Alangkah sedapnya jika pada waktu-waktu begini boleh menikmati cendol yang lemak manis rasanya untuk menyegarkan tekak yang dahaga. Sambil-sambil itu pula dapat bersantai di bawah pokok menikmati angin petang. Alangkah nikmatnya! Namun di mana hendak dicari pada waktu-waktu PKP ni?
Jadi apa kata kita buat sendiri sahaja dan nikmatinya di laman rumah. Memandangkan untuk menyediakan cendol ini tidaklah susah mana. Ini sebagaimana resipi yang dikongsikan oleh Shida Ambok di facebook yang mendapat perhatian warganet.
Ingatkan susah buat minuman cendol ini dan siapa sangka untuk membuatnya tidak memerlukan masa yang lama dan cukup ringkas. Nak tahu resipinya, ini perkongsian penuh daripada Shida. Semoga bermanfaat.
RESEPI MUDAH CENDOL PUAS MAKAN SENDIRI
Lunch semalam gi kedai nak kasi mask kat kakak. Tak sangka dapat resepi cendol dari pekerja dia. Jadi terus buat petangnya tu jadi arini Shida share resepi kat korang.
Cendol
Bahan-bahan
Ads
1.5 kg Cendol segera
1tin susu sejat
1tin santan pekat
Secubit garam
Gula melaka /Gula merah
Ais
Cara-cara
1. Nak lebih umph pakai santan kelapa parut yang diblend sampai jadi halus dan ditapis perah ambil santannya. Tapi Shida pakai santan kotak je la.
2.Ambil 1 tin susu sejat campur dengan santan pekat tadi anggaran 1tin. (Nisbah1:1)
3.Kacau dan campurkan secubit garam untuk naikkan rasa.
4.Cairkan gula melaka/ gula merah di atas api dengan sedikit air. Setelah larut tutup api dan tapis.
5.Untuk penyediaan isikan cendol, gula melaka diikuti santan mengikut selera. Lebih sedap ditambah ais.
Ads
Senang je rupanya. Tapiii rasa dia mengancam betul. Buat petang tadi one shot habis terus. Anak-anak semua cakap sedap
Umum mengetahui bahawa bekas penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman, kini didakwa atas tuduhan mengedar dadah jenis kanabis. Dia kini ditahan di Penjara Sungai Buloh.
Terbaru menerusi Instagram miliknya, paparan muat naik sebuah lagu baharu ciptaannya ketika di sana. Difahamkan kini akaun Instagramnya dikendalikan oleh ahli keluarganya.
“Lagu ini dicipta oleh Yasin semasa di Penjara Sungai Buloh. Yasin meminta lirik lagu ini dikongsikan di instagram untuk sahabat, teman dan peminat.”
Lagu yang bertajuk ‘Bebaskan Aku’ mengambarkan meminta pertolongan dibebaskan dari tirai besi itu. Antara lirik lagu adalah:
“Bebaskan aku, Ku utuskan kata-kata di sebalik tirai besi, Tanpa dapat ku titiskan air mata sepi.
Bila ku katakan semuanya baik di sini, Ku tak ingin engkau rasa susah hati.
Hatiku berkecai seolah sudah tiada, Dan jiwaku ini terus meronta. Ingin bebas dan bersamamu semula.“
Untuk rekod, Yassin berdepab dengan kesalahan di bawah seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B (3) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan.
Penyanyi itu turut didakwa mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram di lokasi, masa dan tarikh sama.
Dia dituduh di bawah Seksyen 39B(1)(a) ADB dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) akta sama. Jika disabitkan kesalahan hendaklah dijatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, perlu disebat tidak kurang 15 kali.
Orang kata, kalau tangan sejenis berseni, buat apa pun menjadi. Demikian juga dengan Nani’s Makeover yang mengubah pasu bunga dengan menggunakan bekas sabun axion. Cukup menarik hasilnya. Memang kreatif betul empunya diri.
Jom kita lihat cara buatnya, mana tahu ibu-ibu nak cuba ‘tiru’ boleh buat sendiri di rumah nanti. Daripada buang begitu sahaja, lebih baik manfaatkannya kepada pasu kan.
Gambar sebelum.Gambar selepas.
Deko cara marhaen 🙈 Kita ni sejenis Penyayang 😝 Kita diy pasu guna bekas sabun axion. Masa nak buang tu terasa macam bekas sabun tu kata “abis madu, sepah dibuang” Insap Terus 😝 Step by step diy Ada pada gambar.
Cara membuat:
Saya guna bekas sabun axion yang tinggi sikit.Saya potong2 kotak buat bentuk pasu. Boleh juga potong bentuk lain ikut kreativiti semasingGuna hotglue, lekatkan pada bekas axion hingga penuhIsikan tempat kosong dengan kertas supaya padat. Kemudian balut guna seletip Bak kata org german.Saya guna bancuhan cat warna yg Kita suka dengan simen stopping. Bancuh hingga agak2 pekat untuk dapatkan tekstur seakan ceramic. Apply guna berus Dan biarkan kering.Kalo nak lawo sikit kononnya, dap2 cat yg dah dicampur air guna Kain lap kepasu. Orang Europe panggil gombalSiap!
“Serious sedap tak tipu”, “Daripada tak suka kopi jadi suka kopi…” Itu antara komen yang diberikan oleh warganet bila mencuba menyediakan minuman yang viral ini. Bukan sahaja rasanya dikatakan sedap malah kos untuk menyediakan minuman bercitarasa mewah ini dapat dinikmati dengan serendah RM3 sahaja.
Mungkin ada yang tidak percaya, tapi itulah yang dikongsikan oleh Nur Leayanna Juan di dalam group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official yang mendapat perhatian warganet.
Bahkan menurutnya, rasa minuman ini setanding Starbuck dan McCafe dan bahan yang digunakan pun tidak banyak
Jadi usah tunggu lagi, jom kita buat untuk dapat dinikmati bersama seisi kelaurga.
Bahan-bahan :
Full cream milk
1 sachet frenche roast ice latte
50ml air panas
Ais
Air 2 sudu besar makan
Cara penyediaan :
Langkah 1 : Letakkan 1 sachet ice latte dalam cawan lain yang dicampurkan dengan sedikit air panas (asal serbuk tersebut tenggelam) atau anggaran 50ml.