Perkahwinan itu menyempurnakan sebahagian daripada tuntutan agama. Jadi, niatkanlah perkahwinan untuk menjalankan ibadah.

Namun, perkahwinan ada asam garamnya dan pasang surutnya. Suka duka hidup pasti ada.

Menyambut ulangtahun perkahwinan adalah lumrah tetapi biarlah sampai ke hujung nyawa.

Wanita ini berkongsi nama-nama khas setiap ulang tahun.

Ikuti perkongsianDr Hana Hadzrami

Semakin Lama Usia Perkahwinan Itu, Semakin Tinggi Nilainya. Jagalah Sebaiknya!

IKLAN

Rakan saya baru saja menyambut ulangtahun perkahwinannya yang ke 12.

Ulangtahun ke 12 juga disebut sebagai ulangtahun sutera atau silk anniversary. Cantik tetapi mudah keronyok.

Baru dua tahun lepas perkahwinannya diuji dengan kehadiran orang ketiga. Masih saya ingat episod pedih beliau. Bagaikan waktu terhenti dan tiada lagi esok hari.

Namun beliau bersabar dan mengatur langkah strategik. Perkahwinan beliau berjaya diselamatkan. Bukan senang nak merawat luka dihati namun masa benar-benar menyembuhkan.

IKLAN

Ulangtahun pertama perkahwinan dipanggil ulangtahun kertas (paper anniversary). Bak kertas, semudah itulah perkahwinan berusia setahun boleh dikoyakkan.

Ulangtahun berikutnya iaitu ulangtahun kapas yang boleh dijalin menjadi benang dan kain. Seterusnya ulangtahun kulit, kain kasa yang melambangkan perkahwinan yang semakin teguh. Lima tahun kahwin barulah mendapat ulangtahun kayu. Lebih teguh dari kain namun masih mudah dipatahkan.

Semakin lama usia perkahwinan, semakin teguh dan semakin berharga nilainya.

Saya sendiri bakal menyambut ulangtahun perak, dua tahun lagi. Ibubapa saya pula bakal menyambut ulangtahun emas tak lama lagi.

IKLAN

Begitulah. Perkahwinan mana yang tak pernah diuji? Waktu baru kahwin, mudah sangat bergaduh, benda kecil pun boleh sampai nak bercerai. Semakin lama, semakin matang kedua pasangan suami isteri. Tak mudah goyah walau badai melanda.

Tuan puan sekalian, jika perkahwinan dilanda badai, usah mudah putus asa. Usahakan agar kapal tak tenggelam, pandu ia ke kawasan selamat. Kadangkala anda hanya perlu bersabar dan tunggu hingga badai surut.

Namun jika hanya kelasi yang beriya menyelamatkan kapal tetapi nakhoda dah cabut lari; selamatkanlah diri anda bersama anak kapal lain.

Ada badai yang hanya membolak-balik kapal. Ada badai yang mampu memecah dan menenggelamkan kapal.

Kredit: Dr Hana Hadzrami
Raikan cinta!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI