Tentu ada antara kita pernah merasai betapa kecewanya bila menanam pokok namun setelah bertahun-tahun ditunggu, pokok yang ditanam masih tidak mengeluarkan hasil, bahkan terlihat tidak subur pula.
Begitu juga bagi yang mengimpikan laman yang menghijau. Lalu menanam pelbagai jenis tanaman untuk menyerikan laman rumah, tapi pokok bunga begitu ‘liat’ berbunga. Nampak togel sahaja dan semua ini boleh mematikan minat seseorang untuk terus bercucuk tanam.
Untuk itu, tahukah anda sebenarnya tanaman yang kita tanam selain memerlukan cahaya, air dan tanah untuk hidup subur, hakikatnya tanaman juga memerlukan baja sebagai agen penggalak kesuburan.
Jadi apa kata anda hasilkan sendiri booster tanaman ini dengan langkah yang cukup mudah dan selamat sebagaimana yang dikongsikan oleh Suhaili Baharudin. Jom semak.
Bahan-bahan:
Ads
Cuma sebotol yakult dan 2 biji telur. Tak kisahlah telur kau bersaiz apa. Dan mohon sorokkan yakult itu supaya anak-anak kau tak nampak. Mereka akan fikir kau beli untuk mereka bukan untuk pokok.
Cara buat :
Step 1 : Campurkan yakult dan 2 biji telur tadi dalam satu bekas dan tutup kemas. Goncang dan peram selama 3 hari. Letak tepi sinki saja pun boleh.
Step 2 : Sudah 3 hari, ambil 2 sudu hasil peraman tadi dan campurkan dengan air. Masa buka botol peraman tadi kena berhati-hati sebab ada kes penutup botol terpelanting dan meletup.
Nisbah 2 – 3 sudu peraman + 1 liter air.
Ads
Sebaiknya campurkan dengan air hujan, air tapis atau air basuhan beras. Kalau semua tu kau rasa payah benar guna ajelah air paip. Tak ada siapa nak marah. Balance masih banyak dalam botol peraman tu kan? Kita simpan aje dalam peti ais.
Step 3 : Kemudian spray lah sesuka hati pada daun, batang pokok, pada tanah di pasu.
Kita spray ni cuma seminggu sekali ya.
Nak 2 – 3 hari sekali pun boleh. Lagi bagus dan cepat subur.
Ini contoh bunga tahi ayam dalam pasu yang Kak Eli tanam. Dari sendu terus lebat sampai nak tenggelam daun dek bunga yang merimbun.
Benar lah kata pepatah berbudi pada tanah tidak akan menjadi perkara yang sia-sia. Mata kita dapat berehat melihat segala kehijauan, keluarlah segala jenis hormon gembira dari tubuh dan terbitlah rasa bahagia dalam diri.
Baru pulang mengerjakan Umrah bersama suami dan anak-anak, Mua Bellaz berkongsi berita gembira sedang hamil anak keempat.
Biarpun dalam perkongsian tersebut, anak kelahiran Utara ini tidak menyebut secara jelas, namun ‘ hint’ Yang diberikan jelas menunjukkan dia kini sedang berbadan dua.
Assamualaikum doa baik2 Insyallah rezeki … Allahuakbar 👶🍼 patutlah tgk nasi arab xlalu nk makan 😅
Demikian perkongsian ringkas Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Binti Zulyadaini yang dimuatnaik menerusi media sosial miliknya.
Untuk rekod, anak ketiga pasangan ini adalah Muhammad Aisy Ean Yusuf. Lahir pada Julai tahun lalu, si kecil ini menjadi kegilaan ramai dek kerana kecomelannya.
Walaupun masih kecil, bayi lelaki ini juga telah berjaya meraih lebih 21 ribu pengikut di laman Instagram.
Dua lagi anak pasangan ini adalah Nur Airis Alisha dan Mohd Aidil Mikhali.
Rata-rata pengikut Mua Bellaz menitipkan ucapan tahniah atas rezeki yang diperoleh Bellaz dan suami kerana bakal menimang ahli keluarga baru tidak lama lagi.
Tengok sahaja gambar Popia Reben Viral ini pasti kita rasa teruja, inikan pula anak-anak kita. Popia berbentuk kipas atau reben ini sebenarnya dihasilkan tanpa resipi tetapi sebaliknya hanya gunakan dua bahan sahaja. Wow hebat!
Kalau bahannya hanya dua, dah tentulah kosnya pun sedikit sahaja. Sambil sediakan makan tengahari, boleh suruh anak-anak buat reben berbentuk kipas ni.
Menurut pemilik popia viral ini, Zura Zul yang berkongsi di grup Makan Apa Hari Ni (MAHN), resipi popia reben ini memang simple nak disediakan tetapi sedikit renyah. Maklumlah nak bentukkan kulit popia menjadi kipas, tentu ambil sedikit masa. Jom cuba cara yang dikongsikannya.
Simple..tapi sedikit renyah nak buat Popia Riben/bunga. Anak-anak memang suka. Laju jer deme makan..☺
Bahan:
Kulit popia
Sosej
Caranya:
1. Potong sosej. Potong agak-agak, tak nipis tak tebal.
2. Ambil straw besar dan tekap pada sosej. Buatkan lubang seperti dalam gambar.
3. Pilih kulit popia saiz kecil dan potong dua.
4. Lipat dan buat macam kipas.
5. Ambil sosej tadi dan masukkan di bahagian tengah kulit popia. Kembangkan dan jadikan bentuk kipas.
6. Panaskan minyak dan goreng kekuningan. Boleh cicah dengan sos cili, makan begitu saja pun sedap. Rangup.
Selamat mencuba.
Sumber: Zura Zul
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kehidupan berumah tangga adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Peluang meletakkan diri dalam kehidupan ini adalah perkongsian paling bermakna untuk kedua-duanya apa lagi bagi seorang wanita. Di sayangi dan dicintai seorang yang bergelar suami pastinya memberikan seribu makna dalam kehidupan hakiki. Apa lagi jika memperolehi kehidupan rumah tangga yang sakinah?
Bagaimana memperoleh kehidupan sakinah yang dimaksudkan ini? Kaut ilmu sebanyak mungkin dan lengkapkan ilmu di dada agar mengukuhkan lagi kehidupan berumah tangga anda.
Kehidupan rumah tangga yang bahagia, sejahtera, tenteram, aman dan tenang inilah yang dinamakan rumah tangga sakinah. Kebahagiaan yang dikecap ini dibangunkan atas rasa cinta dan kasih sayang daripada keduanya yang saling memberi dan menerima. Tanpa ‘rasa’ ini, hakikatnya hubungan suami isteri pasti terasa hambar. Tips di bawah perlu anda ketahui bagi mencari erti sakinah yang sebenar.
Sentiasa Dalam Redha Allah
Perkara paling asas adalah mencari redha Allah S.W.T. Mencari keredhaan Allah ini haruslah berlandaskan ke jalan Allah. Set kan minda anda agar hubungan suami isteri anda diulit dengan penerapan nilai-nilai agama dan meninggalkan apa jua larangan yang sudah termaktub. Mengingatkan sesama pasangan akan sesuatu yang dilakukan kepada jalan Allah atau misalnya mengingatkan solat lima waktu menjadi keutamaan dalam perhubungan walaupun hanya sekadar pesanan mesej ringkas daripada anda untuk suami. Ingatkan bahawa apa yang anda lakukan, pastinya kerana Allah. Sentiasa jadikan Allah sebagai permulaan hari anda berdua.
Pupuk Rasa Cinta
Kehidupan yang sakinah adalah suatu kehidupan yang dilandasi ‘mawaddah warohmah’ iaitu rasa cinta dan kasih sayang daripada Allah. Sentiasalah memupuk rasa kasih dan cinta ini pada pasangan anda. Bagaimana? Ungkapan bermakna seperti ‘saya cinta awak’, ‘saya sayang awak’ dan ‘rindu’ adalah perkataan keramat yang sentiasa anda perlu zahirkan. Jangan malu untuk mengungkapnya. Mesej-mesej cinta perlu anda lakukan saban hari supaya hati sentiasa berbunga. Panggilan manja seperti ‘sayang’ juga membantu buat anda rasa lebih disayangi.
Tenang Dengan Zikir
Tidak hanya berusaha memupuk rasa cinta dan sayang, anda sendiri harus mencari ketenangan kendiri dahulu. Berzikir dan menimba ilmu agama adalah kunci ketenangan diri. Ajak suami untuk berzikir bersama anda kala sedang memandu atau dalam apa jua yang anda lakukan. Sesekali ajakan ke masjid mendengar tazkirah bersama suami nyata buat hubungan lebih akrab daripada biasa. Anda juga punya lebih masa bersama.
Usaha Mencari Kegembiraan
Kegembiraan tidak datang sendiri jika bukan anda yang mencoraknya. Berusaha untuk bercuti bersama sahaja tanpa ditemani si kecil. Lokasi bulan madu anda selepas berkahwin adalah tempat paling disyorkan untuk mengimbau detik bersama. Cari ketenangan anda di sini dan ulit kisah cinta anda berdua. Tenang dan gembira, itulah kunci kebahagiaan.
Elakkan Pergaduhan
Rumah tangga yang aman damai adalah kehidupan sakinah yang anda cari. Bukan rumah tangga namanya jika bukan dilanda badai. Pun begitu usah biarkan ombak dan badai berpanjangan. Beri masa beberapa detik untuk anda mencari jalan kemudian berbaiklah semula dengan pasangan. Cuba fikirkan masa gembira anda bersamanya. Manis bukan? Redakan kemarahan dengan membeli belah atau menjamah beberapa biji kuih-muih untuk hormon anda berjalan dengan baik. Kemudian hantarlah mesej pesanan ringkas tanda kemaafan anda. Biar ringkas ia sudah memadai.
Saling Bantu Membantu
Ikatan yang dibina tidak hanya kukuh jika daripada sebelah pihak sahaja. Elakkan timbulnya perkara berbangkit dan sikap lepas tangan dalam hubungan. Saling bantu membantu dalam apa jua perkara antara elemen paling penting membentuk kesejahteraan rumah tangga. Ambil masa untuk membantu isteri menguruskan anak-anak atau mempersiapkan urusan rumah tangga. Begitu juga dengan isteri yang membantu jika suami dilanda masalah tempat kerja. Manis bukan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Adinda kepada Sultan Selangor, Yang Amat Mulia Datin Paduka Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau yang terletak...