“Semua Seperti Keluarga…”- Wanita Ni Berbaju Sedondon Dengan 61 Ekor Kucing Di Pagi Raya!

Bagi setiap pencinta kucing tentunya dapat merasai  betapa kehadiran si bulus ini bukan sekadar haiwan peliharaan yang bersifat manja untuk dibelai, malah kucing yang dipelihara itu sering dianggap sebagai ahli keluarga sendiri. Nyata ‘pertalian’ yang wujud begitu istimewa dan begitulah juga yang dirasai oleh Raziellia Nor Saafri yang menetap di Batu Maung, Penang.

 

 

Perasaan ini begitu unik. Jika tidak mana mungkin timbul idea buat Raziellia untuk berbaju sedondon bersama anak-anak bulusnya yang sebanyak 61 ekor ketika sambutan Hari Raya baru-baru ini. Perkongsian video di media sosial bersama anak-anak bulus yang segak berbaju dan bersamping rona ungu benar-benar mencuri perhatian umum.

“Semua Seperti Keluarga…”- Wanita Ni Berbaju Sedondon Dengan 61 Ekor Kucing Di Hari Raya!

 

@cats.territory Replying to @naamel1 Penuh rumah kalau majikan kita p beraya ni. Terlebih meriah. Get reay acik ankel, majikan nak p kutip duit raya 🤣 #kucingkakaklia ♬ HELLO SELAMAT HARI RAYA – jeojeo ˘͈ᵕ˘͈

Difahamkan semua baju kucing tersebut dijahit sendiri oleh ibunya dengan menggunakan 17 meter kain pasang.

“Saya jaga 61 kucing kebanyakannya diselamatkan di jalanan dan ada baka Domestic Short Hair serta tiga kucing berbaka Persian. Semua kucing sudah dianggap seperti keluarga dan tidak akan dilupakan pada Aidilfitri ini, malah mereka juga ada baju raya.

“Ini tahun pertama semua kucing beraya dengan baju raya kerana tahun lalu baju raya mereka tidak sempat siap. Semua baju itu ibu yang jahit, kami guna 17 meter kain yang semeter berharga RM2 dan memang lebih jimat jahit sendiri,” jelasnya.

IKLAN

“Semua Seperti Keluarga…”- Wanita Ni Berbaju Sedondon Dengan 61 Ekor Kucing Di Hari Raya!

Tambahnya lagi, diikutkan dia sudah lama memasang niat untuk memakaikan semua kucing pelihraannya baju raya, namun kekangan masa menyebabkan hasratnya  selalu tertangguh.

“Tahun ini memang bersungguh-sungguh supaya hasrat itu menjadi kenyataan dan semua baju raya kucing sudah dijahit ibu lebih awal, sejak dua bulan sebelum Ramadan,” katanya.

 

 

Ambil Masa Pakaikan Baju Raya

Raziellia berkata, dia mengambil masa 30 minit untuk menyiapkan 61 kucing dengan mengakui ia agak sukar untuk beberapa kucing saja, manakala selebihnya mudah dipakaikan baju.

IKLAN

“Saya mula siapkan mereka pada jam 10 pagi tetapi keadaan cuaca ketika ini menjadi cabaran dan saya tidak boleh membiarkan kucing pakai baju terlalu lama sebab panas,” katanya mengakui tidak berasa terbeban melakukan usaha itu.

Katanya, dia menyimpan impian untuk mempunyai tempat perlindungan kucing untuk menempatkan haiwan jalanan yang kurang bernasib baik supaya kebajikan dan keselamatan mereka terbela.

“Saya pencinta kucing dan bercita-cita mempunyai tempat perlindungan kucing sendiri. Saya berharap dapat menyelamatkan lebih banyak kucing yang kurang bernasib baik,” katanya sebagaimana memetik di Harian Metro.

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Semua Seperti Keluarga…”- Wanita Ni Berbaju Sedondon Dengan 61 Ekor Kucing Di Hari Raya!

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI