Terung jika dimasak goreng berlada, nyata keenakan dan kemanisan semulajadi terung tersebut benar-benar menawan selera buat penggemarnya. Ditambah pula dengan rasa pedas sambal, memberi gabungan rasa yang cukup sempurna hingga mampu menggoda selera buat kita makan bertambah!
Lihat sahaja masakan yang dikongsikan oleh Janna Hanie ini, nampak sungguh menyelerakan bukan?
Jika ada yang belum pernah sediakan menu ini, bolehlah menubanya hari ini. Menyediakannya cukup mudah dan tidak memerlukan bahan-bahan yang banyak.
Resepi terung goreng berlada
Ads
Bahan-bahan:
6 biji terung saiz sederhana dipotong dan digoreng
*10 biji cili padi hijau
(yang suka pedas boleh lebihkan cili padi)
Ads
*5biji cili besar campur hijau merah
*bawang putih 5 ulas
*bawang holland/besar separuh
Ads
(Kisar kasar/tumbuk semua bahan yang bertanda *)
Garam gula secukup rasa
Sos tiram 1 sudu
Cara-cara penyediaan
Panaskan minyak. tumis bahan kisar hingga naik minyak dan garing.
Masukkan sos tiram 1 sudu, garam, gula secukup rasa
Masukkan terung yang dah digoreng tadi. Kacau rata. Tutup api.
Siap dihidanghttps://www.youtube.com/watch?v=DIKU6Lp2OgM&t=637sBAHANBACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
Tau Fu Fah jika dapat dinikmati ketika berbuka memang enak rasanya. Bahkan menu seperti agar-agar mahu pun jeli kelapa juga tidak kurang istimewanya untuk dijadikan menu pemanis mulut.
Pun begitu dek kerana tiada bazar Ramadan tahun ini, nampak gaya kenalah kita buat sendiri.
Sebelum hendak menyediakan menu-menu tersebut, apa kata khatam dahulu formula sukatan air yang digunakan sebagaimana yang dikongsikan oleh Nik Aina ini. Semoga bermanfaat.
Korang pernah tak buat agar2 terkeras, kejong sungguh? Bila masak semula tambah air, terlembik sangat pulak? Pening nak ejas. Agar² dalam gambar ni contoh je.
Tak mesti kena guna jenama ni. Boleh guna jenama lain jugak. Yang penting sukatannya.
Ni saya nak share tips sukatan agar². Ni cara saya la. Untuk orang yang baru berjinak². Yang dah power² tu mungkin ada formula sendiri.
Agar² tali 20 gram = 7 cawan cecair = keras sikit Agar² tali 20 gram = 8 cawan cecair = sedang elok Agar² tali 20 gram = 9 cawan cecair = lembik sikit
Size cawan ni size cawan standart. Cawan kopi tu, yang bertangkai tu.
Jangan guna mug, tin susu, cawan materik, gelas, kole atau cawan sukat beras. Cawan standard sahaja ye
Cecair tu pulak adalah sama ada terdiri dari air/santan/susu cair/susu segar.
Gula tak masuk dalam kuantiti cecair ye
Kejadian agar² tu Ikut suka korang, nak keras ke lembik ke sedang.Yang penting tak lari dari formula ni.
Pastu kalau rakyat korang tak ramai macam saya ni, 2 dewasa + 3 kanak² je, yang tak gemar makan berulang, cukup masak agar² untuk sukatan 1 acuan puding tu je, yang bunga² tu.. size yg kecil. Ngam untuk sekali makan
Sukatan agar² Untuk 1 acuan puding size kecil tu cuma guna 1/4 dari agar2 tali tu. Camne nak dapat 1/4 tu?
Caranya :- Bayangkan 1 pack agar2 tali 20 gram tu,di bahagi kepada 4 bahagian. Amik 1 bahagian je untuk sekali masak. Pastu campur dengan 2 cawan air/cecair/santan/susu cair.
Tapi Jika suka nak keras sikit kurangkan secawan dan kalau suka lembik sikit, lebihkan secawan.
Kalau dadih dan jelly kelapa biasanya lembut sikit dari agar2kan. Jadi korang boleh guna 20 gram agar² tali bersama 9 cawan cecair. Kalau nak gedik lagi sikit, buat 9 1/2 cawan cecair. Jangan lebih.
Dah alang2 sebut pasal agar2 ni, saya nak share sekali sukatan agar2 untuk buattaufufah
Nak buat taufufa guna agar2 tali lain pulak sukatannya ye.
4 gram agar² tali = 1 liter air soya kotak/air soya perah sendiri (boleh refer kat wall sy cara buat air soya sendiri. Kat dalam group ni pun sy ada share. Boleh try search nama saya + susu soya)
Camne nak dapat 4 gram dari 20 gram?
Sama je kaedah tadi tu, bayangkan 1 pack agar² tali 20gram tu ada 4 bahagian. Guna 1 bahagian je
Tapi 1 bahagian tu tinggalkan sikit. Jangan habis gunakan semua. Nanti tak dapat taufufa selembut taufufa yang jual kt pasar malam tu
Contoh lain ~ 20 gram agar² tali = 5 liter air soya.
Biasanya sekotak soya size besar tu kuantiti nya 2 liter. Jadi guna 2 bahagian je la.
Tu je la tips.Sharekan la jika bermanfaat. Saya halalkan
Tidak ramai suri rumah tahu bahawa ada sesetengah makanan tidak sepatutnya disimpan di dalam peti sejuk. Ia tidaklah memudaratkan tetapi menjadi punca sesetengah makanan hilang zat, rosak dan mempunyai tekstur rasa yang tidak menarik.
Kopi
Hebatnya kopi apabila ia bertindak seperti span kerana kemampuannya untuk menyerap bau-bau yang kurang menyenangkan di dalam peti sejuk. Malangnya, kopi yang tersimpan di dalam peti sejuk akan mengurangkan rasa sebenar kopi dan anda tidak lagi boleh menikmati minuman kopi arabica.
Tomato
Masalah utama menyimpan buah tomato di dalam peti sejuk adalah suhu sejuk yang boleh menyebabkan tekstur tomato menjadi lembik. Mungkin anda pernah melihat buah tomato yang menghasilkan serbuk seperti kristal halus di dalamnya. Ia punca anda menyimpan di dalam peti sejuk dalam tempoh yang lama.
Bawang
Sama seperti tomato, bawang cenderung untuk lembik dan berkulat jika tersimpan terlalu lama di dalam peti sejuk. Bagi bawang yang sudah dipotong, lapisannya tetap kering walaupun anda cuba membugkusnya dengan ketat. Bau bawang yang kuat akan meninggalkan bau di dalam peti ais sama seperti bawang meninggalkan bau pada papan pemotong.
Madu
Meletakkan madu di dalam peti ais akan meningkatkan kelajuan penghabluran gula di mana ia bertukar ke dalam bentuk yang hampir seperti doh sehingga menyukarkan anda mencedok madu keluar dari botol.
Avokado
Setiap kali membeli buah avokado, anda mula mendapati buahnya sangat padat dan keras. Maka, ia memerlukan jumlah masa yang lama untuk benar-benar ranum dan mempunyai rasa yang hebat. Tindakan anda menyimpannya di dalam peti sejuk bukanlah membantu buah avokado masak tetapi menghentikan proses matang kerana ia membeku.
Roti
Menyimpan roti di dalam peti ais bukanlah satu tindakan yang bijak. Elak menyimpan roti di dalam peti sejuk kerana ia boleh membuat roti keras dan berderai. Namun, masa yang tepat untuk anda menyimpan roti di dalam peti sejuk apabila ia sudah menjadi sandwich. Sandwich lebih lazat apabila rotinya keras dan liat pada suhu sejuk.
Ramai yang berpendapat peti ais adalah lokasi tepat untuk menyelamatkan makanan-makanan yang sudah dibuka. Ingat ya… Suhu sejuk dalam peti ais tidak semestinya menyelamatkan makanan anda. Anda sendiri mungkin tidak lalu makan makanan yang sudah lembik, keras, berderai atau pendek kata…kurang sedap!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tentu kita akan rasa kecewa bila hendak menyediakan minuman kopi kegemaran keluarga namun bila dicedok serbuk kopi telah pun keras.
Hal ini terjadi disebabkan kemungkinan sebelum itu kita ada menggunakan sudu yang basah untuk menyudu serbuk kopi tersebut.
Ataupun, ada yang terlupa menutup kemas hingga menyebabkan serbuk kopi bertindakbalas dengan udara dan mengeras.
Jadi jika ini yang terjadi, apa perlu dibuat ye?
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian daripada Nur Farina. Jom baca.
Bila Serbuk Nescafe Jadi Keras.
Nak buang sayang.Lagi pun benda bukan rosak tak boleh guna cuma dia keras sahaja.
Makanya saya dapatlah idea untuk masukkan air panas dalam botol Nescafe yang serbuk dah keras tu dan kacau Ssampai dia cair dan sejukkan.
Lepas dah sejuk saya bekukan dan pesan pada peminum Nescafe dalam rumah ni kalau nak buat Nescafe, amik cube pati Nescafe dari dalam tempat beku bancuh dengan air panas dan buatlah Nescafe kegemaran mereka.