Bagi mereka yang mempunyai penyakit serius, mungkin ada antaranya pernah melalui pelbagai pemeriksaan dan ujian kesihatan termasuklah imbasan MRI (magnetic resonance imaging) bagi memastikan keputusan yang lebih detail berkenaan penyakit yang ditanggung.
Berkongsi tentang pengalaman itu, seorang pegawai perubatan ini berkongsi pengalamannya sendiri melakukan MRI di media sosial.
Ujar Dr Hj Muhammad bin Hj Zolkifli, bagi sesiapa yang pernah alami sekali dalam hidup, pasti pengalaman itu cukup menginsafkan diri. Malah turut mengakui berasa takut untuk menjalani MRI di masa akan datang.
Ini perkongsiannya.
*Kisah terowong MRI dan Claustrophobic (Klaustrofobik)*
Sebagai pengawai perubatan, agak biasa memohon, menghantar dan melihat pesakit melakukan MRI tanpa atau dengan ubat tidur untuk mencari punca atau pengesahan penyakit.
Sekarang giliran aku sendiri merasa pengalaman MRI tanpa ubat tidur…
Sebelum masuk, aku diberi penerangan oleh juru Mr mengenai proses MRI.
Sebagaimana yang dah diketahui, Akan ada banyak bunyi tembakan semasa imbasan MRI.
Tidak boleh banyak bergerak dan tidak boleh menelan air liur terlalu kerap terutama ketika mesin sedang melakukan tembakan/imbasan.
Sebelum aku ditolak masuk ke dalam terowong MRI,
Satu penutup yang berlubang diletak menutupi muka. Mungkin bagi menghalang pergerakan kepala atau melindungi kepala daripada tercedera.
Photo by National Cancer Institute on Unsplash
Kemudian juru MRI meletakkan satu bola kecil di tangan kanan dan badan aku diselimutkan sehingga paras leher.
Kalau ada apa-apa masalah ketika di dalam terowong mri nanti, genggam sahaja bola tersebut sekuatnya. Pesannya.
Semua petugas dan juru MRI keluar daripada bilik tersebut ke ruangan mereka. Tinggal aku sendirian dalam bilik tersebut. Sunyi sesunyinya.
Selepas 2 minit, aku disorong ke dalam terowong mri secara perlahan-lahan…
Kepala masuk, rasa okey walaupun sempit, jarak antara mata hidung dengan bumbung mesin MRI sekitar 5-10cm.
Kemudian masuk pula bahgian bahu, terasa bahu, lengan hingga ke siku bergesel dengan dinding mesin MRI.
Ads
Sempitnya!
Bunyi tembakan mula kedengaran.
Macam-macam bunyi, ada bunyi panjang, ada bunyi pendek. Ada bunyi macam pukulan tin, ada bunyi macam pukulan kayu.
Daripada perlahan menjadi semakin bingit dan menyakitkan.
5minit pertama, aku okey.
10minit, aku mula rasa nak menelan air liur dan tangan mulai kebas.
15 minit, aku mula sesak nafas, sakit dada dan tangan semakin kebas.
Nak bergerak tidak boleh kerana ruang yang agak sempit.
20minit, bunyi tembakan imbasan semakin laju dan semakin kuat, dada aku semakin ketat, aku semakin gelisah, aku lemas dan semakin sesak nafas.
Aku mula mengalami hiperventilasi.
Berkali-kali aku meramas bola yang diletakkan ditangan tadi. Ingin meronta tapi tidak boleh sebab ruang mesin MRI terlalu sempit untuk aku berbuat demikian. Dada semakin ketat.
Ya Allah, aku tidak tahan…
Ads
Adakah seperti ini himpitan kubur mu nanti?
Aku tidak tahan.
Ingin menjerit, tapi suara ibarat tersekat dikerongkong.
Lemas. Sesak nafas. Sakit dada.
Bagai mahu diserang panik (panic attack)
Makin kuat aku meramas bola yang dipegang.
MRI dihentikan, aku ditarik keluar.
Aku sesak nafas, hampir tercungap-cungap aku mengalami hiperventilasi.
Setelah ditenangkan oleh juru MRI,
Sekali lagi aku cuba untuk disorongkn ke dalam terowong MRI. Masuk je kepala, aku tidak lagi setenang seperti kali pertama tadi.
Aku terus sesak nafas, rasa ketat dada, berkeringat dan bagai hendak pitam ibarat pesakit yang terkena serangan jantung.
Aku Klaustrofobik… Sessi dihentikan.
Ads
Aku tidak mahu teruskan MRI ini. Tapi disebabkan physician perlu mengesahkan sesuatu menerusi MRI, maka MRI diteruskan pada petangnya dengan mengunakan ubat tidur (sedation).
Hasil daripada MRI tersebut, aku dirujuk kepada pakar orthopaedic spine dan juga pakar neurosurgery.
6 bulan lagi, aku perlu laluinya sekali lagi. Serius aku tak nak ulang MRI tanpa sedation.Ya Allah, aku takut himpitan kuburMu…
Di kubur nanti, Mana bola untuk aku ramas? Siapa yang akan tarik aku keluar semula ke dunia? Siapa yang akan tenangkan kegelisahan aku?
MRI prosedur yang menginsafkan. MRI adalah Kubur bagi klaustrofobik…
Sumber : Dr Hj Muhammad bin Hj Zolkifli
Jom tonton video menarik adik-adik Bintang Kecil di Scream Park Sunway Lagoon.
Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.
Siapa tak sayang anak, bukan? Kalau boleh apa sahaja yang kita rasakan terbaik untuk mereka akan kita lakukan.
Atas alasan itu juga hingga menyebabkan kita akan tunaikan dan turutkan apa sahaja kata anak dengan harapan perkara tersebut akan menggembirakan anak-anak.
Namun tahukah anda, hal itu sebenarnya boleh merosakkan anak-anak hingga menjadikan mereka keras kepala suatu masa akan datang.
Bahkan ada lagi perkara-perkara lain yang tanpa sedar kita lakukan kepada anak-anak yang akan menjadi asbab anak bertindak sedemikian.
Ini sebagai mana perkongsian daripada Dr Taufik Razif, ada beberapa lagi perbuatan kita yang akan menjadi penyebab anak keras kepala, melawan cakap.
Nak tahu detail, ini disenaraikan untuk panduan bersama.
5 Penyebab Anak Jadi Keras Kepala
1. Hypercritical
Bila ibubapa terlalu suka kritik setiap perbuatan anak.
– Anak buat salah sikit, kena kritik
– Anak cuba buat sesuatu, kena kritik
– Anak cuba bantu, kena kritik
2. Labelling
Bila ibubapa suka label batang tubuh anak
– Awak ni PEMALAS
– Awak ni DEGIL
– Awak ni NAKAL
3. Permissive
Bila ibubapa terlalu ikut cakap anak dan dikuasai anak anaknya sendiri
– tak mampu tengok anak menangis langsung
– tak tahan bila anak merengek nak sesuatu
– semua permintaan anak ditunaikan
– biarkan anak buat sesuka hati mereka
– takut dengan anak sendiri
4. Negligence
Anak yang merasa diabaikan biasanya mempunyai tangki emosi yang kosong jadi dia akan guna apa sahaja cara untuk mendapatkan perhatian ibubapanya kembali dengan cara :
– memberontak
– melawan
– protes
– bersikap kasar
5. Punitive Discipline
Bila ibubapa terlampau menggunakan hukuman dalam membentuk dan mendidik anak
Ada 2 jenis cara untuk disiplinkan anak :
1. Punitive discipline – gunakan hukuman
2. Restorative discipline – lebih banyak gunakan tunjuk ajar, teguran, galakan, pujian dan sokongan
Hukuman ni umpama garam dalam masakan. Ianya diperlukan untuk menyedapkan makanan tetapi jangan sampai berlebihan.
p/s : Tolong simpan ilmu ini dan kongsikan pada pasangan masing masing juga sebab ilmu ni sangat sangat penting untuk didik anak masing masing
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.
Ibu bapa mana yang tak mahu melihat anak-anak berjaya kan. Kerana itu mereka sanggup berkorban segalanya.
Tapi lain orang lain caranya, bagi Penerbit dan komposer terkenal, Edry Abdul Halim, 42, dia tidak kisah berkorban berjauhan dari kelaurga dan rakan-rakan demi untuk memastikan anaknya mendapat didikan yang sempurna. Justeru, dia memilih untuk berhijrah ke United Kingdom.
Ternyata pilihannya itu berbaloi kerana akhirnya anak ketiganya, Emery, 11, yang merupakan anak autisme sudah bersekolah di Manchester , United Kingdom.
Edry memberitahu Emery mudah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah tersebut yang dikhaskan untuk anak-anak istimewa seperti anaknya.
“Syukur Emery dah masuk sekolah menengah khas dengan anak2 istimewa yang lain..
“Cikgu kata dia bijak dan cepat sesuaikan diri dengan persekitaran..Wishing the best for my dear son,” tulisnya.
Anggota kumpulan KRU itu berkongsi perkara tersebut di akaun Insatrfgam (IG) miliknya.
Terdahulu Edry pernah memberitahu dia membuat keputusan untuk berhijrah bersama keluarganya ke Manchester bagi membolehkan Emery mendapatkan pembelajaran terbaik sebagai golongan autisme.
Edry mendirikan rumah tangga dengan Milia Mohammed pada November 1999 dan dikurniakan empat cahaya mata; Emil, Edylia, Emery serta Elya.
faizalmarina alhamdulillah. moga dipermudahkan segala urusan disana dan menjadi anak yg pintar dunia dan akhirat..aamiin
angahdidi Alhamdulillah.. usaha dan usaha tnpa lelah. Smoga sgala urusan kedua ibu bapa ini dan mndapat keberkatan y esa.. amin
leen_adlini Alhamdullilah n best of luck emery…..may Allah ease everything!!
itachamp3 He will doing great..and find what his most best ..he will be outstanding ..soon.
vivaanna66 Wahhh…i wish you could update often about your child…..please share more and spread awareness
tinieahmad Alhamdulillah..best of luck Emery!!..akak pun ada anak syurga ni dah berumur 24 tahun dan skrg masih ke kelas di Yayasan Fakih di UM..semoga kita semua dikurniakan kesihatan yg sempurna untuk membolehkan kita menjaganya dgn baik..
Meraikan lebaran tanpa orang tersayang tentunya berbeza suasana dan perasaannya pada tahun-tahun sebelumnya.
Ini dirasakan oleh keluarga ini bilamana ibu tersayang pergi bertemu kekasih abadi sehari sebelum kedatangan Syawal.
Berkongsi apa yang dirasai, Cikgu Zahran menitipkan rasa dan nasihat untuk panduan bersama.
Tiada Raya Tanpa Emak.
Awal Ramadhan emak datang berpuasa di rumahku. Emak tampak sihat gembira. Emak habiskan tarawih 23 rakaat di surau dekat rumahku. Emak pesan balik raya di rumah mertua. Nanti raya ketiga kita kumpul ramai ramai. Emak nak buat kenduri.
29 Ramadhan yang hening, sekitar pukul 7 pagi, telefon berdering. Abang Fauzi telefon. Aku rasa macam pelik pagi pagi abang dah telefon. Kalau boleh hang balik segera. Emak macam dah sejuk ni. Sayup terdengar suara di corong telefon.
Aku dah rasa semacam. Tapi aku berusaha untuk tidak memikirkan perkara itu. Kehilangan emak sehari sebelum Syawal. Aku tepis perasaan itu. Tapi gagal.
Kami bergegas. Perjalanan dari Kota Bharu ke Baling terasa sangat jauh. Sepanjang Jeli-Gerik, pelbagai kenangan bersama emak berputar difikiran. Air mata menghambur tanpa dapat disekat lagi. Aku macam bermimpi. Tak percaya. Emak nampak sihat sangat masa dirumah aku.
Subuh itu selepas sahur emak masih ditikar sembahyang. Ketika kakakku kejutkan emak, emak sudah kaku tak bernyawa. Pulanglah emak ke negeri abadi. Kembali bertemu baba yang dah lama pergi.
34 tahun emak hidup bersendirian membesarkan kami 13 beradik(2 meninggal semasa kecil). Dengan penuh dugaan dan cabaran. Waktu raya adalah kenangan terindah. Emak akan sibuk di dapur menyediakan juadah. Ketika dinihari emak sudah bangun memasak rendang. Aku jadi tukang rasa kerana jarang tidur malam raya. Sebutlah mahu makan apa emak akan buatkan. Sekarang Hari Raya seolah tidak bererti lagi. Rumah emak terbiar sepi. Kosong dan usang.
Saat tiba di rumah emak. Kelihatan ramai orang berkumpul tetapi hening dan pilu. Aku terasa bumi seperti tidak rata. Berjalan seolah terhoyong hayang. Aku nampak emak terbaring di pembaringan. Aku peluk tubuh kaku emak. Aku menangis semahunya dan barulah aku benar benar percaya..emak sudah tiada. Tiada lagi ketupat dan rendang emak. Tiada lagi kelibat yang menghantar kami di muka pintu saat kami kembali ke tempat tinggal masing masing. Tiada lagi doa emak yang sentiasa memohon keselamatan kami dalam perjalanan.
Kehilangan emak di saat hari raya sangat memilukan. Setiap hari raya kelibat emak mundar mandir di dapur seolah masih ada. Raya sudah tiada makna buat aku. Hanya sekadar sebuah kenangan yang terpahat.
Ya Allah ampunilah ibu dan ayahku. Lapangkanlah kubur mereka sebagaimana taman taman syurga.
Hargailah ibumu saat mereka masih bernafas. Tanpa ibu, raya seolah tiada maknanya lagi.
Alfatihah Buat Almarhumah Hjh Khauziah Hj Ahmad dan Almarhum Ust Yaacob Hj Shafie.