Teringat Ramadan yang lalu, alang-alang kita masak untuk keluarga mesti kita lebihkan kuantitinya untuk diberi pada jiran-jiran dengan niat bersedekah.
Malah bertambah meriah amalan bersedekah ini jika dilihat di masjid-masjid.
Namun Ramadan ini, bagaimanalah keadaannya bila kita semua makan di rumah dan tidak boleh keluar bertemu orang yang susah untuk menderma makanan dan sebagainya kepada yang memerlukan.
Ini sebagiamana nukilan sahabat kita saudara Azizul Azli Ahmad.
Ini perkongsiannya.
Dulu jika kita tiada makanan berbuka, kita boleh sahaja tumpang disurau dan dimasjid bulan puasa begini.
Makanan di masjid atau surau alhamdulilah baik dan menyelerakan buat kita.
Saya sukakan suasana ini, kita akan jumpa dengan semua tetangga kita.
Saya banyak kali menulis dapat berjumpa anak pemandu lori, tukang sayur, anak yang ibubapa diberhentikan kerja . Kami berbuka makan semeja.
Hari ini kita tak jumpa lagi, semua orang berbuka dirumah masing masing.
Makanan ini jika tak habis, anak anak kecil atau wanita selepas solat terawih akan tunggu atau ambil lebihan lauk berbuka tadi.
Ads
Masih baik dan boleh dimakan lagi sahur nanti.
Saya suka melihat ini, budaya berbahagi makanan sepanjang Ramadan untuk jemaah yang datang.
Kawan kawan yang baik,
Waktu ini kita akan nampak, orang berlumba lumba buat kebijakkan membantu sesama manusia.
Hari ini, semua itu tiada lagi.
Semua orang berbuka dirumah masing masing. Kita tak tahu siapa yang susah atau tiada makanan dirumah mereka.
Orang yang benar benar miskin dan susah. Tidak keluar meminta minta.
Mereka ada maruah.
Ads
Kita yang sihat dan senang inilah, harus bawa kereta mewah kita mencari siapa yang layak kita santuni.
Tanggujawab kita yang senang, mencari orang susah. Itu asasnya.
Maka hari ini, berita sedih buat semua orang yang cintakan usaha kebajikan.
Bila ada yang tak suka, mereka boleh guna apa sahaja hujah untuk gagalkan usaha baik orang lain.
Kawan kawan yang mulia,
Jika kita tak boleh bantu dengan wang ringgit. Bantulah dengan doa.
Ads
Lihatlah usaha lelaki ini. Dia sanggup masuk kemana mana mencari orang yang susah. Saya sendiri kagum dan tak mampu lakukan ini.
Kita boleh guna apa sahaja hujah agama, amalan, keselamatan atau kesihatan sekalipun. Tetapi dalam menegur, tegurlah dengan penuh hikmah.
Tidak perlu guna sosial media menegur atau menghina. Ia mematikan usaha orang lain untuk buat kebajikan.
Malam Ramadan yang mulia ini, tanya diri kita. Apa sumbangan kita buat kebaikan beragama.
Kita membenci orang buat kebaikan atau kita bersetuju dengan kemungkaran.
Jika hendak tinggalkan rumah dalam tempoh yang lama wajib letak duit siling dalam freezer. Sesuai sangat tip ini dipraktikkan ketika ingin pulang ke kampung semasa musim perayaan mahupun pergi bercuti dalam tempoh yang lama.
Apabila kita meninggalkan rumah dalam jangka waktu yang lama, sudah tentulah kita akan tutup semua lampu-lampu dan plug untuk keselamatan selain mengelak pembaziran. Kebiasaannya kita tidak akan menutup suis peti sejuk dan dibiarkan selama 24 jam bagi menjamin kesegaran makanan yang ada dalam peti sejuk.
Namun apa yang akan terjadi jika dalam masa lima hari kita tinggalkan rumah, rupa-rupanya tiga hari pertama itu rumah kita ‘blackout’ tapi semasa kita sudah balik, elektrik sudah kembali pulih. Apa yang terjadi pada peti sejuk kita sepanjang tiada elektrik? Berikut perkongsian daripada Rizzal Abdullah.
Ramai orang tidak tahu apakah tujuan sebenar perkara ini dilakukan. Perkara ini sangat penting tapi ramai yang tidak buat. Sebenarnya jika kita meninggalkan rumah dalam tempoh yang lama, kita tidak tahu bilakah kalau ada gangguan bekalan elektrik di rumah? Kalau ada gangguan bekalan elektrik kita sendiri pun tidak tahu berapa lama sebelum elektrik sambung balik?.
Pernah tak kita terfikir tentang stok barang basah seperti ayam, ikan, daging dalam peti sejuk? Nugget, sosej dan daging burger pula bagaimana? Kalau bekalan terputus selama 2-3 jam tidak mengapalah bagaimana pula kalau sehari suntuk atau berhari-hari? Kita mesti fikirkan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku sepanjang ketiadaan kita di rumah.
Kalau semua bahan-bahan mentah itu sudah defrost dan dibiarkan terlalu lama, ia akan mula rosak. Selepas elektrik sambung semula, peti sejuk (freezer) akan bekukan semula semua bahan-bahan mentah itu. Mungkin ada bahan-bahan itu sudah rosak dan kita tidak perasan.
Betul juga. Kalau tak perasan rasa macam masih elok lagi (sebab masih beku), masak buat kari selepas itu makan. Bahan mentah yang telah rosak akan menyebabkan keracunan makanan.
Apa kaitan dengan duit syiling? Jika hendak tinggal rumah dalam tempoh yang lama, jangan lupa letak duit syiling dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku (freezer).
Barang yang diperlukan:
Syiling
Gelas plastik yang lut sinar
Air
Apa perlu buat:
*Mula-mula isi air dalam gelas plastik 3/4 penuh dan letak dalam freezer. Biar jadi ais.
*Selepas itu letak duit syiling di atas ais itu.
*Setiap kali balik ke rumah selepas cuti panjang, check syiling dalam gelas itu.
*Kalau syiling itu masih di atas, bermakna mungkin tiada gangguan elektrik. Bagus!
*Tapi kalau syiling itu di lantai bekas (bahagian bawah bekas) bermakna ais itu sudah pernah cair sepenuhnya. Mungkin terdapat gangguan elektrik yang lama.
*Buang sahajalah semua bahan makanan atau minuman yang berkemungkinan besar sudah rosak. Good indicator to check all your food supply inside your freezer. Jangan ambil mudah, pilih jalan yang paling selamat.
Islam sangat mengambil berat tentang permakanan yang baik, bersih, suci, selamat serta halal. Makanan merupakan suatu keperluan asas harian yang diperlukan oleh manusia. Maka sebab itulah kita perlu menitikberatkan soal kebersihan sumber makanan serta ianya selamat dimakan atau tidak.
Moga perkongsian ini membantu kita memelihara kesihatan kerana Islam sendiri amat menitikberatkan soal penjagaan kesihatan. Sumber makanan yang baik juga mencerminkan keperibadiaan seseorang insan.
Pernah tak bila kita atau orang lain beli sesuatu, mesti akan diusiknya! Dah macam jadi habit pula. Kalau mengusik untuk meraikan bersama mereka ok lagi, tapi kalau mengusik untuk dibanding dan dikritik tu yang bahayanya! Dah sama level dengan makcik bawang!
AWAS YE!!! Kita tak tahu keupayaan seseorang tu untuk mendapatkan sesuatu yang mereka ingini, malah setiap orang mempunyai citarasa masing-masing untuk memenuhi kehendak mereka. Jadi, kita sebagai orang luar ni, selayaknya turut sama berkongsi kegembiraan bersama mereka. Bukannya dengan merendahkan lagi. Ok?
Misalnya seperti yang dikongsikan oleh Nuraisyah Abu Husin ni. Jom ikuti perkongsiannya.
MASYARAKAT KITA DAH TENAT
semalam staff sya beli gelang emas baru, tp dekat office dia mcm sorok2 tangan.. staff sorg lagi bagitahu, dia beli gelang baru tapi malu kalau bos nampak sebab bos pun xpakai emas.
I was like? seriously? kenapa pulak? apa kena mengena dgn aku?
Then masa lunch sya tegur dia, cantiknye gelang ! Dia malu2.. dia cakap ala murah je bos, kita simpan2 duit beli.. malu nak tunjuk ke org, nnt org cakap org kaya pun xpakai gelang mcmni.. bos pakai gelang nipis je tu.. tu kat fb ramai org kecam org kaya vs org miskin. yg kaya minum kopi mamak, yg miskin minum starbuck.
Hahhahahaha aku cam nak berguling gelak.. kau dah kenapa?
Papepun, masyarakat kita ni yg punca jadinya kita asik membeza2. Yg beli pakai hasil titik peluh sendiri pun jadi malu nk reward diri. Takut dilabel mcm2. Kesian staff sya.
Apa je makcik bawang kat malaysia ni tak compare? bukan setakat gelang emas, susu tepung vs breastfeeding, beranak normal vs czer, bersalin swasta vs gomen. anak sipolan dapat straight A’s, anak kau 1 A pun takde. Surirumah vs wanite berkerja. Haiihhh tu belum ada apa2 isu hangat, berduyun2 mak2 bawang mengecam mcm semua confirm ahli syurga..
Apa2 pun, just be yourself. Biarlah apa org nak kata, dorg hanya boleh berkata2. Selagi kita tak susahkan org, you are on the right track.
Minat kita lain2. Ada org suka bag branded, ada org suka emas, ada org suka travel, ada org suka modify kereta, ada org suka basikal sampai beribu2, ada org suka masak kat rumah and ada yg suka food hunting kat luar, so what? tapi yg plg hina is ada org kejenye asik membawang psl org 🤣
Ingat ni, kekayaan yg paling mahal adalah hati yg tenang dan bahagia. bahagialah dgn cara anda sendiri, tu paling penting.
Hablum minallah hablum minannas gais !
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Boleh dikatakan hari-hari kita akan menggunakan minyak masak untuk menyediakan hidangan dan umumnya kita tidak akan menggunakan minyak tersebut berulang kali demi menjaga kesihatan.
Jika dahulu lebihan minyak masak akan dibuang begitu sahaja, namun kini tahukah anda minyak masak tersebut boleh dijual dan mendatangkan sumber rezeki yang lumayan untuk diusahakan dengan serius. Selain boleh di kitar semula untuk dijadikan bahan seperti biodiesel, ia juga boleh digunakan untuk membuat lilin, pencuci, sabun serta makanan haiwan.
Ini sebagaimana memetik berita di Bernama yang berkongsi kisah seorang ayah yang berkerja sebagai pekerja kilang elektronik Mohd Rosdi Abu Bakar,48, yang menetap di Butterworth dan menjalankan perniagaan minyak masak terpakai secara sambilan sejak enam bulan lepas.
“Sebelum ini saya hanya lihat kawan yang buat jual minyak masak terpakai ini. Ada yang sudah 20 tahun lakukan perkara ini.
“Saya cuba tetapi separuh masa sahaja iaitu pada setiap hari Ahad. Pada hari itu saya akan ambil minyak masak terpakai ini dari pelanggan dan beli dengan mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
Bantu Ekonomi Keluarga
Meskipun hanya dibuat secara sambilan iaitu sewaktu beliau cuti dari kerja, Mohd Rosdi tidak menyangka pendapatan yang diterima agak lumayan sehingga boleh mencapai sekitar RM3,000 setiap bulan.
Minyak masak terpakai yang dikumpulnya kira-kira setan sebulan dibeli oleh syarikat Airil Global Resources yang beroperasi di Kulim, Kedah.
Berkongsi tentang pembabitannya dalam perniagaan itu, Mohd Rosdi berkata beliau memperolehi pelanggan menerusi iklan untuk membeli minyak masak terpakai di laman Facebook.
“Ramai yang menghubungi dan bertanya memang boleh ke jual ke minyak masak terpakai ini. Tidak dinafikan ramai yang tidak tahu minyak masak yang sudah diguna ini boleh dijual semula dan ada kegunaannya.
“Saya pergi sendiri ke rumah pelanggan yang mahu menjual minyak masak mereka. Setakat ini, pelanggan saya adalah dari kalangan suri rumah, peniaga restoran, kedai makan dan peniaga pasar malam, ” katanya sambil menambah, pelanggannya adalah dari seluruh Pulau Pinang, Sungai Petani dan Padang Serai, Kedah.
Menurut Mohd Rosdi yang berasal dari Terengganu, harga bagi minyak masak terpakai yang diambil dari pelanggannya adalah antara RM1.50 untuk satu kilogram hingga 49 kilogram(kg), RM1.60 bagi 50kg ke atas dan RM1.80 untuk 100kg ke atas.
Optimis dengan penjualan minyak masak terpakai yang dapat membantu ekonomi keluarganya, bapa kepada lima orang cahaya mata itu berkata, sasarannya kini adalah untuk mendapatkan 100 pelanggan tetap yang terdiri daripada kalangan peniaga.
Sasaran tersebut akan membolehkan beliau meraih pendapatan sehingga RM9,000 sebulan dan jika tercapai, beliau berhasrat mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap perniagaan berkenaan.
Kelebihan Minyak Terpakai
Terdapat banyak faktor yang membuatkan ramai tidak menyedari akan kelebihan minyak masak terpakai ini.
Antaranya, kurangnya promosi serta pendedahan yang tidak meluas kepada golongan sasaran seperti suri rumah dan peniaga kedai makan.
Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Perhutanan Dan Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd Yusoff Ishak, faktor harga belian minyak masak terpakai yang agak murah juga menjadikan ia tidak menarik perhatan ramai.
“Contohnya, harga belian minyak masak terpakai yang ditawarkan sekitar RM1 sekilogram mungkin kelihatan kurang menarik minat orang ramai. Selain itu, sistem sokongan serta kemudahan untuk orang awam yang berminat mengumpul dan menjual minyak masak terpakai masih belum meyakinkan.
“Ini termasuklah ketidakseragaman daripada segi operasi kitar semula yang masih lagi dilihat sebagai aktiviti bersifat kecilan dan murahan. Isu piawaian mutu biodiesel berdasarkan American Biodiesel Standard ASTM D6751 juga menjadi punca tidak ramai pemain industri yang berani menceburi bidang ini secara telus,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, apabila teknologi penukaran minyak masak terpakai menjadi semakin ringkas dan lebih ramai pengusaha terlibat dalam industri minyak masak terpakai, cabaran tersebut boleh diatasi dan kesedaran orang awam boleh dipertingkatkan lagi.
Dijadikan biodiesel
Antara manfaat utama sering didengari berhubung kegunaan minyak masak terpakai ini adalah ia boleh dijadikan biodiesel.
Menurut Mohd Yusoff, minyak masak terpakai lazimnya akan dikumpul dan ditapis melalui beberapa peringkat sebelum melalui proses kimia untuk dijadikan bahan api kenderaan atau biodiesel.
“Minyak masak terpakai bertapis akan melalui proses kimia yang dikenali dengan nama transesterifikasi yang dilaksanakan dengan bantuan pelbagai katalis (pemangkin) bersifat asid, alkali dan enzim dalam proses homogeneous atau heterogeneous (satu proses dalam fasa fizikal-kimia yang sama serta fasa fizikal-kimia yang berlainan).
“Proses penukaran minyak masak terpakai kepada biodiesel adalah proses yang rumit, memakan kos dan bahan api,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, UPM turut membuat penyelidikan dan berjaya membangunkan minyak masak sebagai biodiesel bagi kegunaan mesin dan jentera kenderaan.
Menurut Mohd Yusoff, teknologi di UPM adalah hasil kajian selama lima tahun oleh penyelidik Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul.
“Sebagai makluman, enjin diesel tidak memerlukan pengubahsuaian bagi menggunakan biodiesel memandangkan hanya 10 peratus biodiesel diperlukan untuk dicampurkan dengan 90 peratus diesel (B10) sebelum digunakan,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai yang berminat boleh menjual minyak masak terpakai ke loji pepandu di Kampus UPM Serdang pada harga RM1 sekilogram.
“Secara amnya, 100 liter minyak masak terpakai boleh menghasilkan 90 liter biodisel dan 10 liter gliserol dan prosesnya memakan masa selama enam jam,” jelasnya.
Program Trash to Cash
Dalam memupuk kesedaran, peranan dan kerjasama semua pihak penting bagi memastikan minyak masak terpakai tidak dibuang di tempat tidak sepatutnya seperti sinki dapur dan longkang.
Tindakan ini akan hanya yang menyumbang kepada masalah sinki dapur tersumbat sekaligus turut menjadi punca kepada sistem pembentungan tersumbat.
Justeru sebuah syarikat yang membeli minyak masak terpakai iaitu syarikat NKH Bio Solution, milik bumiputera yang berpejabat di Bangi, Selangor, turut memainkan peranan dalam usaha menyedarkan masyarakat dengan menjalin kerjasama bersama beberapa Badan Pengurusan Bersama (JMB) di kediaman di negeri Selangor menerusi program Trash To Cash.
Eksekutif Jualan syarikat itu Rozaimi Salleh memberitahu Bernama, program Trash To Cash anjuran JMB Residensi Puchongmas membolehkan penduduk di situ menjual terus minyak masak terpakai mereka kepada syarikatnya secara langsung.
“Bagi program Trash To Cash, kami tetapkan satu tarikh sesuai dan akan datang mengambil minyak masak terpakai dari penduduk. Harga untuk sekilogram minyak masak terpakai adalah RM2.50 dan kita bayar terus kepada penduduk. Jadi penduduk dapat menjana pendapatan selain dapat melahirkan penduduk yang hidup dalam persekitaran selamat dan sihat,” katanya
Menurut Rozaimi, hasil kutipan minyak masak terpakai akan dijual kepada pihak kontraktor bertauliah.
Beliau menambah, syarikat itu dapat mengutip minyak masak terpakai kira-kira 140 tan sebulan, meliputi kutipan dari Selangor, Terengganu, Perlis, Pulau Pinang serta Johor.
Kesemua minyak berkenaan akan diproses untuk menjadi biodiesel serta dieksport ke negara Eropah, antaranya United Kingdom dan Perancis.
Menyentuh tentang kesedaran, Rozaimi berkata kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang penggunaan minyak masak yang selamat banyak bergantung kepada tahap kefahaman individu akan penggunaan minyak masak yang betul oleh setiap isi rumah.
“Boleh dikatakan kesedaran warga kota lebih tinggi mungkin disebabkan lebih terdedah dengan kempen kesedaran penggunaan minyak masak yang selamat dan kesedaran amalan kitar semula minyak masak terpakai untuk biodiesel.
“Namun kesedaran peniaga berkaitan tahap penggunaan minyak masak yang selamat adalah amat rendah sama ada di bandar atau di kawasan luar bandar. Ini membahayakan pembeli yang membeli makanan yang menggunakan minyak masak melebihi had sepatutnya.
“Maka kempen kesedaran dalam kalangan peniaga perlu dilaksanakan untuk menjamin kesihatan awam yang lebih baik,” katanya.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...