Hujan lebat berterusan membawa khabar duka kepada penduduk Kampung Bukit Apit, Ajil, Kuala Berang Terengganu apabila kejadian tanah runtuh hari ini meragut nyawa dua beradik.
Mangsa, Puteri Sajidah Azman, 16, dan adiknya Siti Fatimah, 13, ditemukan tidak bernyawa oleh pasukan penyelamat, masing-masing pada jam 6.32 petang dan 6.59 petang. Kejadian tragis itu turut melibatkan abang mereka, Uzair, 17, yang ditemukan selamat lebih awal pada jam 5.17 petang.
Tanah runtuh yang berlaku sekitar jam 4.30 petang itu mengejutkan penduduk kampung, yang tidak menyangka musim hujan kali ini akan membawa malapetaka sebegini.
“Saya dengar suara meminta tolong, tapi saya tak dapat buat apa-apa sebab tak tahu mereka ada di mana,” kata Danial Arabi, 36, jiran kepada keluarga mangsa, yang menjadi saksi pertama selepas kejadian.
Ads
Menurut Danial, keadaan ketika itu sangat mencemaskan. Hujan lebat dan tanah yang terus bergerak membuatkan usaha menyelamat menjadi sukar.
Danial Arabi, 36, jiran kepada keluarga mangsa
“Semuanya berlaku terlalu pantas. Kami tak pernah sangka kawasan rumah mereka yang nampak selamat ini boleh terkena tanah runtuh,” tambahnya dengan nada sebak.
Ads
Tragedi ini menimbulkan kesedihan mendalam buat seluruh penduduk kampung, yang rata-rata tidak menyangka bencana tanah runtuh boleh terjadi di kawasan mereka. Musim hujan yang biasanya dinanti-nantikan untuk menyuburkan tanah, kali ini menjadi penyebab kehilangan dua nyawa muda yang masih punya banyak impian.
Pasukan penyelamat kini masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca tanah runtuh. Penduduk sekitar dinasihatkan untuk terus berhati-hati, terutama dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.
Ads
Duka yang sukar dilupakan ini meninggalkan parut mendalam, bukan hanya buat keluarga mangsa tetapi juga komuniti kecil Kampung Bukit Apit yang terkejut dengan insiden itu.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga.
Sumber: Harian Metro & Bernama
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ada waktunya, kita sebagai ibu bapa diam seketika memerhati anak bermain dan tanpa sedar, fikiran melayang ke zaman kecil kita sendiri. Balik sekolah, main sampai senja, dunia terasa luas walaupun sekadar halaman rumah.
Namun anak-anak hari ini membesar dalam realiti yang berbeza. Dunia mereka lebih pantas, luas, lebih tersusun dan sarat dengan rangsangan.
Rutin harian seperti aktiviti bermain yang dirancang, rangsangan pembelajaran awal serta pendedahan kepada teknologi asas menjadi sebahagian pengalaman membesar yang membantu membentuk perkembangan emosi, sosial dan personaliti mereka sejak kecil.
Semua ini merupakan pengalaman kanak-kanak moden yang penuh dengan peluang, tetapi juga hadir dengan cabaran tersendiri.
Sebagai ibu bapa, kita mungkin tidak mampu mengubah persekitaran tersebut. Tetapi kita boleh memilih bagaimana untuk menyokong perkembangan mereka dari dalam diri.
Kanak-kanak masa kini bukan sahaja aktif secara mental, malah sentiasa terdedah kepada rangsangan visual dan maklumat.
Penggunaan gajet yang menjadi medium pembelajaran dan hiburan membuatkan mata bekerja lebih keras, manakala aktiviti berstruktur pula kadangkala mengurangkan masa bermain bebas di luar rumah.
Apabila ruang untuk berlari, memanjat dan meneroka secara spontan semakin terbatas, perkembangan fizikal dan koordinasi juga memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapa.
Pada masa yang sama, tuntutan pembelajaran dan rangsangan berterusan boleh membuatkan anak cepat letih atau sukar mengekalkan fokus.
Situasi ini menunjukkan bahawa perkembangan kanak-kanak hari ini tidak boleh dilihat daripada satu sudut sahaja. Kesihatan otak, kecergasan tubuh dan kesejahteraan mata semuanya saling berkait dalam membantu anak menjalani kehidupan harian mereka dengan baik.
Pemakanan yang seimbang memainkan peranan penting dalam menyokong perkembangan menyeluruh kanak-kanak, bukan sahaja untuk memenuhi keperluan harian mereka, malah sebagai asas menghadapi masa depan.
Dalam dunia yang semakin pantas dan sarat rangsangan, sokongan nutrisi yang tepat membantu anak membina keupayaan kognitif, kekuatan fizikal serta kesihatan visual yang diperlukan untuk terus belajar dan meneroka.
Kesihatan otak, misalnya, menjadi tunjang kepada proses pembelajaran, daya ingatan dan keupayaan anak mengekalkan fokus dalam pelbagai situasi.
Pada masa yang sama, perkembangan fizikal membantu mereka bergerak dengan lebih aktif, membina stamina serta keyakinan diri ketika berinteraksi dengan persekitaran.
Tidak kurang pentingnya ialah kesihatan mata, yang kini memainkan peranan semakin besar dalam kehidupan kanak-kanak. Keupayaan memberi tumpuan, membaca dengan selesa serta mengikuti pembelajaran berasaskan skrin semuanya berkait rapat dengan kesejahteraan visual mereka.
Memahami perubahan dalam dunia kanak-kanak hari ini, Fernleaf telah menambah baik Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-Kanak dengan Nutrisi SmartGro™ yang dirumus khas bagi menyokong perkembangan menyeluruh kanak-kanak merangkumi otak, mata, dan tubuh.
Formulasi ini diperkaya dengan:
c.) Protein & 100% Kalsium yang penting dalam menyokong pertumbuhan fizikal serta kekuatan badan.
Gabungan nutrisi ini menjadikan Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-Kanak Fernleaf dengan Nutrisi SmartGro™ satu pilihan yang selari dengan keperluan kanak-kanak masa kini.
Ia ditawarkan untuk kanak-kanak berusia 1–3 tahun dan 4–6 tahun, dengan pilihan perisa Plain, Honey serta Chocolate (untuk 4–6 tahun) bagi memudahkan ibu bapa memilih mengikut kesukaan anak.
Akhirnya, membesarkan anak dalam dunia yang sentiasa berubah mungkin terasa mencabar. Tetapi di sebalik semua perubahan itu, satu perkara kekal sama iaitu kasih sayang dan usaha ibu bapa untuk memberikan yang terbaik.
Kerana setiap langkah kecil yang kita ambil hari ini, termasuk pilihan nutrisi, merupakan sebahagian daripada perjalanan panjang anak menuju masa depan mereka. Anak membesar hanya sekali. Pastikan mereka mendapat sokongan yang terbaik sepanjang perjalanan itu.
Jika di zaman 90-an dulu, pengangkutan awam ini paling ramai dinaiki terutamanya jika mahu ke ibu kota Kuala Lumpur. Ramai yang tidak sanggup untuk menempuh kesesakan ibu kota yang akan memakan masa perjalanan yang lama.
Namun hari ini, ramai di antara anak-anak muda tidak pernah menaikinya walaupun perkhidmatan ini menawarkan penjimatan waktu untuk ke destinasi yang dituju dengan tambang yang murah.
Mengambil peluang cuti sekolah, penyanyi dan pelakon Elyana serta suaminya, Khairul Anuar Husin telah meluangkan masa bersama keluarga menaiki pengangkutan awam perkhidmatan transit aliran ringan (LRT)
Menurut Elyana, ini adalah inisiatifnya dan suami untuk mengajar anak-anak menggunakan pengangkutan awam.
Bila terkenang semula zaman menaiki pengangkutan awam ini memang lucu. Ada yang tertinggal bas, ada yang terpaksa menapak lama kerana bas tidak kunjung tiba dan ada yang sampai kejung kaki sebab terpaksa berdiri lama.
Tapi itu semuanya adalah memori terindah yang tidak mungkin dilupakan. Muda-mudi zaman sekarang mungkin tidak dapat merasai pengalaman itu kerana terlalu bergantung pada kenderaan sendiri.
Mesti Baca :
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap penumpang pesawat pastinya mempunyai perasaan gemuruh setiap kali menaiki pesawat kan? Apa tidaknya, pesawat adalah kenderaan yang paling kurang tercetus kemalangan tetapi apabila berlaku, ianya akan menjadi tragedi.
Cuba bayangkan anda di dalam pesawat dan berlaku sesuatu, pastinya perasaan panik itu sukar dibendung lebih-lebih lagi untuk memberhentikan pesawat bukanlah sesuatu yang mudah.
Seperti yang terjadi bru-baru ini, sebuah penerbangan tambang murah ke Singapura telah mengalami kebakaran kecil di bahagian kabin selepas pengecas mudah alih atau ‘power bank’ meletup di Taiwan pada Isnin lalu.
Rakaman kejadian tersebut dikongsikan di media sosial dan kelihatan pramugari syarikat penerbangan itu sedaya upaya mencuba untuk menenangkan penumpang yang panik akibat api yang tercetus.
Difahamkan, insiden itu terjadi apabila asap daripada ‘power bank’ yang meletup memenuhi kawasan kabin sehingga memaksa kesemua 189 penumpang beserta kru untuk mengosongkan pesawat tersebut.
Dua penumpang penerbangan yang dijadualkan berlepas pada jam 7:35 malam waktu tempatan mengalami lecur ringan manakala penumpang lain terselamat daripada kebakaran tersebut.
Ini kerana, api berjaya dipadam sebelum marak dan pesawat kembali berada dalam keadaan selamat namun juruterbang mengambil keputusan untuk tidak meneruskan jadual penerbangan.
Bukan itu saja, disebabkan tindakan pantas kru pesawat tersebut mendapat pujian kerana mereka berjaya mengawal situasi insiden berkenaan dengan profesional dan terkawal.
Bagi yang membawa power bank, anda dinasihatkan untuk memeriksa powerbank anda sama ada dalam keadaan baik sebelum membawanya ke mana-mana bagi mengelakkan situasi tidak diingi terjadi.