Biskut cream crackers ni, ada orang setengah panggil dengan nama ‘biskut mayat’ atau ada juga biskut kering memang sedap dimakan cicah dengan kopi panas waktu petang. Selain itu juga divariasikan dengan pelbagai resipi termasuk dijadikan sebagai bahan untuk membuat pie. Cara pembuatannya sangat ringkas.

Lebih menarik, resipi ini telah mendapat hampir 8K perkongsian di laman Masak Apa Hari Ni (MAHN), jom kita tengok bahan-bahan dan cara pembuatannya. Memang sedap!

Resipi Pie Crackers Berinti Daging

Senangnya Nak Buat Pie Crackers Berinti Daging. Patutlah Viral, Jom Try!

Resipi arwah mak

IKLAN

Pagi tadi buat pie crackers berinti daging utk jamuan di ofis. Alhamdulillah laku keras  resepi arwah mak. Lama sangat dah tak buat ni semenjak mak meninggal. Dulu mak suka makan yang berinti sardin  makan cicah dengan sos cili pun sedap ni..

Bahan yang diperlukan:
Biskut Crackers
Susu segar/ susu sejat
telur
mentega cair
sardin atau daging cincang

IKLAN

Cara nak buat mudah sahaja

Inti:
Sardin @ daging cincang tumis dgn bawang besar + cili. Tambah perasa ikut selera masing2.
Biskut crackers celup dlm adunan susu segar @ susu sejat + telur + mentega cair satu sudu makan.
Kemudian susun selapis demi selapis selang seli dengan inti sampai habis. Boleh taburkan daun ketumbar di atas inti setiap lapisan.
Kukus dalam 15-20 minit. Siap. 

IKLAN

Wow, hasilnya, memang sedap!

Senangnya Nak Buat Pie Crackers Berinti Daging. Patutlah Viral, Jom Try! Senangnya Nak Buat Pie Crackers Berinti Daging. Patutlah Viral, Jom Try! Senangnya Nak Buat Pie Crackers Berinti Daging. Patutlah Viral, Jom Try!

Memang superb resipi ni!

Sumber: Fiza Faisal Tiong‎

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI