalah punca pendapatan. Pekerjaan adalah satu bentuk terapi fizikal dan kognitif. Pekerjaan juga adalah salah satu jenis ibadah.
Saya menyapa pesakit saya, kami berborak seketika dan tak lama selepas itu kami disertai oleh penyelia pekerja. Penyelia kata Mydin akan pastikan pesakit saya berasa selesa kerja bersama mereka.
Alhamdulillah, setahu saya sehingga hari ini, dah 5 tahun dan pesakit saya masih bekerja di Mydin berkenaan. Sekali sekala saya melawat pesakit saya di sana, nampak ada pekerja OKU lain juga.
Ini suatu yang kita semua kena sokong.
Selain Mydin ada beberapa syarikat yang menerima pekerja OKU(dengan kekurangan upaya ketara), tapi itu lain kalilah saya ceritakan. Hari ini saya cerita tentang Mydin dan pesakit saya, Muhammad Agus.
Di bawah ni, ada Agus bergambar dengan Datuk Wira Ameer Ali Mydin.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Perubatan Rehabilitasi
Pudina atau mint, dengan nama saintifiknya Mentha Arvensisi, diketahui umum banyak sekali manfaatnya.Yang paling terkenal dan mudah disediakan adalah teh pudina.
Teh pudina dikatakan mampu untuk menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut. (Cramps and colic).
Dengan banyak lagi manfaat lainnya, tentunya bila kita tanam sendiri, maka mudahlah kita untuk mendapat bekalan pudina bila-bila masa sahaja.
Bila kena caranya, sebenarnya mudah saja tanam pudina ni. Benih pula boleh beli pudina yang dijual di market.
Kalau dapat keratan fresh, lagi tinggi peratusan pudina untuk hidup.
Dibawah saya kongsikan pula cara penyediaan keratan pokok pudina/mint untuk ditanam.
Sesiapa saja boleh tanam. Tiada alasan lagi tak boleh tanam pudina.
Jom kita tengok cara-cara tanam pudina.
1. Beli segenggam /seikat pudina dari market.
2. Sediakan pasu yang diisi tanah. Tanah boleh beli tanah nursery yang siap guna. Atau guna tanah sedia ada.
3. Siram tanah sampai air menitis dari bawah pasu. Dengan kata lain, sampai tanah betul-betul basah.
4. Sediakan batang/keratan batang untuk ditanam. (Rujuk gambar dibawah.)
Step 1 : Potong batang dalam 4-5 inci dari pucuk.
Step 2 : Setelah dipotong, buang dulu daun yang paling bawah.
Step 3 : Ini keadaannya setelah dibuang daun paling bawah.
Step 4 : Kemudian buang pula pucuk
5. Cucuk batang dalam tanah, paras daun paling bawah.
6. Letak tempat teduh.
7. Siram hanya apabila tanah nampak agak kering.
8. Selepas seminggu, Insya Allah akan mula naik pucuk baru.
9. Selepas itu, baru boleh letak baja, kalau boleh yang organik.
Jika menggunakan baja npk, usahakan jauhkan dari batang pokok. Boleh menyebabkan lecur.
Lepas ni, senang saja nak dapatkan pudina. Boleh buat teh bila-bila masa.
Mudahkan?
Jom tanam pudina.
Nota PENTING :
KERAT selalu pudina yang dah membesar. Untuk jangka hayat yang panjang.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.