Tiada siapa dapat menyangka pertemuan, perpisahan, rezeki dan juga ajal melainkan hanya Allah yang maha mengetahui.
Sebaik mana kita merancang, jika bukan rezeki untuk kita pasti tidak akan termakbul dan sebagai manusia kita perlu akur dengan ketentuan-Nya kerana perancangan Allah semestinya lebih baik.
Begitu juga dengan kisah seorang wanita yang mempunyai kecacatan pada mata sejak kecil. Siti Nurhikmah yang kini berusia 25 tahun pernah terfikira kekurangan yang ada pada dirinya itu akan membuatkan dia tidak akan bertemu jodoh dengan sesiapa namun takdir yang tertulis adalah sebaliknya.
“Kecil-kecil dulu ingatkan tak kahwin sebab kita tak sempurna. Selalu cakap mana ada orang nak.
“Alhamdulillah semoga syurga buat suami saya. InsyaAllah,” tulisnya di Twitter.
Momen manis itu dikongsikan di Twitter dengan menunjukkan empat foto hari perkahwinannya sebelum ia meraih perhatian netizen sehingga menjadi tular.
Menceritakan semula detik pertemuan dengan suaminya yang terjalin sejak dua tahun lalu sehingga berakhir dengan ikatan perkahwinan.
“Saya kenal suami semasa belajar di universiti. Tapi masa tu kami tak pernah bertegur sapa pun.
Ads
“Tapi akhirnya jumpa dekat media sosial. Dalam tempoh dua tahun kami kenal pada mulanya sebagai kawan sahaja.
“Masa kami berkawan saya tak ada rasa apa-apa tapi lepas bercinta mula rasa insecure (kurang keyakinan) dengan diri sendiri apabila berjalan dengan dia,” ujarnya.
Namun keserasian mereka akhirnya membawa kepada ikatan tali pertunangan pada 21 Januari lalu yang juga meruopakan hari ulang tahun kelahirannya.
Hikmah mengakui pada mulanya dia bimbang jika tunangnya malu dengan kekurangan dirinya yang mempunyai kecacatan mata sejak kecil.
Ads
Namun, anak sulung daripada dua adik beradik ini sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan lelaki yang cukup memahami dirinya dan mengenai masalah yang dihadapi.
“Sejak kecil lagi saya tak rasa diri ni cantik sebab ada kecacatan pada mata.
Saya rasa semua lelaki nak perempuan cantik je masa tu. Apabila dah bertunang, ada perasaan takut sebab saya tak lawa.
“Tapi suami banyak tolong naikkan semula keyakinan saya. Dia selalu ajar saya untuk ‘masuk’ atau selami dahulu ketakutan itu kemudian baru buat penilaian.
Ads
“Contohnya, kalau kami berjalan bersama, saya selalu elak berjalan sekali dengan suami sebab tak nak dia malu. Rupa-rupanya itu semua perasaan saya saja,” katanya.
Seperti insan lain, wanita ini percaya ada hikmah di sebalik semua yang berlaku dalam kehidupannya sejak kecil.
Malah, dia kini bergelar pensyarah di sebuah institusi juga menganggap suaminya merupakan satu rezeki besar kurniaan Allah terhadapnya.
Hikmah yang berasal dari Alor Setar, Kedah turut menitipkan pesanan buat insan di luar sana supaya memperbanyakkan doa untuk meminta sesuatu.
“Saya ada masalah buta sebelah mata ni sejak lahir. Mak ayah dah banyak kali bawa pergi hospital sejak kecil. Disebabkan keadaan macam ni, saya selalu diejek sampai dah lali.
Kadang-kadang ada rasa ‘down’ tapi saya selalu ingatkan diri walaupun ada kekurangan. Tapi saya boleh buat orang sekeliling bangga dengan pencapaian dalam hidup. Saya seronok tengok orang-orang tersayang bangga dengan saya.
“Saya bersyukur suami baik sangat selalu jaga fizikal dan mental saya. Nasihat saya, kita kena selalu berdoa dekat Allah supaya dikurniakan orang baik-baik di sekeliling dan mendoakan kita juga pada masa sama,” ujarnya lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Melihat situasi si ayah terlebih dahulu tidur manakala anak masih berjaga mengundang perhatian ramai. Ada yang mengatakan itulah situasi yang sering berlaku semasa sedang menjaga anak yang masih kecil.
Rata-rata geram melihat gelagat anak sulung Eyra, Muhammad Hayder Qalish yang cukup comel tersenyum yang seolah-olah tahu ibunya sedang mengambil gambarnya.
Bila seorang isteri itu tidak bekerja, pelbagai persepsi yang diberikan kepadanya termasuk suami terkena tempiasnya. Jika sekali aje pertanyaan diajukan tiada masalah. Tapi kalau yang jenis suka bertanya pelbagai soalan, boleh jadi geram juga dibuatnya. Antaranya, “Untunglah awak tak kerja sebab suami awak gaji besar.”
Perkongsian isteri ini Suaidah Zakuan di laman facebooknya dengan jawapan yang sungguh deep! Nyata setiap manusia jangan perlekehkan atau mempersoalkan seseorang wanita itu kerja atau tidak. Semua itu sudah tertulis buatnya.
Ada hamba Allah berkata; Untunglah awak tak kerja sebab suami awak gaji besar.
Saya menjawab (Dalam hati); Awak tahu ke baru 30hb cuma tinggal RM50 dalam akaun bank suami saya. Mana mungkin saya nak beritahu awal perihal kewangan keluarga saya.
Ada hamba Allah berkata; Rugilah awak tak kerja. Kawan-kawan segrad dengan awak paling-paling busuk dapat 3K sebulan.
Saya jawab (Dalam hati); Siapalah yang tak nak ada duit sendiri. Berbakti kepada keluarga sendiri. Allah pilih saya jaga anak-anak saya. Rezeki bukan hanya dengan wang ringgit.
Ada hamba Allah berkata; kita orang perempuan kena ada duit sendiri. Kalau suami tinggalkan kita atau suami pergi dahulu siapa nak tanggung awak dan anak-anak.
Saya jawab (Dalam hati); macam lah takdir saya awak yang tentukan.
Ada hamba Allah berkata; awak tak kerja nanti mentua awak tak sayang awak.
Saya menjawab (Dalam hati); saya tak perlu meraih kasih sayang manusia dengan wang ringgit.
Ada hamba Allah berkata; awak tak kerja nanti suami awak tak sayang dan tak hormat awak sebab awak tiada apa-apa untuk dibanggakan dan tak mampu membantu dari segi kewangan.
Saya jawab (Dalam hati); kehormatan bukan sebab pangkat dan wang ringgit sayangku dan memang tanggungjawab suami menyara isteri dan anak-anak.
Sayangku bermulut bawang; jangan samakan orang lain dengan saya atau orang lain. Tiap kita berbeza. Ada isteri yang bekerja kerana tuntutan kewangan atau kerana dia suka bekerja. Hidup ini pilihan.
Mungkin ini zaman wanita yang bekerjaya sahaja dipandang tinggi. Saya percaya tak semua yang berpendapat sebegitu. Jangan lupa Ini juga aturan Allah sayangku.
Hati-hati bila berbicara Setiap perbuatan baik dan buruk akan dihisab di akhirat.
Pilu rasanya bila terpaksa berjauhan dengan keluarga, tak boleh digambarkan kesedihan lebih-lebih lagi bila berpisah antara negara lain.
Seperti kisah ibu dan bayi lelakinya ini terpaksa berjauhan selama 5 bulan akibat COVID-19 yang berpunca dari sekatan masuk keluar negara lain di negara masing-masing. Jom ikuti kisah mereka.
“Irfan, ini adalah ibu,” ungkapan pertama seorang ibu apabila dapat memangku anak bongsunya di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Songkhla hari ini.
Dengan linangan air mata, ibu muda Nurhalisa Jehawee, 18, mendukung bayi lelaki berusia lima bulan yang terpisah susulan penularan pandemik COVID-19 sekali gus menyebabkan penutupan sempadan Malaysia-Thailand.
“Saya sangat gembira. Akhirnya, dapat mendukung anak saya buat kali pertama selepas lima bulan. Saya dan keluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi membantu dan menderma kepada kami.
“Ia membantu kami melangsaikan bil hospital dan membawa pulang Irfan ke pangkuan kami,” katanya kepada Bernama.
Hasil bantuan dan derma orang ramai, Nurhalisa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Kajang dan suaminya Muhammad Tifyoleah, 28, berjaya mengumpul wang untuk menyelesaikan bil hospital termasuk kos bersalin berjumlah hampir RM30,000.
Irfan dilahirkan ketika kandungan ibunya berusia tujuh bulan di Hospital Kajang pada 27 Feb lepas, namun terpaksa meninggalkan Irfan yang ketika itu di bawah pemantauan doktor, untuk memperbaharui visanya dan suami yang tamat tempoh pada 18 Mac lepas.
Susulan COVID-19 dan penutupan pintu sempadan Malaysia-Thailand, pasangan itu tidak dapat kembali semula ke Malaysia untuk mengambil anak bongsu mereka di Hospital Kajang.
Irfan diiringi dua jururawat dari Hospital Kajang bertolak pada pukul 8.45 malam tadi dan tiba di CIQ Sadao pada pagi ini, kemudiannya dibawa ke Hospital Pattani untuk pemeriksaan lanjut.
Bayi berkenaan akan menjalani kuarantin wajib bagi warga Thai yang pulang dari luar negara.