Sejak kes adik Bella dibicarakan, ramai yang memberikan sokongan padanya walaupun pelbagai pihak cuba untuk menyembunyikan kebenaran bahawa dirinya telah menjadi mangsa penderaan.
Berita mengenai jatuhan hukuman terhadap pengasuhnya pada minggu lalu seakan memberi nafas baru buat Bella atas dua pertuduhan mengabaikan dan menganiaya remaja sindrom Down ini.
Mana tidaknya, ramai meluahkan kelegaan apabila remaja sindrom Down itu mendapat akhirnya mendapat pembelaan sewajarnya termasuk turut mendapat sokongan daripada kerabat diraja Johor, Che Puan Besar Khaleeda.
Ads
Terbaharu, tular sebuah video memaparkan keadaan terkini Bella ketika menghadiri sebuah acara baru-baru ini sehingga menarik perhatian ramai.
Ads
Dalam hantaran tersebut, remaja berusia 15 tahun itu dilihat begitu ceria selain wajahnya tidak henti mengukir senyuman di bibir.
Ads
Di ruangan komen, ramai menzahirkan rasa gembira selain memuji kecomelan Bella yang dilihat semakin sihat dan dijaga rapi dibawah pihak bertanggungjawab.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tak dinafikan, setiap kali musim perayaan tiba ramai yang bertungkus lumus untuk mencari wang extra. Semuanya untuk meraikan lebaran dengan meriah dan juga menggembirakan insan yang tersayang.
Malah perbelanjaan untuk perayaan selalunya tinggi. Iyalah mana beli baju baru, kuih raya dan paling penting adalah wang perbelanjaan untuk pulang ke kampung halaman.
Selalunya tugas ini dipukul oleh ketua keluarga untuk menyediakan segala kelengkapan hari raya bagi keluarga tercinta.
Namun semalam tular sebuah luahan dari seorang pemudayang menyatakan asa terkilannya melalui hantaran di Facebook mengenai sikap tidak bertanggungjawab majikan yang membuangnya di saat-saat akhir.
Tinggal beberapa hari saja lagi untuk umat Islam menyambut ketibaan 1 Syawal, dugaan ini telah menimpanya. Malah lebih memeritkansegala perancangan perayaannya menemui jalan buntu.
Sudahlah dibuang tanpa alasan yang kukuh, harapannya untuk memperoleh bonus yang dijanjikan juga punah begitu sahaja akibat dianiaya oleh majikan yang tidak bertanggungjawab.
“Sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Kurang dua minggu lagi nak beraya dan lagi seminggu nak dapat bonus, tiba-tiba tanpa sebab saya dibuang kerja.
“Bonus tak dapat, sedangkan saya mengharapkan duit bonus itulah untuk persediaan raya. Kerja entah ke mana,” katanya.
Tidak berpuas hati dengan perkara itu, Muhammad Safiy menyatakan perkara ini telahpun dibawa kepada pihak atasan namun sikap mereka acuh tak acuh melayan pertanyaannya.
“Bila tanya, tolak ke orang itu, orang ini, terhegeh-hegeh lagi. Hilang sabar saya dengan majikan ini.
“Sepupu saya juga kena buang sebelum puasa. Allahuakbar, tak boleh fikir apa dah, nak raya dah kot?” katanya yang sebelum ini bekerja sebagai merchandiser bagi produk Dettol, Harpic, Air Wick, Shieldtox dan lain-lain.
Ramai netizen bersimpati dengan nasibnya yang jelas sekali menjadi mangsa aniaya majikan. Netizen menggesa Muhammad Safiy membuat aduan pada Pejabat Buruh untuk menuntut haknya sebagai pekerja yang telah dibuang tanpa sebab.
“Check balik offer letter. Contract For Service ke, Contract of Service. Kalau Contract of Service, kau kena pecat macam ni suka-suka hati, PM akak. Akak tolong kau prepare dokumen, kita lawan sampai dapat 24 bulan gaji,” kata Siti Nordiana.
Bagaimanapun, Muhammad Safiy menjelaskan, dia hanya pekerja kontrak sahaja. Sekiranya perkara itu dilaporkan kepada pihak Pejabat Buruh, tiada apa yang dapat dilakukan. Apa yang dikesalkan adalah, dia dibuang begitu sahaja tanpa sebab yang munasabah.
“Untuk pengetahuan, saya kontrak saja. Pergi Pejabat Buruh pun tak boleh buat apa. Tetapi kenapa bila dah nak raya, buang saya macam tu sahaja? Kenapa bukan sebelum puasa atau selepas raya?” katanya.
Kanak-kanak kalau dah bermain, pasti di akhirnya akan berakhir dengan tangisan. Keterujaan mereka apabila berada di tempat baru atau tempat yang dirasakan selesa buat mereka menjadi lebih agressif dan hyper aktif.
Baru-baru ini, tular di aplikasi Tiktok sebuah posting dari seorang wanita yang mengatakan rasa sedih apabila seorang kanak-kanak di tampar oleh ibunya walaupun adiknya membuat salah.
“Merah pipi dan telinga awak sayang.”
Namun wanita ini mengatakan, dia berasa kagum kerana kanak-kanak tersebut tetap memohon maaf berkali-kali dengan ibunya walaupun kesalahan itu bukanlah dari dirinya.
Perkongsian ini mendapat pelbagai respon dari netizen. Ramai yang bersimpati dengan apa yang terjadi pada kanak-kanak tersebut.
Ada yang mengatakan, anak sulung selalunya menjadi tempat melepaskan amarah ibubapa dan ada yang mengatakan ibu bapa seharusnya memberikan layanan sama rata kepada semua anak-anak.
Dalam pada itu, dari segi psikologi sikap sebegini sebenarnya akan membawa kesan jangka panjang ke atas anak-anak yang menjadi mangsa.
Menurut ahli terapi mental dan kaunselor, Mallory Williams, layanan tidak adil juga akan menjadi trauma berpanjangan yang menjejaskan emosi anak-anak.
“Bahaya jangka panjang terbesar ialah kemurungan, kebimbangan, tindak balas yang tidak stabil atau trauma dalam hubungan peribadi. Selain itu wujud kebimbangan prestasi untuk kedua-dua kanak-kanak yang digemari dan tidak digemari.
“Kanak-kanak yang tidak disayangi akan mengalami nilai diri yang rendah, perasaan penolakan dan tidak mencukupi. Selain itu seolah-olah ‘berputus asa’ kerana perasaan mereka tidak akan layak mendapat perhatian dan kasih sayang seperti adik-beradik yang lain.
“Ini selalunya mempunyai implikasi jangka panjang ke atas prestasi mereka dalam pekerjaan, di sekolah, dan dalam hubungan interpersonal. Ia kerana hubungan keibubapaan menetapkan asas dan jangkaan hubungan masa depan,” kata Williams.
Paling mengejutkan, sikap tidak adil juga akan menimbulkan perasaan seperti anak itu diabaikan, menyebabkan mereka berasa memerlukan ibu bapa atau sesiapa sahaja.
Bagi orang Kluang, Johor anda pasti tahu gerai yang menjual jemput-jemput murah dan sedap. Tentunya di sebuah gerai yang terletak di Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu, Kluang, Johor.
Gerai ini telah diusahakan oleh seorang warga emas iaitu Pak Mail yang kini berusia 73 tahun.
Di sini, terdapat pelbagai jenis jemput-jemput yang dijual. Jemput-jemput yang sedap ini hanya dijual dengan harga 10 sen sebiji. Antara yang unik adalah jemput isi naga, nangka, nenas dan jagung yang dicampur sekali dan anda akan rasa terdapat potongan buah-buahan didalamnya.
Walaupun telah dilarang oleh anak-anaknya agar tidak meneruskan berniaga, namun kerana minat, Pak Mail tetap meneruskan perniagaan ini walaupun keuntungan yang diperolehi tidaklah begitu banyak.
Bercerita mengenai dirinya, Pak Mail sudah kematian isterinya sejak 23 tahun lalu dan kini bersendirian membesarkan 12 orang anak-anaknya.
“Allahuakbar, hanya Allah sahaja yang mengetahui, macam orang gila jaga anak.” kata Pak Mail apabila ditanya mengenai anak-anaknya selepas kematian isteri.
Pak Mail tidak mendirikan rumahtangga selepas pemergian isterinya kerana memikirkan soal anak-anak yang ramai. Begitu besar pengorbanan seorang ayah dalam usaha membesarkan anak-anak.
Dia membuka gerai setiap hari tanpa cuti. Walaupun tidak memperolehi keuntungan yang banyak namun Pak Mail rajin dan minat dalam perniagaannya.
Selain jemput-jemput yang sedap dan digoreng panas-panas, gerai Pak Mail juga turut menjual pelbagai perisa jemput-jemput yang menjadikan gerai Pak Mail ini unik.
Berniaga sambil bersedekah antara ayat yang keluar dari mulut Pak Mail.
Pak Mail menjual kira-kira 2000 biji jemput-jemput sehari. Pada bulan Ramadhan pula, Pak Mail masih gigih membuka gerai dan memberikan jemput-jemput percuma kepada orang ramai. Dia telah melakukan perkara tersebut selama lima Ramadhan berturut-turut.
Semoga Pak Mail terus diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan amalan berniaga sambil bersedekah dan berkongsi rezeki bersama-sama.