Limpahan kasih sayang yang diberikan oleh seorang datuk buat cucunya pasti tiada tolok bandingnya dan kita semua dapat rasakan kasih sayang tersebut cukup istimewa. Apatah lagi dengan insiden apabila seorang datuk dan cucu yang ditakdirkan sehidup semati bersama, mengundang sebak dan kesan di hati wargamaya.
Azmi Abdullah, 77, dan Muhammad Ziyaad Mikhail, tujuh bulan ditemui lemas dalam sebuah kolam lama berdekatan restoran ikan bakar di Taman Kempas, Sungai Petani, Kedah. Lebih memilukan, anak kecil berkenaan adalah zuriat yang dinanti-nantikan oleh ibu bapanya, Zarina Azmi, 34, dan suami, Muhammad Yuzarith Martin Abdullah, 35.
“Sembilan tahun saya tunggu kelahirannya, namun dia ‘pergi’ dahulu,” luah Zarina sebak.
Berkongsi lanjut berkenaan kejadian pilu tersebut sebagaimana memetik berita di Sinarplus, Zarina merasakan ianya ujian yang cukup besar bagi dirinya apabila kehilangan dua insan tersayang sekelip mata. Pun begitu, Zarina pasrah dengan ketentuan ALLAH yang meminjamkan cahaya mata kesayangan, Muhammad Ziyaad Mikhail seketika biarpun telah sembilan tahun menanti kehadiran cahaya mata.
Menurut Zarina, sepanjang hari Isnin, si kecil itu memeluknya sahaja seolah-olah tidak puas bermanja sebelum bapa tiba di kedai makan tempatnya bekerja untuk mengambil bayi itu kira-kira jam 5 petang.
Namun, tak lama kemudian ibu berkenaan dikejutkan dengan berita datuk dan cucu itu ditemukan lemas di kolam berhampiran.
Datuk Yang Penyayang
Ads
Difahamkan Azmi adalah seorang datuk yang penyayang dan merupakan pesara kerajaan yang dahulunya bekerja sebagai tukang kebun.
Menurut adiknya, Yusof Abdullah, 61, berkata warga emas itu sudah lama bersara dan menghabiskan masa di rumah selain bermain dengan cucu dan menjadi rutin membawa cucunya itu meronda waktu petang dengan menaiki motosikal.
Menurut Yusof, abangnya mempunyai lima orang anak dan 10 cucu. Muhammad Ziyaad Mikhail dan ibu bapa tinggal serumah dengan Azmi.
Dakwanya, kemungkinan Azmi yang ternampak cucunya jatuh terus berlari ke arah kolam dan cuba menyelamatkan, namun turut lemas.
“Kalau tengok keadaan kolam itu, airnya tak dalam mana pun tapi mungkin disebabkan licin akibat lumut, arwah tidak berdaya nak selamatkan diri.
“Apapun yang berlaku, semuanya sudah suratan takdir dan kami reda dengan apa yang berlaku,” katanya.
Ads
Jenazah kedua-dua beranak itu kemudian dibawa pulang ke rumah mereka di Kampung Permatang Berangan, Pinang Tunggal selepas selesai urusan bedah siasat untuk proses pengebumian.
Berikut adalah kronologi tragedi yang menimpa datuk dan cucu berkenaan:
1-Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mangsa berusia 77 tahun bersama cucunya dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Permatang Berangan, Pinang Tunggal ketika kejadian.
2- polis menerima maklumat pada jam 7.20 petang menerusi panggilan MERS 999 yang memaklumkan terdapat dua mangsa dilihat terapung dalam kolam terbabit.
3- Timbalan Ketua Polis Balai Tikam Batu bersama lima anggota tiba di tempat kejadian pada 7.28 petang dan mendapati mangsa terapung dalam kolam yang ditinggalkan sedalam satu meter. Mangsa bagaimanapun telah dikeluarkan dengan bantuan orang awam.
4- Saksi yang merupakan pekerja restoran ikan bakar menyatakan ternampak orang ramai berkumpul di kawasan kolam lama tersebut dan apabila menghampiri mendapati ada dua mangsa lemas seterusnya membuat panggilan kecemasan.
Ads
5-Temu bual bersama bapa bayi berkenaan, Muhammad Yuzarith Martin berkata si kecil itu selalu dibawa datuknya berjalan-jalan setiap petang selepas diambil daripada ibunya yang bekerja di sebuah kedai makan di Jalan Kempas.
6- Sehingga jam 7 petang, dia mendapati kedua-duanya belum pulang menyebabkannya membuat carian di sekitar kawasan sebelum ternampak orang ramai berkumpul dekat kolam. Apabila sampai, didapati kedua-duanya sudah terapung.
7- Pemeriksaan ke atas mangsa dan tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah
Semalam tular foto seorang wanita yang dipercayai melanggar tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah sehingga mencetuskan kebimbangan dan bual mulut dalam kalangan netizen.
Foto wanita itu yang sedang makan di sebuah kafe di Bandar Meru Jaya di Ipoh, Perak jelas menunjukkan gelang tangan (wristband) berwarna merah jambu di tangan kanannya yang menandakan beliau di bawah kuarantin COVID-19.
Bagi mengelakkan sebarang kesulitan dan kesangsian orang ramai, pemilik kafe tersebut tampil memberi kenyataan di ruangan Facebook miliknya yang mengatakan premisnya gagal melakukan tapisan ke atas pelanggan.
“Jangan kata kami pihak peniaga tak ambil tindakan. Kami tak ada hak selak lengan baju orang ye! Kami ikut Prosedur Operasi Standard (SOP), ambil suhu ikut yang disarankan. Masa viral ni tentu semua peniaga terkejut,” tulis pemilik kafe yang menggunakan nama Facebook Nurul Chu Hada Karim.
Tambahnya, perbuatan wanita itu melanggar peraturan Kementerian Kesihatan (KKM) turut menyebabkan orang di sekitar kawasan itu menjadi panik sekali gus menjejaskan peniaga lain di Meru Raya.
“Kak Nurul sendiri awal pagi dah kol (hubungi) Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Dah bercakap sendiri isu ini. Kak Nurul disarankan bertenang. Katanya dua orang yang positif dah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Bukan yang viral (wanita tular).
“Hanaz Cafe bebas dari COVID ye. Kami tiada arahan penutupan kerana pegawai sendiri sahkan Makcik gelang pink negatif daripada COVID-19. Makcik dicari bagi tujuan tindakan undang undang kerana melanggar arahan KKM,” katanya.
Sementara itu, di laman Twitter Penasihat Khas Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood turut terkilan dengan tindakan wanita tular itu yang dianggapnya boleh menyumbang kepada gelombang COVID-19 sekali lagi.
“It’s people like her that increase our nation’s risk to second wave. Shame on you Ms (Cik) and shame on your friends or family and cafe who allowed her in and didn’t report when she’s supposed to be under quarantine. Stricter measures needed. COVID-19 is still out there,” tulisnya.
(Orang macam wanita inilah yang meningkatkan risiko negara kita menghadapi gelombang kedua. Malulah sikit cik, dan juga kawan-kawan atau keluarga cik serta kafe yang membenarkan dia masuk dan tidak laporkan dia sedangkan dia sepatutnya di bawah kuarantin. Langkah lebih ketat diperlukan. COVID-19 masih belum berakhir)
Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah ambil maklum perkara berkenaan dan sedang menjalankan siasatan untuk mencari wanita yang tular itu.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Muhyiddin Yasin semalam turut menasihati dan mengingatkan orang ramai supaya tidak lalai dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Memulakan tahun baru 2022 dengan status sebagai seorang isteri. Itu berita gembira darie selebriti dan juga aktivis kemanusiaan, Heliza atau nama sebenarnya Nur Heliza Helmi.
Dia melangsungkan pernikahan dengan Founder dan Presiden AUF BMZ iaitu Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Dato’ Sri Mahadi BZ.
Majlis pernikahan dilakukan secara ringkas di Masjid Tuanku Zainal Abidin, Putrajaya yang dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja.
Dengan sekali lafaz, Heliza sah bergelar isteri kepada Dato’ Sri Mahdi. Dalam majlis tersebut, Heliza menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran.
Pasangan pengantin diraikan bersama ahli keluarga dan kenalan terdekat di Lanai Asmara, Putrajaya.
Berita perkahwinan Heliza dan Mahadi dikongsi oleh forographer terkenal Aqoimran menerusi laman Instagramnya.
Tidak ketinggalan, rakan terdekat pasangan ini turut berkongsi berita gembira tersebut. Ini termasuklah pendakwah terkenal, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim di laman Instagramnya.
“TAHNIAH KEDUA ADINDA SAYA Mahadi dan Heliza Helmi kerana hari ini kalian telah disatukan debgan izin Allah.. Syukur kepada Allah setelah sekian lama saya menyimpan rahsia kalian… Maaf tak dalat hadir hari ini kerana berada di kuar kawasan… Esok kita jumpa ye..”
Menerusi hantaran video menerusi Instagram Story, jurufoto Aqo Imran, Heliza mengakui berdebar sebelum acara akad nikah dijalankan.
“Berdebar-debar. Perasaannya nak semua orang doakan yang terbaik,” katanya ringkas.
Tampil menawan pakai busana pengantin putih…persis seorang puteri, penampilan Heliza cukup menawan. Turut sama mengringi pengantin baru ini adalah ahli keluarganya yang tampil sedondon rona merah jambu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak Ogos yang lalu, Ayash Affan menjadi bayi kesayangan rakyat Malaysia memandangkan dia tidak berkesempatan menatap wajah ibu yang pergi buat selama-lamanya.
16 November lalu, genap 100 hari usia Ayash Affan yang merupakan anak keempat pasangan penyanyi Shuib dan Allahyarham Siti Sarah. Satu majlis tahlil, cukur jambul dan tahnik diadakan di mana sekali lagi si kecil ini menjadi tumpuan ramai.
Turut mencuri tumpuan adalah perkongsian daripada penjaga Ayash Affan iaitu Linda Omar menerusi video yang dimuat naik ke TikTok miliknya.
Menganggap Ayash macam anaknya sendiri sementelah dia mahu mencurahkan kasih sayang seorang ibu seperti mana mungkin dilakukan Allahyarhamah jika masih hidup lagi.
Linda yang juga merupakan kakak ipar kepada Siti Sarah berkata, dia tidak pernah bezakan kasih sayang antara anak susuan dengan anak kandung.
Dalam masa yang sama, dia memohon orang ramai menitipkan doa semoga dia dapat menjaga Ayash Affan dengan sebaik mungkin.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mengakui terharu dan berasa cemburu dengan Linda Omar kerana terpilih untuk mencurahkan kasih sayang kepada bayi kesayangan seluruh rakyat Malaysia tersebut.
@LiedaAR85:alhamdulillah. beruntung sangat dapat menjaga anak² yatim.ganjaran nye pasti disana dah menunggu.🥰
@aleeyaanuar:sampai skg xleh kalau psl arwah lalu dkt fyp..auto sebak..semoga sis menjadi ibu terbaik utk ayash..
@Saidah Sulaiman84:Semoga mama ayash dipermudahkan segala urusan..diberi kesihatan selalu tuk menjaga baby ayash❤️
@fiza_amiudin:Alhamdulillah… Semoga mama tabah menempuh ujian menjaga ank yatim… Besar pahala nye
@wvniwvni:Moga dipermudahkan urusan buat Puan dan keluarga..terima kasih sbb sudi berkongsi kasih syg seorang ibu buat ayash dan adik beradik ayash..🥰