Senang Je Tanam Pelbagai Sayur, Tak Perlu Siram Selalu Tetap Subur Merimbun. Guna Baldi & Tapis Je, Jimat Ruang & Wang!

Share

Tanam kangkung dengan hanya menggunakan tapis dan baldi sebagai pilihan bagi anda tang  tak punya ruang tanah. Cara mudah dan menjimatkan kos malah hidup subur pula tu.

Menurut perkongsian daripada Petani Muda di Facebooknya kebanyakan tanaman sayuran jenis berdaun seperti sawi, salad, kailan daun sup, kobis dan pelbagai lagi boleh ditanam dengan menggunakan sistem fertigasi yang dibina dari tapis dan baldi ini.

Sebelum ini, saya berjaya menanam pokok cili dengan menggunkan sistem yang sama namun kaedahnya sedikit berbeza.

Hal ini mungkin disebabkan oleh cili merupakan tanaman jenis berbatang keras dan mempunyai saiz pokok yang agak besar. 

Kaedah ini nampak macam mudah namun ramai yang membuat kesilapan hingga menyebabkan tanaman yang diusakan tak menjadi. Antara kesalahan yang kerap dilakukan adalah:

1. PEMILIHAN MEDIUM YANG SALAH

Untuk sistem tanaman ini, tanah merupakan medium yang tidak sesuai. Ia memerlukan medium yang berupaya memang kelembapan untuk tempuh yang lama seperti sabut kelapa.

2. PENGGUNAAN BAJA

Kepekatan baja juga memainkan peranan yang penting. Untuk mendapatkan saiz dan hasil yang optimum, gunakan baja AB. “Macam saya 100% guna baja AB goncang”-Petani Muda

3. CAHAYA MATA HARI

WAJIB pastikan medium tidak kering. Oleh itu, pastikan bekas tanaman ini diletakkan di kawasan separa teduhan bagi mengelak kadar respirasi yang mendadak.

Sumber. Impiana

 

IKLAN