Bercucuk tanam di laman rumah bagi mengisi masa terluang akan bertambah seronok dan puas hati dirasakan bila melihat pokok yang ditanam subur dan menghijau daunnya.
Namun untuk memberi tumpuan sepenuhnya untuk menyiram, membaja, merumput dan sebagainya terkadang masa yang ada juga terbatas.
Oleh itu, apa kata amalkan seminggu sekali untuk menyiram dengan baja roti sebagaimana yang dikongsikan oleh Mazlin Mazlan ini.
Semua tanaman di rumahnya kelihatan subur dan rahsianya hanya dengan siraman baja roti. Nak tahu lanjut, ikuti perkongsiannya ini.
Ni tanaman saya yang lain, menggunakan baja roti, ada lagi, tapi tak sempat nak snap pic.. hujan makin lebat..Saya pun masih belajar cara menanam, semoga berjaya untuk semua.. bayam, kangkung, terung,daun kari, cili padi, cili merah tiada dalam gambar.. kacang panjang(jenis renek,hanya tinggi daun kunyit dan tidak menjalar)
Ads
Cara penyediaan baja roti
bahan yang di perlukan
1. Roti 2 keping
2. Bekas simpan / botol 1.5Liter
Mula-mula masukan roti kedalam botol dan masukkan air, simpan 24jam. (Harus 24jam) (selalu, saya blend roti dengan air bagi hancur,memudahkan untuk siram)
Selepas 24jam, saya masukkan ke dalam baldi, isi air penuh baldi+baja berisi roti 1.5l .. dan siram seperti biasa.. (saya siram seminggu sekali sahaja,coz saya bekerja)
Ads
Untuk semua jenis tanaman saya pakai baldi sederhana besar, untuk siram semua tanaman saya..
Mendidik anak dengan adab-adab yang mulia sejak dari kecil akan membentuk karekter yang disenangi ramai.
Begitu juga halnya dalam menerima pemberian sedekah berupa wang oleh tuan rumah kepada tetamu cilik yang bertandang. Ada adab-adabnya dan ini dijelaskan oleh ustazah Asma’ Harun.
DUIT RAYA PANDUAN BUAT IBU BAPA.
Ianya adalah satu pemberian dengan keikhlasan hati dan mengikut kemampuan, maka ia menjadi satu HADIAH atau SEDEQAH dan dikira Ibadah, namun ingatlah ada yang tak mampu untuk memberi, bahkan jika tidak mahu memberi walaupun mampu bukanlah menjadi satu kesalahan.
Sabda Rasulullah,
Daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah S.A.W bersabda: “Saling memberikan hadiah di antara kamu nescaya kamu akan berkasih sayang”.
Memahami hakikat ini saya sendiri telah berbincang dengan anak-anak, sepertimana Eidulfitri yang lalu,
1. Tiada beg duit raya untuk masing-masing, jika ada ia seolah satu isyarat bahawa mereka perlu diberi duit raya bila berziarah. Jika tidak diberi dilarang keras untuk bertanya.
2. Setiap kali terima duit raya, ucap ALHAMDULILLAH dan TERIMA KASIH. Salam jika dibenarkan syara’ dan ucap selamat hari raya.
3. Dilarang buka sampul di hadapan pemberi, lebih lagi mengira dan menyebutkan berapa jumlah. Kanak-kanak sangat lurus dan tak berlapik. IBU BAPA perlu sentiasa ingatkan.
4. Sebaik sahaja terima serahkan secepatnya sampul itu kepada Ummi atau Abi. Dan jangan bimbang ia akan disimpan di satu ruang khas, supaya kami tidak tersilap menggunakannya, pernah ketikanya kami perlu pinjam dahulu untuk satu keperluan terdesak, maklumkan pada anak-anak dan akan digantikan.
5. Duit raya, biasanya akan ada perbincangan anak-anak nak buat apa, beli sesuatu, simpan, dan mesti ada jumlah untuk Infaq. Ikut keputusan masing-masing tapi dengan kelulusan. Ada juga mereka berpakat belikan hadiah untuk kami, ada juga mereka beri cash, katanya duit raya buat Umi Abi .
Duit Raya memang menggembirakan kanak-kanak, mak bapak pun suka, semua pun suka duit. Namun beringatlah, ia boleh membawa dukacita kepada yang tak mampu dan mengguris hati pemberi apabila lupa disertakan adab.
Moga perkongsian di atas bermanfaat untuk Ibu Ayah. Silakan tambah tips kalian di ruangan comment dibawah .
Walaupun masih belum betul-betul sihat, namun Dato Seri Aliff masih sempat kejutan buat isterinya.
Kejutan sempena hari jadi isterinya, Dato Seri Aliff yang berpura-pura memarahi stafnya kemudian dilihat jatuh pengsan. Ketika itu, mereka berada di sebuah bilik mesyuarat yang turut dihadiri Datin Seri Shahida dan staf.
“Menjadi ke idok??? walapun dok tengah sakit masih gigih?? sila wish birthday @shahidadherbs di ruangan komen di bawah.. saya nak baca,” tulis Dato Seri Aliff.
Sejak dahulu lagi, Dato Seri Aliff Syukri Kamarzaman seorang suami dan ayah yang cukup penyayang dan romantis.
Biarpun isteri kesayangan , Datin Seri Shahida bukan jenis yang meminta-minta, tetapi beliau sering memanjakan ibu kepada anak-anaknya dengan pelbagai hadiah dan kejutan.
Menerusi perkongsiannya di laman instagram, rata-rata netizen memuji surprise tersebut menjadi dan mengirimkan doa dan ucapan hari jadi buat Datin Seri Shahida.
Perkongsian ini telah dimuatnaik oleh seorang guru bernama Mohd Fadli Salleh. Dia berkata seorang murid pra-sekolah terpaksa berjalan kaki sejauh dua kilometer (KM) dari rumah ke sekolah bersama bapanya.
“Motor tak ada, anak pula minat nak pergi sekolah, setiap hari dia teman anak dengan berjalan kaki. 2 km pergi, 2 km balik.”
“Kemudian masa pulang kena jalan 2 km pergi, 2 km balik. 8 km ulang alik jalan kaki semata-mata untuk anak mendapat ilmu.”
Menceritakan kembali kisah motor ditarik.
“Motor si ayah kena tarik beberapa minggu lepas akibat tertunggak empt bulan. Masa itu dia tengah buat job Grab, sumber pendapatan utama keluarga.”
“Lepas hantar barang, dia pergi ke tempat parking motor, motor hilang. Ada broder bagi surat tunggakan beribu jumlahnya. Terduduk si ayah, motor kenderaan utama untuk cari makan kena tarik. Menung panjang jugalah.”
Munurut Mohd Fadli, bapa murid ini tetap hadir ke sekolah untuk Hari Orientasi Tahun Satu ditemani isterinya untuk mendengar taklimat.
“Tak ramai ayah sanggup datang hari orientasi ni. Biasanya wakil kat ibu je, ini dua-dua datang. Bagus semangat si ayah walau dia sendiri tak ada SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).”
Bercerita mengenai bapa pada murid tersebut.
“Dia daripada keluarga susah, 10 adik-beradik. Terpaksa berkorban tinggalkan bangku persekolahan di tingkatan 4 kerana keluarga kurang mampu.”
“Hari ini, dia masih berkata pada aku , memang dia suka belajar. dulu dia nak jadi cikgu. Namun nasib kelurganya tidak menyebelahi cita-citanya. Namun dia akan pastikan anak-anak dia dapat pendidikan sempurna,” katanya mengimbas kembali perbualan mereka.
Semangat yang ditunjukkan oleh bapa murid itu membuatkan Mohd Fadli kagum kerana dalam kesempitan, dia masih menjaga hak anak-anak dan mementingkan pelajaran.
Habis program tadi, aku suruh dia tunggu depan pagar sekolah. Aku hantar keluarga mereka pulang. Sebaik dia nak turun aku tahan.
“Abang ikut saya, kakak dan anak naik la rumah.”
Aku bawa ke kedai motor di Batu Caves.
“Bang, nak motor mana?”
“Cikgu nak belikan untuk saya ke?”
Aku angguk kepala. Bergenang terus mata dia.
Menurut Mohd Fadli, bapa murid itu dihadiahkan dengan motosikal baharu SM Sport berharga RM3600.
“Masa pulang tadi, berkali-kali dia ucap terima kasih. Cikgu, saya tak tahu nak balas budi cikgu macam mana. Saya doakan cikgu terus murah rezeki.
“Budi ini bukan untuk dibalas. Budi ini untuk abang kembalikan pada orang lain apabila abang senang sikit di hari akan datang.
“InsyaAllah cikgu. Terima kasih banyak-banyak”.
Dan dia melangkah keluar kereta menuju ke rumahnya dengan pelbagai rasa.
Sebuah motor yang disyukuri dan InsyaAllah membantu menaikkan semula ekonomi keluarga ini.
Terus gigih usaha tanpa tinggalkan doa bang. Solat jangan tinggal. Buat baik pada sesiapa sahaja selalu.
“Sumbangan ini bukan daripada poket saya seorang, doakan semua penyumbang ya.” Tulis Mohd Fadli di laman Facebooknya merujuk pada dana Pertubuhan Kebajikan Dana Kita untuk membantu masyarakat terutamanya yang kurang berkemampuan.
Michelle Yeoh mencipta pencapaian membanggakan apabila dinobatkan The Asian Filmmaker of the Year 2026 sempena Festival Filem Antarabangsa Busan ke-31.